"Ape yang digelakkan tu?" Soal seseorang di pintu, kami pun berpaling tubuh menghadap orang itu. Terpampang wajah Tengku Adrian yang membuat simbol '✌️'
"Takde ape ape." Jawab kitorang serentak.
"Yer ker takde apa-apa?" Soalnya dengan curiga. Kitorang mengangguk.
"Aku dengar perkataan 'kicik' tu amenda?" Soalnya dengan wajah blur.
"Hahahahahhaahahhaa" Meletus ketawa kitorang.
"Kau ulang balik." Balasku.
"Kicik?" Soalnya dengan wajah bingung.
"Hahahahahahhahaha" Meletus ketawa kitorang. Nak bergegar satu dorm tu dibuatnya.
"Stop wei! Stop! Lawak gila muka kau do! Hahaha" Ujarku dan ketawa.
"Kau buat ape kat sini?" Soalku.
"Ajak korang turun padang, tengok kitorang berlatih. Harini last kitorang berlatih, esok dah bertanding." Terangnya.
Kami hanya meng'ooo'kan aje.
"Jom." Ajaknya.
"Taknak lah." Balas ku.
Tengku Adrian mengeluh dan berjalan masuk ke arah aku.
"Nur ireka ku sayang, jom ikut saya, sebelum-" Dia menggantungkan ayatnya dan melirik ke bibir aku dan tersenyum nakal. Dia mengusap lembut rambut aku. Actually masa aku hilang ingatan ni, aku start freehair.😅
"Okey, okey. Aku pergi." Aku mengalah dan membuat muka '🙄'
"Good." Balasnya dan tersenyum.
Kawan-kawan ku memandang aku dengan Tengku Adrian dengan tersenyum.
'Kau dah buktikan cinta kau kat Ireka, Tengku Adrian. Sabar sikit lah yer, suatu hari nanti kau akan dapat cintakau.' Bisik hati diorang.
"Jom." Ajak Tengku Adrian. Kitorang pun turun ke bawah.
"Sini!!!" Panggil Rykal.
Kitorang pun terus berlari ke arahnya.
"Kau tunggu sini dengan diorang ea? Aku nak training." Pesannya.
Aku membalas dengan senyuman.
"Jap, yang sebelah team kau ni, yang sebelah ni team badminton ea?" Soalku.
"Ha'ah." Jawabnya.
"Aku nak pergi situ kejap boleh tak?" Soalku dan membuat mata terkebil-kebil. Ingat cantik sangat la tuww!! Erh!! Memang aku cantik!! Kalau tak cantik,, takde la idham and Tengku Adrian tergila-gilakan aku. Erh! Menyempat lagi 🤣
"Boleh, tapi ada syarat." Jawabnya.
"Syarat ape pulak?" Soalku dengan hairan.
"Kiss pipi saya." Jawabnya.
Aku pun mengheret tangan yaa and lari ke arah team badminton. "Jangan harap!!!" Jeritku kepada Tengku Adrian.
"Ireka! Kau hutang dengan aku!!!" Laung Tengku Adrian.
"Hahahaha" Meletus ketawa aku.
"Wei! Wei! Jangan lari kuat sangat do! Kang tersadung aku kat sini, takde orang nak sambut." Ujar yaa.
"Rileks la, Irshad ade do!!! Kang tak pasal-pasal nanti masa dia sambut kau tu, dia bagi deep kiss kat kau. Auto kau happy punya!" Jawabku.
Yaa memukul bahu aku dan wajahnya merona merah.
"ADOI!!!" Jeritku.
"Kau asal do! Sakit la!!" Aku mengaduh sakit.
"Dah tu yang kau bangang sangat pergi cakap macam tu dah kenapa? Padan muka do!! Hahaha" Ujar Yaa dan ketawa besar. Sekali lagi dia menepuk bahu aku dengan kuat. Erh minah nih! Aku terajang baru tau!!
"Sakit siot!!" Jerit ku.
"Padan muka kau!! Hahaha" Ujar yaa dan ketawa besar.
Aku memuncungkan bibir.
Pukk!!
Yahh yang baru muncul dari belakang memukul bahuku dengan kuat.
"Ape yang lawak?" Soal yahh.
"Ek eleh, boleh pulak kau tanya ape yang lawak, bagi salam ape tak. Main pukul pukul bahu orang lak." Aku acah-acah marah.
"Hahahahahah" Gelak diorang. Naik hantu dah diorang ni!
"Korang asal do!" Marahku.
"Asal kau buat muka camtu do?? Dah macam kerang tak wangi, kerang busuk!!! Hahahah" Ujar yahh dan ketawa besar.
"Korang asal ni?" Soal Ash and Ecah serentak yang entah muncul dari mana.
"Dah la! Jom teman aku pergi tengok orang main badminton! Aku suka badminton do! Aku tengok dalam tv masa aku duduk kat hospital." Ajakku.
Mereka mengangguk. Kami pun menuju ke sana.
"Geng twelve datang wei!" Bisik para pelajar.
"Asal diorang tengok kita macam nampak hantu?" Soal ku kepada diorang.
"Kau lupa ker? Kiter ni popular. Sebut aje geng twelve, semua orang kenal la." Jawab Ash dengan bangga. Kami pun berjalan dengan bangga.
"Well, well, well... Geng twelve datang la!!" Ujar Isya dan bertepuk tangan.
"Ape masalah kau ketot?" Soal Ash dengan bengang.
"Ketot? Asal nama dia macam tu? Hahahahah" Soalku dan tertawa besar.
"Kau tak nampak ker dia pendek tu? Tulah, kecik kecik tak minum susu Dutch lady, kang dah pendek." Jawab Ecah.
"Hahahahaha" Meletus ketawa kitorang.
"Mulut kau tu jaga sikit ea?!" Marah Isya.
"Eh, jap! Kau pehal nak marah-marah kawan aku?" Soal ku dengan bengang dan terus berjalan ke arah Isya, mencengkam kolar bajunya.
"Kau-kau... Kenapa?" Soal Isya dengan gagap. Terkejut beruk dia tengok wajah aku yang serius.
"Tadi bukan main lagi mulut kau! Now asal kau senyap?!" Jerkahku.
"Aku-aku..." Isya sudah gagap.
"KAU APE?!" Tengking ku.
Kawan-kawan aku memandang aku dengan wajah tidak percaya. Fuyoo!!! Ireka yang sekarang dah jadi gangster do!!🤣
Isya menolak aku dengan kuat.
"Kau dengan kawan-kawan sampah kau boleh berambus la sial!" Jerit Isya.
PANG!!
Tamparan yang kuat melekap di pipi Isya.
Aku menarik rambutnya dengan kuat sehinggakan wajahnya mendongak ke langit.
"Ape? Ape kau cakap tadi? Ulang balik!" Arahku dan tersenyum mengejek. Kawan-kawan ku memandang dengan puas hati.
"Lepas sial!!" Marahnya. Aku mengheret rambutnya semakin kuat. Air matanya mengalir.
"Lain kali, sedar diri tu sikit, nak buli orang, diri sendiri tu lemah, pastu pendek. Tak setanding dengan aku!" Bisikku di telinganya. Aku pun melepaskan rambutnya.
"Guys, jom." Panggilku.
Mereka tersenyum mengejek kearah isya dan terus mengekori aku.
"Fuyooo!!! Kawan aku dah jadi gangster do!!" Ujar yaa dengan teruja.
"Dah tu dia marahkan korang, memang patut dia dapat macam tu." Balasku.
Tiba-tiba,
"IREKA!!" Jerit Isya dari belakang. Kami memusingkan badan secara serentak. Isya berlari ke arah aku.
"Aku cabar kau!" Ujarnya.
"Cabar ape? Gusti?" Soalku.
"No! Badminton!" Jawabnya dan meleret senyum.
"Kalau aku menang, Adrian aku punya. Tapi kalau kau menang, aku takkan kacau kau and Tengku Adrian lagi dah." Ujar Isya.
Kawan-kawan aku saling berpandangan antara satu sama lain.
"Jangan,eka." Mereka menarik tangan aku.
"Menarik!" Ujarku dan meleret senyum.
"Aku setuju!!" Jawabku. Kawan-kawan aku membuat '🤦'
Kitorang pun mula bermain, tanpa kitorang sedar, cikgu Aliff memerhatikan permainan kami.
Aku partner dengan Yaa, and Isya partner dengan kawan dia yang bernama Siti.
"YAHOO!!!" Jeritku dan aku melontarkan raket itu.
"Korang menang do!!!" Jerit Yahh.
"Well, ini ireka la wei!!" Ujar ku dengan bangga.
"So! Tengku Adrian aku punya!" Ujarku dengan bangga. Isya memandang aku dengan menyampah dan terus pergi.
Pak! Pak! Pak!
Cikgu Aliff menghampiri kami dengan bertepuk tangan.
Kami memandang cikgu dengan serentak.
"Bagus, ireka, Arya. Saya suka teknik awak tadi." Ujar cikgu.
Aku dan yaa menggaru kepala yang tidak gatal.
"Biasa-biasa je cikgu." Balas kami serentak. Bila orang dah puji kan, kembang semangkuk la kitorang.
"Kalau kamu berdua tak kisah, lepas ni datang bilik saya and saya nak kamu berdua diwakilkan untuk pertandingan badminton sekolah kita nanti." Ujar Cikgu. Terus ternganga aku dan kawan-kawan aku.
"Baik cikgu." Balas aku dan yaa. Cikgu pun berlalu pergi. Sebaik sahaja cikgu sudah jauh,
"YAHOOOO!!!!" Jerit aku dan yaa serentak sambil berpelukan dan melompat lompat.
"Syabas wei!" Ucap kawan-kawan ku.
"Jom pergi kat kawan-kawan kita yang lain, aku tak sabar nak bagitau Irshad." Ujar Yaa dengan girang.
Kami pun pergi ke arah geng lelaki.
"Awak!!" Jerit Yaa kepada Irshad. Sekumpulan lelaki itu di duduk di atas rumput kerana kepenatan.
Yaa pun menceritakan segalanya kepada mereka.
"HAH?!" Soal mereka serentak.
"Terrer la korang, haritu aku ada try pemilihan badminton tu, tapi kena reject. Korang dapat free free macam tu aje?" Soal Shawn dengan tidak percaya.
"Well, aku and yaa kan terrer, sebab itu la cikgu pilih kitorang." Ujarku deng bangga.
"Berlagak." Ujar Tengku Adrian.
"Ape yang berlagak? Nak start gaduh la ni!!" Marahku.
Tiba-tiba, entah dari mana muncul bola, terus terkena kepala aku.
"Adoiii!!" Rengekku.
"Kau okey tak ni?" Soal Tengku Adrian dengan risau.
Aku memandang wajahnya. Otak aku mula memproses sesuatu.
Tiba-tiba aku teringat masa aku kat padang ni, waktu yang sama. Aku teringatkan perbualan Tengku Adrian and Irshad.
"Adrian! Ape ni! Tak cocentrate la kau ni!" Marah Irshad.
"Sorry sorry! Terpandang pari-pari turun dari langit tadi!"Jawab Tengku Adrian dan meleret senyum.
"Kau okey?" Soal Tengku Adrian dengan cemas.
"Ok, tapi aku teringatkan sesuatu." Jawab ku.
"Ape dia?" Soalnya.
"Perbualan kau dengan irshad." Jawabku.
"Kau ade cakap kan pari-pari turun dari langit?" Soalku dengan wajah bingung.
Tengku Adrian terus memeluk aku.
"Kau dah ingat sikit-sikit Eka!" Bisik Tengku Adrian.
"Dah la wei! Lepas la!!! Kau bau masam la wei!!" Marahku.
"Sorry sorry!" Ucapnya dan meleraikan pelukan.
"Kau ingat tak selalunya kau selalu cakap yang aku ni annoying tapi sweet?" Soal Tengku Adrian dengan teruja. Kawan-kawan aku menanti jawapan aku dengan teruja.
"Tak." Jawabku dengan ringkas.
Wajah mereka yang teruja terus bertukar menjadi muram.
"Aku mintak maaf. Tapi aku betul-betul tak ingat." Ujarku dengan serba salah.
"Takpe, take your time okey?" Ujar Tengku Adrian dan tersenyum paksa.
"Em, Yahh! Saya nak cakap sesuatu dengan awak." Ujar Delen.
Yahh memberi renungan dingin.
"Pergi la yahh!" Arah Yaa dengan lembut. Dia tahu sangat kenapa yahh taknak pergi, diorang still tak bercakap lagi sepanjang diorang dah break.
Mereka pergi jauh sikit and mula berbincang sesuatu.
"Yahh, saya nak mintak maaf." Ucap delen dengan wajah kesal.
"Hum." Balas yahh dengan menyampah.
"Awak, tolonglah. Saya rindu awak yang dulu. Saya merayu. Tolong la terima saya kembali dalam hidup awak." Pinta Delen.
"Dahla delen!" Marah yahh.
Delen kemudian berlutut di kaki yahh.
"Please sayang." Ucap Delen. Yahh memandang Delen dengan terkejut. 'Dia panggil aku sayang? Impossible!' Bisik Yahh didalam hati.
Delen terus memegang kedua dua belah tangan yahh.
"I'm miss you." Ucap Delen.
Yahh masih kaku disitu.
"Takpe, saya faham. Sape la saya ni kan? Semoga awak bahagia." Ujar Delen dan tersenyum. Dia menyelak sikit rambutnya. Yahh terus nak cair do!!! Delen ni macam korea wei!!! Dengan putih, pastu rambut macam orang Korea. Memang tak hairanlah ramai peminat.
Delen terus berlalu pergi.
"Saya cintakan awak delen!" Laung yahh.
Delen tersenyum dan terus berlari ke arah yahh. Dia mendukung yahh.
"I love you too sayang!" Balas Delen dan mengucup bibir Yahh dengan lembut. Yahh pun memegang belakang kepala Delen and membalas kucupan itu. Matahari yang perlahan-lahan terbenam itu membuktikan percintaan mereka.
"Dah asal pulak tu? Tadi bukan main delen lari, Pastu kiss kat situ pulak?" Soalku dengan hairan. Kitorang memandang drama yang sweet itu.
"Entahnya, acah-acah citer Hindustan la tu. Lari-lari pastu bercium bagai." Jawab Ecah.
"Hum. Jelous pulak aku rasa. Korang dah ade boyfriend, aku takde." Ujar Ash dan memuncungkan bibir.
"Aku kan ade." Ujar Shawn dan meleret senyum. Wajah Ashe merona merah.
"LAMA LAGI KER TU?!! KANG TAK CUKUP NAFAS PENGSAN KAT SITU!" Laungku kepada Yahh dan Delen.
"ASAL? JEALOUS KER?!! ADRIAN! BAGI EKA DEEP KISS SATU!!!" Laung mereka kembali.
Merona merah wajah aku. Tulah! Nak sakat orang, diri sendiri yang terkena.
"Nak jugak ker? Awak ade hutang lagi dengan saya pasal tadi." Soal Tengku Adrian dengan senyuman nakal.
"NO!!!" Jeritku dan aku terus bangun berlari. Tengku Adrian mengejar aku.
"NAK LARI MANA TU EKA! SAYA TAKKAN LEPASKAN AWAK!!" Jerit Tengku Adrian. Mati la aku woii!!!
"TAKNAK!!!" Jeritku.
"Hahahahah" Dia ketawa besar. Ni semua salah Yahh and Delen, pergi bagi idea bodoh tu dah kenapa? Tak pepasal aku kena kejar.🙄
"Tadi bukan main cakap Yahh anda Delen acah-acah filem Hindustan, last last diorang sama jugak, nak jugak rupanya!!! Hahahahha!!" Ujar Ash dan ketawa besar.
"Hahahahhaah" Meletus ketawa diorang.