Baixar aplicativo
45.83% K-Clique (Genggam Cinta Aku) / Chapter 11: K.C 11

Capítulo 11: K.C 11

1 tahun yang lalu...

Stella duduk di bangku yang tersedia di sekitar KL Forest Eco Park sambil menunggu seseorang datang.

"Manelah die ni? Janji pukul 4, ni dah pukol berape dah. Takkan tak jadi kot?" Stella mengeluarkan telefon pintar dari tas tangannya.

Tiba-tiba seseorang menutup mata Stella dengan kedua belah tangan.

"Ingat sweet?" Stella dapat agak yang Muiz cuba bergurau dengannya.

"Eleh kau ni, nak sweet sikit tak boleh." Muiz terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Stella.

"Tak payah, aku tak cair pon. Lain lah kalau..." Belum sempat stella habiskan kata-kata, tiba-tiba Muiz menarik tangan Stella dan menyarungkan sebentuk cincin.

"Hmm, macam sepadan jek." Muiz membelek jari Stella yang sudah disarungkan cincin.

Stella terdiam sambil memandang Muiz.

"Aku tahu mungkin kau anggap aku ni main-mainkan? tak pernah nak serius. Tapi kali ni aku serius."

"Aa haaa, you must kidding me right?" Stella masih lagi tak percaya. Lelaki yang selama ni dia anggap tak pernah pandang dia, yang selama ni tak pernah serius bila ditanya soal cinta, soal pasangan. Akhirnya melamar dia sebagai pasangan hidup. Ibarat bulan jatuh ke riba.

"Nope. Will you..."

"Yes!!! Aku sudi." Stella bahkan hampir mengalirkan air mata, air mata kegembiraan yang dapat memuaskan hatinya.

Mengeluh.

Stella termenung di atas tebing berhampiran tasik biru. Perkara 1 tahun yang lalu masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatan. Tangan yang ku sambut selama ni sekadar hiasan. Cinta yang ku genggam selama ni hanya penipuan.

"Berangan ke?" MK menghampiri Stella. Mereka sekadar melepak sahaja di sekitar situ memandangkan pemandangannya hanya Tasik yang bewarna biru. Tapi masih lagi tenang dan indah di pandang.

Stella hanya senyum melihat MK. Bagi Stella perwatakan MK jauh beza dari Tuju yang berhati dingin.

"Awak memang stay Johor ke?" M.K mengambil tempat duduk bersebelah Stella.

"Taklah, Saye duduk KL. Datang sini just teman kawan ade hal kerje." Terang Stella dengan lebih lanjut.

"Oh, kawan yang tu ke?" MK mengajukan pada Sabrina yang berbual mesra dengan ahli K-Clique yang lain.

"Aah." MK mengangguk faham. Tuju dari jauh hanya melihat MK berbual dengan Stella. Perlahan Tuju menghampiri mereka berdua.

"Seronok berbual nampak?" Stella mula menundukkan muka. Tak sanggup melihat rupa Tuju seperti singa kelaparan.

"Aku dengar kau ni adik abang Man, betul ke?" Tanya Tuju.

Stella mengangguk.

"Macam mane tahu?" Stella masih lagi tak ingat yang dia pernah ternampak Tuju di suatu majlis pernikahan.

"Aku just dengar." Hanya itu yang dibualkan oleh Tuju sebelum dia beredar dari situ.

"Itu je ke yang kau nak tanye bro?" MK menggeleng kepala.

Stella menghelakan nafas seperti selamat dalam satu pertempuran. Perkara itu diperhatikan oleh MK.

"Awak takut dengan Tuju ke?" Laju tangan Stella menekup mulut MK. Takut juga kalau-kalau Tuju dengar.

"Jangan cakap kuat-kuat." Bisik Stella. Perlahan MK ketepikan  tangan Stella dari menghalang mulutnya.

"Gomen." Spontan Stella meminta maaf dalam bahasa jepun.

"Gomen?" MK pelik.

"Saye cakap maaf dalam bahase jepun."

"Oh. Suke tengok cerite jepun ke?"

"Anime jek." MK ketawa kecil.

"Kenapa ketawe?" Stella pelik. Tak pernah tengok perempuan suka kartun ke?

"Tak de la. Just comel." Stella hanya diamkan diri.

"Ok guys jom gerak. Nak cari pam minyak lagi ni." Arah Abang Nas selepas hampir setengah jam kami berlepak di Tasik Biru.

Stella mula bangun dan membersihkan punggungnya akibat pasir. MK sudah terlebih dahulu berjalan begitu juga dengan yang lain.

Perlahan Stella berjalan kerana di sekitar tersebut penuh dengan batu-batu sederhana besar. Silap langkah memang alamatnya tersungkuhlah. Dan...

"Makkkkkk!" Stella pun tersungkuh akibat tidak berhati-hati semasa berjalan. Tuju hanya tersengeh dari jauh.

"Memang malang betullah perempuan ni."


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C11
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login