Baixar aplicativo
83.33% Dia Pemilik Hatiku / Chapter 15: Lari dari tanggungjawab

Capítulo 15: Lari dari tanggungjawab

"D-DEAN TAK BOLEH BUAT SAYA MACAM NI ! . SAYA TAKKAN KAHWIN DENGAN DIA" , Ian pun keluar dengan perasaan yang agak marah . Dia tidak boleh menerima perempuan yang dia tak cinta begitu sahaja . "HEH SEKARANG NI KAU NAK BALIK NAIK APA . ADUH BALA SUNGGUH LAH HARI NI" keluh Ian . Ian sedih apabila kenang nasibnya sendiri bahkan dia selalu tanya pada dirinya sendiri mengapa ujian sebergini timpa kat dia . "YA TUHAN KENAPA AKU ! . KENAPA AKU YANG DIUJI TERUK MACAM NI" Ian lepaskan semua tu dekat depan hospital , dia tidak pedulikan orang yang sedang melihatnya .

Tiba tiba ada seorang sosok tubuh kanak kanak lelaki menghampirinya dan berdiri di hadapannya . "Tuhan uji abang sebab dia tahu abang kuat . Tuhan nak tengok sejauh mana hambanya mampu bertahan dengan ujian dia dengan penuh kesabaran , tiada Tuhan selain Allah" . Ian pun melihat kearah budak itu dan senyum lalu dia pun bercangkung . Dia pun mengusap kepala budak kecil itu . "ee comel betul kau ni berkata kata eh . Mama ngan papa mana and apa buat kat hospital ni sayang ?" . "OH! . Ayah ada kat hujung sana tu , saya datang sini sebab nak melawat ibu lah . Ibu sakit" tiba tiba budak itu berasa sedih . "Ibu adik sakit apa ? maaf kalau abang tanya". "Doktor kata ibu ada penyakit cancer , kos rawatan nya pula mahal . Ayah pulak tak mampu nak bayar jadi ayah pesan supaya doakan yang baik baik aje untuk ibu" budak tu pun tersenyum . "AMMAR ! BORAK APA LAGI DENGAN ABANG TU ! . MARI TENGOK IBU KAT DALAM" jerit ayah nya dari jauh itu . "Saya masuk dulu lah bye abang" . Budak itu pun berlari kearah ayahnya .

Rupa rupanya ada orang yang lagi teruk masalah dari aku , dan apa yang aku dapat belajar sekarang adalah jangan keluh pada ujian yang menimpa dan teruskan berusaha dan jangan berputus asa . Doa sentiasa akan di makbulkan oleh Nya . Ian pun masuk kembali di dalam hopsital itu dan mencari cari bayang budak kecil tadi . "Assalammualaikum pakcik ?" Ian pun salam pakcik itu . "Ye waalaikumsalam , kenapa ye ? oh maaf lah kalau anak saya si Ammar ni banyak cakap . Dia memang macam ni" . "EH! takpa tu hal kecik aje saya tak kisah , lagipun Ammar ni comel aje . Sebenarnya saya nak tolong pakcik bayar kos rawatan makcik" . Pakcik itu pun terkejut , dia cuba menolak tawaran Ian itu berkali kali tapi Ian masih mengeraskan hatinya untuk menolong . "Boleh lah pakcik saya tolong pakcik . Lagipun saya tahu rasa sedih yang Ammar alami sekarang" . "Ba-baiklah kalau itu yang kamu nak , pakcik terima aje . Terima kasih nak , Tuhan aje yang mampu balas jasa baik kamu ni" Ian pun tersenyum .

Baru aku tahu kalau kita tolong orang , bukan mereka aje gembira tapi kita pun turut gembira . Kalau kita buat baik , orang pun akan balas baik kat kita . Aku doakan dengan bantuan aku ni dapatlah tolong Ammar dan pakcikni dan aku doakan ibu dia cepat sembuh . "Saya pergi dulu lah pakcik , semoga pakcik dan Ammar sihat sihat selalu" . Ian pun pergi dari situ dan keluar dari hospital itu . "Hahaha terpaksa lah aku order grab ni" gelak Ian seorang diri .


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C15
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login