Baixar aplicativo
34.04% Love Between Choices / Chapter 16: Bah. 9 : Melukut di tepi gantang

Capítulo 16: Bah. 9 : Melukut di tepi gantang

Walau sudah beberapa hari Aisyah kembali ke rumahnya, dia masih kesal pada dirinya saat melihat banyak barang hantaran dan persiapan perkahwinan di setiap sudut di rumahnya dan juga biliknya. Dia tidak mampu menyentuhnya atau mengalihkannya dan hanya menatapinya terbiar sepi.

Dia hanya merenungnya dengan suatu pandangan kosong ketika duduk di sisi katilnya. Kemudian, dia perlahan-lahan berbaring di katilnya. Dia mengiringkan badan ke sisi dan merenung baju kurung putih yang tergantung cantik di dinding di hadapannya.

Baju kurung itu seharusnya dipakai olehnya semasa akad nikah mereka yang seharusnya berlangsung beberapa minggu lalu namun akhirnya ia tersidai di situ tanpa berusik. Dia tidak dapat menahan hibanya dan air mata mengalir membasahi wajahnya.

Dia terkenang akan wajah Luqman dan memori mereka bersama-sama terutama ketika mereka memilih pakaian akad nikah itu. Dia teringat akan usikan dan gurauan Luqman ketika itu. Gelak tawa Luqman terngiang-ngiang dalam ingatannya.

Fikirannya keruh dan perasaannya turut bercampur baur saat mengenangkan arwah tunangnya itu serta satu per satu masalah yang dialaminya. Pada suatu sisi, dia hanya mengangankan untuk melarikan diri sejauh mungkin dari semua permasalahan itu namun pada suatu sisi yang lain, realiti menghentam anganannya itu.

Dia harus mengakui lari dari masalah tidak akan mampu menyelesaikan masalahnya dan hanya meletakkan keluarga dalam kesulitan. Dia memejamkan matanya serapatnya dan menarik nafas sedalamnya. Dia tabahkan hati dan cuba menangani kegalauannya itu.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Dia melihat gerangan yang memanggilnya di skrin dan mendapati Amir yang menelefonnya.

Dia menjawab panggilan itu, "Hello, Amir? Hei? Kenapa call?"

"Sorry wei, aku busy beberapa hari ni. Macam mana dengan ayah kau?" soal Amir di hujung talian.

"It's okay. Ayah macam tu lagi. Tak ada progress. Tapi dia okey. Akim ada beritahu kau pasal weekend ni?" ujar Aisyah dengan lembut.

"Ada. Pasal weekend ni. Aku free. So masak sedap-sedap tau," ujar Amir yang tidak dapat menyembunyikan keterujaan akan hal itu.

"Okey. Aku cadang nak buat hot pot and pan grill. Kau rasa okey, tak?" tanya Aisyah yang ingin berkongsi pandangannya dan mendapatkan pendapat Amir mengenainya.

"Aku tak kisah. Asal aku dapat melahap, aku okey je." Amir menjawab dengan pantas tanpa berfikir panjang kerana baginya dia hanya ingin menikmati makanan sepuasnya.

"Amboi kau!" Aisyah berseloroh mendengar jawapan Amir itu.

Mereka rancak berbual di talian tanpa sedar waktu berlalu dan mereka akhirnya memutuskan panggilan selepas masing-masing meminta diri untuk berehat malam itu.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C16
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login