~Writer POV~
Lara tengok Jam. 10 minit lagi jam 10 malam. Patut lah Kaira mengantuk nda tahan mata dan tertidur. Nda lagi makan tu! Lara jeling sekilas tempat Andy yang mula duduk kaut nasi ke piring. Patut dia bagi makan saja si Kaira, kesian pula nda makan malam budak tu.. dalam hati Lara geram sebab Andy biarkan Kaira tidur dengan perut kosong. Tapi dia tau juga perangai Kaira, last-last Lara yang dihujani rasa bersalah.
" Kenapa nda call tadi? kalau tau, saya balik awal.. kesian budak tu tidur perut kosong!" Tegur Lara dengan nada gerigitan. Dia jeling Andy tajam.
" Dia mau buat surprise kan.. macam mana juga" Jawab Andy dengan muka rasa bersalah.
" Buli bah ko saya mesej tadi. Jadi buli saya balik awal, then bila saya balik saya pura-pura la surprise.. whatever lah!" Lara angkat kaki menuju ke bilik Kaira. Andy tarik napas berat. Niat hati mau berbaik-baik dengan Lara. Tapi last-last dia kena 'timbak' pula.
Nampak macam Lara langsung teda gaya mau berbaik-baik dengan Andy. Terus dia tarik napas berat. Berpikir-pikir apa yang patut dia buat lagi supaya Lara mau balik sama dia. Tapi dalam masa yang sama, maminya balik-balik sudah carikan calon bini baru untuk dia. Kamila.. Sonia.. Gezel.. semua calon dari keluarga yang setaraf dengan keluarga derang.Tapi so far Andy masih berharap Lara mau balik sama dia, kalau boleh biarlah family dia lengkap semula- Kaira, Lara dan dia sebagai satu family. Menyesal betul dia kasi lepas Lara dulu, gara-gara dia lebih percaya cakap mami dia dari cakap bini sendiri. Dia selalu kena marah terlampau manjakan bini. Selama derang kawin, Andy selalu rasa tersepit antara maminya dengan Lara. Paling bikin sakit kepala, mami Andy benci betul dengan Lara!
Nda lama tu Andy dengar bunyi derap langkah Lara mendekat.
"Jom makan.." bilang Andy capat-capat ambil piring kaut nasi, pastu pass sama Lara. Lepas tu dia kaut nasi untuk diri sendiri. Last-last Lara duduk juga berdepan Andy. Tengok lauk yang dihidang, Lara tau ini misti masakan dari restaurant favourite derang-The seafood conner. Derang makan dengan senyap. Lara kalau boleh mau makan capat-capat lepas tu kasi berambus si Andy dari rumah tu capat-capat juga. Dia mau packing baju lagi untuk outstation bisuk.
"Nah.. ini favourite ko kan.." Andy kaut udang butter ke pinggan Lara.
"Nda payah ko kasi kaut.. saya buli juga kaut sendiri, my hand are perfect!" Sahut Lara. Berubah terus muka Andy bila tinguk reaksi Lara yang ketara betul push him away. Kalau dulu bila Andy kasi kaut lauk ke piring Lara, biasanya Lara dengan senyuman manis dan sora manja akan cakap 'thank you sayang..' lepas tu dia pun akan balas kaut lauk ke piring Andy. Bila ingat memori tu, rasa macam kena cucuk-cucuk hati Andy! nampak sangat yang Lara sikit pun nda sayang dia suda sekarang.
"I know.. Lara.. ko memang buli kaut sendiri.. tapi perlukah ko layan saya macam ni dingin?" Balas Andy dengan nada sakit hati. Ego lelakinya macam kena pijak-pijak oleh Lara. Dia tenung muka Lara dalam-dalam. Mengharap betul supaya Lara paham isi hatinya. Terus Lara hilang selera makan. Lara balas renung tajam muka hensem Andy.
"Saya terus terang ja ah.. Andy! my dear ex husband... saya tau ko buat ni semua sebab ko mau pujuk saya balik sama kau.. Tapi kan.. please don't waste your time ba.. saya tidak bulih sudah.. saya tia bulih terima mami ko.. sister ko.. dan ko sendiri! saya nda bulih mau percaya yang ko akan protect saya dari family ko sendiri.. they hate me! and I hate them too! and i'm no longer love you Andy.. cukup la segala apa yang saya rasa selama saya dengan family ko masa saya jadi bini ko.. ko better just ikut ja cakap mami ko.. sepa tu.. Kamila? Gezel.. Sonia? Ko pilih la derang. You know what.. ? Pasal dulu kita kawin without your mom blessing tu la our marriage panas saja.. now with your mom blessing I'm sure you'll get a happy marriage with any of them " Panjang Lara cakap luahkan apa yang dia rasa. Tekejut muka Andy bila Lara sebut Kamila, Gezel dan Sonia. Macam mana dia tahu yang dia kena kasi kenen sama tu tiga perempuan?
"Dari mana kau tau.. Kamila .. Gezel.. Sonia kena pilih untuk saya?" Tanya Andy dengan muka berkerut.
"Dui.. ko tau ka sister ko tu.. balik-balik dia update saya yang mami kau carikan perempuan untuk jadi bini baru kau.. penuh tu mesej dalam whatsap saya.. Bagi warning supaya saya jangan mimpi mo balik ke family kamu.. ada suda calon bini baru ko.. siap kena ugut mau kasi pisah saya sama kaira lagi.. Please la Andy.. saya nda sanggup suda jadi pelakon drama sinetron dalam family kamu.." Bilang Lara sambil ketawa sinis. Banyak kali dia block watsap dari sister si Andy. Tapi bisuk-bisuk ada lagi whatsap dari sister si Andy dengan nombor baru. Macam takut betul dia si Lara balik sama si Andy. Tegang terus muka Andy bila dapat tahu yang selama ni kakaknya selalu mesej-mesej Lara.
" Nanti saya cakap sama my sister.. Derang tidak boleh masuk campur hal rumah tangga saya" jawab Andy cuba kasi yakin Lara. Tapi Lara sambut dengan ketawa sambil mengeleng kepalanya.
"Ayat ko ni kan basi sudah.. dari duluuuu lagi pun begitu. Ayat yang sama. Tapi end up saya juga yang kena kasi malu.. saya juga yang last-last kena hentam mami ko bila sister ko buat-buat cerita palsu pasal saya.. teda usul periksa kasi punish saya depan ramai orang.. sampai mati pun saya tidak akan lupa apa yang mami ko and sister ko buat sama saya.. dan ko sendiri bulat-bulat percaya cakap derang... where were you when I need you the most? you take their side!" Ungkit Lara. Ada serak sora Lara di hujung-hujung tu. Macam menahan sebak.
Kisah dulu tu masih jadi duri dalam hati Lara. Walaupun last-last terbongkar semua tu perbuatan si Alya kakak si Andy tapi Alya teda pun kena hukum. Paling-paling minta maaf saja sama Lara. 1st Lara sabar lagi. After all bukan senang mau ambil hati keluarga orang berada macam derang. Andy minta ampun minta maaf bila tahu Lara nda salah. Lara kasi maaf sebab dia sayang Andy lagi pun derang ada kaira, Lara cuba toleransi dan percaya sama Andy. Tapi bila perkara yang hampir sama berulang, sekali lagi Andy percaya hasutan kakak dan mami dia. Paling teruk bila Alya keguguran, Alya tuduh Lara tolak dia jatuh dari tangga sampai dia keguguran. Masa tu langsung tiada bukti, cuma pakai cakap si Alya saja suka suki kasi blame Lara konon dia kena tolak jatuh tangga. Bila Andy start lagi percaya mami dan kakaknya Alya, Lara terus minta cerai. Masih terasa lagi sakit pipi Lara kena tampar mami si Andy. Bukan satu kali, dia kena tampar kena terajang sambil kena maki-maki. Mula-Mula Lara cuba mengelak, tapi last-last dia hilang sabar dia tolak mami Andy yang macam orang gila sudah pukul-pukul dia.
" Ko ingat masa saya kena pukul mami ko? Bila saya tolak mami ko sebab saya kesakitan kena pukul.. bila nampak mami ko jatuh saya tolak, terus ko dengan marah tarik saya dan humban saya ke dinding.. hampir saya pingsan... lebam-lebam badan saya. Then later bila last-last kedapatan sister ko sebenarnya keguguran sebab dia mengandung luar rahim.. dia buat cerita ja yang saya tolak dia. Mami ko.. sister ko.. langsung tidak minta maaf pun sama saya!! saya free-free kena belasah oleh mami ko.. dan ko sendiri!" Meluncur laju air mata Lara.
Luka dalam hati Lara berdarah balik bila dia ungkit pengalaman kena buli oleh family Andy. Bila Andy dapat tahu hal sebenar, Andy terlanjur sudah ceraikan Lara. Bila dapat tahu yang Alya lah yang menipu, Andy betul-betul rasa bersalah. Dia menyesal tidak siasat betul-betul dan percaya saja cakap mami dan Alya, entah kenapa masa tu dia benci betul dengan Lara masa dia kasi cerai. Lepas tiga bulan cerai baru terbongkar hal sebenar. Andy untuk kesekian kalinya minta ampun minta maaf sama Lara dan cuba pujuk Lara tapi memang sudah sah cerai dan Lara langsung tidak mahu maafkan derang semua. After all hanya Andy yang berabis minta maaf. Mami dan kakak Andy langsung tidak ambil kisah. Lagipun tercapai sudah hasrat derang mau kasi pisah Andy sama Lara.
Masa cerai hak penjagaan Kaira pun Lara tidak dapat. Andy dengan kuasa duitnya memastikan yang Lara tidak dapat hak penjagaan. Macam mana pun Lara rayu, dia tetap mahu pisahkan Kaira dari si Lara. Cuma bila kedapatan yang Lara langsung tidak bersalah, barulah Andy ubah hak penjagaan anak bersama.
Andy terdiam. Mukanya macam orang kesakitan. Rasa sangat bersalah. Dia rasa mau tampar diri sendiri bila ingat apa yang dia buat sama Lara. Dia nda tahu kenapa dia macam orang bodoh percaya cakap kakak dia yang langsung teda bukti.
"Sorry Lara.. betul-betul minta maaf.. saya tau saya salah.. Kau pukul lah saya puas-puas Lara. Tampar lah.. terajang lah saya.. Memang saya yang salah. Saya biar ko kena buli oleh family saya.."Serak sora Andy. Matanya merah macam mau nangis.
"Not just your family who bullied me Andy.. Ko pun sama! I'll never forgive you and your family.. saya bertolak ansur dengan kau pun cuma untuk Kaira!" Keras dan tinggi sora Lara.
Tiba-tiba Andy ambil tangan Lara lepas tu kasi pukul mukanya dengan tangan Lara.
"Pukul la saya Lara.. hukum lah saya.. tapi please.. come back to me! please.. for Kaira.. balik la sama saya.. give her a complete family" Rayu Andy lagi. Last-last Lara betul-betul tampar dia.
"Pakkkk!"
Terpusing juga tu pipi si Andy kena penampar Lara. Tapi muka Andy macam puas hati bila Lara akhirnya tampar dia. Seolah-olah hutang dia sama Lara sudah terbayar sikit.
"Never! I hate you and your family!" Jerit Lara.
"But I love you... Kaira need both of us" Balas Andy dengan sora lemah. Dia bingkas bangun sambil cuba tarik tangan Lara. Memujuk.
"Go to hell!" Jerit Lara. Kemudian dia mula menangis.
"Mommy!"
Suara Kaira dari belakang. Auto Lara dan Andy menoleh. Kaira sambil kesat-kesat mata mengantuk sambil peluk bantal busuknya berdiri depan pintu ruang makan.
" Er.. Kaira!"
"Kaira...!"
Hampir serentak Lara sama Andy seru nama Kaira.
"Sorry mami dady bising ka? Kaira terkejut?!" Tanya Lara sambil meluru ke arah anaknya. Kaira angguk. Lepas tu dia lihat muka Lara. Tangannya sentuh pipi Lara.
" Napa Mommy nangis?" Tanya Kaira. Lara cepat-cepat kesat airmata.
"A... a.. tu ikan yang dady beli tu telampau pedas sampai mami terkeluar airmata makan.. pedas betul!" Dalih Lara.
" nah.. ngam la Kaira suda terbangun. mari lah makan.. misti ko lapar kan" Sampuk Andy. Kairaangguk sambil sapu perutnya yang lapar. Mahu nda mahu Lara pun berlakon lakonon happy family makan sama Kaira dan Andy.
Andy hela napas lega. Mujur kaira muncul kasi padam 'Api' yang marak teruk tadi. Depan Kaira, sikit pun tidak nampak emosi marah Lara.. senyum manis sambil cakap-cakap dengan Kaira lagi. Kaira yang mengantuknya sudah hilang, nampak happy betul bila mami dan dady dia duduk makan semeja macam tu.
*******
eh sorry. lidut betul ni cerita kan
— Novo capítulo em breve — Escreva uma avaliação