Baixar aplicativo
30.76% Black Hunter Origin / Chapter 3: Chapter 2: Welcome to Isekai.

Capítulo 3: Chapter 2: Welcome to Isekai.

Disuatu tempat, tepatnya diatas langit. Terdengar suatu suara seorang wanita sedang menjerit seakan-akan dirinya hampir menemui ajalnya.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!"

Dari sumber suara tersebut, kelihtan sebuah sosok seorang lelaki berambut hitam yang berpakaian baju senaman yang terdiri daripada jeket dan seluar panjang dengan warna hitam dan hijau tua sebagai coraknya. Sosok lelaki itu kelihatannya sedang melakukan suatu aksi terjun bebas di udara, atau nyatanya jatuh menjunam dengan kecepatan tinggi tanpa sebarang alatan peluncur udara atau payung terjun.

Atas suatu alasan sosok lelaki itu meneriakkan beberapa kata diudara sambil menangis dengan hingus dan air matanya yang naik ke atas dan menentang hukum graviti. [Sebenarnya lebih tidak masuk akal jika kedua perkara itu masih mengikut arah normalnya ketika berada di situasi tersebut]

"Banjingan awak Rokugai-senpai!! Kenapa awak perlu membawa saya tiba didunia ini dengan cara memindahkan saya tepat di beberap ratus meter dari atas tanah?!!"

Yup, sosok lelaki menyedihkan yang menjerit dengan suara wanita dan menangis dengan hingus dan air mata mengarah keatas itu adalah sang protagonis kita. Madou Gaikuro, Sang Pahlawan bagi generasi saat ini yang baru sahaja tiba didunia lain melalui jalur udara.

Nampaknya Series ini mungkin hanya mampu sampai 2 chapter sahaja kerana watak utamanya akan mati dalam beberapa ratus meter sahaja lagi. Dan jarak tersebut terus berkurangan dalam hitungan saat.

300 meter... 200 meter... 100 meter... 90 meter... 70 meter... 30 meter... 10 meter... 9 meter...

5 meter...

4 meter...

3 meter...

2 meter...

1 meter...

0 meter.

Doooommm!!

Dan suatu bunyi terhempas yang sangat kuat pun tercipta beserta gegaran yang menggoncang seluruh kawasan sekitar. Seluruh kawasan itu dipenuhi dengan debu-debu dan habuk tanah yang berterbangan diudara akibat daripada jatuhnya sang protagonis.

Ditengah-tengah kawah yang tercipta daripada hampas itu sesuatu bayangan kabur mula kelihatan bergerak-gerak, yang mana normalnya tidak akan ada yang dapat selamat daripada situasi tersebut. Jadi apakah yang sebenarnya perkara sedang bergerak-gerak tersebut?

"Hhaaahhhh!! Saya masih hidup!!!"

Dirinya selamat, Sang Protagonis kita masih lagi selamat dan bernyawa. Entah bagaimana dirinya masih lagi dapat selamat daripada hampasan sebesar itu yang mana akan dapat membunuh sesiapa sahaja dengan sangat mudah.

"Saya ingatkan saya akan mati tadi... Senpai banjingan tu... jika saya bertemu dengan dirinya lagi saya pasti akan tumbuk mukanya tanpa ampun"

"...!?"

Gaikuro terdiam untuk seketika saat dirinya melihat kearah tempat dimana dirinya jatuh sebentar tadi.

"... Apakah kawah ini diakibatkan oleh hempasan tadi?"

Fikirannya dipenuhi dengan begitu banyak pertanyaan. Keliru, terkejut, takut dan tidak percaya, semua perasaan tersebut bercampur aduk setelah mengetahui fakta bahawa dirinya masih lagi dapat hidup meskipun daripada situasi segila itu sungguh menggugat akal sehatnya. Dan disaat dirinya masih tertanya-tanya, sebuah notifikasi berbentuk jendela status game pun muncul tapat dihadapan wajahnya dan mengejutkan dirinya sehingga kembali tersedar daripada rasa shock nya.

\\ Welcome to Another World //

"Uwahhh!? Apa ni?... Nanti dulu, ini... benda yang agak mirip jendela Status! Ini bingkai notifikasi!"

Dengan cepat kemampuan Otakunya mentafsir keadaan dan memahami apa yang sedang berada di hadapannya itu, ini menjadi bukti kukuh bahawa dirinya adalah seorang pro dikalangan Otaku. Mungkin inilah hikmahnya menonton Anime dan membaca light novel/manga dengan tema Isekai sebanyak ribuan kali, pemahamannya mengenai sistem game yang ada dunia lain sangat membantu dirinya menerima perkara yang ada di hadapannya itu.

\\ Tahniah kepada pahlawan baru 'Madou Gaikuro' kerana berjaya sampai didunia lain dengan selamat. Sekarang tutorial yang akan menjadi pembimbing anda dalam menggunakan kesemua sistem dan kemampuan yang anda miliki //

"Sistem Tutorial? Oh, yang ini baru. Ini adalah kesah Isekai pertama yang menyediakan Tutorial pribadi kepada wataknya, biasanya akan ada seseorang yang memberikan penjelasan atau perlu dikaji sendiri oleh protagonis"

\\ Sila katakan 'Status' untuk melihat maklumat pribadi dan kemampuan tubuh anda //

"Status!"

Gaikuro mengatakan kalimat tersebut dengan penuh semangat, dan tepat setelah itu muncul sebuah bingkai lutsinar yang memaparkan gambar, usia dan beberapa maklumat pribadi lainnya milik Gaikuro. Tetapi tidak hanya sekadar maklumat pribadi sahaja yang dipaparkan oleh bingkai status tersebut.

Lv., STR, AGL, VTL, DEX, INT, Jop, Ras, Hp., Mp., Sp., Luky., Title dan Skill. Semua hal yang biasanya ditemui didalam game terpampang dengan jelas pada bingkai status tersebut. [Maaf jika ada yang tidak dapat memahami erti semua singkatan diatas, tetapi ini adalah semua perkara yang biasa ditemukan dalam game RPG, jadi google aja sendiri maksudnya ^_^]

"Wahhh... Ini adalah jendela status yang asli. Isekai saikyou!" ['Saikyou' itu ertinya terbaik dalam bahasa jepun]

Sambil mata yang masih terus berkilau-kilau, Gaikuro dengan penuh fokus menyemak setiap perkara yang ditunjukkan oleh jendela tersebut.

"Hmm... Jadi saya masih berada di Lv.1, Ras saya adalah 'Hight Human' dan Jop saya pula adalah 'Legendary Hero' dan... 'Otaku'? Itu juga dikira sebagai sejenis pekerjaan?".

"Seterusnya Hp. saya 100/100, Mp. pula 150/150 dan Sp. 150/150 ini... apa mungkin Sp. ini adalah Soul Point? Atau Stamina? Seterusnya ada... Element/ Adribut? Hmm... saya tidak tahu apa gunanya bahagian ini? Saya akan mencari tahu mengenainya nanti."

"Lalu stat milik saya adalah... STR: 200, AGL: 300, VTL: 200 (+ 1 000), DEX: 100, INT: 400, Luky: 700. Hmmm... saya tidak tahu apa-apa mengenai standard pada dunia ini, jadi saya tidak tahu status saya ini dikira tinggi atau tidak?"

"Untuk Title, saat ini saya ada dua. 'Legendary Holy Hero' dan 'Dimensional Travel'. Dan untuk Skill... Wow, saya memiliki 7 Skill asas? Wah... "

"5 Legendary Skill, ditambah lagi ianya merupakan Skill Series khas pahlawan. Reback, Protective Wall dan The Prowess of The Leader. Malangnya 2 Skill lainnya masih terkunci kerana memiliki tanda '???' padanya, apa kedua-dua Skill ini memiliki syarat untuk di akses? Hmm..."

"Oh, ada Skill lainnya juga. Dimensional Travel Body? Efeknya adalah... meningkatkan kemampuan pertahanan tubuh. Heh... Jadi (+1 000) pada VTL tu kerana Skill inilah ya. Dan yang terakhir adalah... Skill bawaan daripada Jop Otaku milik saya.... Otaku Wisdom. Efeknya adalah pengetahuan menyeluruh mengenai Dunia seorang Otaku.... Entah mengapa saya rasa seperti ingin menangis, tapi tidak pasti sama ada itu tangisan menyedihkan kerana Skill ini tidak berguna atau kerana fakta pengetahuan Otaku saya kini diakui..."

Setelah selesai melakukan pememeriksaan terhadap statusnya, Gaikuro kini melanjutkan Tutorial nya dengan mempelajari cara penggunaan sistem.

\\ Anda memiliki suatu ruangan penyimpanan yang akan dapat anda akses sesuka hati //

"Heh ho... Inventory kah? Mari cuba lihat."

Dan suatu lagi bingkai lutsinar muncul dihadapannya. Tetapi sebelum Gaikuro sempat memereksa isinya suatu lagi notifikasi Tutorial muncul dan memberikan sebuah penjelasan.

\\ Descriptions: Inventory adalah ruang penyimpanan pribadi untuk anda, oleh kerana itu hanya anda yang boleh menggunakan ia. Note: Inventory adalah ruang penyimpanan dengan sifat Dimensional Pocket, oleh kerana itu segala sesuatu yang disimpan di dalamnya akan sentiasa dalam keadaan yang sama seperti keadaan ketika ianya dimasukkan. Tetapi anda tidak akan dapat memasukkan makhluk hidup didalamnya //

"Jadi masa bagi semua objek yang dimasukkan ke dalam akan terhenti ya, kalau begitu ianya dapat digunakan untuk menyimpan bahan makanan agar sentiasa dalam kondisi segar. Ini memang aplikasi yang sangat berguna, saya juga tidak perlu risau tentang kecurian dan kehilangan barang jika begini"

Lalu Tutorial itupun berlanjut dengan beberapa pembelajaran mengenai keupayaan lain daripada sistem.

\\ Sila memikirkan/ menyebutkan nama bagi Skill dengan Tipe Aktif setiap kali anda ingin menggunakan Skill tersebut. //

"Jadi dibahagian ini memiliki kesamaan dengan Game, seperti Genre isekai pada umumnya"

"Yah, terserahlah. Mari cuba skill-skill yang saya miliki saat ini"

"<Hope Wall>" [Harapan maklum, setiap kali nama Skill disebutkan ianya akan selalu ditambah '< >' diawal dan dihujung]

Tepat setelah Gaikuro menyebutkan nama Skill tersebut, munculnya suatu dinding lutsinar yang memancarkan warna emas tepat dihadapannya.

"Wahhhh... Jadi ini adalah Skill berjenis Defense. The Prowess of The Leader pula kelihatan seperti Skill Pasif seperti Dimensional Travel Body, jadi yang tinggal untuk diuji cumalah..."

"<Reback>"

\\ Anda tidak memiliki kondisi yang diperlukan untuk menggunakan Skill ini //

"Eh?"

"Mungkin ada sedikit kesalahan, mari cuba lagi. <Reback>"

\\ Anda tidak memiliki kondisi yang diperlukan untuk menggunakan Skill ini //

"Ehhh....!!"

"Kenapa pulak ni? Jangan cakap Skill ini memiliki syarat tertentu untuk dapat digunakan! Jika begini saya cuma memiliki Protective Will saja yang dapat digunakan ketika diperlukan! Pahlawan macam apa sahaja yang cuma boleh bertahan? Saya bukannya Naufumi" [Gaikuro memiliki kebiasaan untuk memberikan perumpamaan dan perbandingan berasaskan anime, jadi jika ada yang anda tidak faham maka harapan maklum sahajalah]

"Nanti dulu... Didunia ini tidak ada batasan bagi senjata kan? Jika ada maka saya akan dalam masalah besar! Inventory Open!!"

Dengan panik di hatinya, Gaikuro segera memereksa Inventory miliknya untuk memastikan bahawa ada senjata atau tidak didalamnya. Dan keputusannya adalah...

"Tidak ada..."

"Arrrhhhhhh!! Sekiranya tidak ada senjata bererti bahawa saya adalah pahlawan perisai!! Meskipun saya mengagumi Naufumi tidak bererti saya dapat menjadi semahir dia ketika saya baru sahaja tiba didunia lain! Ditambah lagi disini adalah didalam hutan, setidaknya berikanlah saya pisau atau cangkul sebagai alat pertahanan diri jika senjata tempur tidak boleh!!" [Iwatani Naufumi adalah tokoh utama di kesah Tate no yuusha no nariagari]

Disaat Gaikuro masih frutasi dengan keadaannya itu... Secara tiba-tiba, sesuatu yang lain berlaku. Dan muncullah sebuah notifikasi dihadapannya.

\\ Perhatian!! Anda akan segera menghadapi proses pewarisan dan pemberkatan daripada Pahlawan masa lalu. Harap anda bersedia //

"Apa!?"

Dari atas langit, muncul sebuah tiang cahaya putih yang bersinar mengelilingi seluruh tubuh badan Gaikuro. Untuk seketika, tubuh badan Gaikuro melayang di udara bagai tidak terikat dengan hukum Graviti. Dan bukannya merasa panik atau takut, Gaikuro malah takjub dengan situasi tersebut.

Selang beberapa saat kemudian, muncul sesuatu objek lain yang meluncur turut dengan kelajuan tinggi dari atas tiang cahaya yang menyinari Gaikuro. Lalu bukannya menghentam tanah atau membuat kerosakan dengan daya hempasannya, objek tersebut malah berhenti dan mengapung tepat dihadapan Gaikuro dengan hanya beberapa inci dari tanah.

Objek yang mengapung itu ternyata adalah sebuah pedang. Sebuah pedang dengan dua mata pisau dan memiliki reka bentuk yang anggun dengan sebiji permata hijau yang berada dibahagian badan diantara pemegang dengan bilahnya. Ditambah lagi dengan warna putih murni yang terdapat daripada satu hujung ke hujungnya yang lain membuatkan pedang tersebut kelihatan seperti hanya sekadar pedang hiasan.

Sekali lagi, Gaikuro tidak terkejut langsung dengan perkara yang berlaku dihadapannya itu. Malahan, Gaikuro seolah-olah tertarik untuk mengapai pedang tersebut dan menghulurkan tangannya menghampiri gagang pedang tersebut.

Entah mengapa, Gaikuro merasa seperti pedang tersebut adalah sebahagian daripada tubuh dan jiwanya sendiri yang sudah lama terpisah. Mungkin itu kedengaran tidak jelas, tetapi perasaannya saat ini memang hampir mustahil untuk digambarkan dengan kata-kata.

Gapailah ia.

Genggamlah ia.

Ambillah ia.

Muncul pelbagai jenis perasaan dan hasutan daripada dalam dirinya yang menuntutnya memegang pedang tersebut, semua yang ada didalam dirinya mendorongnya untuk mengambil pedang tersebut.

Tangannya kini menghampiri gagang pedang tersebut, semakin hampir, semakin hampir, semakin hampir, dan pada akhirnya dirinya menggenggam gagang pedang putih tersebut. Lalu sesuatu yang lain berlaku.

Sejurus setelah Gaikuro menggenggam gagang pedang tersebut sesuatu yang anih belaku pada dirinya.

!!!

" Graaaaaaaahhhhh.....!!"

Ada sejumlah besar ingatan dan juga gambaran pemandangan yang secara tiba-tiba muncul didalam otaknya.

Didalam salah satu gambaran yang muncul, ada seorang lelaki yang bertarung dengan sebuah bayangan.

Didalam gambaran yang lain, ada seorang lelaki yang ditelan oleh sesuatu.

Didalam gambaran yang lain, ada sebuah pasangan yang sedang saling ketawa bahagian.

Didalam gambaran yang lain, ada seseorang orang yang sedang berdiri gagah meskipun dipenuhi dengan luka.

Didalam gambaran yang lain, ada seorang lelaki yang terbaring sambil dikelilingi oleh beberapa orang lain daripada pelbagai ras.

Didalam gambaran yang lain, ada seseorang sedang tersenyum dengan gembira.

Dan banyak lagi gambaran yang terus bermunculan didalam kepala Gaikuro sebelum semuanya mereda setelah beberapa ketika berlalu.

Lalu cahaya misteri yang dari tadi bersinar mula meredup dan menghilang. Dan hanya meninggalkan pedang putih dan Gaikuro yang berada di dalam posisi merangkak akibat daripada sejumlah ingatan yang dipaksa masuk ke dalam otaknya.

\\ Tahniah!! Anda berhasil melewati proses pewarisan dan pemberkatan daripada pahlawan masa lalu dengan 70% kejayaan. Saat ini anda telah memiliki beberapa pengetahuan dan pengalaman daripada pahlawan terdahulu //

\\ Anda memperoleh Skill <Heros Blessing> [A] //

Dengan nafas yang terengah-engah dan peluh diseluruh wajahnya, Gaikuro mula menenangkan fikirannya dan mula berdiri kembali.

Entah mengapa, aura yang dipancarkan oleh Gaikuro tiba-tiba berubah. Seolah-olah dirinya berubah menjadi orang lain, matanya menjadi sedikit lebih tajam dan lebih fokus.

Lalu Gaikuro mula memandang ke arah pedang yang ada ditangannya dan setelah itu mula melakukan pelbagai jenis gerakan sambil menghayunkan pedang tersebut.

Melibas, menikam, menepis, memotong, dan pelbagai lagi teknik dan gerakan yang dirinya lakukan.

Anihnya, bukan terlihat kaku seperti seorang amatur yang tidak pernah bersentuhan dengan sebarang senjata, Gaikuro justru kelihatan sangat mahir dan berpengalaman dalam menggunakan pedang tersebut.

Setelah melakukan beberapa gerakan rumit, akhirnya Gaikuro berhenti dan mula merasakan perbezaan pada dirinya.

\\ Anda memperoleh Skill <Swordsmanship> [F] //

Gaikuro menyedari kemunculan notifikasi tersebut tetapi dirinya malah mengabaikannya dan terus merenung dirinya sendiri dan membeku selama beberapa saat.

"... Saya mampu menggunakan teknik berpedang... Meskipun masih agak terbatas kerana saya tidak pernah berlatih... tapi saya memang mengetahui tentang teknik pedang..."

(Apa mungkin ini semua berkat ingatan-ingatan tersebut? Dan orang-orang di dalam semua ingatan itu... apa mungkin adalah para pendahulu saya? Pahlawan-pahlawan daripada masa lalu sama seperti Rokugai Senpai?)

"Saya tidak begitu memahami semua ingat itu tetapi..."

Gaikuro memandang kearah pedang putih yang masih berada ditangannya, lalu berkata...

"The Holy Hero Sword, 'White Holokron'. Itulah nama pedang ini..."

Dengan tatapan yang agak sirius Gaikuro menyebutkan nama pedang tersebut sambil sedikit tersenyum sebelum menyambung ucapannya.

"Jadi awak adalah partner saya. Kita akan berjuang bersama mulai hari ini, jadi mari kita lakukan yang terbaik ya, Ibou!" ['Ibou' boleh diertikan sebagai rakan seperjuangan atau partners dalam bahasa jepun]

Disaat Gaikuro masih lagi meraikan pasangan barunya itu, secara senyap-senyap sesuatu sedang memerhatikan dirinya dari belakang disebalik semak-samun.

Dan tidak tunggu lama, sesuatu itu kemudiannya melompat keluar dan mencuba untuk menerkam Gaikuro.

Tetapi, tanpa diduga Gaikuro malah beriaksi dengan sangat cepat dan tepat. Sehingga dirinya berjaya melakukan serangan balas dan membelah 'sesuatu' itu saat ianya masih diudara.

"Hohhh..."

"He-hebatnya tadi tu!!"

"Tubuh saya bergerak dengan sendirinya lalu memotong benda itu seperti suatu perkara yang biasa sahaja, jadi inilah hasil daripada ingatan para pahlawan terdahulu yang dipaksakan itu. Rasa otak yang hampir meletup tadi nampaknya agak berbaloi"

Beberapa ketika setelah dirinya berbangga, Gaikuro akhirnya mula peduli dengan apa yang baru sahaja mencoba untuk menyerangnya sebentar tadi.

Dan ketika dirinya mula berpaling, dirinya mula sedikit terkejut dengan apa yang baru sahaja dirinya lihat.

"!!!"

Dirinya melihat sosok sebenarnya daripada sesuatu yang mencoba untuk menyerangnya sebentar tadi, dan apa yang dirinya lihat adalah... Sesuatu... Tidak, itu adalah seekor makhluk yang memiliki 4 kaki, bertubuh besar ,berbulu kelabu, memiliki kuku cakar dan gigi taring yang sangat-sangat tajam... itu adalah seekor makhluk yang mirip dengan anjing atau serigala. Ini adalah...

"Monster"

Nalurinya secara serta merta mengenali apa yang ada dihadapannya. Ini juga pastinya dikeranakan memori daripada pahlawan terdahulu yang ada ditanamkan pada dirinya, kerana orang normal yang baru sahaja tiba didunia tersebut pasti akan tersalah anggap bahawa itu cumalah binatang liar.

Dirinya terkaku, dan matanya pula terbeliak seolah-olah mahu terkeluar dari tempatnya. Ini adalah sesuatu yang wajar, bagi sesiapa sahaja yang sebelumnya hidup di dunia yang damai pastinya akan merasa tergoncang saat melihat sosok monster yang mampu membunuhnya dengan mudah.

Pastinya jiwa Gaikuro saat ini sedang mengalami tamparan hebat oleh rasa takut.

"Hebatnyaaaaa!!!"

Atau mungkin jugak tidak. (-_-)

Yang kita bicarakan saat ini adalah Gaikuro, Gaikuro lah! Dirinya adalah Otaku penggila anime, yang mana sudah jelas telah menonton anime yang berisikan monster sebanyak jutaan kali. Oleh kerana itu Gaikuro bukannya ketakutan atau gelisah, dirinya malah akan menjadi sangat teruja dan bersemangat dengan situasi seperti ini.

"Jadi inilah yang namanya monster, kalau begitu disini betul-betul dunia lain"

"Menurut Rokugai senpai, dunia ini adalah dunia fantasi klasik. Jadi... pastinya akan ada ras Demi-human!! Elf, Beastfox dan Dwarf. Saya tidak sabar untuk melihat mereka!!"

Sukar untuk percaya bahawa orang sepertinya lah yang terpilih untuk menjadi pahlawan sekaligus orang yang memiliki tatapan tajam dan baru sahaja menebas mati seekor monster dengan sekali gerakan. Tetapi... Takdir memanglah sesuatu yang pelik dan penuh dengan misteri.

"Hmmm... Jika diingat-ingat semua Tutorial tadi tidak ada menjelaskan apa-apa mengenai monster atau pengetahuan asas didunia ini. Meskipun saya memiliki ingatan daripada pahlawan terdahulu tetapi tetap saja itu mungkin sudahpun menjadi pengetahuan kuno dizaman ini..."

"Oh!! Mungkin juga saya boleh menggunakan itu!!"

Sekali lagi pengetahuan Otaku miliknya menunjukkan kehebatannya dan dengan mudahnya memberikan sebuah jawapan kepada situasi buntu tersebut.

Lalu Gaikuro pun mula memandang ke arah monster berupa seperti serigala itu dan mula menyebutkan sesuatu.

"<Apprasial>"

Dan dengan serta merta muncul sebuah bingkai baru yang berbeza daripada semua bingkai-bingkai yang sebelumnya. Bingkai yang ini memaparkan sesuatu yang benar-benar berbeza dengan bingkai yang lain, iaitu maklumat menyeluruh berkaitan dengan monster yang berada di hadapannya itu.

Inilah Skill <Apprasial>, skill yang menjadi salah satu Skill wajib dimiliki oleh para Dimensional Travel kerana mampu memberikan pengetahuan dan informasi.

Lalu Notifikasi Sistem pun beriaksi dan mula memaparkan pemberitahuan terkini mengenai kemunculan Skill tersebut.

\\ Anda memperoleh Skill <Prideful Lucifer> [B] //

"Eh?!"

Mengabaikan Gaikuro yang bingung, beberapa lagi notifikasi muncul secara beruntun sesaat kemudian.

\\ Efek tidak terduga daripada pemberkatan para pahlawan terdahulu telah diaktifkan. Anda memperoleh Skill <Prideful Lucifer> //

\\ Efek daripada Skill <Prideful Lucifer> telah memberikan anda Skill <Apprasial> //

\\ Efek daripada Skill <Prideful Lucifer> telahpun meningkatkan penguasaan anda terhadap Skill <Swordsmaship> dan <Apprasial> //

\\ Skill Apprasial [F] kini mencapai tingkat penguasa [B] //

\\ Skill Swordsmanship [F] kini mencapai tingkat penguasa [B] //

"Ehhhhhhh...!!"

Gaikuro terkejut.

Jelas sekali bahawa Gaikuro akan terkejut dengan peningkatan yang sebanyak itu, apatah lagi semuanya berlaku dalam sekejap.

"Nanti dulu, Pride? Salah satu daripada Seven Deadly Sins? Biar betul ni!!"

Tidak percaya dengan apa yang didengarnya, Gaikuro memutuskan untuk langsung memereksa Statusnya lagi demi memastikan kebenarannya sendiri.

Dan apa yang ditampilkan pada statusnya kali ini adalah seperti ini:

{

Name: Madou Gaikuro (16 tahun)

Lv. 1

Ras: High Human

Hp. :100/100

Mp. :150/150

Sp. :150/150

Jop: Legendary Hero (Holy)/ Otaku.

STR: 200

AGT: 300

INT: 400

VIL: 200 (+1000)

DEX: 100

LUKY: 700.

Adribut: Light/ ??? [Locked]/ ??? [Locked].

Title: Legendary Holy Hero/ Dimensional Travel.

Skill:

- ??? [Locked]

- Hope Will [S]

- ReBack [S]

- The Prowess of The Leader [S]

- ??? [Locked]

- Otaku Wisdom [S]

- Dimensional Travel Body [D]

- Swordsmanship [B]

- Prideful Lucifer [B]

- Apprasial [B]

- Heroes Blessing [A]

}

"WOW..."

"Saya cuma mengharapkan akan memperoleh Skill Apprasial kerana sistem dunia ini memiliki cara kerja yang hampir sama dengan Game, tapi tidak sangka pula Pemberkatan para pahlawan juga akan turut memainkan peranannya. Ditambah lagi... ianya malah memberikan saya Skill gila seperti ini!"

{Prideful Lucifer [B]

Efek: Dalam penguasaan tertinggi, pengguna akan lebih mudah untuk memperoleh EXP untuk meningkatkan level, serta memiliki kemungkinan untuk memperoleh Skill hanya melalui Kreativiti pengguna. Tingkat penguasaan pengguna saat ini adalah B. Di dalam penguasaan di bawah B, selain daripada Skill-Skill tingkat atas, pengguna hanya akan dapat mengnyalin dan membuat Skill-Skill yang pengguna pahami konsepnya secara penuh}

"Luky saya yang tinggi itu ternyata cukup Cheat juga ya. Pewarisan dan pemberkatan daripada para pahlawan masa lalu ini adalah sebuah bug pada sistem dunia ini, dan itu hanya 70% daripada hasil aslinya"

(Kenapa mudah sangat saya bertambah kuat? Ini bahkan tidak sampai beberapa minit setelah saya tiba di dunia ini. Skill Pride itu adalah salah satu daripada Skill-Skill terkuat didalam banyak kesah, tapi semuanya cenderung ke arah yang gelap atau jahat. Maksud saya, saya adalah pahlawan, apakah tidak apa-apa jika saya memiliki Skill dari Sin Series?)

Gaikuro kemudiannya menutup bingkai yang diciptakan oleh yang muncul dihadapannya itu dan entah bagaimana memasukkan tubuh monster yang dirinya belah menjadi dua bahagian kedalam Inventory miliknya dengan hanya satu gerakan jari.

Seketika kemudian Gaikuro mula terdiam kerana perasaan seramnya terhadap dirinya sendiri mula beriaksi sehingga membuatnya cukup tekejut sekaligus kagum sampai-sampai secara tidak sedar diri mula menundukkan kepalanya kebawah.

Dia membeku didalam posisi menunduk dan suasana menjadi hening untuk beberapa ketika. Lalu suatu bunyi anih pun mula bergema di dekatnya.

"Hehhh... Heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh..."

Suatu suara ketawa anih mula kedengaran dengan cukup menyeramkan. Gaikuro tidak terganggu dengan suara ketawa tersebut. Dirinya langsung tidak terganggu.

Alasannya mungkin kerana... Dirinyalah yang menjadi sumber ketawa gila tersebut.

"Hah!! Aku boleh merasakan bahawa kekuatan didalam diri ku seperti sedang meluap-luap. Bagus... Inilah saatnya untuk aku membebaskan semuanya yang terpendam. Akan ku tunjukkan bagaimana kekuatan daripada penguasa dunia lain..... Aku adalah..."

"The Void Lord Azathoth!! Aku yang menguasai kehampaan dan kekosongan, jadi bersedialah dunia!! Akan ku perlihatkan kepada semuanya kekuatan agung milik ku.... Heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh heh"

Entah mengapa, Gaikuro seolah-olah berubah menjadi orang lain yang benar-benar berbeza kali ini. Pandangan mata menjadi lebih gelap dan jahat, gaya bicaranya juga turut berubah ditambah lagi dirinya malah memasang gaya yang anih. Apakah ini merupakan efek samping daripada memperoleh Skill Sins Series? Apakah dirinya bukan Gaikuro tetapi The Void Lord Azathoth? Dan apakah yang sebenarnya terjadi kepada Gaikuro?Jawapannya adalah.....

(Sesiapa sahaja... bunuh saya. Tolong bunuh saya sekarang atau saya akan mati kerana menahan malu)

Apakah yang berlaku? Secara tiba-tiba perwatakan Void Lord Azathoth menghilang dan ia mula menghentamkan kepalanya dengan kuat berulang-ulang kali pada sebatang pokok yang berada berhampiran. Dirinya terus menghentam kepalanya dengan kuat sehingga membuatkan pokok tersebut bergoncang kuat seakan-akan ianya akan tumbang.

Disamping itu, dirinya juga meneriakkan beberapa kata dengan kuat meskipun tidak ada yang akan mendengarnya.

"Chuunibyou mode tak guna!!!!!!!! Memalukan betul,memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betul, memalukan betullllllllllllllll...!!!"

Ternyata semua kata-kata anih dan perwatakan menyeramkan tersebut cumalah dikeranakan sindrom Chuunibyou yang mengambil alih dirinya untuk seketika.

"Bahkan ketika di Isekai... mengapa perkara ini masih menghantui saya... Mujur sajalah tidak ada sesiapa selainnya saya disini. Jika tiada.....grhhhhh!! Saya ingin mati saja jika itu berlaku!!"

\\ Anda memperoleh Skill <Parallel Mind> dan <Broken Soul> //

Seolah-olah seperti sedang menyindir dirinya, sistem malah mengumumkan bahawa Gaikuro memperoleh dua Skill yang muncul dikeranakan tingkah lakunya tadi.

(Saya langsung tidak merasa lebih baik meskipun memperoleh Skill daripada hal itu. Lagi pula kedua-dua skill itu seolah-olah menyebut saya gila! Parallel Mind itu seperti penyakit percanggahan personaliti, sementara Broken Soul itu pula ertinya kerosakan jiwa!!)

Gaikuro mengalami tekanan berat pada kewarasannya dan sepertinya ia akan memakan beberapa waktu untuk dirinya kembali waras. Tetapi tidak ada masa untuk menunggu perkara tersebut, kerana...

\\ Kepada Yuusha Gaikuro, dunia ini sedang dalam ambang kehancuran dan hanya para pahlawan seperti andalah yang mampu menyelamatkannya. Oleh kerana itu sekarang sistem akan mengakhiri Tutorial dan mula memberikan anda Quest //

"Quest?" Tanya Gaikuro dengan tidak semangat sambil masih menghentamkan kepalanya di pokok.

\\ Quest Utama: Assemble. Stage 1: Cari, Kumpulkan dan satukan para pahlawan yang tersebar di dunia ini //

"Kumpulkan para pahlawan?! Ohh ya... menurut Rokugai-senpai, masih ada pahlawan lain selain daripada saya didunia ini"

Akhirnya dia berhenti daripada terus menghentamkan kepalanya pada pokok. Dan mula menumpukan perhatian terhadap pemberitahuan tersebut.

\\ Note: Quest ini tidak memiliki batasan masa tetapi lebih baik anda segera menyelesaikan ia. Sistem akan menjadi pembimbing anda untuk mencari para pahlawan yang lain, oleh kerana itu mari mulakan //

(Para Pahlawan yang lain, apakah mereka juga orang daripada dunia lain seperti saya?)

\\ Pencarian pahlawan telah selesai, saat ini pahlawan terdekat berada pada jarak 40 Kilometer ke Utara dari posisi anda saat ini. Gelaran bagi Pahlawan ini dikenal pasti sebagai 'Kage no Yuusha' // [Kage no Yuusha = pahlawan bayangan]

"Kage no... Yuusha!"

\\ Semoga anda berjaya, sistem dan para pahlawan terdahulu sentiasa menyokong anda. Quest Start!! //

"Biar betul ni, langsung tidak bagi saya masa untuk berehat. Awak tahu tak saya penat"

Meskipun berkata sedemikian, dirinya malah tersenyum dengan penuh semangat dan tertarik terhadap perkara itu. Lalu dirinya mula berbicara lagi.

"Hahhhh.... Nak buat macam mana lagilag kan?! Mari kita mula"

Gaikuro kini mula berdiri dengan penuh semangat dan matanya seakan-akan memancarkan suatu sinaran yang betul-betul membuatkan dirinya kelihatan sangat boleh diharapkan. Lalu dirinya pun memandang ke arah pedang yang ada ditangannya dan memindahkan posisi pedang tersebut ke atas bahunya.

Anihnya, pedang yang mampu membelah monster dengan sekali libasan itu langsung tidak merosakkan jeket senaman milik Gaikuro. Bukan sahaja tidak terkoyak, malahan kain pada bahagian bahu jeket senaman milik Gaikuro bahkan tidak tergores dengan mata pedang itu. Tetapi Gaikuro langsung tidak peduli dengan keanihan tersebut.

"Mari kita pergi, Ibou!"

Dengan hati yang membara dengan semangat, Gaikuro memulakan langkah pertamanya dan mula meninggalkan tempat dimana dirinya jatuh itu. Langkahnya tidak lambat, juga tidaklah cepat, tetapi dirinya sudah semakin menjauhi tempat dirinya bermula dalam sekejap.

Kini perjalanannya untuk menyelamatkan dunia itu pun dimula. Dirinya berjalan dengan yakin, dan disaat yang sama mulutnya mula mengucapkan sebuah kata-kata yang diyakini merupakan salah satu daripada tegline lain miliknya.

"Akan Saya Takluk Stage Ini."

Langkah pertama diantara yang pertama kini dimulai.

Chapter 2: Welcome to Isekai.

~The End~


PENSAMENTOS DOS CRIADORES
Kaitou_X Kaitou_X

Yo semuanya, ini sang penulis sedang berbicara. Ini adalah chapter yang berfokus kepada penerangan mengenai cara kerja di dunia baru. Jadi apakah anda dapat memahaminya?

Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C3
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login