Baixar aplicativo
61.9% Dia Imam Mudaku! / Chapter 13: Bab 13

Capítulo 13: Bab 13

Jenazah Zahra telah dikebumikan dan kami sekeluarga yang uruskan kerana keluarganya tidak mengambil peduli tentangnya.. Ini mengakibatkan Zahra inginkan perhatian dari orang yang dia cintai. Aku berasa kasihan akan perangai Zahra kerana berubah disebabkan kurang kasih sayang dari keluarga. Bahuku diusap oleh seseorang dan aku memandang orang itu.

"Okay tak?" soal Isyraf. Aku mengangguk dan mengikut Isyraf ke rumah mertuaku. Dalam perjalanan pulang, aku termenung jauh dan Isyraf memerhatikanku walaupun dia tidak tegurku. Dia tahu bahawa aku masih mengigil tentang kejadian Zahra menghalakan pistol ke arah umi. Setiba di rumah mertuaku, Puan Zalikha tergesa-gesa mendapatkanku.

"Menantu ibu okay? Umi kamu okay ke tidak?" soal Puan Zalikha dengan risau.

"Okay ibu. Kami semua okay," balasku sambil menenangkan Puan Zalikha yang sedang risau itu.

Tiba-tiba seseorang berdehem sambil berkata, "Dah dapat menantu, anak dilupakan. Tak mengapalah. Ibu pergi kat menantu kesayangan ibu itu okay? Raf nak pergi kat ayah."

Isyraf terus berlari ke Ustaz Khairul yang berada di sofa sambil menonton televisyen. Puan Zalikha sedang membebel manakala aku sekadar tersengih dan menggelengkan kepalanya.

"Ibu.. Isya mana?" soalku kerana tidak mahu memanjangkan bebelannya.

"Isya ada dekat dalam bilik.. Ibu pergi ke dapur ye.. Kalau kamu mahu berehat, pergi masuk bilik," balas Puan Zalikha. Aku mengangguk dan melangkah ke arah Ustaz Khairul untuk menyalamnya. Aku juga terdengar perbualan mereka.

"Apa jadi dengan mayatnya?" soal Ustaz Khairul.

"Telah dikebumikan selepas solat maghrib tadi, ayah.. Itu pasal kita balik lambat," balas Isyraf. Aku mendiamkan diri dan melabuhkan pinggangku di sebelah Isyraf. Tanpaku sedar, ada satu tangan memeluk pinggangku. Nasib baik Ustaz Khairul tidak nampak akan perbuatan Isyraf itu. Isya keluar dari bilik dan menjerit nama Isyraf.

"Abang! Akak!"

"Ya allah Isya.. Apa menjerit macam itu?" marah Ustaz Khairul. Aku menggelengkan kepala manakala Isyraf ketawa kecil. Isya pula duduk di antara aku dan Isyraf. Puan Zalikha datang ke ruang tamu bersama kuih lapis yang dibuatnya bersama Isya semalam. Kebanyakan masa, kami menghabiskan berbual dan bergurau senda. Adakalanya aku dan Isyraf mengusik Isya.

"Sudah bersedia untuk SPM?" soal Puan Zalikha.

Aku dan Isyraf saling berpandangan dan aku memandang Puan Zalikha sebelum berkata, "Nak cakap dah sedia, macam belum lagi.. Nak cakap belum sedia pun tak boleh juga, ibu.."

"Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk mendapat keputusan yang bagus untuk SPM," kata Isyraf seakan-akan memberi semangat untuk aku dan dirinya sendiri. Ustaz Khairul dan Puan Zalikha mengangguk. Ustaz Khairul suka akan semangat Isyraf yang suka berusaha dengan gigih dan tidak pernah mengalah untuk mengatasi cabaran. Isya sedang makan kuih lapis itu sambil menonton televisyen.

******************

Keesokkan hari

Aku dan Isyraf berjalan ke kelas sambil berbual tentang SPM. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, seseorang halang laluan kami. Aku memandang orang itu tanpa sebarang perasaan. Laila dan Amir berdiri kerana ingin mendatang ke arah kami untuk memberi bantuan jika perlu tetapi dihalang olehku.

"Apa yang kau nak, Farah?" soalku dengan sedikit tegas. Farah memandangku sebelum memandang Laila dan Amir.

"Aku nak bual dengan korang kat luar kejap," balas Farah dan keluar dari kelas kita. Aku memandang Laila dan Amir dan mereka sekadar mengangguk. Kami bertiga keluar dari kelas dan nampak Farah bersama Isyraf di luar kelas sambil memandang kami. Kami mendiamkan diri dan membiarkan Farah memulakan perbualan.

"Aku nak minta maaf. Tak bagitau korang yang Zahra ugut dan mempergunakan aku. Itu semua berlaku selepas peperiksaan pertengahan tahun. Sebelum ini, memang aku tergila-gilakan Isyraf sehingga nak musnahkan hubungan korang. Selepas tahu akan rancangan Zahra, aku hentikan obsesi aku dan cuba hentikan rancangannya," terang Farah sambil menundukkan kepalanya.

"Sudah lah Farah.. Aku maafkan kau," kataku dan memeluk Farah.

Isyraf, Amir dan Laila melihat kami berdua berpelukan. Farah memandang Isyraf dan Laila. Mereka sekadar mengangguk tanda maafkannya. Farah melepaskan pelukanku dan memeluk tubuh Laila. Hubungan kami tidak serenggang dahulu lagi. Kami semakin rapat seperti yang kami mahukan dan Isyraf mengajak Farah untuk mengulangkaji bersama kami di kedai umi. Kelas sudah bermula dan Ustaz Khairul masuk ke dalam kelas untuk pembelajaran Agama.

"Assalamualaikum murid-murid.. Mari kita sama-sama bacakan Surah Al-Fatihah untuk salah seorang rakan kita, Zahra Saida. Dia telah meninggal dunia semalam, sepuluh minit selepas pukul lima malam," kata Ustaz Khairul dengan tenang. Semua, yang berada di dewan itu, menyedekahkan Surah Al-Fatihah untuk Zahra.

------------------------------

Selepas sekolah

Aku melangkah masuk ke dalam kedai umi bersama Isyraf dan Farah. Kami memberi salam semasa masuk ke dalan kedai. Laila, Lily, Suzy, Amir, Faiz dan Rizal sudah ada di tempat semalam. Iskandar pun ada sekali. Aku dan Farah menyalam umi sebelum mendekati kawan-kawanku.

"Amboi datang sekolah dah lah sesama. Takkan balik sekolah pun sesama? Bercinta ke?" gurau Rizal. Aku dan Isyraf membuat muka selamba. Dalam hatiku, aku sudah seperti cacing kepanasan. Bagaimana kalau Isyraf memberitahu perkara sebenar? Apa reaksi mereka nanti? Pelbagai soalan berada di dalam mindaku.

"Aik? Takkan takleh pergi sekolah dan balik sekolah dengan kawan perempuan. Sekurang-kurangnya aku ada ajak sepupu dia daripada kau, yang keluar ke hulur dan ke hilir dengan perempuan," perli Isyraf.

Muka Rizal bertukar merah pucat. Yang lain semua ketawa termasuk aku. Reaksi Rizal amat kelakar pada waktu itu. Walaupun Rizal keluar bersama perempun ke sana ke sini tetapi dia masih waras untuk bezakan mana yang halal dan haram. Kami memulakan pembelajaran selepas menunaikan solat asar. Faiz dan Laila mula mesra walaupun sekadar kawan manakala Lily meminta bantuan Rizal dalam subjek Matematik. Farah, Suzy, Iskandar dan Amir pula sedang berbincang tentang subjek Sains.

-- Rizal (meja) Lily--

--Amir (meja) Farah--

--Iskandar (meja) Suzy--

--Faiz (meja) Laila--

--Isyraf (meja) Aku--

Isyraf menghilangkan diri, entah ke mana manakala aku membuat nota-nota untuk subjek yang aku rasa aku lemah dalam. Tiba-tiba, satu dulang muncul di atas meja yang kami sedang duduk. Di atas dulang itu, terdapat sepuluh buah cawan berisi air dan sepiring kuih muih. Aku dan yang lain memandang orang yang membawa dulang itu.

"Ni aku ambil kat belakang untuk kita semua sementara aku tak ada kerja nak buat," terang Isyraf, yang menghilang tadi. Kami mengucapkan terima kasih kepadanya dan meneruskan kerja kami. Isyraf duduk di sebelahku dan mengambil buku Sejarah untuk dibaca. Tiba-tiba, aku dapat rasa seseorang mendekatiku. Aku tidak mengendahkan orang itu dan terus melakukan kerjaku.

"Buat apa tu?" soal Isyraf dengan nada bisik.

"Tengah makan. Tak nampak ke?" balasku dengan sarkastik.

"Janganlah marah. Orang tanya sahaja," bisik Isyraf.

"Apa bisik-bisik tu?" soal Lily tiba-tiba. Aku dan Isyraf pandang yang lain. 'Bagaimana aku boleh lupa diorang ada? Haiyo,' bisik hati kecilku. Aku membuat muka selamba dan meneruskan kerjaku.

"Aku cuma tanya kalau dia perlukan bantuan. Tapi nak buat macam mana? Orang tu dah jual mahal," balas Isyraf dengan selamba. Aku, yang berada di sebelah Isyraf, segera mencubitnya tanda geram. Dia menahan sakit sementara yang lain tergelak.

"Ni aku nak tanya.. Asal korang lain macam lah? Betul ke apa Rizal katakan tadi semasa korang masuk? Korang bercinta?" soal Faiz.

"Kalau diorang bercinta pun, apa salahnya? Secocok apa diorang berdua," balas Farah dengan selamba. Yang lain, kecuali Farah, Laila dan Amir, memandang kami berdua semacam. Aku menunduk manakala Isyraf selamba sahaja membaca buku Sejarahnya.

"Aku rasa baik bagitau diorang," tegur Amir. Aku menarik nafas dalam-dalam walaupun tangan aku bergetar-getar. Isyraf mencapai tangan aku untuk menenangku. Aku memandangnya sebelum memandang kawan-kawanku yang lain.

"Kalau korang rasa kita berdua semakin rapat, itu betul. Sebenarnya, kita orang rapat kerana sudah ada hubungan," kata Isyraf dengan tenang.

"Hubungan? Hubungan apa?" soal Suzy.

"Maksud kau hubungan persaudaraan?" soal Iskandar pula.

"Tak.. Hubungan halal melalui perkahwinan," balasku sambil mengeluarkan seutas rantai dari bag aku dan menunjukkan kepada mereka. Mereka semua ternganga kecuali Farah, Laila dan Amir. Aku dan Isyraf menceritakan kepada Lily, Suzy, Rizal, Faiz dan Iskandar. Salah seorang daripada pekerja umi, Nina, datang ke arahku.

"Naz.. Boleh tolong akak kejap?" soal Nina.

"Tolong apa kak?" balasku dengan soalan.

"Tolong akak jaga kaunter.. Akak nak pergi solat. Umi Naz dah tengah tunggu untuk akak di bilik solat. Lepas kita solat, Naz dan kawan-kawan Naz boleh pergi solat sesama," balas Nina. Aku sekadar mengangguk dan meminta diri untuk ke kaunter.

TBC


Load failed, please RETRY

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C13
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login