Kapten Rha menerima laporan bahawa semua barisan pertama telah berpindah ke barisan kedua, dengan cara yang sama, dia pun meluncur bergerak ke barisan kedua.
"Barisan kedua, sekarang"kapten Rha memberi arahan selepas berada di belakang barisan kedua.
Dengan gaya yang sama seperti barisan ketiga, askar di barisan kedua merendahkan badan dan meletakkan lutut kanan serta kedua tapak tangan ke atas tanah, ombak gelombang kedua pun menghempas tembok pertama yang sudah menjadi ais itu, ada sedikit retakan berlaku pada tembok pertama, beberapa saat kemudian air ditarik lagi ke laut.
Tanah mula bergegar, tembok tanah keluar meninggi ke atas, ketinggian tembok tanah di barisan kedua hanya separuh daripada tembok barisan ketiga, bentuk tembok kedua di sisi luar menghadap ke laut sama seperti tembok pertama dan ketiga iaitu rata, manakala di sisi bahagian dalam pula berbentuk curam.
Tembok barisan kedua telah selesai terbentuk, di belakang setiap seorang askar di barisan kedua terdapat seorang askar dari barisan pertama, askar di barisan kedua masih meletakkan lutut kanan dan kedua tangannya di atas tanah, tiba-tiba tanah yang mereka sentuh itu terjerlus ke bawah dan tercipta lubang yang memuatkan dua orang di dalam lubang tersebut, kemudian lubang itu ditutup, dengan berbekal cahaya daripada alat komunikasi masing-masing, mereka menunggu arahan seterusnya daripada kapten Rha dari dalam lubang itu.
"Garh, macam mana kalau ombak tu sampai sini"Sar yang berada di atas menara kawalan bersama dengan Garh masih menggunakan 'skill' nya.
"Menara kita dekat atas tebing tinggi, tak mungkin ombak akan sampai ke sini."
"Garh, laporkan situasi dari masa ke semasa"Kapten Rha yang berada di dalam lubang bersama dengan askar di barisan kedua itu mengarahkan Garh untuk melaporkan situasi kepadanya.
"Baiklah."
Tidak lama kemudian ombak gelombang ketiga sampai dan menghempas tembok pertama, hempasan kali ini agak kuat dan memecahkan tembok tersebut, air laut melimpah hingga ke tembok kedua, air yang melimpah itu ditarik lagi ke laut,
"Gelombang ketiga telah memecahkan tembok pertama, tembok kedua masih bertahan."
"Gelombang keempat terlihat, ketinggian dan kelajuannya lebih besar dari sebelum."Garh cekap memberi laporan.
"Barisan kedua dan ketiga, siap sedia, pertahankan tembok."Kapten Rha memberi arahan dari dalam lubang.
Gelombang keempat yang jauh sedikit dari gelombang ketiga itu datang dengan tinggi dan kelajuan yang berbeza dari sebelum, terus menghempas tembok kedua, disebabkan tembok kedua tidak begitu tinggi, berlaku limpahan air hingga ke tembok barisan ke tiga.
"Tembok kedua dihempas dan masih bertahan, tetapi berlaku limpahan. . . ."
"Air sudah melebihi paras tembok kedua dan melimpah ke tembok ketiga."
"Turunkan tembok kedua"kapten Rha mengarahkan barisan kedua untuk menurunkan tembok.
Setelah beberapa minit, air laut mula surut, keadaan pantai yang di penuhi air itu mula terlihat pasirnya, terdapat banyak ikan yang terdampar kerana hanyut terbawa ombak.
"Garh, ada yang pelik dengan air laut, aku cuba zoom dekat air laut tu, terdapat sihir seseorang di dalamnya." Sar yang sudah merah matanya kerana menggunakan skillnya terlalu lama sedaya-upaya mengekalkan keadaan itu.
"Apa maksud kau?"
"Ada orang yang cipta tsunami ni dengan sihir, kita kena bagi tahu kapten."
"Garh, bagaimana keadaan di luar?" Garh menerima panggilan dari kapten Rha.
"Air laut sudah surut, semua gelombang berjaya di halang dan keadaan laut sudah stabil"Garh tidak memberitahu tentang apa yang Sar beritahunya.
Semua askar dari barisan pertama dan kedua keluar dari dalam tanah ke permukaan. Matahari pun terbit menggantikan kegelapan dan membawa kepenatan.
"Pulihkan tenaga dan kekal siaga, pengawal menara kembali bertugas."Kapten Rha memberi arahan sambil berjalan menuju ke tembok barisan ketiga.
"Garh dan Sar, lapor diri kepada saya di markas utama, selepas semuanya selesai."
__________
Hermin Jr yang berlari di atas air laut tanpa henti itu mula menggigil,
"Kenapa sejuk ni?"
"Pertahanan aku dah tinggi, tak cukup lagi ke?"
"Eeh!, ada lagi status bawah ketangkasan, tadi macam tak ada."
'Hp- 1000000000
Kekuatan- 1000000000
Pertahanan- 100000000000
Ketangkasan- 1000000000
Ketahanan- 100'
"Ketahanan?, apa bezanya dengan pertahanan, hmmm. . ."
"Mungkin, pertahanan untuk perlindungan daripada demage dan ketahanan, perlindungan daripada suhu atau racun. . hm."
"Ketahanan- 100 > 1000000000."
"Emmm."Hermin Jr memejamkan matanya.
"Dah tak sejuk, . . .oo, cantik."Hermin Jr menoleh ke sebelah kirinya, terdapat pancaran cahaya matahari terbit yang terang menyinari dirinya.
"DK, dah pagi ni, tak sampai lagi ke,. . . .ok, dah nampak"Hermin Jr melihat daratan jauh di depan.
Daratan yang dilihat itu semakin dekat, terlihat tebing batu yang tinggi di depan Hermin Jr.
"Macam mana nak belok ni. . ."
"Ah, langgar je lah."
DK yang sampai dahulu, mendarat di atas tebing batu itu, Hermin Jr yang tidak mahu berhenti, melanggar tebing batu itu di bahagian bawah, dia melompat sedikit sebelum melanggar batuan di depannya.
Hermin Jr menembusi dinding batu itu dengan mudah dan tersangkut di dalam, dia mengambil keputusan untuk memanjat ke permukaan dari dalam batu itu.
"Rangup betul batu ni"Hermin Jr memanjat ke atas dengan perlahan, dia memecahkan batu yang menghalangi dirinya dengan mudah.
Di atas, DK yang berada di hujung tebing itu sudah memasukkan sayapnya ke dalam badan semula, dia merasakan gegaran dari bawah, tiba-tiba, keluar tangan manusia dari dalam batu.
"Hah."Hermin Jr menarik badannya ke permukaan.
"Jom, arah mana. . . ."Hermin Jr yang sudah berada di permukaan melihat ke bawah kakinya.
Terdapat retakan berlaku dari lubang yang dia cipta untuk naik ke permukaan hingga ke penjuru tebing, separuh tebing itu jatuh ke bawah, DK yang berdiri di hujung tebing terjatuh bersama bongkah batu yang besar itu. DK terlihat tidak membuat reaksi, dia terjatuh ke bawah terlebih dahulu dan bongkah batu itu menghempapnya. Air laut tepercik melawan arus ombak yang datang.
"Ooooi, tak apa-apa ke?"
"Ooooi. . ."
Bongkah batu itu tiba-tiba retak, akar retakan tersebar dengan pantas ke seluruh bongkah batu besar itu, DK melepaskan diri dengan melompat ke atas, menghancurkan bongkah batu yang besar menjadi sepihan kecil. DK mendarat di sebelah Hermin Jr. Dia menjeling Hermin Jr, tetapi Hermin Jr terpesona melihat pada rambut DK yang berkilat berwarna merah kerana dibasahi air garam.
Hermin Jr cuba untuk menyetuh rambut DK, tetapi pergelangan tangannya digenggam oleh DK yang menghalang perbuatannya itu, Hermin Jr melawan balik, DK juga melawan dengan menolak balik tangan Hermin Jr.
Hermin Jr menolak lagi tangan DK dengan sepenuh tenaga, nasib tebing yang sudah tinggal separuh itu retak lagi disebabkan oleh pergelutan Hermin Jr dan DK, mereka berdua sedar dengan keadaan sekeliling dan menghentikan pergelutan itu.
"Hahaha,. . .(apa yang aku buat sebenarnya ni). .DK, kenapa kau berhenti, dah sampai ke?"
"Kau akan tahu nanti."DK mula berjalan.
Hermin Jr mengikuti belakang DK, semasa berjalan dia melihat sekitarnya, terdapat sekelompok kawasan yang bersalji dan ada juga kawasan yang mengeluarkan cairan lava. Setelah lama berjalan, sesuatu yang pelik terjadi, Hermin Jr yang berjalan sama arah dengan DK tiba-tiba berjalan bertentangan dan membelakangi DK.
"Heh?. . .kenapa aku patah balik?"Hermin Jr berpusing ke arah DK. Dia berjalan ke depan dan perkara sama berlaku.
"Heh!, DK, kenapa ni?, kenapa aku patah balik?"
"Jangan angkat kaki ketika melangkah."DK menoleh ke belakang.
Hermin Jr melihat ke bawah, ada garisan melintang yang panjang di atas tanah, kemudian dia melepasi garisan itu dengan menyeretkan kakinya.
"Garisan apa ni?"
"Itu adalah sempadan utara dan selatan"DK meneruskan berjalan.
"Sempadan?, pelik betul dunia ni."Hermin cuba berjalan melepasi garisan itu sekali lagi dengan melangkah.
"Wuoooh, automatik aku terpusing sendiri, hahaha,. . .lagi sekali la, macam best pulak."
"Hahaha, hahaha, haha, dah, jom,. . . ."
"Lagi sekali la, kali terakhir, hahaha, ok,ok cukup."Hermin Jr mengulang beberapa kali perbuatan itu.
macam mana?, pelik?, menarik?, biasa?
.
.
.
.
.
.
who knows