Setelah memesan latte dan crêpes untuk dirinya sendiri serta americano untuk Jay,Beryl mencari tempat duduk yang tertutup untuk mereka berdua. Dia lebih selesa menghindar dari orang ramai.
Jay lebih memilih americano daripada minuman yang manis. Satu hal yang dipelajari oleh Beryl setelah mengenali sedikit mengenai lelaki itu.
"It's nice to be out sometimes,right?" Beryl duduk di hadapan Jay. Jay melilau kawasan sekitar.
"Hm." Hanya itu jawapannya.
"Boleh tak awak jangan terlalu serius sangat. Awak tak penat ke bersikap macam tu? Awak nampak lebih baik dengan senyuman." Beryl menopang dagunya dengan kedua tangannya sambil memandang wajah serius di hadapannya.
Jay tersenyum sinis. Tanpa kata,dia menarik wajah Beryl agar mendekat. Dia merenung ke dalam anak mata itu.
Sekali lagi dia terbuai melihat mata indah Jay yang merenung jauh ke dalam bola matanya. Sungguh dia mudah cair dengan perbuatan lelaki itu yang selalu saja spontan.
"Jadi cik muda,awak nak saya bersikap seperti apa?Awak bagi tahu saya," bisik Jay perlahan. Mujur saja mereka berada di tempat yang terlindung.
"Jay..stop it.." pinta gadis itu. Hatinya lemah terus direnung sebegitu.
"Why?"
"Just..stop it." Beryl menepis tangannya. Pesanan mereka pun tiba.
Beryl terus menghirup minumannya,mencuba untuk menenangkan hatinya. Telefon Jay berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia berdiri lalu menjawab panggilannya di luar.
Hatinya tertanya-tanya gerangan yang menelefon. Apakah teman wanitanya yang memanggil? Lantas hatinya tidak tenteram. Tapi kenapa hatinya harus seperti itu?
Itu adalah urusan peribadi Jay dan dia tahu lelaki itu tidak suka jika ada yang menanyakan urusan peribadinya.
Minumannya dikacau-kacau dengan kasar kerana fikiran yang tidak tenteram itu. Datang seorang lelaki yang tidak dikenali lalu duduk di hadapan Beryl tanpa bertanya apa-apa.
Dia terkedu melihat lelaki yang tidak dikenali itu langsung duduk di hadapannya tanpa bertanya terlebih dahulu. Gadis itu mulai ketakutan. Jay masih lagi menjawab panggilan di luar.
"Hey,gorgeous. What's your name?" Lelaki itu tersengih seperti kerang busuk.
Beryl tidak langsung menjawabnya. Pandangan liar dan menakutkan lelaki itu membuatkannya menggigil ketakutan. Apatah lagi lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah.
"Hey, I'm asking what's your name?You look pretty. Wanna hangout with me?" Lelaki itu menyentuh tangan Beryl namun ditepis kuat oleh gadis itu.
Tindakan Beryl membuatkan lelaki itu marah lalu dia hendak menampar wajahnya. Beryl menutup erat matanya,hanya pasrah menunggu tangan itu melayang ke wajahnya.
Namun tangan itu tidak juga kunjung menyentuhnya. Dia membuka matanya perlahan. Dilihatnya Jay sudahpun menarik kolar baju lelaki itu memaksanya berdiri, sementara sebelah tangannya mengacukan pistol ke kepala gondol tersebut.
Beryl panik seketika melihat apa yang berlaku. Dia tidak ingin menarik perhatian orang ramai.
"Jay,please don't. We can just leave."
"Not this time." Jay menekan pistol dengan kuat sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Please Jay. I'm begging you." Beryl benar-benar merayu.
Melihat gadis itu merayunya,amarah Jay tiba-tiba menaik. Kenapa gadis itu harus merayu dirinya agar dia tidak memecahkan kepala lelaki itu saat itu juga? Tidakkah dia tahu sebentar tadi lelaki itu telah memandangnya dengan pandangan kotor?
"Damn this people!" Dia menyumpah seranah.
Raut wajahnya kesal dengan amarah yang meluap-luap. Jay langsung keluar dari kafe lalu lesap di antara kerumunan manusia di laluan pejalan kaki.
Beryl berlari keluar mencuba untuk mengejar lelaki itu. Namun dia tidak melihat kelibat Jay di antara semua manusia di sana. Ke mana dia pergi,bisik hati Beryl.
Ini adalah kedua kalinya Jay bertindak seperti itu. Dia benar-benar kelihatan ingin terus membunuh sesiapa pun yang mengganggunya,jika saja Beryl tidak menghentikannya.
Beryl mencuba untuk menghubungi telefonnya namun tidak berhasil. Beberapa kali talian tidak dapat disambungkan.
Dilihatnya kereta yang mereka guna tadi tiada lagi di tempat parkir. Gadis itu mulai gusar kerana tidak dapat menghubungi Jay. Hatinya semakin resah.
"Jay,please pick up the phone!"
Gadis itu menggumam sendirian. Dia mencuba lagi untuk menghubunginya namun tetap tidak berhasil. Dalam pada masih sibuk hendak menghubungi Jay,Beryl tidak perasan ketika seorang penunggang motosikal sedang memandu laju ke arahnya.
Penunggang itu tidak dapat mengendalikan motosikalnya lalu terlanggar sebuah papan tanda yang turut mengenai tubuh Beryl ketika dia sedang menekap telefon ke telinganya.
Saat itu panggilan telahpun tersambung namun Beryl sudahpun jatuh terjelepuk di atas jalan tar tanpa sempat hendak bercakap kepada orang yang di talian.
Darah merah pekat mengalir di dahinya. Suasana menjadi kelam-kabut dan hingar bingar suara manusia yang berada di sekitar. Beryl sudahpun tidak sedarkan diri.
★★★★★
"How is she,doctor?" tanya Jay kepada doktor peribadi keluarga Tuan Ivan.
Doktor itu dipanggil untuk merawat dan melihat keadaan Beryl di mansion. Dia tidak ingin membawa gadis itu ke hospital kerana tidak mahu diketahui umum lalu khabar itu akan sampai ke pengetahuan Tuan Ivan dan Puan Rosy.
Dia tidak mahu merisaukan mereka sekaligus tidak mahu jika mereka akan berfikir bahawa dia tidak dapat menjaga Beryl dengan baik seperti yang telah dia janjikan.
Dr. Wayne memasukkan segala perkakas perubatannya ke dalam beg yang dibawanya tadi setelah selesai membersihkan luka di dahi dan di lengan gadis itu akibat bergeser di jalanan. Doktor paruh baya itu memandang wajah tegang jejaka muda di hadapannya.
Senyuman terukir di wajahnya. Dia telah berkhidmat selama puluhan tahun kepada keluarga Tuan Ivan dan bahkan keluarga itu sendiri sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
"Jangan risau,Jay. Dia tidak apa-apa. Mujur saja kecederaannya tidak terlalu serius. Cuma pastikan dia banyak berehat,jangan buat dia banyak berfikir. Pastikan lukanya sentiasa dibersihkan agar tidak dijangkiti kuman. Saya telah sediakan segala alat untuk menukar kain balutannya serta alat-alat untuk mencuci lukanya. Kalau dia rasa pening,ada ubat di atas meja telah saya sediakan."
"Thanks,Dr. Wayne. Please don't let Sir Ivan and Lady Rosy know about this. I don't want to trouble them."
Dr. Wayne tersenyum mendengarnya.
"Don't worry,Jay. I won't tell them. Just take good care of her." Dr. Wayne menepuk bahu Jay lembut lalu dia pun meminta diri.
"Jay..." Suara Beryl memanggilnya lemah.
Jay langsung menoleh ke arah Beryl yang sedang terbaring lesu di atas katilnya. Ditariknya sebuah kerusi lalu dia duduk di tepi katil gadis itu.
"Yes,my lady."
Dipandangnya wajah pucat gadis itu. Dia kesal kerana telah mengakibatkan kecelakaan terhadap cik mudanya.
Beryl membuka matanya perlahan. Rasa sakit di kepalanya terasa mencucuk-cucuk. Pantas dia memegang kepalanya yang sakit.
"Don't touch your head." Jay menahan tangannya.
"Where am I?" Pandangannya kabur akibat rasa sakit di kepalanya.
"We're in your room."
"How did I get here? Bukankah tadi kita keluar?" Beryl kembali mengingati bahawa tadi mereka keluar ke kafe.
"You got into an accident."
"What?! How?"
Beryl bangun bersandar pada kepala katil dengan bantuan Jay.
"You were hit by a motorcyclist by accident. You hit your head a bit."
Pantas Beryl memegang kepalanya yang berbalut. Kemudian dia teringat apa yang telah berlaku. Dia sedang tercari-cari Jay sehingga dia dilanggar oleh sebuah motosikal.
"I was looking for you Jay. Where were you?" Serta-merta rasa marah menerpa hati gadis itu. Dia teringat kembali bagaimana resah hatinya mencari Jay ke sana sini.
"I'm sorry." Jay memandangnya penuh sesal.
Dia tahu gadis itu kesal terhadapnya. Dia sendiri turut merasa kesal dan kecewa pada dirinya sendiri kerana tidak dapat menjaga cik mudanya dengan baik.
"Sorry? Sorry for what,Jay?! I got into an accident because of you." Nada suara gadis itu meninggi.
Jika selama ini Jay selalu memandangnya tajam,namun kali ini lelaki itu memandangnya penuh penyesalan. Untuk apa dia memasang raut itu di wajahnya,dia juga tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.
Dia ingin lelaki itu sedar betapa dia selalu mementingkan perasaannya sendiri dan tidak pernah memikirkan orang lain.
"You're not sorry for me,Jay! From what I see, you're never sorry for anyone. You only care about yourself! You're selfish!"
Dadanya berombak kencang kerana kemarahannya.
"How can you even protect me when you can't stop this accident from happening?"
"Forgive me my lady. I realized it was my fault. I promise it won't happen again."
"Of course it won't happen again Jay because I am going to tell dad to fire you right now!"
Dengan hati yang memanas Beryl lantas mencapai purse di atas meja di sebelah katil. Belum sempat dia hendak mengeluarkan telefonnya,Jay terlebih dahulu merampas purse itu dari tangannya.
Gadis itu langsung terkesima melihat perbuatan Jay. Sorot matanya sukar ditafsir sama sekali. Entahkan sedih,marah,kesal, kecewa dia juga tidak tahu. Tetapi apa yang pasti seolah-olah semua perasaan itu seakan tertulis di wajah jejaka itu.
"Give me back my purse,Jay!"
"No,my lady. I'm sorry but I cannot allow you to do that."
"Why? Why not Jay?!"
Dia kini berdiri menghadap bodyguardnya itu sambil bercekak pinggang.
"Aren't you afraid that they might get worried once you tell them that you got into an accident? Do you really intend to force them to come back home in the middle of their important business right now? Do you want to add to their problem with this matter?"
Jay sengaja hendak mencucuk-cucuk fikiran gadis itu agar dia tidak meneruskan niatnya. Tidak mungkin dia akan membiarkan berita ini sampai ke pengetahuan Tuan Ivan.
Entah kenapa,hatinya berkata bahawa dia masih ingin berada di sini. Apa yang membuatkan dia merasa seperti itu,dia juga ingin tahu jawapannya.
Seketika cik mudanya kelihatan berfikir,mencuba mencerna kata-kata lelaki itu. Sebolehnya dia juga tidak ingin mengganggu pekerjaan orang tuanya dengan masalah kecil seperti ini.
Meski kesal dengan apa yang terjadi,tapi dia tahu dia tidak boleh sewenang-wenangnya mempersalahkan Jay sepenuhnya atas apa yang telah berlaku padanya hari ini.
Kemalangan berlaku di mana-mana. Hanya saja dia kebetulan berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Beryl memejam matanya sambil menghela nafas panjang. Kemudian dia membuka matanya melihat Jay yang kembali memandangnya datar.
"Fine. I won't tell them. But on one condition."
"I'm willing to hear your condition,my lady."
"I want you to take care of me."
Jay mengangkat sebelah keningnya.
"I'm already taking care of you,my lady."
"What I mean is,I want you to take care of this ."
Ditunjuknya kepala dan lengan kanannya yang berbalut.
"And also you will have to prepare breakfast,lunch and dinner for me whenever I need it and helps me with other things when necessary."
Hatinya saat ini ingin menjahili bodyguardnya itu. Dia ingin membalas segala perasaannya yang sakit. Biar dia tahu rasa! Beryl tersenyum dalam hati.
"Very well,my lady. I'll do as you say."
Gadis itu hampir saja tertawa senang hati namun ditahannya. Dia memasang wajah santai.
"Fine. Now I want you to fill in my tub and prepare it with the aromatherapy shower gel. Please get my towel as well."
Dia berlagak seperti seorang puteri yang sedang bertitah kepada pengawalnya. Andai saja dia tahu jika bodyguardnya ini pernah membunuh orang,pasti dia tidak akan sesekali berani mengarahnya seperti ini.
Namun Jay menurut sahaja perintah cik mudanya dengan tenang.
"At your service,my lady."
Jay membongkok sedikit seolah-olah memberi hormat padanya,lagaknya menunduk pada seorang puteri raja. Entah kan lelaki itu ikhlas mengatakannya atau sekadar menyindir,dia tidak tahu.
Setelah itu dia menuju ke bilik mandi,mengisi air di dalam tab mandi serta turut mengisi aromatherapy shower gel ke dalamnya sesuai perintah cik mudanya. Setelah tab mandi penuh,dia mengambil sehelai tuala bersih lalu diletakkan di sisi gadis itu.
"It's all ready for you,my lady. Do you need help with anything else?"
Jay berdiri tegak di hadapan Beryl dengan kedua-dua tangannya diletakkan di hadapannya,layaknya seorang tentera yang sedia menanti arahan.
"I think that's all for now."
"Are you sure,my lady? Don't you need help with.. that.." Jay menggantung ayatnya.
"With what?" Beryl mengerutkan dahinya.
"With..your clothes.." Jay berdehem perlahan.
Merona merah pipi gadis itu dibuatnya.
"I can help myself with that. Now get out!"
Ditolaknya tubuh Jay agar keluar dari biliknya. Di luar bilik, lelaki itu tersenyum geli hati sementara cik mudanya pula mengurung diri di dalam bilik mandi dengan rasa malu yang menggunung.
Jay melangkah ke dapur untuk menyediakan makan malam buat cik mudanya. Tangannya lincah menyediakan segala rempah ratus dan memotong beberapa jenis sayuran serta sirloin steak. Terbiasa hidup bersendirian membuatnya sudah mahir dalam urusan di dapur.
Bunyi senduk berlaga dengan saucepan bergema ke seluruh ruang dapur yang sunyi. Jay kelihatan seperti seorang chef yang begitu mahir memasak segala jenis makanan.
Aroma daging yang dimasaknya memenuhi ruang dapur. Dia mencapai sebotol pepper lalu ditabur sedikit ke atas steak yang dimasaknya.
Setelah memastikan daging itu dimasak well done,dia meletakkan dua daging steak ke dalam dua piring yang berbeza.
Dua set fork and knife sudah terletak kemas di setiap sisi piring. Dia mengambil sekotak jus oren dari dalam freezer lalu menuangnya ke dalam dua biji gelas.
"Are you planning to just stand there and keep watching me,my lady?" tanya Jay tiba-tiba tanpa mengalihkan perhatiannya dari tangannya yang sedang menuang jus.
Beryl yang sedang berdiri di muka pintu hampir terbatuk kerana terkejut. Bagaimana lelaki itu boleh menyedari kehadirannya di situ? Sedangkan tadi Jay kelihatan ligat menyediakan dan menghidangkan makanan.
"How did you know I'm here?"
"I can sense your presence,my lady."
"What? How? Do you have a sixth sense or something?"
Jay tersenyum sumbing.
"It's something that I'm capable of."
"Really? I'm amazed and scared at the same time."
"Don't be. I'm using my ability to protect my lady."
Beryl sekadar angkat bahu.
"Dinner is ready,my lady."
Sebuah kerusi ditarik untuk cik mudanya. Beryl melabuhkan punggungnya seraya mengamati hidangan steak di atas meja.
Kelihatan sungguh menyelerakan sekali daging yang berwarna sedikit gelap kerana dimasak well done dan dihidang bersama beberapa sayuran. Perutnya serta merta lapar.
Jay kemudian duduk di hadapannya.
"Let's dig in." Beryl mencapai pisau dan garpu di sisi piringnya.
Gadis itu kelihatan susah-payah hendak memotong daging steaknya kerana kesakitan di lengan kanannya. Dia menukar pisaunya memegangnya dengan tangan kiri. Terkial-kial tangannya hendak memotong daging itu kerana dia bukanlah seorang yang kidal.
"Let me help you,my lady."
Piringnya diambil tanpa perlu menanti jawapan dari cik mudanya. Dengan cekap dan teliti,Jay memotong daging steak itu lalu mengembalikan piring tersebut kepada Beryl.
"Erm...thanks."
Sepotong daging dimasukkan ke dalam mulutnya. Terasa keenakan daging yang empuk dan berlemak itu memasuki ruang mulutnya. Deria rasanya mengatakan bahawa daging yang dimasak ini terasa sama dengan apa yang dimasak oleh chef mereka. Benar-benar menakjubkan!
"Is it to your liking,mademoiselle?"
Dilihatnya cik mudanya sedang mengunyah agak lama.
"Oh,well..yes. I might say, I'm impressed with your cooking talent. Makanan yang awak masak ni sedap. Awak boleh jadi chef,tau tak?"
"Pujian awak melangit sangat, cik muda. Kebolehan memasak saya tidaklah setanding itu."
'Humble jugak orangnya,' bisik hatinya.
"Awak nampak dah mahir dalam dapur. Awak belajar di mana?"
"Saya banyak belajar sendiri. Selebihnya saya hanya melihat orang memasak dan saya praktikkan sendiri." Jay menjamah makanannya santai.
"Oh,really? Saya fikir awak ada ikut kelas kulinari atau apa-apa kelas masakan sebab cara dan rasa masakan awak memang hebat,setaraf dengan masakan chef di rumah ni. Kalau bukan sebab saya yang melihat sendiri awak masak tadi, mungkin saya akan fikir awak beli makanan ni dari luar," ujar Beryl sambil tersenyum.
"Terima kasih atas pujian cik muda. Tapi bagi saya itu semua biasa sahaja."
"Awak tak nak jadi chef?"
"Kenapa? Cik muda dah tak nak saya jadi bodyguard cik muda?" Mata hazel itu memandang tepat ke dalam matanya.
Jantungnya berdegup laju sesaat. Lagi-lagi mata itu mengganggu konsentrasinya.
"Saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma katakan saja kalau awak ada kemampuan yang jarang orang miliki."
Jus diteguk perlahan mencuba menghilangkan kegugupannya.
"Memang saya miliki kemampuan yang tak dimiliki oleh orang lain dan cik muda mungkin tak nak tahu."
Jay tersenyum sinis sambil merenung mata cik mudanya. Pandangan matanya indah namun gerakan tangannya yang memegang pisau makanan di atas piring agak menggerunkan.
Beryl menelan liur agak ketakutan namun dia berlagak seperti biasa. Dia menghabiskan sisa steak dalam piringnya dengan cepat. Entah kenapa Jay kadang kelihatan menakutkan baginya.
Selesai makan,dia berdiri hendak mencuci piringnya di kitchen sink. Ketika melihat bayangan seseorang yang berada sangat dekat di belakangnya,Beryl berpusing laju.
Hampir tercabut jantungnya melihat Jay sedang berdiri tepat di belakangnya sambil memegang pisau makanan tadi di tangan kirinya dan piring di tangan kanannya.
"Jay,what are you doing?!"
Beryl bersandar pada bucu meja sinki dengan wajah ketakutan. Jay yang melihat cik mudanya ketakutan,menjadi bingung seketika.
"Kenapa cik muda? Cik muda tak apa-apa?" Dia kerisauan melihat wajah pucat itu.
"Kenapa awak pegang pisau tu?"
"Saya nak cuci piring saya. Memangnya kenapa cik muda?"
Jantungnya berdegup laju lagi. Tapi kali ini bukan kerana melihat wajah tampannya.
"Tak..tak ada apa-apa.." Beryl mengurut dadanya.
"Cik muda pergilah berehat di bilik. Saya akan bereskan semua di sini."
"Erm.. thanks Jay."
Langkahnya melaju menuju ke biliknya, meninggalkan Jay sendirian di dapur.