Baixar aplicativo
16.12% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 5: Chapter 4

Capítulo 5: Chapter 4

Di pagi hari, Ryunosuke tiba di kediamannya dan dia disambut hangat oleh adik dan ibu angkatnya yang kini sedang asyik bersarapan di meja kopi.

"Abang dah balik! Abang tidur kat kedai lagi ek semalam?" Tanya Raina bila melihat kelibat abangnya yang sedikit tidak bersemangat.

Mata Rai mengecil bila tanpa sengaja menangkap satu tanda lembam merah di leher abang kandungnya yang cukup besar seakan ukuran mulut manusia.

"Ne abang! Kedai memang banyak nyamuk ye?" Ujar Raina dengan polos kearah abangnya yang terlihat kebingungan.

Manakala ibu angkatnya sedang menahan tawa sedari tadi. Dia tahu tanda yang dianggap gigitan nyamuk oleh Raina yang terlihat jelas di leher anak lelaki angkatnya itu.

Dia yakin remaja itu tidak menyedari pasangannya telah meninggalkan tanda kemilikan di leher putih Ryunosuke.

Sungguh anak muda zaman sekarang. Sangat berani!

Melihat wajah Ryunosuke yang terpinga-pinga lantas Sarah menghulurkan satu cermin kepada anak angkatnya itu.

Lalu dia memberi isyarat mata kearah leher remaja itu. Dia tersenyum geli hati bila melihat perubahan di wajah putih Ryunosuke yang telah berubah warna kemerahan.

Ryunosuke terbatuk-batuk untuk menutupi keresahannya serta malu yang dirasakan kini. Dia tidak sangka, Aiko akan meninggalkan tanda di lehernya dan bukan satu je tapi ada lebih dari satu tanda yang dibuat.

Sekarang dia faham kenapa ramai yang memandang pelik kearahnya malah ada yang menegurnya yang memiliki malam yang cukup indah.

Rupanya disebabkan love bite yang dibuat oleh Aiko tanpa dia sedari. Sungguh dia mempunyai keinginan untuk bersembunyi dari semua orang apatah lagi dari adiknya yang masih polos.

"Adakah kamu tidak lupa untuk pakai kondom!" Soal ibu angkatnya setelah tinggal mereka berdua sahaja di meja kopi.

"Uhuk! Uhuk! A...air!!" Pinta Ryunosuke yang sedang tersedak akibat dari pertanyaan Sarah yang baginya tidak ada malu sama sekali.

Semalam dia hanya tidur berpelukan sahaja dengan kekasih hatinya tanpa melakukan hubungan terlarang pun. Dia tetap dengan prinsipnya menjaga maruah gadisnya sehingga mereka rasmi menikah.

Itu pun kalau musibah itu tidak berlaku mungkin sekarang Aiko masih menjadi tunangannya dan merupakan tanggungjawab untuk melindungi gadisnya dari sebarang bahaya.

Sarah menghulurkan segelas air putih lalu disambut oleh Ryunosuke lantas meneguk sehingga habis.

Dia meletakkan gelas itu di atas meja dan mula mengawal pernafasannya.

"Jangan cakap kamu tak pakai benda tu!" Sambung Sarah sambil menutup mulut dengan kedua tangannya.

Ryunosuke mendengus geram melihat reaksi Sarah yang masih tentang pemikiran kotornya.

"Maaf anak angkat awak ni masih teruna! Tak ada benda pun yang berlaku kecuali tidur berpelukan." Jujurnya lalu bangkit dari duduknya dan melangkah kearah singki.

Sarah mengeluh lalu bangkit dari duduknya. Dia mengikut langkah anak lelakinya ke sofa yang berada di ruang tamu, sambil membawa satu sampul yang berwarna putih.

Satu sampul yang ingin diberikan olehnya untuk Ryunosuke. Tapi malah dia dikejutkan dengan tanda yang terdapat di leher anak angkatnya.

"Sangat disayangkan! Ramai yang seumuran dengan kamu telah melepaskan teruna mereka." Kata Sarah.

"Dan saya bukan diantara mereka!" Balas Ryunosuke dengan tegas lalu melarikan anak matanya ke screen tv yang kini sedang ditayangkan rancangan kesukaan adiknya.

Dia tersenyum manis kearah adik bongsunya yang fokus melihat ke screen tv tanpa sedikit pun terganggu dengan percakapan antaranya dan Sarah.

"What is this?" Soal Ryunosuke dengan memandang pelik kearah Sarah yang sedang tersenyum manis kearahnya.

Tapi dia tetap mengambil sampul itu dari sarah tapi tak ada niat untuk membukanya. Entah kenapa firasat nya merasakan akan ada sesuatu perkara yang tidak diinginkan.

"Bukak lah nanti kamu akan tahu benda apa tu!" Ucap Sarah dengan senyuman yang masih setia di wajahnya.

Ryunosuke membuka penutup sampul itu dengan berhati-hati dan anak matanya dapat melihat beberapa helaian yang terdapat didalam sampul putih tersebut.

"Kemasukan awal tahun baru Academy Whitefairy!" Bacanya sambil memandang kearah Sarah dengan pelik. Setahunya sarah telah mendaftarkan adik bongsunya di sekolah rendah dan bukannya Academy!

Tak akan lah borang ini untuknya!

"Ya, mama ambilkan kamu borang tu! Rasanya kamu mesti diterima masuk sebab kepan.."

"Ryu tolak! Ryu tak nak. Ryu nak jaga kedai sahaja!" Potong Ryu dengan tegas.

Sarah memandang kearah Ryunosuke dengan bengis tapi tidak sedikit pun membuat sosok itu gentar sebaliknya diremehkan.

Malah dengan beraninya pemuda itu mencampak sampul itu ke atas meja tanpa riak di wajahnya.

Sarah baru sahaja ingin bersuara tapi terhenti bila terdengar bunyi loceng dari luar rumah. Dia bangkit dari duduknya dan berlari kecil kearah pintu.

Senyumannya kembang semangkuk bila pesanannya telah tiba di rumahnya.

Setelah menguruskan dokumen diantara penghantaran dia kembali masuk kedalam bersama dua beg plastik pakaian yang berlainan saiz dan jugak warna.

Ryunosuke mahupun Raina melihat kearah plastik pakaian yang berwarna hitam dan merah.

Mereka berdua tertanya-tanya akan dua plastik yang berlainan warna dan saiz. Mereka fikir ibu mereka bershopping online lagi.

"Mama shopping lagi?" Soal Raina polos seperti biasa.

Manakala Ryunosuke hanya memerhatikan sahaja tanpa niat bersuara.

Sarah menggelengkan kepalanya lalu mengambil salah satu plastik yang berwarna merah yang lebih kecil dari plastik hitam.

Dia membuka zip di bahagian atas sehingga habis lalu terlihat satu uniform sekolah berwarna pink kebiruan yang terlihat sangat cantik dan comel.

Sarah menyerahkan uniform sekolah yang seakan terlihat seakan gaun kembang separuh peha kearah Raina yang kini terlihat ceria.

"Ini uniform sekolah Raina?" Soalnya kembali dan Raina menerima baju itu dengan semangat.

Malah kini, Raina mendekatkan baju itu ketubuhnya. Raina sungguh teruja bila niatnya untuk bersekolah akhirnya termakbul.

Ryunosuke tersenyum bahagian bila melihat keceriaan adiknya. Apapun yang membahagiakan adiknya itulah salah cara untuk membuat dia turut merasakan kebahagiaan.

"Yang lagi satu tu uniform jugak ke mama?" Soal Raina kembali sambil menunjukkan jarinya kearah plastik pakaian berwarna hitam.

"Ya itu pun Uniform jugak." Balas sarah dengan mengusap kepala Raina dengan lembut.

"Raina punya jugak ke?" Soal Raina kembali tapi dia hairan bila mamanya itu menggeleng kan kepalanya.

"Bukan sayang! Itu bukan milik kamu." Kata Sarah sambil mendukung tubuh kecil Raina yang masih setia memegang uniform sekolahnya.

"Lalu uniform tu untuk siapa?" Soal Raina kembali dan kali ini Sarah membawa pandangan kearah Ryunosuke yang sedang memandang kearahnya.

Jelas wajah remaja itu tertanya-tanya sambil menunjukkan jari kearah wajahnya sendiri. Merasakan sesuatu yang buruk, Ryunosuke bangkit dari duduknya dan mengambil kembali sampul surat tersebut dan mengeluarkan kesemua isinya.

Niatnya untuk membaca keseluruhan surat tersebut tidak seperti tadi hanya membaca muka depan sahaja. Dan sebaris ayat mampu membuat dunia berpusing.

     Tahniah Permohonan Anda Telah Di                 Luluskan!

     Sila Hadirkan Diri Bersama Anggota 

     Keluarga Pada 03.01.2025 , Masa 

     Perjumpaan 8 Pagi, Di Tempat  

     Pendaftaran

     Sila Hadirkan Diri Bersama Dokumen 

    Yang Telah Dinyatakan Dan lengkap 

    Berpakaian Uniform Rasmi

"Hehehe tahniah Permohonan yang mama buat untuk kamu telah diluluskan, jadi yang itu uniform sekolah kamu! Semangat ya anak-anakku! " kata Sarah tanpa rasa bersalah pada Ryunosuke yang sedang menahan amarahnya.

'Apa nasib aku dapat keluarga angkat yang macam ini!' bisik hatinya geram. Bila melihat senyuman Sarah yang hanya memasang wajah polosnya tanpa dosa kearahnya.

@@@

Di petang hari, Sarah membawa kedua anak-anaknya berjalan di kota sambil membeli beberapa perlengkapan persekolahan yang akan mereka gunakan.

Terutama barangan yang akan dibawa oleh Ryunosuke untuk tinggal di asrama lelaki. Pada mulanya Ryunosuke mengamuk kepada Sarah dan dengan keras menolak untuk bersekolah apatah lagi untuk tinggal di asrama.

Tapi mama angkatnya itu mengugutnya untuk menjual kedai buku kesayangannya kalau dia tidak melanjutkan pelajarannya.

Kerana telah jatuh sayang dengan kedai bukunya. Nak tak nak dia terpaksa menerima permintaan ibu angkatnya walaupun sebenarnya lebih kepada paksaan.

Tapi ibu angkatnya ada mengatakan bahawa setiap pelajar akan diberi satu bilik seorang jadi dia tidak terlalu risau dan dia sedikit selesa kerana tidak sebilik dengan orang lain.

Jadi sekarang dia menemani kedua wanita yang sedang asyik memilih beberapa jenis barangan yang akan dibawanya.

Malah Sarah turut membeli kan beberapa jenis pakaian baru untuknya sampai ke seluar kecik pun sekali ditukar baru.

Di bahagian sarung bantal dan katil, Ryunosuke hampir terjerit bile melihat keinginan Sarah yang ingin membelikan dirinya satu set cadar dan sarung bantal bersaiz single dengan warna pink.

Buat dia pening bukan warna sahaja pink tapi dengan coraknya sekali,hampir pitam dibuatnya

"Cari yang plain sahaja tak nak bercorak.

Lagi satu. Gila ke apa!

Mana ada orang beli kan satu set cadar bersama sarung bantal warna pink untuk lelaki.

Dan ini Hello Kitty! HELLO KITTY!!!!!

Seriously! This thing is not funny at all." Jerkah Ryunosuke dengan geram kearah Sarah yang masih memegang plastik itu dengan memek muka yang menyedihkan.

"But this is so beautiful and cute! It's a pity if we don't buy 1 set of this item.What's more, now it's a half-price promotion! " Kata Sarah dengan berapi-api dan tetap memasukkan 1 set Hello Kitty kedalam troli.

Ryunosuke hanya mampu menepuk dahinya lalu fokus memilih beberapa 1 set cadar single yang mengikuti cita rasanya.

Ryunosuke mengambil 3 jenis warna tanpa corak dan dimasukkan kedalam troli yang dibawah oleh Sarah.

"Hei kamu tak ada warna lain ke selain warna hitam, royal blue dan merah Scarlet!

Cari lah warna yang lembut dan cair ni semua warna gelap!

Cukup lah sifat kamu yang sentiasa suka dengan kegelapan dan kuang mesra dengan orang lain." Protes Sarah dengan pilihan anaknya yang lebih suka dengan warna terang dan gelap belum lagi sikap anaknya yang cukup buat dia pening kepala.

Sifat anti sosial!!

Ryunosuke dan Sarah kembali berdebat kecil sehinggalah pergaduhan kecil mereka terhenti bila Raina menghampiri mereka dengan satu set cadar bersaiz queen yang berwarna pink yang bercorak dengan anime kesukaannya Koromi dan Melody.

"Mama! Ina nak ni boleh?" Tanya Raina dengan manja sambil berusaha mengakat plastik yang berukuran sedikit besar dari ukuran tubuhnya.

Melihat kesusahan adiknya. Ryunosuke lantas melangkah kearah Raina dan mengambil barang tersebut dari adiknya.

Tanpa menerima persetujuan dari Sarah. Dia memasukkan terus kedalam troli.

"Boleh sayang. Nanti lepas dah beli semua keperluan abang kamu. Kita cari teddy bear Koromi dan Melody. Seperti mana mama janjikan." Ucap sarah dengan sayang.

Hatinya senang bile melihat kebahagiaan anak gadisnya. Tanpa banyak bersuara mereka kembali mencari beberapa lagi keperluan untuk dibawa oleh Ryunosuke ke asramanya.

Selama tiga jam lebih mereka bershopping sakat dan kini mereka bertiga berada di sebuah restoran yang terkenal dengan rasanya yang cukup memuaskan.

"Bukan ke ada masa sebulan lagi untuk tahun baru?

Kenapa awal sangat nak cari barang sekolah?" Soal Ryunosuke sambil menikmati sajiannya.

"Biarlah kita beli awal! Nanti kalau ada yang tak cukup kita boleh keluar lagi! Betul tak sayang ku Ina-chan?" Tanya Sarah kepada Raina yang hanya menganggukkan kepalanya tanpa berhenti dari suapannya.

Dia sungguh menikmatkan stick daging lembu yang diperap dengan beberapa rempah ratus.

Ryunosuke hanya mengiyakan sahaja dan meneruskan menghabiskan makanannya yang masih tersisa.

"Lagi tiga hari kita akan ke asrama kamu! Pihak sekolah bagi setiap pelajar untuk memilih bilik sendiri mengikut keselesaan" ujar Sarah dengan ceria.

Tapi Ryunosuke yakin bahawa perkara tersebut tidak akan mudah berlaku kalau tidak melibatkan orang dalam mahupun bayaran yang mahal.

"Suka hati mama lah! Ryu hanya ikut sahaja." Ujarnya pasrah dengan nasibnya yang sering di aturkan oleh Sarah.

Sarah tersenyum bahagian bile terbayangkan hasratnya untuk melihat anak kandung memakai seragam sekolah dan kini tuhan memakbulkan impiannya.

Walaupun yang mengenakan pakaian tersebut bukan dari rahimnya. Tapi dia tetap bersyukur memiliki keluarga kecil yang baru setelah dia kehilangan keluarga kecilnya dulu.

"Terima kasih sebab sudi hidup bersama mama." Bisiknya sayu kearah Ryunosuke dan Raina yang terlibat bahagian menikmati makan malam mereka.

Ini lah hadiah yang terindah yang pernah dimilikinya selain kekayaan dan kejayaannya.

Tanpa Ryunosuke dan Raina sedari, setitik air mata jatuh dari kelompok mata Sarah tapi dengan cepat dia menghapuskan.

Dia tidak mahu momen bahagian mereka rosak kerana kerinduannya pada arwah suami dan anaknya.

Maka biarlah dia sendiri menyimpannya tanpa kedua anak angkatnya mengetahui hatinya yang sering bersedih.

@@@@

Pejam celik! Pejam celik! Tidak merasa masa terus berlalu dan kini telah masuk hari kedua awal tahun baru dan hari ini, merupakan awal persekolahan untuk Raina Hishimura sebagai seorang pelajar sekolah rendah sihir.

Raina terlihat cantik dan comel mengunakan seragam Primary School WhiteMagic yang berwarna pink kebiruan.

Rambut panjangnya dibuat style ponytail yang di bahagian atas diletakkan satu reben berwarna pink yang terlihat sederhana tapi tetap comel di mata Sarah.

Dan tidak lupa dengan beg sekolahnya yang berwarna purple bercampur pink dan tidak lupa corak Melody dan Koromi.

Dia berlari senang ke pintu gerbang yang di ikuti oleh sosok ibu dan abangnya yang berada dibelakang.

Hari ini kedua orang tersebut mengenakan pakaian formal. Sarah mengenakan blouse dan skirt pendek berwarna pink manakala Ryunosuke mengenakan warna royal blue.

"Kenapa kamu tak pakai pakaian yang mama siapkan?" Bisik Sarah ke telinga Ryunosuke yang sedang asyik mendengar lagu di earfon nya.

"Akan nampak pelik bile pakai serba pink! Anak angkat awak ni bukan lelaki lembut" Ucap Ryunosuke dengan tegas lalu mempercepatkan langkahnya mengikut adiknya yang sedang berlari kecil memasuki kawasan sekolah.

Sarah mendengus melihat penolakan anak pertama yang kerap membangkangnya tidak seperti Raina yang sentiasa mendengar nasihat dan hasratnya tapi benda itu tidak pernah terjadi kepada anak pertamanya itu.

Kerana hari ini merupakan hari pertama Raina bersekolah maka dia tidak mahu bertegang urut dengan Ryunosuke.

Dengan hati yang cuba ditenangkan dia mengikut langkah anak-anaknya yang telah jauh kedepan meninggalkan dirinya keseorangan dibelakang.

@@@@

"Bye mama! Nanti Ina tunggu mama di pintu gerbang." Ucap Raina dengan memeluk tubuh Sarah yang kini sedang teriksa-isak.

Raina memujuk sarah yang terlihat sedih kerana tidak pernah berjauhan dengan Raina selepas dia memutuskan untuk tinggal bersama mereka berdua.

Kemanakah sahaja Sarah melangkah pasti ditemani oleh Raina. Hubungan mereka berdua sungguh rapat. Selayaknya hubungan keluarga.

Ryunosuke menggelengkan kepalanya bila melihat drama air mata yang dibuat oleh Sarah.

Malah Sarah hampir mengamuk kerana pihak sekolah mengatakan tentang pilihan Raina untuk duduk di asrama.

Tapi Sarah menolak sekerasnya. Alasan yang diberi, Raina terlalu kecil untuk ditinggalkan sendirian. Tidak seperti dirinya ditendang begitu sahaja ke asrama.

Sungguh pilih kasih! Bisik Ryunosuke yang mula penat melayan drama air mata Sarah yang tidak mahu berhenti.

Melihat para guru yang tidak tahu untuk memujuk sarah, dengan terpaksa dia mengheret tubuh Sarah meninggalkan kawasan sekolah dan memberi tanggungjawab adiknya pada pihak sekolah.

Dan dia sempat memberi pesan pada adiknya untuk menjaga diri dan tidak nakal disekolah dan adiknya menganggukkan kepalanya lalu mengikuti cikgu yang akan membawanya ke kelas.

Sambil mengheret tubuh Sarah, Ryunosuke turut berharap disekolah adiknya akan menjalani hari yang baik. Itulah harapan kecilnya.

"Huwakkkkk!! Baguslah Ina-Chan happy!" Ngadu sarah dengan tangisannya yang tidak berhenti dari tadi.

"Ryuu esok kamu pun sama akan tinggalkan mama keseorangan di rumah." Sambung Sarah dengan tangisan yang kian kuat sehingga mereka menjadi tontonan umum.

"Hei bukan ke ini yang kau ingin kan! Kalau tidak mahu bersendirian maka tidak perlu daftar Ryu ke academy. Cukup hanya ina sahaja kerana dia masih kecil." Kata Ryunosuke dengan malas kearah Sarah.

Tapi dia tetap menghulurkan sapu tangannya ke Sarah dan wanita itu membuang hingus dengan kuat lalu dikembalikan kepada Ryunosuke.

Teragak-agak dia mahu mengambil sapu tangannya yang telah kotor dengan lendir Sarah. Tapi kerana Sarah merupakan ibu angkatnya. Nak tak nak dia terpaksa merelakan tangannya.

"Sudah lah! Mari kita balik. Banyak lagi yang Ryu belum siapkan untuk berangkat ke academy esok!" Kata Ryunosuke pasrah seakan sudah mengalaminya.

Sarah hairan dengan Ryunosuke yang tidak banyak bertanya akan barang dan keperluan yang perlu dibawa untuk tinggal di asrama seakan remaja itu sudah terbiasa sejak dulu.

Adakah anak angkatnya itu sudah pernah berlajar di salah satu academy?

Tapi di mana? Kerana Di WhiteFairy tidak menemukan data-data tentang anaknya.

Mungkin anak-anak angkatnya itu bukan berasal dari sini tapi dari kingdom lain.

Apatah lagi wajah Ryunosuke yang seakan pernah dilihatnya tali dia lupa dimana.

Dia pernah bertanya tentang asal usul mereka tapi Ryunosuke hanya menyatakan bahawa mereka merupakan anak yatim piatu sejak kecil.

Dan mereka tinggal di kampung yang terpencil dan bekerja sebagai petani. Kadang-kadang remaja itu akan keluar berburu di hutan yang berhampiran dengan kampung yang pernah didudukinya.

"Mama cepat lah nanti petang mama kene jemput Ina dari sekolah. Ryu pun Kene jaga kedai untuk kali terakhir " tegur Ryunosuke dan mengajak Sarah untuk meninggalkan area taman permainan tersebut.

Mereka berdua berjalan beriringan dengan pemikiran masing-masing.

Sehingga satu pertanyaan menghentikan langkah mereka berdua secara serentak.

"Siapa sebenarnya kamu nak? Kamu bukan berasal dari kerajaan sini kan?"

Ryunosuke terdiam seketika lalu meneruskan langkahnya dengan gelengan kecil.

"Sudah saya katakan pada kamu bahawa kami tidak lagi memiliki keluarga. Kami berasal dari kampung yang terletak jauh dari kota dan saya pernah cakap jangan terlalu yakin dengan kami kerana kami orang luar" ujarnya dan berlalu meninggalkan Sarah yang kembali tertanya-tanya akan rahsia yang disimpannya.

"Tidak kira siapapun kamu di masa silam tapi sekarang kamu sudah memiliki keluarga. Jadi jangan anggap bahawa kamu bersendirian nak. Kamu anak aku dan akan tetap menjadi anak aku walaupun kita tidak ada hubungan darah. Mulai sekarang gunalah nama keluarga Hishimura dalam segala hal supaya kamu tidak dipandang serong oleh orang lain." Pesan Sarah kepada Ryunosuke yang kini berhenti dihadapinya.

"Tapi kenapa?" Soal Ryunosuke yang pelik dengan perhatian yang baginya tidak perlu diberikan kerana mereka tiada hubungan apapun hanya sekadar anak buah dan majikan sahaja.

"Kerana nama kamu yang sekarang adalah Ryunosuke Hishimura bukan Ryunosuke sahaja dan kamu kena ingat bahawa kamu dan Raina Hishimura telah saya angkat setahun yang lalu sebagai anak angkat saya.

Dan kerana itu apapun yang kalian rasakan, penderitaan dan kebahagiaan itu jugak yang akan saya rasakan jugak. Dan bukan itu sahaja.

Saat aku telah bersumpah semasa mengakat kalian berdua sebagai anggota keluarganya Hishimura dan saat itu tanggungjawab aku sebagai ibubapa kalian berdua akan aku laksanakan sebaiknya tanpa mengira kalian orang luar.

Kerana kamu sudah saya anggap keluarga sendiri. Dan perlu kamu tahu Ryunosuke, yang mama cukup menyayangi kalian berdua dan mengganggap kalian sebagai anak kandung mama. Maka gunakan lah mama sebaiknya kerana kalian merupakan anugerah yang paling terindah yang dikurniakan oleh tuhan untuk mama." Ucap Sarah dengan ikhlas lalu membawa Ryunosuke kedalam pelukan hangatnya. Layaknya seorang ibu.

Dan pertama kalinya dalam dua tahun hidup serumah, Ryunosuke akhirnya membuka hatinya untuk menerima Sarah sebagai sosok seorang ibu.

Dan kini perasaan disayangi dan perhatian dari sosok ibu telah dapat dirasakan kembali.

Benar apa yang Sarah katakan. Ini satu anugerah... anugerah yang paling bermakna yang dikurniakan untuknya dan adiknya akan sosok seorang ibu yang sangat menyayangi mereka walaupun mereka tiada sebarang ikatan darah.

Dan dia berharap hubungan ini akan kekal selamanya tanpa dirampas sekali lagi oleh takdir dunia.

Hanya itu yang dia harapkan....


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C5
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login