Baixar aplicativo
92.85% ENCHANTIA SAGA [ MALAY ] / Chapter 13: Bab 12 - Great Sage dan Sang Raja

Capítulo 13: Bab 12 - Great Sage dan Sang Raja

Walaupun malam sudah memunculkan dirinya, sinaran bulan dan langit yang berdarah merah itu menerangi suasana malam, Istana Kota Enigma tempat bersemayamnya keluarga Raja Enumura beserta pembesar-pembesar kerajaan yang lain. Istana yang gah dibina berhampiran gunung dibahagian utara merupakan gunung yang tertinggi di Kota Enigma berbanding bukit-bukit yang lain.

Laluan masuk, Menara kawalan dan perkarangan istana sentiasa dipenuhi lampu nyalaan api biru dan merah menerangi Kawasan penting diistana, ditambah beberapa pasukan pengawal ditempatkan dikawasan tersebut bagi menjamin keselamatan Keluarga diraja dan para pembesar istana.

"Tup, tup, tup" pintu diketuk perlahan seakan hanya ingin menarik perhatian penghuni di sebalik pintu yang memisahkan ruangan itu dengan ruang legar diluar yang telah sunyi.

"masuk" jawab suara disebalik pintu itu. Perlahan lelaki yang mengetuk pintu itu membuka pintu dan melangkah masuk kedalam ruangan tersebut.

Kelihatan banyak timbunan kertas dan buku-buku tebal memenuhi ruangan tersebut, bahkan diatas meja juga penuh juga dengan kertas dan gulungan scroll yang telah diikat dan sedia untuk dihantar ke penerimanya, walhal meja itu amatlah besar sekitar 3 depa orang dewasa dan binaannya yang melengkung memudahkah penggunanya untuk mencapai apa sahaja barangan diatas meja itu dengan mudah.

"selamat malam, Tuanku Enurma" ucap lelaki itu sambil menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Kini dihadapanya seorang Raja negara Arcania, negara dengan keilmuwan sihir yang kedua tertinggi didunia yang masih belum pernah tewas dalam sebarang peperangan besar menentang mana-mana negara di dunia ini lebih dari 300 tahun.

"Great Sage Aruthulman, silakan duduk hari dah malam tak perlu formal sangat" balas Raja Enurma itu. Dia berjalan kearah sofa yang tersedia dipenjuru ruangan itu khas untuk menyambut tetamu atau untuk berehat.

"Jadi Aruthulman, apa consul bincangkan petang tadi?"

"Hmmm setakat laporan mengenai insiden kecil melibatkan tentera iblis di sekitar sempadan kota Avantias sahaja, mereka tidak mara melebihi dari Kawasan Klan Naga" terang lelaki sambil membawa keluar peta dunia Enchantia bagi menunjuk Kawasan tersebut kepada baginda raja.

"Hmm kota Avantias berada di tengah Kawasan klan naga atau Dragova, kini tiada yang berani memasuki Kawasan itu bagi meninjau keadaan kota Avantias" Raja Enurma menunjukkan jari kearah sekitar Kawasan Dragova yang tercatat pada peta tersebut.

"Jangan cakap masuk, nak hampiri kawasn Dragova sahaja amat berbahaya kerana akan diserang sekumpulan naga tanpa amaran" tambah Aruthulman.

"Jadi apa reaksi negara lain?"

"setakat ini Sylfaen dan Elvander tidak melakukan pergerakkan, manakala Nymfyae memberi peringatan agar tidak memprovokasi Raja Iblis di Kota Avantias"

"ouh, jadi para Ketua Beastmen dah memihak raja Iblis?" soal Raja Enurma tersenyum sinis seakan sudah menduga perkara itu akan berlaku.

"Tiada info rasmi yang mereka memihak raja iblis, tapi setakat ni tiada keperluan bagi semua negara untuk lancar kempen untuk musnahkan raja iblis disana" jawab Aruthulman dengan nada meyakinkan.

Jika mengikut sejarah, setiap kali raja iblis muncul kempen perang akan dilancarkan oleh para perwira bergelar Nexion dari kota Avantias dan akan disahut oleh beberapa pahlawan terpilih dan bantuan dari negara sekitar namun selepas kejadian 10 tahun lepas yang menyaksikan kejadiaan aneh berlaku dengan retaknya langit, muncul nya raja iblis dan menghancurkan kota Avantias serta misteri hilangnya jejak para pewira Nexion telah menambah lagi kegusaran pada penduduk dunia tersebut.

Namun disebabkan tiada kesan buruk dirasai walaupun langit kelihatan retak dan merah seakan darah dan raja iblis yang tidak melakukan sebarang pergerakkan selepas menawan kota Avantias, negara dan kerajaan lain telah mengambil keputusan agar tunggu dan lihat sahaja.

"Walaupun begitu, ada juga pihak yang menekan agar kita lancarkan kempen perang ke Kawasan Raja iblis" Kata Raja Enurma dengan nada sedikit kesal seakan sedang mengalami tekenan apabila memikirkan isu itu.

"Pendeta Kuil Zenistia?" soal Aruthulman kepada Raja Enurma, yang sedang memicit sedikit dahinya seperti diserang sakit kepala ringan.

"Mereka tekan supaya kita arahkan kempen ke sana, ditambah dengan isu bangsawan yang ingin menyekat kehadiran hyumen ke dalam negara kita terutama di Kota ini"

Hyumen adalah satu ras yang lahir hasil dari perkahwinan silang antara beastmen dan manusia, jika anak mereka menyerupai ras asal beastmen maka ia dianggap sebagai beastmen manakala jika ia lebih menyerupai manusia maka ia adalah hyumen, tapi ia tidak diakui oleh sebahagian masyarakat kerana walaupun ia berupa dan mempunyai sifat manusia, ia tidak mampu menggunakan sebarang kuasa bahkan manas juga tiada dalam diri mereka.

"Saya dengar Duke of Zeistia, Tuan Ragnar ada niat jahat untuk menghalau keluar Hyumen dari Kota ini"

"Walaupun kita tau dia ada niat jahat tapi tanpa bukit kita tidak boleh lakukan apa-apa, dia ada sokongan kuat dari para pembesar dan penyihir kelas master dan sage juga perlahan menyokong dia" kata Raja Enurma kepada Aruthulman yang mendengar dengan teliti.

"Bagaimana dengan Master Awarna, tuanku tidak bertanya pandangan dia ke untuk selesaikan isu Duke of Zeistia itu, mungkin dia boleh selesaikan" Aruthulman cadangnya untuk memanggil Master Awarna untuk membantu Raja Enurma.

"Haishh, kalau boleh saya nak panggil dia, tapi dia tidak mahu berurusan dengan kerajaan sejak peristiwa dulu, lagipun 2 anak muda yang dijaganya telah masuk kedalam akademi Zeistia"

"Peristiwa dulu….ouh peristiwa yang itu ke, pada pendapat saya Master Awarna lebih layak dari si dia tu"

"Setakat ini Cuma pasukan pengawal selatan, Kapten Sargas sahaja yang sering berjumpa dengan Master Awarna itupun sebab dia rapat dengan keluarga budak-budak tu" sambung Raja Enurma.

"Saya dapat tau yang budak Bernama Ryo yang dijaga oleh Master Awarna tidak mempunyai Manas, dan ikut laporan dari Guru Sylvia manas asli terhapus apabila disalurkan kedalam tubuh budak itu" jelas Aruthulman.

Raja Enurma tertarik dengan maklumat itu, kerana menurut pengetahuan umum yang manusia selemah mana pun, dia pasti dapat menggunakan manas dan magis. Namun Ryo tidak dapat menggunakan manas tapi abangnya, Ryota dapat menguasai manas dengan baik dan kekuatannya sudah setara dengan penyihir tahap 2.

"Baiklah, Great Sage Aruthulman, terima kasih atas laporan, kamu boleh pergi nanti esok kita jumpa di balairung utama" kata Raja Enurma mengarahkan Great Sage Aruthulman untuk pulang kerana sudah larut malam dan dia hendak merehatkan diri untuk sambung urusan kerajaan pada esok hari.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C13
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login