Sudah seminggu Putra Ke 11 hilang, berita kehilangannya juga tersebar diserata tempat dan membuatkan semua rakyat menjadi panik dan turut membantu menghantar bantuan pasukan untuk menyertai operasi mencari Putra Ke11 Kingsten yang hilang.
Masih tiada lagi bukti yang sahih yang dapat menentukan sama ada dia diculik oleh pihak musuh ataupun dia hanya menghilang disebabkan oleh faktor lain.
Tiada juga yang dapat menyakinkan diri mereka 100% sama ada Putra ke 11 masih hidup atau pun tidak.
Namun begitu mereka masih tidak berputus asa mencarinya sehinggakan kerajaan lain turut membantu mencari putra yang hilang itu kerana kehormanian manusia kini menjadi caturan.
Semua mengetahui akan sejarah gelap yang melanda dunia dulu. Jadi semua tidak mahu perkara itu berulang lagi. Bukan perkara yang mudah untuk mematahkan sebuah sumpahan yang menjadi musuh utama manusia dan sumpahan itu juga turut menjadikan manusia sebagai musuh utamanya.
Arrrgh.....
Kedengaran erangan seorang budak lelaki di dalam sebuah bilik yang begitu gelap sekali.
Bau hapak kuat sekali menusuk ke rongga hidungnya buat dia sukar untuk bernafas.
Dia membuka matanya memandang sekelilingnya dengan panik namun tidak nampak apa-apa kerana gelap.
Dia cuba menggerakkan tangannya dan kakinya namun tidak dapat kerana diikat oleh tali dengan kuat sekali.
Sejuk perlahan-lahan terasa diseluruh tubuhnya terutama bahagian tubuh badan atasnya. Dia dapat rasa dengan jelas dia tidak memakai baju dan hanya seluar sahaja.
Dia juga dapat meneka yang dia sedang berbaring di atas sebuah meja yang muat untuk tubuhnya dan tangan dan kakinya diikat dengan posisi 'X'.
Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berakhir di dalam bilik ini namun dia ingat apa yang berlaku sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
Setelah dia selesai mengembalikan buku yang dibacanya ke Perpustakaan Peribadi Istana Kingsten dia segara balik ke biliknya namun ketika melalui taman yang harus dilalui untuk ke biliknya dia tiba-tiba nampak lembaga berjubah hitam muncul didepannya dan sebelum melihat wajah lembaga itu, pandangannya sudah gelap dan dia rebah.
Kini terbaring dengan tangan dan kaki diikat di atas sebuah meja, dalam bilik yang gelap dan berbau hapak. Tanpa mengetahui apa yang akan berlaku ke atasnya selepas ini buat dia merasa menyesal kerana tidak membawa Pengawal Istana mengikutinya ketika dia berjalan disekitar istana!. Selama ini dia tidak pernah pun tahu yang dalam istana pun keselamatannya tidak terjamin!.
Kraaaakkkk....
Bunyi pintu dibuka kedengaran begitu menyeramkan.
Dum! Dum! Dum!
Dia mendengar dengan jelas degupan jantungnya berdegup kencang.
Tap...tap....tap...
Bunyi tapak kasut kuat kedengaran masuk ke dalam bilik gelap itu. Bukan hanya satu tapi banyak. Mungkin lebih dari 7 orang dan itu pun kalau memang mereka ialah 'orang' kerana dia nampak lembaga hitam bermata merah berdiri di hujung meja dan memandang ke arahnya. Pandangan mata seperti sedang memandang sesuatu yang sudah mati?.
"Siapa?! Berani kalian menculik saya yang merupakan salah seorang Kerabat Kingsten!"
Dalam suara serak dia menyoal dengan berusaha mengeraskan nada suaranya untuk menutupi paniknya. Dia dapat merasakan apa yang berlaku kepadanya sekarang bukan perkara biasa dan niat lembaga-lembaga ini menculiknya juga bukan sebab ingin menculik kerana mahu membalas dendam kepada kerabatnya. Tetapi lebih buruk dari itu!.
Namun tiada yang bersuara menjawab.
Bilik yang gelap dan berbau hapak itu tiba-tiba terang kerana lilin yang dipasang oleh mereka. Walaupun tidak terlalu terang namun mampu membantu dia melihat apa yang berlaku disekelilingnya.
Dahinya berkerut terus melihat meja tempat dia sedang dibaringkan dikelilingi oleh lembaga berjubah hitam dan bertopeng hitam. Hanya lembaga berjubah hitam yang berdiri di depannya itu saja yang memakai topeng berwarna hitam, sama warna dengan matanya yang merah menyala. Demon?!. Memang tidak syak lagi itu ialah demon!. Apa demon buat di sini dengan manusia?! Dan apa motif mereka menculik dia?!. Hatinya semakin merasa tidak sedap.
Setiap seorang lembaga berjubah dan bertopeng hitam itu masing-masing memegang lilin dan mula membisikkan sesuatu. Seperti sedang membaca sebuah mentera yang tidak difahami olehnya.
Lembaga bertopeng merah itu mula bergerak dengan memunculkan pisau berkarat ditangannya. Pisau itu mengeluarkan asap hitam yang jelas menunjukkan pisau itu bukan pisau biasa tetapi pisau yang telah disumpah.
Selain pisau turut mangkuk berwarna putih yang besar muat untuk bayi berusia 1 minggu.
"Janga....!!!"
Baru dia mahu menjerit namun mulutnya disumbat kain oleh lembaga berjubah yang berdiri di meja atas kepalanya.
"Urhmmm!!! Urhmmm!!!!"
Dia berusaha mengeluarkan suaranya. Namun cubaan yang percuma kerana pisau itu sudah menyentuh kulit dadanya yang tidak berbaju.
Casssssh....
"Arhhhmmm!!!"
Dia mengerang kesakitan apabila kulitnya disiat menggunakan pisau berkarat itu. Mungkin disebabkan pisau itu sudah berkarat dan tidak tajam meskipun merupakan senjata sumpahan, membuatkan dia merasa berlipat kali ganda sakit ketika kulitnya disiat.
Namun walau kuat bagaimana pun dia meronta dia tetap nampak bagaiman dadanya kulitnya disiat-siat sehingga terhasil simbol yang berceleru. Darahnya mengalir di setiap lukanya ke meja dan perlahan-lahan mengalir seperti disalur ke dalam mangkuk putih yang kosong itu yang kini sudah berisi darahnya.
Selain di dadanya di siat-siat, lembaga berjubah hitam dan bertopeng hitam yang tidak memegang lilin sambil membaca mentera disekelilingnya seperti yang lain juga turut menyiat pergelangan kaki budak lelaki itu.
"Arhhmmm!!! Arhmmm!!!"
Dia meronta lagi kuat dan air mata mula mengalir deras kerana kesakitan yang sedang ditanggungnya. Namun walau sakit bagaimanapun dia rasa, dia tidak boleh pengsan. Betapa dia berharap agar dia tidak sedarkan diri sekarang agar tidak merasa kesakitan tubuhnya disiat untuk mengeluarkan darahnya!. Seperti ada sesuatu yang menghalang dia dari tidak sedarkan diri.
Selepas pergelangan kaki kanannya, kaki kirinya pula disiat/potong sehingga darah keluar lagi dengan deras.
Dadanya yang disiat sehingga terhasilnya sebuah simbol selain mengeluarkan darah turut menyerap masuk semua asap-asap hitam yang ada di dalam bilik itu yang berasal dari benda-benda yang mempunyai sumpahan. Dengan tebalnya asap hitam itu sudah pasti banyak benda sumpahan di dalam bilik ini!.
Busshh!!!
Api tiba-tiba merak diseluruh tubuhnya membakar seluruh tubuhnya namun tidak merebak atau merosakkan seluarnya, meja tempat dia diikat. Hanya tubuhnya saja yang terasa panas dibakar sehingga kulitnya yang berwarna putih berubah merah menyala. Meskipun kulitnya tidak rosak atau retung namun kesakitan dan panas yang dia rasa sama seperti orang yang sedang dipanggang hidup-hidup di unggun api yang besar. Malah mungkin lagi berganda kerana deria rasanya dikuatkan dan berganda dari deria rasa manusia yang normal.
Wusss.....
Asap hitam semakin laju masuk ke pori-pori kulitnya terutama kulitnya yang disiat buat dia merasa pedih yang teramat.
"Arhhmmm!!!" Dia ingin merayu agar dilepaskan dan dihentikan seksaan yang dilakukan ke atas tubuhnya namun tiada siapa yang hiraukan dia.
Betapa dia berharap agar dia mati saja sekarang!.