Baixar aplicativo
25% K-Clique (Genggam Cinta Aku) / Chapter 6: K.C 6

Capítulo 6: K.C 6

Prang!

Bunyi pingan pecah bergema dalam satu ruangan tersebut.

Sepasang demi sepasang mata mula memandang mereka berdua.

"Shit!" Nas bergegas ke mereka berdua. Diikuti dengan rakan yang lain.

"Kenape malang sangat hidup aku ni bile jumpe kau?" Tajam sindiran Tuju pada Stella.

"Jalan tak pandang kiri kanan salah kan orang lain pula." Stella melutut untuk mengutip serpihan kaca tersebut.

"Lain kali jalan tu besarkan biji mata." Tuju masih lagi membebel.

"Dah lah tu, depan orang ramai ni." Tegur Somean

"Hey, hati-hati girl." Mk menghalang Stella untuk mengutip serpihan kaca tersebut.

"No, no. I have to clean this." Stella terus mengambil satu demi satu kaca tersebut di bantu oleh MK.

Tuju menjeling.

Nas melambai pihak hotel untuk menguruskan hal tersebut. Belum sempat petugas cafe datang, jari Stella terlebih dahulu luka akibat terkena serpihan kaca.

"Adurh!"

"Kan dah kena. Biar diorang yang bersihkan. Dah jom duduk." Nas menarik lengan Stella.

Tuju hanya buat muka selamba.

Stella mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Nas. Tapi malang baginya kerana berhadapan dengan Tuju.

Tuju masih merenung Stella yang memicit-micit jarinya yang luka. Darah pada jarinya mula mengalir. Serentak masing-masing menghulurkan tisu pada Stella. Tuju hanya memerhati.

"Yang korang ni kenape?" Tanya Tuju.

"Jari die." Kata Noki.

"Biarkan die. Siape suruh kutip kaca tu." Bebel Tuju.

Stella merenung Tuju. Sindiran dia buatkan Stella betul-betul meluat dengannya.

'Mamat ni memang kuat bebel agaknye dari tadi tak berhenti cakap.' Bisik Stella dalam hati.

"Apa kau pandang-pandang?" Laju Stella mengalihkan pandangannya dari Tuju.

"Sudahlah." Nas mengambil tisu setiap sorang dan diberikan pada Stella.

"Nah lap. Tak dalam sangat ni. Kejap lagi berhentilah tu darahnya." Kata Nas.

"Terima kasih." Ucap Stella perlahan.

"Mengade." Tuju memeluk tubuh.

Masing-masing menyambung sarapan tadi. Somean menyiku-nyiku lengan Tuju tanda sesuatu.

"Apa?" Bisik Tuju.

Somean dekatkan mukanya pada telinga Tuju untuk bisik sesuatu.

"Aku rasa dia takdir kau." Somean senyum sinis.

"What?" Jerit Tuju. Masing-masing mula memandang mereka berdua.

"Apa yang what?" Noki bertanya.

"Nanti aku bagitahu." Kata Somean.

"Aku?" Tiba-tiba Mk bersuara.

"Ye. Nanti aku bagitahu korang semua."

"Ya. Begitu dong. Tiada rahsiakan antara kita." Celah Gnello. Yang lain mula tersenyum.

Nama pun brotherhood. Ketawa bersama menangis bersama. Susah senang kita kongsi bersama. Sorang happy yang lain turut happy. Itu yang mereka janji sejak pertama kali.

Stella masih lagi tidak selesa dengan hal sekelilingnya. Perkara tadi buatkan dia tak mahu makan. Rasa macam nak masuk bilik je.

"Awak ok?" Suara milik sebelanya kedengaran. Fareedpf.

Stella berhenti mengelamun.

"Huh? Er... ok." Ringkas Stella.

"Nak abang ambilkan ape-ape?" Tanya Nas.

"Eh! Tak ape. Stella nak naik atas dulu la."

"Tak nak makan dulu?" Tanya KDeaf.

"Tak ape." Perlahan Stella berdiri.

"Sure?" Nas masih lagi kuatir tentang Stella yang tidak menjamu sedikit makanan pun.

"Ye abang. Stella naik dulu ye."

Biji mata hitam Tuju turut ikut gerak bersana Stella. Hanya melihat susuk badan Stella dari belakang.

Lagi sekali Somean mengnyiku-nyiku Tuju.

"Apo?" Hati Tuju masih lagi sakit dengan Stella, ni tambah pula sakit bila memba sebelah asik menyakat-nyakat dari tadi.

Somean hanya mengangkat-ngangkat keningnya.

"Yang korang berdue ni kenape?" Kening Noki diangkatkan sebelah.

Jari Somean ditunjukkan ke arah Tuju berkali-kali. Sengaja Somean ingin memadankan Tuju dengan Stella. Tapi di tepuk kuat oleh Tuju.

"Sakit bro." Somean mengusap jarinya.

"Rasakan!" Bulat biji mata Tuju dibuatnya.

Noki hanya geleng kepala melihat telatah mereka. Dia masih lagi tak faham apa yang Somean cuba sampaikan.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C6
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login