Baixar aplicativo
28.57% Bara yang digengam / Chapter 2: Bab 2

Capítulo 2: Bab 2

ALEYA sudah duduk, termengah-mengah di kaki bukit. Sedangkan ayahnya sudah berada jauh ke atas bukit. Dadanya terasa sempit, dan badannya sudah berkeringat peluh.

Hari-hari ayahnya, mencari rezeki dengan mendaki bukit. Tak pernah mengeluh. Dia baru beberapa langkah mendaki, sudah merungut dan mengeluh.

"Leya, mana barang ayah?" laung ayahnya dari atas.

Aleya, menunjukkan barang ayahnya yang berada dengan dia. Parang panjang.

"Cepatlah naik!!" suara ayah, mengarahnya untuk cepat mendaki ke atas. Kerana dia mahu menggunakan parang yang berada dengan anaknya. Lalang yang meninggi paras lutut, jika tidak ditebas. Akan tumbuh lebih panjang. Sementara 'memotong' pokok getah, sesekali boleh dia menebas lalang.

Terkial-kial Aleya mendaki. Rungutnya, walau kedengaran tak jelas. Tetapi, nampak di wajahnya dia penat dan letih.

Rasyid senyum nipis.

Bukan dia mahu mendera anak-anaknya apabila, dia menyuruh mereka untuk buat kerja luar, diarah buat kerja-kerja berat. Tak duduk rumah, sahaja macam anak-anak perempuan di kampung ini. Semuanya, kerana dia mahu mengajar mereka erti susah. Susah mencari duit, dan kenal tentang dunia luar. Bukan semudah yang di bayangkan.

Jika anak sulungnya, sihat. Akan dikerah juga, melakukan kerja-kerja luar.

Memandangkan anak sulungnya, seorang anak istimewa. Dia hanya meminta, anaknya itu membantu isterinya di rumah. Mengemas rumah, menyiapkan makanan tengahari. Apa yang boleh di lakukan, selagi mampu. Akan disuruh juga. Tiada istilah tak mampu untuk anak-anaknya.

Mungkin sekarang mereka akan menyalahkannya. Tetapi, apabila dia tiada nanti. Mereka akan tahu melakukannya kelak.

"Nah.." Aleya menghulurkan parang yang diminta ayahnya. Cebik mukanya yang masih belum hilang penat.

"Tolong ayah, cabut rumput dan kumpul dekat tepi tebing."

Aleya menurut. Kalau jauh, boleh juga dia merengek tidak mahu. Tetapi, apabila berada dekat ayahnya. Lebih baik dia mengambil jalan mudah.

Rumput yang memanjang, akan dicabut dan di kumpul setempat. Manakala ayahnya, akan menyambung kerjanya.

Awal-awal pagi, sudah ramai yang pergi memotong. Kadang-kadang, ada juga terguran dari orang kampung yang berselisih dengan mereka.

"Rajin anak kau, Rasyid."

Rasyid memandang Aleya sekilas, dengan senyuman tipis di bibirnya. Tidak dijawab pertanyaan orang kampung.

Aleya, masih mencebik. Dia buat tak endah sahaja bualan orang tua. Sesekali ayahnya berhenti rehat seketika, sebelum menyambung kerjanya.

"Yang sulung tak ikut sekali?"

"Tak. Bantu maknya di rumah." jawab Rasyid.

"Seronok kau ya. Anak dara dah besar-besar. Aku, anak pun tak ada." ujar Munawer, yang sedang duduk berehat di atas dahan pokok getah yang tumbang. Jarinya tak diam, apabila dia mencabut cendawan kecil-kecil masuk ke dalam plastik yang berada di tangan.

"Alhamdulillah. Rezeki." jawab Rasyid, pendek. Dia sudah lama kenal Munawer yang mempunyai jarak umur tak jauh. Munawer, berusia muda darinya dua tahun. Tetapi, mereka sekelas waktu bersekolah dahulu. Orang zaman dahulu. Kalau tak lulus, duduklah dalam kelas yang sama hingga naik tingkat kelas baru.

"Yalah. Rezekikan. Kau mahu, cendawan?" unjuknya pada cendawan yang berada di dalam plastik yang dibawa.

"Banyak ke kau dapat?" tanya rasyid pula.

"Bolehlah. Bagi dua. Kau dapat sejemput, aku pun dapat sejemput." balasnya, dengan ketawa.

Rasyid mengeleng. "Kau ambillah semua. Bagi bini kau masak rendang."

"Uih, makan cendawan kerabu pun sedap." balas Munawer, terbayangkan masakkan isterinya yang merupakan orang Jawa Indonesia, yang berpindah ke Malaysia. Pandai masak, macam-macam jenis masakkan Melayu. Cuma, rezeki anak. Mereka tiada.

"Ya..bini kau, hebat memasak." Rasyid mengakuinya. Dia pernah dijemput rakannya itu menjamah bekal yang pernah dibawa sebelum ini. Memang sedap.

"Bini kau, apa kurangnya." sengih Munawer, memulang pujian sebagai berbahasa.

Rasyid akui juga, masakkan isterinya. Tak ada cela, dan kena dengan anak tekaknya. Dah lama hidup bersama. Apa kata orang, dah rasi.

"Okaylah, aku nak menyambung memotong."

"Aku pun, rasanya. Dah boleh dah, jadi lauk tengahari. Bukan apa, jenuh nak mengutip yang kecil-kecil dekat bawah ni." katanya, sambil mengintai cendawan yang tersisa di bawah batang pokok getah yang rebah.

Rasyid angguk, sambil mengangkat tangan, apabila rakannya itu berlalu dan dia juga kembali menyambung kerjanya.

"Dah siap?" tanya Rasyid, pada anaknya.

Aleya mengangguk. Menunjukkan usaha kerasnya yang baru mencabut rerumputan yang lebar tiga petak sahaja pada ayahnya. Rasyid angguk sahaja. Kerja yang tak rela, sememangnya tak memuaskan hati. Tapi, sekurang-kurangnya anaknya itu tetap melakukan apa yang disuruh.

"Pergilah rehat dulu."

Aleya bangun dan angguk dengan sengihan lebar. Laju sahaja langkahnya, mengambil bekal yang dibawa sama. Pantang disebut rehat, tak payah disuruh. Terus pergi.

Rasyid senyum kecil. Anak..., itulah kerenah mereka. Selagi belum mencapai dewasa, belum pengang tangungjawab. Akan bersikap malas dan perlu disuruh untuk melakukan kerja.

"Jangan lama sangat. Banyak rumput nak cabut dekat depan sana itu."

Mendengar kata-kata ayahnya, Aleya mencebik. Malas betul dia nak menghadap rumput yang memanjang dan tumbuh meliar. Terbatal impian dia, nak tidur sepanjang hari sahaja hari ini. Hari cuti, bukan hari sekolah. Kena hangkut oleh bapanya pula, ke kebun.

"Termenung apa lagi itu! cepat!"

Aleya tersentak. lekas sahaja dia menghabiskan bekal dan meneguk air minuman. Jangan sampai ayahnya memgamuk. Mahu terbakar satu kebun kena maki hamun ayah.

Orang kampung pun, dah lama kenal dengan baran ayah yang memang tak boleh dibawa bincang. Sekali ayah dah baran. Orang lain akan, berdiam sahaja atau lebih menjauhkan diri. Sebab, silap langkah. Mungkin boleh terlibat sekali.

Ada seorang sahaja yang boleh, padamkan marah ayah, itupun adalah Pak Long. Sebab, Pak Long sahaja yang ayah hormat sangat-sangat sebagai abang dan saudara sedarah daging. Jika di ikutkan, Pak Long pun baran juga. Tetapi, bukan baran dan mahi hamun orang melulu. Selalunya, Pak Long akan bertindak rasional, atau selidik dahulu sebelum marah.

Orang kampung disini pun, membandingkan ayah dengan Pak Long, seperti air dengan api. Ayah, api manakala Pak Long air.

Aleya, menyelesaikan suapan terakhir sebelum dia membasuh tangan dan menyimpan bekal.

Adik-beradiknya, dia seorang sahaja yang ikut perangai ayahnya. Cepat baran. Kakaknya, lebih ikut perangai ibu. Lembut dan banyak berdiam dari melawan. Jika sekolah dahulu, dia banyak terima aduan dari kawannya tentang kakaknya dibuli di sekolah.

Dia apalagi, memang dicari budak-budak yang membuli kakaknya itu. Sememangnya, dia tidak biarkan sehingga namanya naik ke jabatan sekolah. Kerana mencederakan kakak-kakak senior. Apa dia kisah. Dia tetap tidak mengaku salah.

Tapi, kerana kakaknya seorang OKU, seorang yang lembab. Akhirnya terpaksa diberhentikan sekolah, oleh pihak sekolah disebabkan kakaknya tidak sesuai bersekolah di sekolah itu. Panas juga hati, tapi apa nak buat. Kakaknya juga, sememanhnya tidak mahu ke sekolah.

Aleya mengigit bibir bawah. Kalau dia ada kuasa, kalau dialah orang dewasa. Memang diganyang pihak sekolah cukup-cukup!

"Leya...kamu cabut apa?"

Aleya mendongak, sebelum melihat tangannya. Dia kembali memandang ayahnya dengan sengihan. Aleya bangun, dan beranjak ke belakang dan menyambung semula kerjanya. Fikirannya tadi sudah melayang jauh khayalannya, hingga tak sedar yang dia sedang mencabut kemuncup di stokin ayahnya.

Rasyid mengeleng. Malas diduga perangai anaknya, yang mirip dengannya. Baran mereka sama.

Bersambung....


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C2
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login