Baixar aplicativo
40% MENJADI YANG TERKAYA / Chapter 4: BAB 4

Capítulo 4: BAB 4

Simon baru sahaja selesai mandi ketika melihat ibunya selesai menghidangkan makanan di atas meja makan . Simon terus duduk seperti biasa di meja makan lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya .

Semasa makan , Simon menceritakan semua yang dia lakukan pada hari semasa dia bekerja .

Setelah selesai makan ibunya terus mengutip pinggan untuk dicuci . Simon juga membantu ibunya membersihkan meja makan . Setelah selasai membantu ibunya , Simon pergi ke arah biliknya sementara ibunya menonton tv di ruang tamu.

Setelah masuk ke dalam biliknya, Simon terus duduk di meja belajarnya . Dia mengambil kertas dan pen untuk menulis sesuatu . Dia ingin merancang untuk mengembangkan perniagaan dia . Dia perlu lakukan lebih banyak pekerjaan supaya dia dapat menerima lebih banyak wang . Dia ingin mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia .

' Sistem , boleh tak beri pendapat tentang rancangan saya ini ' tanya Simon kepada sistem . Simon menulis semua rancangan yang hendak dilakukannya . Selepas sistem menganalisis semua perkara yang ada di kertas itu , sisten terus memberi pendapatnya kepada Simon .

[ Host , semua rancangan host sangat bagus tetapi adakah host tidak takut apabila host ada pesaing yang bermain kotor dengan host nanti ]

' Tidak . Aku tidak takut pun tetapi kalau mereka main kotor , mereka akan terima balasannya '

[ Ohh, baiklah host . Bagaimana pula kalau mereka mengancam orang terdekat host atau mereka mengacau perniagaan host ]

' Aku hancurkan merekalah tetapi buat masa sekarang aku belum ada pesaing lagi .Esok aku nak buka kedai teh dan kopi . Selepas aku terima wang aku pada tengah malam ini , esok aku cari pekerja dan loakasi kedai teh dan kopi ' kata Simon dalam hatinya dengan matanya tertuju ke arah kertas di atas meja itu .

Di atas kertas itu menunjukkan rancangan Simon untuk membuka kedai teh terlebih dahulu pada hari esok dan seterusnya rancangan lain di mana Simon membuka kedai lain lagi . Dia harus menopoli semua perniagaan di kota ini . Kertas itu hanya menunjukkan rancangan mengembangkan perniagaannya di kota ini sehaja . Di masa depan , Simon akan menggunakan perniagaannya ke kota lain . Simon juga bercadang membeli sebuah villa ketika mempunyai wang yang cukup .

Simon juga akan meminta ibunya untuk berhenti bekerja dan berehat di rumah sahaja . Ibunya telah membesarkan dia sejak kecil lagi . Dia tak nak ibunya bekerja lagi kerana dia akan menghasilkan wang dan ibunya tak perlu risau tentang apa-apa lagi .

Ibunya dapat berehat dan menikmati masa lapangnya dengan pergi membeli-belah atau bercuti . Sekarang tiba masanya giliran Simon untuk membalas jasa ibunya .

Sejak kecil lagi , Simon telah belajar banyak perkara daripada sistem dan menguasai semua kemahiran yang ada di dunia ini . Walaupun begitu , Simon tidak pernah mendapatkan sebarang pekerjaan seperti ada orang tidak ingin dia bekerja . Ini juga berlaku kepada ibunya . Ibunya pernah bekerja di sebuah restoran terkenal dan dia melakukan pekerjaannya dengan baik sekali tetapi bos restoran itu memecat dia dengan alasan dia malas bekerja.

Ibunya terpaksa mencari pekerjaan lain dan menjadi pengutip sampah dengan gaji yang sedikit cukup untuk makan sahaja dalam sebulan.

Simon telah perasan tentang ini sejak lama lagi tetapi dia tidak ingin membuat gerakan kerana tidak ingin orang di sebalik ini perasan dan terus menyerang dia dan ibunya nanti walaupun dia dapat menyelesaikannya dengan mudah sekali . Dia harus menjadi seperti orang biasa .

Jam hampir menunjukkan tibanya waktu tengah malam dan pada waktu itu juga Simon akan menerima banyak wang nanti.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C4
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login