Baixar aplicativo
80% Kasih Yang Hilang (Lost Love) / Chapter 4: Kasih Yang Hilang 4

Capítulo 4: Kasih Yang Hilang 4

KYH 7 (Effort)

"Aku dah sedaya upaya buatkan Eisha tu pandang aku, tapi asal dia sikit pun tak kisah tentang keberadaan aku?," soal Daniel sambil mengenggam tangannya itu.

"Kenapa ramai orang menjaga dia sangat?! Dia itu hanya lah budak biasa yang yang menjadi kebanggaan Kampus," bisik hatinya lagi.

"Aku kena buat dia jatuh cinta dekat aku, mesti orang ramai kagum dengan aku sebab dapat wanita secantik Eisha itu menjadi pasangan aku, dahlah pandai," gumam dirinya lagi.

"Jadi aku kene letakkan lebih effort untuk mendapatkan dirinya walaupun ternampak aku yang terhegeh hegeh," tekad Daniel lagi.

Daniel membuka laptop nya itu lalu menaip sesuatu didalam nya.

**Seminggu kemudian***

"Macam mana dengan keadaan kampung eisha?," soal reza dekat Rina

"Sangat sangat best, awak tahu tak, kampung dia ada air terjun, kampung eisha sangat cantik, rumahnya sangat cantik gabungan tradisional dan moden nampak sangat cantik dan kemas tak macam rumah kampung biasa, Lepastu saya makan kuih yang eisha buat ia sangat sedap..," Balas Rina yang panjang lebar

Reza melihat tingkah laku rina itu sangat berpuas hati kerana rina tidak pernah tersenyum macam itu setelah kematian diana, dia sangat bertuah kerana eisha muncul dalam hidup rina dan mampu membuat rina tersenyum dan ketawa seperti dahulu.

"Awak!! Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?," soal rina

"Haaa, ye dengar," pandang Reza dengan tersenyum

"Saya harap eisha tidak pergi dari hidup awak dan saya nak awak terus ceria macam ini," bisik hati Reza sambil memandang Rina yang masih lagi bercerita tentang Eisha.

"Aku sanggup buat apa sahaja demi rina, walaupun memaksa eisha untuk tetap berada disamping rina, kalau eisha mampu beri kebahagian kepada rina, aku sanggup jaga eisha asalkan rina bahagia," Bisik hatinya yang tekad untuk menjaga eisha seperti adiknya sendiri.

"Rina, apa kata kita pergi bercuti bersama sama dengan eisha dan kawan kawannya sebagai hadiah kepada mereka bawak awak pergi air terjun?," soal reza memberi idea

Rina tersenyum lebar dengan cadangan Reza itu dan ketawa riang.

"Betul ke? Kita boleh bawak eisha?," soal rina yang keriangan

Reza mengganguk sebagai tanda setuju.

" baiklah bila kita nak pergi? Apa kata kita pilih tempat yang menarik terlebih dahulu? Saya rasa kita boleh pilih kuala Terengganu or Sabah? Pulau kat situ cantik juga, tapi pulau langkawi pon menarik," soal Rina yang memberi cadangan yang banyak dalam keadaan kelam kabut.

"Hey hey hey! Calm down rina, hahaha okay2 apa kata awak bincang dengan eisha dan kawan kawannya dahulu saya tak kisah mana mana, asal kan saya ikut," jawab reza dengan ketawa

"Ouh yaa, kalau macam tu saya pergi jumpa mereka lah," balas rina kelam kabut bangun

"Heyy!! Nak pergi mana? Kita tengah dating sekarang ini," soal Reza sambil membuat muka marah

"Ouhh yaa, lupa pulak kita dating sekarang ini," ketawa rina

"Macam ini rupanya kehadiran eisha dalam hidup rina," bisik reza sambil memandang rina yang sedang minum teh itu.

"Saya harap ini mampu buat awak tersenyum," bisiknya lagi.

******

"Jadi macam mana dengan permohonan cuti kau?," Soal Dr. Lyn

"Berjaya," jawab Dr. Syamir dengan ringkas

"Jadi, tempat mana yang jadi pilihan kau?," soal Aliff

"Sebuah pulau," jawab syamir dengn ringkas lagi dan tersenyum

"Kalau dia dah senyum macam itu, nampaknya rahsia lah tu," kata Aliff lagi sambil menghirup air dihadapannya.

Lyn ketawa mendengar kata kata suaminya itu.

"Mana tahu sangkut dengan seseorang yang dijumpai nya nanti," usik lyn lagi.

Mereka ketawa mendengar kata kata lyn itu dan menganggap usikkan nya terhadap Syamir.

"Jangan terlalu berharap, nanti aku yang kecewa," balas syamir dengan teliti.

"Mir, umur kau dah 27 tahun seharusnya kau dah ada pasangan hidup, kalau kau terus menunggu perempuan tu kau akan single sampai ketua," balas lyn dengan kata kata yang tajam

Syamir mengangguk faham dengan kata kata lyn tu dan tidak menyimpan didalam hati kerana dia mengenali lyn dan aliff semenjak zaman kolej lagi.

Lyn dan Aliff berkahwin semasa mereka masih lagi digelar sebagai pelajar, mereka mengambil course yang sama.

"Haihh," dengus Lyn

"Kenapa sayang?," soal aliff

Syamir memandang kearah lyn dengan keadaan pelik.

"Aku cuma terfikir, segala effort yang kau bagi dengan perempuan itu, segala kasih sayang kau, segala yang kau ada, tapi dia masih lagi khianat cinta kau, tapi kau masih lagi mengingati dia tapi dia? Sedikit pun tidak menanya khabar pasal kau," kata lyn yang sambil mengacau air didepannya.

Syamir mendiamkan dirinya dengan kata kata lyn dan setuju dengan kata katanya itu dan tidak pernah terfikir perkara seperti itu berlaku.

Aliff turut setuju dengan kata kata lyn setelah effort yang diberikan untuk perempuan itu tapi yang Syamir dapat hanyalah undangan kad perkahwinan wanita itu dengan lelaki lain.

Syamir pula menderita selama 3 tahun untuk menerima apa yang berlaku dalam hidupnya. Sakit yang diterima itu ibarat belati menoreh cebisan hatinya ia menyakitkan walaupun ia pulih tapi meninggalkan kesan.

"Aku sememangnya telah melupakan dia, aku tak nak kenang lagi peristiwa tu, jika dia dah bahagia dengan pilihan dia, biarkan lah mereka, kenapa aku perlu berharap lagi?," soal Syamir

"Macam mana kalau suatu hari nanti dia kembali dan menagih cinta kau?," soal lyn

Syamir terkejut dan memandang aliff dan terdiam seketika.

"Kenapa aku nak terima dia setelah apa yang dia buat dekat aku?," soal Syamir

"Macam mana kalau dia betul betul menyesal dengan perbuatan dia dahulu?," soal Lyn lagi sambil menjeling

"Susah untuk aku terima penyesalan dia, 3 tahun aku merana kerana dia dan senang senang aku nak terima dia kembali? Aku boleh memaafkan dia tetapi terima dia dalam hidup aku balik bukan mudah." Jawab Syamir dengan tenang.

Mereka mengangguk faham dan mereka mengetahui wanita itu sudah mempunyai anak yang berusia 2 tahun. Jadi untuk apa wanita itu kembali ke pangkuan syamir.

******

"Haa? Pergi bercuti?," soal eisha

"Yes, jom kita pergi bersama sama, sara ngn nur pun akan join kita," Balas rina

eisha tersenyum melihat rina yang cuba memujuk nya untuk menyertai percutiaan itu.

Eisha menggangguk setuju dengan cadangan rina. Rina keriangan dan peluk eisha.

"So, kita pilih tempat yang menarik, apa kata kita pilih pulau Semporna, Sabah?," soal rina

Sara dan Nur setuju dengan cadangan rina.

"Eisha?," soal rina

"Saya tak rasa kita boleh pergi kesana, lagipun ia agak jauh dan mungkin harga tiket kesana agak mahal," balas eisha yang agak tergagap

"Tak apa, saya bayarkan, awak dan kawn kawan awak penting dalam menemani saya sepanjang percutiaan." Balas rina dengan ketawa besar

Tapi riak wajah eisha tidak menyetujui kerana ia harus memakai wang rina dan dia tidak berapa selesa dengan keadaan itu dan Rina perasan dengan perubahan wajah eisha dan tersenyum

"Baiklah, kita pergi ke pulau tioman," kata Rina yang tiba tiba menukar idea.

Mereka bersetuju kerana pulau tioman agak dekat dan masih lagi didalam semenanjung malaysia dan ia tidak terlalu mahal dan mampu.

Setelah membuat perbincangan pulau tioman menjadi tempat yang ideal untuk mereka. Rina tersenyun gembira dan menelefon reza tentang perkara itu. Mereka berbual panjang sebelum masuk tidur.

Rina yang kepenatan itu tertidur dengan lena di bilik eisha. Rina sanggup datang dari jauh semata mata untuk memberitahu tentang percutian itu. Eisha sangat menghargai pergorbanan rina itu.

"Haih, Aku tak sangka sampai macam ini sekali impak kehadiran eisha dalam hidup rina, Eisha kau satu satunya yang aku harapkan tak hilang dari hidup Rina suatu hari nanti," gumam Reza sambil berbaring dan meletakkan tangan di dahinya.

Reza tersenyum melihat rina ketawa 2 hari lepas yang membuatkan hatinya lega setelah berbagai cara dia untuk membuat rina ketawa kembali. Tapi kehadiran Eisha sangat mudah baginya.

"Reza kau dah tidur ke?," soal seseorang

"Tak, masuklah," jawab reza

Pintu dibuka dan reza melihat Daniel masuk kedalam biliknya

"Knapa?," soal Reza

"Minggu depan kau ada apa apa plan tak?," soal daniel

"Ouh ya, ada aku nak pergi bercuti dengan Rina," jawabnya dengan ringkas

"Berdua?," soal daniel yang tersenyum sinis

"Kau ingat aku macam kau? Taklah rina ajak kawan kawan dia," balasnya lagi

"Boleh aku join? Aku pun nak release stress gak," jawab Daniel dengan ringkas.

Reza memandang daniel dengan pandangan serius kerana takut dia mempunyai agenda tersendiri.

"Takkan dia tahu eisha pun ikut?," bisik hatinya itu

"Woi! Kau dengar tak nie? Kalau kau pergi seorang diri, orang akan cakap kau buaya sebab dikelilingi perempuan, so apa kata aku ikut tak lah kau terperuk duduk sorang sorang." Kata Daniel panjang lebar

Reza mengangguk faham dan setuju untuk membawanya sekali tetapi dengan syarat untuk tidak mengoda mana mana perempuan yang berada disitu.

Daniel mengangguk tanda setuju dengan syarat yang diberikan oleh reza dan berlalu pergi.

Daniel tersenyum sinis setelah menutup pintu bilik reza dan melangkah masuk ke biliknya.

****

KYH 8 (Percutian)

"Finally, settle juga kerja aku." Gumam Syamir yang menyiapkan kerjanya untuk memudahkannya pergi bercuti merehatkan minda nya buat seketika.

Syamir mengusap tengkuknya dan memandang gambar yang berada dimejanya itu.

Syamir mengambil gambar itu dan meletakkan didalam beg kerjanya dan bergegas pulang kerumah.

15 minit kemudian**

*klakk*

Pintu rumahnya dibuka dan syamir masuk kedalam rumahnya lalu meletakkan kasut ke tempat rak khas kasut. Dia menuju ke biliknya lalu melepaskan pakaian kerjanya dan menuju ke bilik mandi.

Seusai mandi, syamir menuju ke dapur dan minum segelas air.

"Baru pukul 9 malam." Bisik hatinya sambil melihat jam dinding

Syamir membasuh cawannya itu dan bergegas ke bilik tidur utamanya.

"Aku rasa ini masanya untuk aku buang segala galanya." Tekad Syamir sambil mengeluarkan semua barang pemberian bekas teman wanitanya dan kumpul.

"Aishh, banyak juga perempuan ni bagi aku." Bisik hatinya lagi

Syamir pergi ke luar kembali bagi mengambil plastik hitam dan meletakkan semua barang pemberian wanita itu lalu pergi ke ruang luar di kawasan pembakaran khas miliknya dan menyalakan api.

Syamir meletakkan satu persatu barang tersebut kedalam api tanpa rasa menyesal dan akhir sekali gambar mereka berdua yang sangat dia sayang kini dibakar didepan matanya.

"Betul kata lyn dan Aliff, sampai bila aku nak teruskan melayan perasaan aku." Gumam nya sambil melihat barang itu dibakar.

Setelah 10 minit berada diluar dan api terpadam sepenuhnya, Syamir menuju ke ruang tamu sambil duduk seketika.

"Kenapa aku rasa macam lega?," soal Syamir didalam hatinya.

Syamir ketawa seketika dan mula menyedari bahawa selama ini yang membuatkan dia terluka adalah dirinya sendiri.

Dia mula menyedari yang wanita itu hanyalah tinggal kenangan dan tidak mungkin dia kembali kerana kehidupan mewah yang dia miliki sekarang ini.

"Andai dia kembali suatu hari, aku akan sedaya upaya jauhkan diri dari dirinya, cukup 3 tahun aku sengsara," tekad nya lagi.

"Ahhh, sekarang nak packing barang pula, lusa aku dah nak pergi bercuti menenang kan fikiran aku," Soraknya sambil mengeliat.

Syamir mengemas barang barang miliknya dan menyenaraikan barang yang perlu dia bawa.

Jam menunjukkan 11 malam, walaupun esok syamir cuti sebelum berangkat ke pulau tempatnya bercuti itu. Syamir tetap berhati hati dalam menyenaraikan barangan nya itu.

"Ahhhh, akhirnya selesai juga, harini adalah hati yang paling memenatkan bagi aku," jerit Syamir

Syamir tertidur akibat dari kepenatan seharian melakukan perkerjaan.

*****

"Semua barangan ada kan?," soal Rina kepada Eisha dan rakan rakannya.

Mereka mengangguk. Mereka duduk di airport seketika sebelum panggilan ke kapal terbang.

"Rina!." Jerit seseorang

Mereka memandang kearah reza yang sedang melambai tangannya dan tanpa disedari Rina membuat muka kerana Melihat sosok tubuh daniel yang turut berada disitu.

"Kenapa dia ikut?," bisik hati rina yang agak tidak selesa.

"Eh, eisha pun ada?," bisik hati Daniel yang agak terkejut kerana menyangka kawan kawan rina itu adalah teman sekelasnya tapi sebaliknya.

"Jadi aku ada chance lah nak goda eisha macam ini," bisik hati daniel lagi

Eisha hanya memandang mereka dengan pandangan yang biasa dan tidak selesa kerana dia hanya tahu yang reza seorang yang mengikuti percutiaan ini.

"Kenapa ada mamat ni pula? Tak cukup dia ganggu aku dengan mesej, sekarang dia dekat sini," bisik hati Eisha yang agak meluat dengan keberadaan Daniel itu.

"Jom lah, kapal terbang dah buat announcement tu." Kata reza

Mereka beratur dan menunjukkan tiket mereka dan pergi mencari no kerusi mereka.

"Ahh, tepi tingkap rupanya," bisik hati Eisha

Disebelah eisha adalah Nur Dan sara. Manakala rina duduk disebelah Reza dan daniel duduk di sebelah tingkap dibelakang nya.

"Perjalanan ini tak mengambil masa yang agak lama maybe dalam 1 hingga 2 jam sahaja." Bisik hati eisha.

Daniel memandang kearah hadapan dan melihat tingkah laku eisha itu yang sedang menatap tingkap disebelahnya

"Cantik juga dia ni." Bisik hati daniel yang tersenyum.

Setelah Satu jam setengah perjalanan. Mereka sampai ke hotel yang ditempah khas oleh rina. Hanya rina yang membayar hotel untuk mereka empat orang. Hotel yang berukuran ruang tamu itu agak luas dan mampu memuatkan 5-6 orang dalam satu masa.

Manakala hotel milik reza ditempah oleh reza sendiri dan daniel.

Bilik rina agak jauh dari bilik reza dan daniel kerana berhati hati untuk mengelakkan apa yang buruk terjadi.

Eisha dan yang lain mengemas barangan mereka dan mula menyiapkan diri mereka untuk makan malam.

Eisha keluar terlebih dahulu dan menuju ke ruangan makan.

*bang*

Eisha terlanggar seseorang yang berada disitu.

"M-maafkan saya, saya tidak perasan tadi, maafkan saya." Ucap Eisha berulang kali.

"Tak mengapa, saya minta maaf juga." Kata orang tersebut.

Eisha hanya menundukan kepala nya sahaja.

"S-saya minta diri dulu." Balas eisha lalu pergi dari situ.

"Pfft, Comel" ketawa orang itu sambil memandang kearah Eisha.

Orang tersebut pergi dari situ dan Eisha turun ke tingkat bawah menggunakan lift.

"Aduh, apa yang aku buat tadi, tula mengelamun lagi kan tak pasal pasal langgar orang." Bisik hati eisha yang menahan malu.

"Eh, ini kali pertama aku bercakap dengan lelaki." Bisik hati eisha lagi.

"Tapi, kenapa? kenapa aku boleh bercakap dengan mudah?" Soal nya kembali.

Lelaki tadi sangat berbeza dengan lelaki yang pernah dia jumpai. Aura dia sangat lain dan sangat lembut.

"Ehhhh, apa yang aku fikirkan ini." Gumamnya

"Eishaaaa!!." Jerit rina sambil menuju kearahnya.

"Kak rina, kenapa?" Soal eisha yang agak terkejut dengan panggilan itu

"Lama kami tunggu, eisha kemana?." Soal rina

"Ouh tadi ke tandas sekejap lepastu tersesat pula, tu yang pening cari jalan," balas Eisha sambil tersenyum tapi sebenarnya dia terlanggar lelaki tadi itu yang menyebabkan dia lambat.

Esiha terpandang kearah daniel lalu Daniel tersenyum sinis melihat eisha seakan akan ada sesuatu.

Eisha memandang ke arah Daniel seperti seorang yang tidak mempunyai perasaan.

"Aku tahu apa agenda kau sebenarnya" bisik hati eisha.

Mereka makan di hotel itu sebelum masuk ke bilik mereka untuk merehatkan mata mereka.

"Eisha, eisha." Panggil Daniel dengan lembut.

"Aku akan buatkan kau jatuh cinta dengan aku, walaupun kau budak kampung, aku nak tengok seteguh mana pendirian kau terhadap lelaki." Bisik daniel

**Keesokkan paginya**

"Wahhhh, cantiknya pantai ni," kata sara dengan kuat.

Mereka tersenyum melihat tingkah sara itu.

Reza dan daniel pergi ke bot untuk menyewa bagi berjalan jalan dilautan.

Mereka menaiki bot tersebut dan mula mengelilingi pantai tersebut dan menghirup udara segar.

Daniel hanya memandang kearah eisha sahaja tanpa berkedip matanya.

"Jangan pandang terlalu lama, aku tak nak kau kacau dia," kata reza yang tiba tiba berada disebelahnya

"Hahaha, kau memang suka terkejutkan aku ke?" Kata daniel dengan ketawa terbahak bahak

Semua orang memandang kearah daniel dan Reza. Eisha hanya memerhatikan laut disekelilingnya itu sambil tersenyum.

Setelah 10 minit berada di atas bot mereka kembali daratan. Reza dan daniel pergi mencari makanan manakala rina dan yang lain2 berpecah.

Eisha berjalan seorang diri sambil melihat keindahan alam semula jadi tanpa disedari eisha sampai dipenghujung pantai dan terpana melihat buaian yang berada dihadapanya itu.

Eisha memegang buaian tersebut untuk memastikan buaian itu kukuh dan membolehkan dia menaikinya.

Tanpa disedari terdapat seapsang mata melihat kearah eisha yang sedang leka bermain buaian.

"Cantik, pakaian putih seperti puteri bunian," kata orang tersebut

Orang tersebut mengeluarkan buku lukisan dan pensil lalu melakar potret Eisha yang sedap bermain buaian tersebut.

Orang itu terpana seketika kerana melihat eisha tersenyum dan ketawa ketika bermain buaian.

"Macam mana seseorang mampu tersenyum dan ketawa seperti itu dikala dia sedang bersendirian?." Bisik hati orang itu

"Kenapa jantung aku laju?." Soal orang itu sambil memegang dadanya.

Orang itu terus melukis Gambaran eisha dalam keadaan tersenyum. Dia telah melukis beberapa gambaran eisha dan mengoyak satu daripada untuk memberikan kepada eisha.

"Eishaaa!!." Jerit seseorang

Orang itu terpaku seketika dan mendiamkan dirinya.

"Yaaa, eisha disini!!." Jerit Eisha sambil melambai tangannya itu.

"Ouh, Eisha Namanya." Bisik orang itu sambil tersenyum.

"Cantik namanya seindah tuannya, semoga kita berjumpa lagi eisha." Bisik hatinya lagi dan berlalu dari situ.

Mereka bergegas kearah eisha dan risau keadaanya itu.

Mereka bergomel sesuatu dan membebel panjang kerana eisha jauh dari mereka eisha hanya ketawa melihat tingkah laku mereka.

Mereka pon bergerak dari situ. Eisha memandang kearah batu dibelakangnya itu dan memerhati betul betul.

"Macam ada orang melihat aku." Bisik hati eisha sambil berlalu dari situ.

****

"Aduhhh, sakitnya kaki aku." Raung syamir yang mengurut kakinya itu.

"Macam mana batu tu boleh ada dekat situ?," soalnya lagi

Syamir duduk didalam bilik hotelnya itu.

"Dah hampir 3 hari aku berada dekat sini, tak sangka boleh setenang ini, haihh." Hembus syamir sambil membaringkan badannya itu.

"Aduhai, lapar lah pula, tapi aku malas nak turun makan," bisik dirinya

"Arghhh!! Sejak bila aku malas ni?"

"Kenapa aku macam ni?," soal dirinya bertubi tubi

"Esok aku dah kene check out dah, Arghhh dan kene masuk kerja lah pulaaaa, aku rasa macam nak berhenti kerja lahhh," jerit Syamir yang berada didalam biliknya.

Syamir bangkit dan mengemas pakaiannya itu sebelum dia check out tengah hari esok.

Syamir mengemas pakaiannya dan melihat kearah sesuatu dan tersenyum buat seketika.

Syamir berjalan keluar dan ingin pergi ke balkoni hujung hotel untuk menghirup udara segar.

Setelah 5 minit kemudian,

Syamir mendengar seseorang berlari kearah balkoni itu dan melihat sosok tubuh wanita yang sedang menyorok dari seseorang.

Eisha terkejut melihat lelaki disitu dan menundukan kepala nya.

"Ahh, dia datang pula." Soal eisha yang agak kuat dan terdapat ruang untuk dia menyorok

Syamir melihat tingkah laku wanita itu pelik dan tiba tiba seorang lelaki muncul.

"Sorry, encik ada nampak seorang wanita pakai pakaian putih dan bertudung putih lalu disini?." Soal lelaki tadi

Syamir terdiam seketika sebelum dia menjawab pertanyaan lelaki tersebut.

"Tidak, saya seorang je dekat sini." Kata syamir dengan tenang

Lelaki itu bergegas meninggalkan syamir dan terus menuju ke sebelah kanan balkoni.

"Dia sudah pergi." Kata syamir dengan tenang

"T-terima kasih." Balas Eisha

"Kenapa lelaki itu kejar cik?" Soal syamir yang kebinggungan

"Ahh, dia ada masalah mental." Jawab eisha dengan tenang

"Suara ini macam aku pernah dengar." Bisik hati eisha

"Masalah mental?," soal Syamir yang agak terkejut

"Ahaa, dia kerap mengikuti saya." Jawab eisha dengan ringkas

"Kenapa cik tidak report polis." Soal Syamir lagi.

Eisha tersenyum mendengar kata kata syamir itu

"Btw, saya syamir," kata nya

"Saya Eisya," balas eisha sambil tersenyum

"Terima kasih sebab bantu saya, saya minta diri dulu." Kata eisha sambil berlalu dari situ.

Syamir memandang kearah eisha dan tersenyum.

"Cantik," bisik hatinya.

"Haihhh syamirr!! Apa yang kau buat ni?," soal dirinya sambil mengusap mukanya sendiri

"Biasanya aku tak suka masuk campur urusan orang, kenapa aku boleh bantu dia itu?," soal Syamir yang mula tersenyum sendirian.

"Macam mana aku boleh bercakap dengan lelaki itu?" Soal eisha yang kebinggungan

Dah hampir 6 tahun eisha tidak bercakap dengan mana mana lelaki.

Tetapi dengan lelaki itu..dia mudah untuk bercakap.

"Aduh kenapa dengan aku ni?." Soal eisha kebinggungan

"Eishaa!!." Panggil rina yang berlari kearahnya itu

"Apa yang berlaku? Kenapa daniel macam itu? Kenapa dia kejar icha sampai macam tu sekali?" Soal rina yang kerisauan

"Kakrina, icha tak tahu, nasib baik ada orang tolong icha tadi." Balas eisha dengan nada yang agak ketakutan

"Budak ni dah betul2 melampau!." Marah reza yang turut berada disitu.

~~~ (flashback)~~~

Eisha terkenang balik apa yang jadi dengan nya tadi sebelum daniel mengejarnya.

"Kenapa kau taknak layan aku? Kenapa kau susah sangat nak terima aku?" Soal daniel sambil memegang tangan eisha.

Eisha meronta ronta untuk minta dilepaskan. Daniel memegang tangan eisha lalu ingin mencium eisha. Tiba tiba tamparan kuat mengenai muka Daniel dan Eisha berlari meninggalkan daniel seorang diri sebelum dia mengejar eisha.

Eisha agak ketakutan dan mengemas barangan mereka dan pergi malam itu juga.

Reza menunggu kepulangan daniel sebelum berangkat pulang kerana dia ingin menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

"Maafkan aku Eisha, aku tak sepatutnya bawak daniel sekali, aku tak tahu kenapa semua ini boleh berlaku," rayu reza meminta maaf

Eisha hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak apa apa.

"Kenapa aku susah nak bercakap dengan lelaki termasuk senior reza? Kenapa!! Kenapa lelaki tadi aku mudah untuk bersuara!!." Bisik hatinya yang cuba untuk mengeluarkan suara.

Mereka berangkat pulang. Dan eisha dan rakan rakanya duduk dirumah kepunyaan rina.

"Jangan risau, ayah kakrina outstation ke luar negara maybe next month baru dia balik, jadi korang duduk dirumah kakrina sementara waktu sebab daniel tak tahu rumah kak rina," ulas rina panjang lebar.

Mereka mengangguk faham dengan kata kata rina.

Mereka semua tertidur didalam kapal terbang tersebut.

Eisha memandang ke arah luar dan mengambil beg tangannya dan mengeluarkan sehelai kertas.

"Siapa yang lukis ni?," soal eisha sambil memandang kearah lukisan yang dia dapat selepas balik dari pantai.

Eisha tersenyum dan merasa sangat seronok kerana lukisan itu sangat menarik dari biasa. Dia dapat merasakan keikhlasan orang itu.

*****


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C4
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login