Baixar aplicativo
85.71% My bodyguard be my lover / Chapter 24: Penyesalan

Capítulo 24: Penyesalan

"Padan muka dia tu!"perli Elmira.

"Bijaknya awak ni"balas Alden

"Takkan awak tak tahu saya ni bijak seperti awak hahaha"

Alden tersengih.

"Nampaknya hubungan dia orang berdua akan hancur selama-lamanya hahaha"

"Dan sekarang kita perlu bunuh Haura"

"Serahkan je kerja tu pada saya"

"Are you sure?"

"Yes!"balas Elmira dengan yakin.

Mereka berdua ketawa tak henti-henti.Masih menyimpan dendam.

***

Elmira berpeluk tubuh dan mendengus geram walaupun hanya 5 minit dia sudah menunggu Gavin di depan pintu rumah mereka.Milly menepuk bahu Ethan.Ethan memandangnya dengan penuh kehairanan.

"Apa?"

"Tengok tu kak Elmira nak jumpa abang"

Ethan melihat tepat ke arah Elmira.

"Kenapa setiap hari dia nak jumpa abang pula ni?"

"Adik tak sukalah kak Elmira tu dahlah rampas abang daripada kak Elita,Milly benci tengok abang dengan dia tu tak padan!Dahlah gedik.Jomlah kita pujuk abang Gavin berbaik dengan kak Elita balik"balas Milly sambil berpeluk tubuh

"Tapi adik tahu kan yang abang Gavin tu susah sangat nak pujuk.Dia tu cepat sangat terpedaya"

"So macam mana?Abang ada idea lain tak?"

"Takde"

Milly mencebik.Mereka berdua menuju ke rumah.Setelah mereka tiba di depan rumah,Elmira berlari anak ke arah mereka.Dia mengusap bahu Milly dan Ethan.

"Hi adik ipar! macam mana sekolah hari ni?Ok tak?"soal Elmira.Mengambil berat tentang adik Gavin.

"Ok je"balas Milly selamba dan menjelingnya.Lalu dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Menyampah dengan perangai Elmira.

"Takpe kau nak benci aku pun aku tak kisahlah!"bisik hati Elmira dan memandang dia dengan pandangan tajam.Dia beralih menoleh ke arah Ethan yang hanya mempamerkan senyuman nipis.Elmira membalas senyumannya.

"Mana abang Gavin?" Soalnya lagi

Belum sempat Ethan membalasnya , Gavin berdiri di sebelah Ethan.

"Hi,dah lama ke tunggu?"tegur Gavin.

"Hi baby!Taklah"

Elmira tersipu-sipu malu.Mulalah dengan perangainya itu sehingga Milly menjelingnya lagi.Terlintas dalam fikirannya hendak menampar Elmira namun dia membatalkan niatnya.

"Panaslah nak berdiri kat sini je,malas nak tengok drama.Nak meluat!"ujar Milly kasar.Lekas dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.Ethan turut mengekorinya.Gavin mengerutkan dahinya.Elmira memandang Gavin dan membelai lembut rambutnya

"I miss you baby"kata Elmira

Gavin tersenyum

"I miss you too,maaflah sebab adik saya tak layan awak dengan baik"

"Takpe,saya faham mungkin dia tak biasa dengan saya"

Giliran Gavin lagi yang membelai rambutnya.Makin bertambah sayangnya terhadap Elmira.Elmira tersenyum bahagia.

"Marilah masuk ke dalam rumah kami"pelawa Gavin

"Alright sayang"balas Elmira sambil memaut lengannya.

***

Elita mengumpul gambar kenangannya bersama Gavin dahulu.Semua gambar mereka disimpan di dalam sebuah kotak kecil.Dia menuju ke luar rumah.

"Saya nak lupakan awak buat selamanya..."kata Elita seorang diri.Sukar baginya hendak membuang gambar kenangan mereka.Dia memasukkan kotak itu ke dalam tong sampah.Dia melakukan semua itu secara paksa.Air matanya mengalir.Cepat-cepat dia mengesat air matanya.

"Tinggalkan orang yang dah tak nak dengan kita lagi..Saya akan lupakan awak meskipun tak mudah untuk saya melupakan kenangan kita.Selamat tinggal Gavin"katanya dalam hati.Elita masuk kembali ke dalam rumahnya.Vivi berlari menuju ke tong sampah.Dia mengambil kembali kotak itu dan lekas dia membawanya agar tidak diketahui oleh Elita.

Vivi membuka kotak kecil itu dan mengeluarkan sekeping gambar.

"Kasihan cik Elita.Sanggupnya awak nak tinggalkan cik Elita,Gavin.Sedangkan awak dah berjanji dengan dia yang awak tak nak tinggalkan dia"katanya sambil mengusap gambar mereka berdua.

***

Elita termenung melihat ke luar cermin di bilik pejabat.

'Macam mana saya nak tinggalkan awak kalau saya dah sayangkan awak'kata-kata Gavin terngiang-ngiang di telinganya.Dia menghembuskan nafas.

"Awak tipu Gavin,awak tipu!"ujarnya.Dia menahan air matanya keluar sekali lagi.Dia tak nak terus menjadi lemah.Sudah 3 hari dia tidak bertemu dengan Gavin.

"Lupakan dia dan lupakan kenangan bersama dia..Awak mesti kuatkan semangat Elita.Tak perlu nak rindukan dia sebab dia tak akan rindu kat awak pun.Tak payah nak beria suka dia sebab dia tak akan suka kat awak.Awak mesti buktikan bahawa awak tak lemah!Lupakan peristiwa yang telah berlalu dan jadikan sebagai pengajaran"Elita memberikan semangat pada dirinya.Dia mencapai beg tangannya.

Alden berdiri tegak saat Elita keluar.

"Jom keluar makan"kata Alden.Elita tersenyum.Alden tergamam.Tak percaya dengan perubahan Elita.

"Okay"

"Awak dah ok ke?"

"Ya dah"

"Okay let's go"balas Alden dan membawa Elita keluar dari pejabat.Elmira menegur mereka berdua.

"Saya ada nak cakap sikit pada cik Elita"kata Elmira.

"Ok apa?"balas Elita.Sedia untuk mendengar.Alden memandang Elmira.Dia memberikan isyarat padanya supaya menghasut Elita.

"Gavin dan saya dah sah jadi pasangan.Gavin kata dia benci kat awak.kesiannya saya pun tak tahu sebab dia benci kat awak.Saya tak pernah pun hasut dia untuk benci cik Elita.Mungkin dia benci kot dengan perangai cik Elita yang tak berubah jadi baik.So sebagai pengajarannya hargailah dia dan.."

"Saya tak nak dengar apa-apa lagi.Saya tak kisah kalau dia nak tinggalkan saya atau benci saya.Terima kasih dengan info yang awak berikan pada saya.Info yang menyokong saya untuk lupakan dia"balas Elita.Dia menunduk dan beredar dari sana.Tak sanggup mahu mendengar status hubungan Elmira dan Gavin lagi.

"Good"Alden berbisik di telinganya.Elmira tersengih dan melambaikan tangan padanya.

Hadzwan mencari kelibat Haura.Ruben memasukkan tangannya ke dalam poket sambil berjalan ke arahnya.

"Kau cari siapa?"

Hadzwan menoleh ke arahnya."Haura"

"Aku pun tunggu dia"balas Ruben.Hadzwan senyum sinis.

"Apa hubungan korang berdua ?"soal Hadzwan

"Kawan je"

"Kawan je?Aku pun kawan dia dan aku suka kat dia"balas Hadzwan ,bersahaja.Ruben mengenggam penumbuknya.

"Hi"tegur Haura.Hadzwan dan Ruben berebut mahu menghampirinya.

"Aku dapat dia!"

"Aku dulu woii"balas Hadzwan.Haura mengeleng laju.Dia menarik telinga mereka berdua

"Jangan nak bergaduh!"kata Haura.Hadzwan dan Ruben merayu untuk dilepaskan.Haura ketawa kecil melihat gelagat comel mereka berdua.

"Jangan nak bergaduh lagi!Faham?"

Hadzwan dan Ruben mengangguk laju.Haura tersengih dan melepaskan telinga mereka.Mereka berdua mengikut langkah Haura sambil mengusap telinga.Pedih.

Alden menatap wajah Elita.Dia tersenyum melihat Elita yang semakin ceria.Elita mengangkat dagunya.Hampir tersedak kerana malu dipandang lama oleh Alden.

"Kenapa?"

"Saya gembira awak dah senyum"

Elita menunduk dan tersenyum.

"Elita"

Elita memandangnya lagi.

"yes?"

Alden menghulurkan cincin pada Elita.

"Sudikah awak nak bersama dengan saya?"

Elita merenung lama cincin itu.Berat hatinya hendak menerima.

"Elita?"

Terhenti lamunannya.

"Saya belum bersedia.Sorry"

"But why?Berapa lama saya perlu tunggu jawapan awak?Ke awak masih belum lupakan Gavin?"

"Saya nak tenangkan fikiran,Alden"

Alden mengangguk dan mengambil semula cincin itu.

"Tapi saya akan tetap setia tunggu jawapan awak"

"Baiklah"balas Elita.

***

Setiap hari,Gavin sentiasa membantu mama dan ayahnya di sawah padi.Hanya itu kerjanya selepas berhenti menjadi pengawal peribadi Elita.Gavin berehat dan mengelap peluhnya.

"Bila Gavin nak cari kerja?"soal Puan Blithe.

"Tak tahulah.Gavin rasa nak bantu mama dengan ayah je"

"Huh ni semua sebab Gavin punya pasal!Suka sangat nak percaya apa yang dikatakan oleh Elmira.Gavin suka sangat percaya dia sampai Gavin nak berhenti !Tengok sekarang Gavin dah takde kerja!Mama dengan ayah dah berusaha carikan kerja untuk Gavin tapi Gavin buat hal!Mana janji Gavin semua tu ,janji nak ubahkan sikap dia dan nak buat dia jatuh cinta terhadap kamu!"

Gavin melepaskan keluhan kecil.Telinganya habis dicuci mendengar mamanya membebel setiap hari.Gavin bingkas berdiri meninggalkan mamanya yang masih membebel.

"Ni nak pergi kat mana lagi?Elok sangatlah mama marah Gavin supaya Gavin sedar!"jerit Puan Blithe.Gavin mengabaikan nasihat mamanya.Dia melihat sekelilingnya dan teringat kenangan ketika mengajak Elita melawat padi mereka.

"Kenapa saya tak dapat lupakan awak,Elita?Betul ke awak suka bila saya berhenti?"bisik hatinya

"Abang ingat kat siapa tu?"soal Milly.

"Takde"

"Ke abang teringatkan kak Elita?"

"Tak"

"Abang ni cepat sangat nak percaya dengan kak Elmira"

"Elita benci abang, that'why abang nak berhenti.Mungkin dia dah jumpa bodyguard baru"

Milly ketawa terbahak-bahak.

"Poyolah abang aku seorang ni hahaha"

Gavin menjeling dia.

"Milly ada call dia semalam,dia kata yang dia takde pengawal peribadi barulah abang"

"Dia tipu kot"

"Eleh macamlah kak Elita tu suka menipu,Milly kenal sangat dengan perangai dia tu.Lainlah kalau kak Elmira dia tu suka menipu orang yang poyo macam abang ni!Dengar sini ye abang yang sangat disayangi,kak Elita cakap yang dia tak pernah pun cakap yang dia nak abang berhenti!So sedarlah wahai abangku saya tak nak abang menjadi orang yang sangat terpedaya dengan kata-kata kak Elmira!Memalukan je!Abang memang tak cool!"Milly berterus terang.Puas memberikan kesedaran pada abangnya.Dia berjalan ke arah lain.Gavin berdiam.Tadi mamanya membebel dan sekarang adiknya pula membebel lagi.

"Elmira tipu aku ke?"

***

Encik Alvis dan Elita menuju ke arah Elmira.

"Aku dah hancurkan hubungan Elita dengan Gavin tu"kata Elmira pada Gedion dalam telefonnya.

Elmira ketawa sehingga tak sedar dirinya sedang diperhatikan.

"Ehem"

Elmira terperanjat.Kantoi.

"Apa yang awak cakap kat Gavin?"soal Encik Alvis.Elmira berdiri dan menunduk.Elita memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Sa..se sa..saya takde cakap apa-apa kat dia,"

"Awak tipu!"kata Elita

Elmira mengetap bibirnya.

"Ya,saya yang hasut dia bencikan cik Elita"

Elita menampar pipinya.Encik Alvis bercekak pinggang.

"Apa awak cakap kat dia?!"soal Elita.

"Saya cakap yang cik Elita nak dia berhenti"

"Kenapa awak cakap macam tu pada dia?!"

"Saya sukakan dia,cik Elita"

"Sampai hati awak nak hancurkan hubungan kami berdua!"

"Saya nak awak berhenti kerja kat sini"arah Encik Alvis.Dia menyesal mengambil Elmira sebagai pekerjanya.

"Berikan saya peluang kerja kat sini Encik Alvis"Elmira merayu sekali lagi.Tetapi Encik Alvis tidak mempedulikan rayuannya itu.Elmira menjeling mereka.Dia mengemaskan barang-barangnya yang berada di meja.

"Terima kasih kerana sudi terima saya kerja kat sini"kata Elmira.Dia memandang Elita dengan senyuman mengejek.

"Saya akan balas dendam terhadap awak ,Elita!Tunggu je"katanya dalam hati.Lalu,dia melangkah keluar.Mata Elita mulai kabur dan dia memejamkan matanya.

***

Elita membuka matanya.

"Syukur Elita dah bangun"kata Puan Jefina.Elita melihat mamanya yang berada di sebelah.

"Kenapa Elita kat sini?"

"Awak pengsan tadi,sayang"balasnya sambil membelai rambut anaknya.Elita termenung.

"Elita nak jumpa Gavin lagi tak?"

Elita menggeleng perlahan.

"Tak nak,dia dah tinggalkan Elita"

"Kita boleh pujuk dia ,Elita"

"Elita tak nak ganggu hubungan dia dengan Elmira"

"Tapi.."

Elita memeluk mamanya sambil menangis.

"Biarkan dia tu.Elita akan cuba untuk lupakan dia.."

Puan Jefina mengusap bahunya.Dia mengangguk.Bukan kerana dia bersetuju tetapi dia tak nak Elita terus bersedih sehingga sakit dan pengsan.Alden mengetuk pintu.

"Masuk"arah Puan Jefina.

Elita tersenyum melihatnya.

Alden melabuhkan punggung di sisi Elita.

"Saya risaukan awak ,Elita"kata Alden sambil mengenggam tangannya.Terukir senyumannya di bibir Puan Jefina.Dia mengusap bahu Elita sekali lagi.

"Alden yang angkat Elita tadi"kata Puan Jefina

Elita tersenyum dan menoleh ke arah Alden.

"Thank you"

"Lebih baik awak lupakan Gavin.Dia tu cuma sakitkan hati awak.Buang masa nak fikirkan tentang dia"

"Betul apa yang Alden katakan"Puan Jefina menyokong.

"Saya akan lupakan dia ,Alden"

Alden dipeluk erat oleh Elita.Puan Jefina turut tumpang gembira kerana Alden mengambil berat tentang Elita dan sentiasa bersamanya.

Encik Alvis berpeluk tubuh dan melihat mereka.

"Ayah tak akan biarkan Elita berkhawin dengan Alden"bisik hatinya.

***

Telefonnya berdering dan Gavin menyahut panggilan daripada Encik Alvis.

"Morning uncle,ada apa uncle nak call saya?"

"Jumpa saya sekarang.Saya dah kat depan rumah kamu"suara Encik Alvis di corong telefon.

"Ok saya akan ke sana"Gavin menamatkan perbualan mereka.

"kenapa dia nak jumpa aku?"

Tanpa berlengah,Gavin berlari.

"Nak pergi kat mana tu,Gavin?"soal Encik Damian

"Uncle Alvis nak jumpa"balas Gavin.

Encik Alvis melihat skrin telefonnya sambil menunggu Gavin.Gavin menuju ke arahnya.

"Morning uncle,dah lama ke uncle tunggu kat sini?"

Encik Alvis menggeleng.

"Saya ada nak cakap"

"Apa dia?"

"Elmira dah berhenti kerja kat tempat uncle"

"Kenapa?"tanya Gavin.Selama ni Elmira tidak lagi berjumpa dengannya.Bukan itu sahaja,mesej dan panggilan juga tidak dijawab langsung.

"Uncle yang suruh dia berhenti sebab uncle dengar dia yang hasut Gavin bencikan Elita.Dia tipu awak ,Gavin"

Gavin terdiam.Sama ada nak percaya dengan kata-katanya ataupun tak.

"Betul ke,uncle?"

"Ya"balasnya.

Elmira memakirkan keretanya.Lekas dia keluar dan menuju ke arah Gavin.

"Encik Alvis ada kat sini rupanya"kata Elmira.Jantungnya berdegup kencang.Dia takut jika Encik Alvis sudah memberitahukan pada Gavin sehingga Gavin tak nak melihatnya.

"Kenapa baby macam tak suka je saya datang kat sini?Ada masalah ke?"soalnya.Suaranya sedikit gementar.

"Awak tipu saya kan?"

"Taklah,buat apa saya nak tipu awak"

Encik Alvis menggeleng.Elmira memandang dia dengan tak puas hati.Dia masih tak nak mengaku kesalahannya

"Awak tak perlu nak tipu Gavin lagi,Elmira.Dia dah tahu semuanya"

Elmira mengetap bibirnya.Dia memaut lengan Gavin.

"Please baby,percayalah saya"

Gavin menolak tangannya dengan kasar.

"Pergi dari sini!"

"Baby!"Elmira menunduk dan menangis.Meminta simpati daripadanya.

"Saya tak percaya awak lagi"kata Gavin

"Alright!"Elmira menjelingnya.Lalu, masuk ke dalam kereta.Dia memecut laju.

"Maafkan saya,uncle"kata Gavin.Sedih mukanya.

"Awak perlu pujuk Elita"

Gavin mengangguk.Encik Alvis meninggalkannya dan masuk kembali ke dalam perut kereta.Gavin menggaru kepalanya.Menyesal.

Gavin termenung seorang diri

"Surat?"

Dia mencari surat itu di dalam begnya.Lalu dia membuka surat itu dan membacanya.

Kalau awak dah baca surat ni,sejujurnya saya tak pernah nak awak berhenti menjadi bodyguard saya.Saya akan berusaha untuk lupakan awak dan lupakan kenangan kita berdua.Terima kasih kerana awak sentiasa menemani saya di saat saya rasa sedih dan gembira.Saya nak awak tahu bahawa saya gembira dapat bodyguard macam awak.Tapi awak pilih untuk tinggalkan saya dan saya akan terima semua tu.Thank you Gavin semoga awak berbahagia dengan pilihan hati awak.Saya harap saya tak akan jumpa awak lagi.Selamat tinggal Gavin

"Maafkan saya,Elita"kata Gavin.Air matanya mengalir.Menyesal kerana tidak berfikir sebelum bertindak.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C24
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login