Baixar aplicativo
64.06% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 41: BAB 41:

Capítulo 41: BAB 41:

"Korang nak balik malam ni ker?" Soal mummy kepada kawan-kawan ku.

"Yer, aunty." Jawab Yahh dengan penuh sopan.

"Kenapa aunty?" Soal Ash.

"Kalau korang takyah balik malam ni boleh tak? Kalau diikutkan, korang cuti tiga hari kan?" Soal mummy.

Aku dan Tengku Adrian hanya memerhati. Kitorang tengah makan malam.

"Ha'ah, tapi sebelum orang tu batalkan perkahwinan dia." Jawab Ash dan mengerling ke arah ku. Nak pandang pandang aku macam tu dah kenapa? Kang aku sepak jugak budak ni.

"Oh! Good!" Ujar Mummy.

Kami memandang mummy dengan hairan.

"Macamana kalau korang stay kat sini selama tiga hari?" Soal mummy dengan teruja.

"Boleh Mummy!!!" Jawab Ash teruja. Kami terus memandang ke arah Ash dengan terkejut. Mummy??? Hello!!! Aku yang nak jadi bakal menantu dia!!! Kau jangan Ash!!! Aku terajang jugak kau ni!!!

"Erh, silap. Aunty." Jawab Ash dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku menjeling ke arahnya.

"Takpe, Aunty bukan ape. Suami aunty outstation, so tak salah kalau korang semua temankan aunty." Ujar mummy.

"Akak akak semua tinggal sini??? Best nyerr!!!" Ujar Maisara dengan teruja.

"Kalau aunty dah cakap macam tu, takkan kitorang nak tolak pulak kan." Ujar Yaa tersimpul malu. Erh!! Sejak bila minah ni pandai senyum macam perempuan melayu terakhir ni? Aku mengetap bibir menahan ketawa.

"Eka, Adrian, kenapa korang senyap je dari tadi?" Soal mummy dengan hairan.

"Malu la tuu aunty." Perli Ecah.

Wajah aku and Tengku Adrian merona merah. Malu malu beruk pulak, erh! Silap-silap, malu-malu kucing 😅

"Erm, takde topik nak diborakkan mummy." Jawab ku dengan segan silu. Erh! Sejak bila ireka ni pemalu? Pemalu depan bakal suami ker? Hihihi.

"Betul tu mummy." Sokong Tengku Adrian.

"Kesitu pulak, cakap jer la malu. Tengok muka pun mummy dah tahu. Macamlah mummy tak pernah lalui zaman muda dulu." Sakat mummy dengan senyuman nakal. Aku rasa wajah aku dah merah tahap minimum dah ni 🤣

Tiba-tiba,

Ding! Dong!

"Sape pulak yang datang malam-malam buta ni?" Keluh Mummy.

"Takpe, mummy. Biar eka pergi tengok. Eka dah siap makan." Ujarku and aku terus ke singki, cuci tangan and terus ke arah pintu.

Sebaik sahaja aku bukak pintu,

"Heyy!!! Korangg!!!" Sapaku dengan terkejut.

"Erh! Kau buat ape kat sini? Bukan ke kau kahwin dengan Idham?" Soal Delen dengan terkejut.

"Wei, terkejut gila aku." Ujar Zaff.

"Itulah pasal, terkejut beruk." Balas Shawn.

"Beruk makyeh." Balas Aizat.

"Hahahahah" Meletus ketawa aku. Terkejut sampai macam tu sekali..

Aku pun menceritakan segalanya kepada mereka. Ternganga luas mulut diorang. Terkejut punya pasal.

"So, ingatan kau dah pulih?" Soal Delen dengan teruja.

"Yes, Delen." Balas ku and tersenyum.

"Amazing. Aku mati-mati ingat kau kahwin dengan Idham. Tapi kalau dah jodoh kau dengan Adrian kan, nak buat macamana." Ujar Shawn dengan teruja.

"So, girlfriend kitorang ade kat dalam ker ni?" Soal Irshad and Rykal serentak.

"Ade, eh lupa pulak nak pelawa masuk, masuk masuk." Arahku. Diorang tertawa kecil dan terus masuk ke dalam rumah.

"Heyyyy!!! I miss youu!!" Jerit Ecah dan terus pergi ke arah Rykal.

"Irshad!!" Panggil Yaa dan terus ke arah Irshad.

"Korang, aunty and Maisara nak naik tidur dah. Goodnight youalls!! Menantu mummy and anak mummy!!" Ujar Mummy dengan riang.

"Goodnight too, sweetdream." Balas kami serentak.

Mummy pun terus menaiki lift naik ke tingkat atas.

Aku perhatikan kawan-kawan aku, Yaa dengan Irshad, Yahh with delen, Rykal with Ecah, Shawn, Aizat, Zaff with Ash. Hemm...

Aku memandang ke sisi ku.

"Kenapa?" Soal Tengku Adrian dengan hairan.

"Takde ape. Rindu la nak gaduh dengan kau." Jawabku dan aku menongkat dagu di atas tangan kanan ku and aku merenung wajahnya.

"Kau rindu nak gaduh? Pelik-pelik la kau ni!" Ujarnya dengan tersimpul malu. Ni bukan Tengku Adrian yang aku kenal ni, dia tak annoying. Tapi sweet la pulak. Hehe. Menyempat lagi yer aku. Hahaha.

"Asal kau blushing?" Soal ku dan aku menyentuh pipinya yang merah itu.

'DUP! DAP! DUP! DAP!'

Haih jantung diam la!

"Mana ada aku blushing." Balasnya selamba.

"Kau nak tahu tak kau blushing macam ni nampak macam ape?" Sakatku.

Dia mengangkat kening sebelah. Aih! Cute la pulak...🤪

"Macam, beruk makyeh. Hahaha." Jawabku dan ketawa besar.

"Ape?!! Sehandsome handsome aku ni kau cakap macam beruk makyeh?!" Soalnya dengan bengang.

"Yes, exactly. Beruk makyeh. Hahahahaa" Jawab ku dan aku mengekek ketawa.

"Haih! Sewel betullah perempuan ni. Aku ingatkan dah berubah." Ujarnya dengan menyampah.

"Ek eleh, yang sewel ni la yang kau gilakan." Balasku dengan menyampah. Haa!!! Ni baru betul Ireka and Tengku Adrian versi dulu.🤣

"Tak, sekarang ni kau gaduh dengan aku ker ape?" Soalnya. Ewah ewah ewah! Panas pulak hati kita.

"Erh engkau!!! Kang aku sepak tak pasal-pasal nangis." Ujarku dengan bengang.

"Erh! Tak! Yang kau ni asal?!!" Soalnya dengan bengang.

"Dah start dah Adrian and Ireka versi asal." Perli Ash.

"Mula pulak dah bab bab bergaduh." Balas Shawn dan menepuk dahinya.

"Korang diam!!" Arah Aku and Adrian serentak.

"Dah lah! Aku nak masuk tidur! Tak kuasa aku nak layan manusia annoying ni." Ujarku dengan menyampah dan terus ke arah lif.

"Woi! Yang annoying ni la yang kau sayang! Ireka!" Laung Adrian. Aku mula menekup telinga dan mengikut balik percakapannya. Geram punya pasal.

Kawan-kawan ku menggeleng kepala melihat sepasang bakal suami isteri ni. Bila la dua-dua nak matang.🤦😂


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C41
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login