[ Host , sila bersedia . Waktu tengah malam tengah tiba dan host akan menrima pendapatan host]
Simon tidak tidur dan menunggu hingga tengah malam . Dia berasa teruja apabila mendengar sistem mengingatkan dia tentang wang yang akan diterimanya nanti .
[ 9...8...7...6...5...4...3...2...1]
Tengah malam pun tiba dan layar bertukar dab menujukkan angka yang diterima oleh Simon .
[ Tahniah host kerana menghasilkan wang $4,804. Dengan menggandakannya selama setahun , host telah menerima $1,753,460 ]
[ Wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank host ]
Selepas sahaja sistem selesai memberitahu Simon , telefonnya bergetar . Simon terus mengambil telefonnya dan membuka skrin telefon. Skrin telefon menunjukkan wang yang telah masuk ke dalam akaun banknya .
[ Akaun Bank Jadeld menerima $1,753,460 .
Baki terbaru $1,781,094]
Simon pun tersenyum selepas melihat angka wang yang diterimanya . Dengan wang sebanyak ini , peniagaan dia dapat dikembangkan dengan lebih cepat lagi dan dia akan mempunyai wang yang banyak sekali.
Dengan wang ini , dia telah menjadi jutawan . Sekarang dia tidak perlu risau lagi tentang kewangan dia di masa depan . Pada pagi esok, dia akan meminta ibunya untuk berhenti dari pekerjaannya dan berehat di rumah sahaja .
Setelah sahaja selesai melihat skrin telefonnya , dia terus mematikan telefonnya dab hendak menanyakan sesuatu kepada sistem . Dia ingin menanyakan tentang bagaimana hendak menerangkan sumber wang dia nanti .
' Sistem , bagaimana nak menerangkan sumber wang ni nanti? Mereka dapat jumpa ke sumber ni nanti' tanya Simon kepada sistem . Simon merasa risau dengan ini kerana dia tak nak orang menyasarkan dia dan ibunya perasan tentang ini lalu menggunakan peluang ini menghancurkan fia dan ibunya .
[ Host jangan risau . Sumber kewangan host sah dan tidak orang yang dapat mengesan tentang sistem . Semua telah diuruskan oleh sistem dan lagi orang yang menyasarkan host tidak lagi memerhatikan host lagi]
' Eh, kenapa mereka tak menyasarkan keluarga saya lagi? Mungkinkah mereka fikir yang mereka telah berjaya menekan keluarga aku . Aku harus ketepikan perkara ini terlebih dahulu dan aku harus tidur terlebih dahulu ' kata dalam hatinya dan bersedia untuk tidur . Esok ,dia harus cari lokasi untuk kedai teh dan kopi . Dia juga menyuruh sistem untuk mencari lokasi yang selalu dilalui orang ramai .
' Sistem , carikan aku lokasi yang baharu dan siarkan iklan untuk merekrut pekerja . Selebihnya biar saya uruskan ' kata Simon kepada sistem .
[ Baiklah , selamat malam host ]
Setelah itu , Simon terus baring di atas katil dan menutup matanya . Tak lama selepas itu Simon terus tidur terlelap .
Hari ini , Simon telah menerima wang cukup banyak sekali dan esok hari untuk mengembangkan perniagaan dia .
Dia perlu melakukan banyak urusan pada hari esok . Tak lupa juga dengan ibunya . Ibunya tidak perlu lagi bekerja dan hanya perlu berehat sahaja di rumah.
Tidak jauh dari pusat kota , sekumpulan orang terbaring di atas tanah . Mereka seperti sedang kesakitan . Mereka adalah orang yang dibayar oleh orang yang menyasarkan Simon dan ibunya . Tetapi sekarang mereka telah dibelasah oleh orang berpakaian hitam .
" Siapa kamu? Beraninya kamu menentang kami . Kamu telah menyinggung orang yang salah " kata salah seorang dari orang terbaring di tanah itu .
Mereka telah dibayar untuk mengacaukan Simon dan ibunya . Dia tidak siapa orang itu tetapi sebab mereka dibayar dengan jumlah wang yang banyak ,mereka sanggup lakukannya .
Malangnya ,mereka sekarang kesakitan akibat dibelasah orang yang berpakaian hitam itu .
Ketua orang yang berpakaian hitam itu tidak mengeluarkan suara dan menyuruh bawahannya untuk menguruskan orang itu . Selepas mereka pun pergi dari situ . Tiada sebarang jejak pun ditinggalkan oleh orang berpakaian hitam itu .