Pelanggan itu terus mengambil barangan yang dikehendakinya lalu menuju ke arah kaunter tempat Simon berdiri untuk membuat bayaran .
" Jumlahnya $37 " kata Simon selepas mengira semua harga barangan .
" Di sini menerima pembayaran online ke? " tanya pelanggan itu . Pelanggan itu jarang membawa wang tunainya kerana dia takut dirompak
" Ya , di sini saya terima pembayaran online " kata Simon lalu memberikan nombor akaun banknya .Sekarang adalah zaman moden , tidak heran apabila orang ramai menggunakan pembayaran online . Pelanggan itu terus membuat pembayaran secara online lalu beredar dengan tergesa-gesa .
Telefon yang berada di tangan Simon bergetar dan Simon mengangkat telefonnya lalu menghidupkan skrin telefonnya . Di layar tersebut menunjukkan jumlah wang yang telah masuk ke dalam akaun bank Simon .
[ Akaun Bank Jadeld menerima $37 .
Baki terbaru $27,671]
Sejumlah wang telah masuk ke dalam akaun bank Simon . Walaupun sedikit , pada tengah malam nanti , Simon akan menerima pendapatan selama setahun.
Simon terus menutup telefonnya apabila dia mendengar langkah kaki pelanggan datang lagi . Kali ini pelanggan ini membayar secara tunai dan beredar pergi. Begitu juga dengan seterusnya , sebahagian membayar secara online dan sebahagian lagi membayar secara tunai.
Simon terus disibukkan dengan pelanggan yang datang dan bekerja sehingga matahari terbenam . Simon berasa penat sekali dengan pekerjaannya hari ini . Walupun berasa penat , Simon tetap berasa puas hati dengan wang yang diterimanya dari hasil jualannya. Simon ingin nenutup kedainya dan bersedia untuk balik . Sebelum itu , Simon ingin sistem mengira wang yang diterimanya pada hari ini
' Sistem , kira jumlah wang yang diterima hari ini ' kata Simon dalam hatinya yang tidak sabar untuk menunggu tengah malam ini . Dengan banyaknya pelanggan yang datang untuk membeli pasti banyak wang yang akan diterimanya nanti .
Sistem terus mengira wang yang diterima oleh Simon sepanjang hari ini . Sebuah layar muncul di hadapan Simon menunjukkan jumlah wang yang diterima oleh Simon .
[ Host telah menerima wang tunai sebanyak $2,237]
[ Host telah menerima pembayaran online sebanyak $2,567]
[ Jumlah wang yang diterima oleh host ialah $4,804]
[Sekarang host hanya perlu sehingga tengah malam untuk menerima pendapatan selama setahun]
' Baikla '. Selepas itu Simon terus melangkah keluar dari kedainya dan mengunci pintu masuk kedainya . Melihat keadaan sekeliling yang sudah hampir kosong kerana kebanyakan kedai lain telah menutup kedai mereka sebelum pukul 5:00 petang lagi . Mereka semua telah balik ke kediaman mereka masing-masing. Jam juga telah menunjukkan pukul 7:00 petang .
Lagipula , orang ramai akan kurang datang membeli barangan pada waktu malam . Selepas Simon mengunci pintu kedai itu , dia terus melangkah kakinya menuju ke rumahnya untuk pulang .
Simon telah tiba di depan rumahnya setelah berjalan lebih kurang 20 minit . Simon terus membuka pintu rumah dan melihat ibunya yang sedang bersiap untuk membuat makan malam mereka berdua .
" Aku dah balik " kata Simon lalu membuka kasutnya dan meletakkan kasut itu di rak kasut . Simon terus menuju ke arah ibunya untuk membantu ibunya menyediakan makan malam.
" Simon , kamu dah balik . Pergi mandi dulu , biar ibu yang masak sendiri . Kamu mesti merasa penatkan " kata ibunya kepada Simon . Dia telah balik pada pukul 5:00 petang tadi .
" Baiklah mak . Simon pergi mandi dulu " kata Simon lalu menuju ke biliknya untuk mandi .