Baixar aplicativo
71.42% My bodyguard be my lover / Chapter 20: Tebusan

Capítulo 20: Tebusan

Elita membuka langsir di biliknya.Entah kenapa hatinya berasa takut kerana seperti akan ada perkara buruk yang akan terjadi dalam hidupnya.

"Just think positive"kata Elita.Lalu dia mencapai beg tangannya di meja dan menuju ke pintu.

Pintu biliknya dibuka dengan perlahan.Gavin menoleh ke belakang melihat Elita.

"Good morning"tegur Gavin.Elita berpeluk tubuh.

"Kenapa awak tunggu saya kat sini?"tanyanya.

"Saja"balas Gavin.

Gavin tersenyum manis.Elita mengangkat keningnya.Hairan melihat Gavin yang tersenyum seorang diri.

"Why?"soalnya pada Gavin yang sedang termenung memandangnya.

"Saya gembira tengok awak setiap hari"balas Gavin.Elita menggeleng laju.Dia berlari turun ke bawah.Takut jika Gavin masih mengigau.Senyuman masih terukir pada bibir Gavin.

***

Setelah mereka siap makan,Elita berdiri dan Gavin turut berdiri.Puan Jefina dan Encik Alvis saling berbalas pandang.Elita menjelingnya dan berjalan menuju ke sinki.Gavin juga mengikutnya.

"Kenapa awak ikut saya?!Saya tak suka!Faham tak!"kata Elita

Gavin mengangkat bahunya dan tersenyum.Elita menjelingnya sekali lagi.Dia mengangkat tangannya untuk menampar bahu Gavin.

"Elita tak boleh buat macam tu pada Gavin"ujar Puan Jefina.Elita membatalkan niatnya.Dia lupa mama dan ayahnya berada di dapur dan sedang memerhatikan mereka berdua.Wajah Elita dipandang dengan senyuman sinis oleh Gavin.

"Ok kita bertanding siapa yang awal siap,dia menang.Kalau kalah,dia mesti belanja.."Elita berhenti bersuara kerana berfikir.

"Belanja apa?"soal Gavin.Menunggu jawapan daripada Elita.

"Dia mesti belanja coklat!"sambungannya lagi.

"Ok"balas Gavin.

"Ok let's start"

Puan Jefina dan Encik Alvis tersengih.Elita mencuci piringnya dengan laju.Sepantas kilat.Gavin pula tenang je ,sengaja buat kerja dengan lambat.

"Yeahh dah siap! I'm win!"kata Elita sambil meletakkan piring di tempat asal.

Elita bercekak pinggang.Senyum sinis melihat Gavin yang baru sahaja siap.

"Haha awak kalah!So awak mesti belanja saya tau!"kata Elita.Gavin menganggukan kepalanya.Elita berasa pelik terhadap Gavin yang hanya gembira ingin membelikan coklat untuknya dirinya.Tetapi dia tak mempedulikan semuanya itu kerana hasratnya tercapai dapat membuli Gavin lagi.

"Bila awak nak?"

"Hari ni"balas Elita

"Erm ok"

"Janji?"soal Elita

"Ya janji"balas Gavin.

Elita memaut lengan Gavin.Pipi Gavin merona merah.

"Jom hantar saya ke pejabat sekarang"Kaki Gavin turut melangkah Elita.

"Bye mama and ayah"kata Elita sambil membawa Gavin keluar dari dapur.

"Minta Gavin belanja coklat je tau,jangan lebih!Kesian kat Gavin"ujar Puan Jefina.

"Ok!"balas Elita.

Puan Jefina menggeleng.

"Awak tak fikir ke kenapa Gavin tu sanggup nak tunaikan permintaan Elita?"soal Encik Alvis yang dari tadi berdiam kerana memikirkan sesuatu.

"Maksud abang?"balas Puan Jefina

"Awak tekalah yang Gavin senyum je bila Elita suruh dia beli apa yang dia nak"

"So,maksudnya Gavin tu suka kat Elita?"

"Mungkin"balas Encik Alvis.

"Romantiknya bodyguard anak kita ni"balas Puan Jefina.Mereka berdua ketawa kecil.

***

Ruben menuju ke mejanya.Langkahnya terhenti kerana ternampak bunga Ros itu masih berada di meja Haura.Posisinya sama seperti semalam dan kelihatan tak disentuh.

Ruben berjalan ke meja Haura.Dia mengambil bunga itu.Dulu Haura sentiasa menerima bunga yang diberikan olehnya.Kini,Haura telah berubah menyebabkan hatinya sangat sakit.

"Apa yang awak nak buat dengan bunga tu?"tanya Haura.Ruben terkejut.Kemunculan Haura langsung tak disedari.Ruben lekas menyimpan bunga itu.

"Erh,takde saja nak tengok.Saya rasa tak baik awak letakkan je kat meja sebab bunga ni cantik"puji Ruben.

"Apa kata awak ambil je bunga tu.Saya tak suka"Haura berterus terang.Ruben mengangguk dan mengambil bunga itu kembali.Kata-kata Haura mengguris hatinya.Ruben berjalan ke tempat duduknya.Haura tak langsung kisah dengan kata-katanya tadi.Dia tak nak tahu siapa pengirim bunga tersebut.

"Morning cik Elita!"tegur Elmira.

"Morning"balas Elita dan sambil mempamerkan senyuman paksa.Dia dapat teka daripada senyuman Elmira pasti ada rancangan jahat disebaliknya.Elmira beralih memandang lelaki pujaan yang berdiri di sebelah Elita iaitu Gavin.

"Morning baby"kata Elmira pada Gavin.(roll eyes)Elita hampir nak meluat mendengar ayat 'baby' yang terkeluar dari mulut Elmira."Peliknye dia ni!Gavin tu bukan teman lelaki awak pun,suka hati je nak panggil dia baby"bebel Elita dalam hati.Nak je dia ingin memberikan nasihat pada Elmira,tapi bila berfikir banyak kali,pasti sahaja Elmira akan menganggap dia cemburu dan dia tetap nak menganggu Gavin.

"Baby,jomlah berbual.Dah lama kita tak luangkan masa bersama ,I miss you so much"Elmira meletakkan tangannya di bahu Gavin.Cuba untuk memikat dia.Gavin membuat 2 pilihan sama ada bersetuju ataupun tak..

"Betul apa yang dikatakan oleh Elmira"Elita memberi pendapat kerana malas nak menunggu Gavin memberikan jawapan tepat.Walaupun hatinya sakit.

"Tapi.."balas Gavin.

"Saya nak jumpa Haura.Awak ajaklah Elmira berbual dengan awak.Lama pun boleh je.Saya tak kisah sangat"balas Elita,bersahaja.Tak nak menjadi kayu tunggul menunggu jawapan yang tak pasti.Elita mengatur langkah meninggalkan Gavin bersama Elmira.Gavin menundukkan kepalanya.Rasa bersalah tak bersamanya.Elmira memandang Elita dengan senyuman sinis.Gembira dapat memisahkan mereka dengan menggunakan idea Alden.

"Jom baby"ujar Elmira sambil menarik tangan Gavin.Gavin mengangguk dan mengekorinya.

***

Elmira melabuhkan punggung di atas kerusi,lalu berpeluk tubuh.Ayita yang berada di sebelah mejanya menjadi hairan.

"Amboi senyum2 je,kenapa ?Ni mesti happy sebab dapat jumpa pujaan lelaki awak tu en?"soal Ayita

"Mestilah"balas Elmira.Semakin mekar senyumannya seperti sedang berbahagia.

Chandani dan Afra berlari menuju tempatnya.

"So betul ke yang Elita tu suka kat Gavin?"tanya Chandani.Separuh berbisik.

"Betullah,kenapa korang tak percaya ke?"jawab Elmira dan menjeling mereka berdua yang tetiba menyampuk perbualannya bersama Ayita.

"Taklah sangat sebab dia kan dah ade boyfriend,mustahil dia nak rampas Gavin daripada awak kan?"balas Afra.Mereka berdua tak percaya dengan kata-kata Elmira selama ni.

"Bila cinta dah berputik,mestilah dia nak rampas Gavin daripada saya!"balas Elmira.Semakin geram pula dibuatnya apabila mereka masih nak meminta kepastian.

"Kuat sangat suara awak, tahu tak?Nanti tak pasal-pasal cik Elita dengar"balas Chandani.

"Salah korang faham tak?Susah sangat nak percaya"balas Ayita nak menyokong Elmira.

"Erm yelah,tak sangka cik Elita tu perampas rupanya.Dahlah sombong, perasan cantik,berlagak ada hati nak rebut Gavin daripada awak?Tak padan sangatlah dia tu dengan Gavin.Awak lagi padan bersama Gavin"balas Afra.Mula mempercayai apa yang dikatakan oleh Elmira.Elmira tersenyum lagi.Gembira disokong oleh mak cik bawang.Ayita dan Chandani mengangguk dan menyokong pendapat Afra.

"So apa plan awak nak pisahkan hubungan diorang berdua?"tanya Chandani.

"Saya akan buat Elita cemburu bila saya bersama Gavin"balas Elmira.Otot pipi dan matanya diangkat dan terbentuk senyuman lebar di wajahnya.Gembira seperti tanda kemenangan dapat memburukkan imej Elita.Ayita,Chandani dan Afra menyokong setiap apa yang dilakukan oleh Elmira.Seperti menganggap Elmira adalah raja bawang mereka bertiga.Tak sedar bahawa diri mereka sedang ditipu oleh Elmira.

***

Pintu bilik Elita dibuka.

"Masuk"kata Elita dengan tanggannya masih menaip di komputer.

Gavin menolak daun pintu bilik Elita di pejabat.Gavin melangkah masuk ke dalam dan berdiri di depan meja Elita.

"Kenapa?"tanya Elita tetapi masih tertumpu terhadap tugasan.

"Saya nak minta kebenaran daripada awak"

Elita berhenti menaip dan mengangkat dagunya untuk melihat Gavin.

"Apa?"jawabnya ringkas.

"Saya nak minta kebenaran daripada awak"

"Ok what is that?"balas Elita.

"Saya nak keluar makan dengan Elmira,boleh ke?"

"Tu je?"

"Ya"

"Erm..ok"balas Elita.

"Awak tak marah ke?"soal Gavin.Rasa bersalah terhadap dirinya kerana mahu menemankan Elmira.

"Ya"balas Elita tanpa memandang Gavin.

"Ok"Gavin mengatur langkahnya untuk keluar.Dia berhenti berjalan dan menoleh ke arah Elita yang masih sibuk terhadap tugasan.

"Dia tak kisah ke?"bisik hati Gavin sambil mengetap bibirnya.Dia melepaskan keluhan kecil.Elmira menunggu Gavin di depan pintu bilik Elita.Elmira masuk ke dalam tanpa meminta kebenaran daripada Elita terlebih dahulu.Dia memaut lengan Gavin yang masih termenung.Lamunan Gavin terhenti saat Elmira berada di sebelahnya.Elmira membawa Gavin keluar dan tidak mempedulikan perasaan Elita.Encik Alvis menggeleng laju melihat perangai Elmira.

***

Seperti yang telah dijanjikan,Gavin mencari coklat untuk Elita.Elmira berjalan ke arahnya.Senyumannya semakin manis melihat Gavin ingin membeli coklat.

"Untuk saya ke?"soal Elmira.Gavin menggeleng dan tersenyum manis.Elmira berpeluk tubuh.

"Habis tu untuk siapa?"soal Elmira lagi.

"Untuk saya"Gavin siap memilih coklat.Elmira semakin tak puas hati walaupun Gavin telah memberikan jawapan tepat.Marahnya makin membara melihat 2 coklat berada dalam genggaman tangan Gavin.

"Kalau awak seorang je kenapa nak beli 2?Tak cukup ke?"tanya Elmira.

"Saya suka"balas Gavin.

"Belilah untuk saya lagi please"rayu Elmira sambil membelai lembut rambut Gavin.

"Erm ok"

Elmira gembira.Gavin tersenyum tawar dan meninggalkan Elmira.Dia menuju ke kaunter.

"Nah untuk awak"Gavin menghulurkan coklat pada Elmira.Elmira tidak menerima coklat itu kerana bercampur dengan kacang.Dia berjanji tak nak makan kacang kerana dia ingin menjaga mukanya daripada berjerawat.

"Kenapa?"Gavin berasa hairan melihat Elmira yang sangat cerewat.

"Saya nak yang takde kacang" Elmira merajuk.

"Yelah nah"Gavin menghulurkan coklat yang tiada bercampur dengan kacang pada Elmira.Elmira mengambilnya.

"Thank you!"kata Elmira dan berlari menuju ke sebuah restoran.Gavin menghembuskan nafas berat dan melihat coklat yang masih berada dalam tangannya.Senyuman manis pada bibirnya.Muka Elita yang sangat ceria dan marah dapat menghiburkan hatinya selalu.Hatinya semakin ingin terbuka untuk Elita.Namun masih susah baginya untuk mengungkapkan cinta terhadap Elita.

***

Elita berbual mesra dengan Alden.Ruben pula tak langsung mengajak Haura berbual.Hatinya masih sakit kerana bunganya tak diterima oleh Haura.

"Tak lama lagi birthday awak,so awak nak hadiah ape?"tanya Alden

"Saya nak erm..ape2 jelah"

"Eh kenape?Dulu kan awak yang selalu suruh saya bagi hadiah dengan pilihan awak"

"Saya nak awak je yang pilihkan sendiri untuk saya"balas Elita.

Alden mengangguk faham.Rasa pelik terhadap perubahan Elita yang dulu sangat cerewat dan jahat seperti dia dan sekarang semuanya itu dah nak berubah.Dia menyalahkan semua ini adalah angkara Gavin.

"Kenapa awak berubah?"tanya Alden

"Saya rasakan kejutan tu macam rahsia sebenarnya"balas Elita.

"Ke sebab Gavin?"

"Taklah"Elita memasukkan makanan ke dalam mulutnya.Menggelakkan daripada disoal sekali lagi oleh Alden.Alden menundukkan kepalanya.Dia masih tak percaya dengan jawapan Elita.Dia menyangka Elita menipunya.Ruben mencuri pandang ke arah Haura.Haura melihatnya ,Ruben lekas menunduk.Pipinya mulai merah.Haura senyum dan sambung menghabiskan makanannya.Alden merenung tajam wajah Haura.

"Takpe,aku biarkan kau happy.Tapi sekejap je.Jangan bangga sangat!"bisik hati Alden.

***

Mereka berempat keluar dari restoran.Tiba-tiba mereka terserempak dengan Elmira dan Gavin.

"Dah bahagia rupanya kawan aku seorang ni,syabas bro"Alden menepuk bahu Gavin.Gavin terdiam.Sejak bilalah pula mereka berdua berkawan?Elmira dan Alden saling senyum sinis.Elmira memaut lengan Gavin dengan erat.Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Doakan untuk kami tau!"balas Elmira dan membawa Gavin masuk ke dalam keretanya.

Haura mengusap bahu Elita.Ruben memandang tepat ke arah Elmira.

"Perampas"bisik hati Ruben.Dia juga tidak menyokong hubungan Elmira dan Gavin.Alden merangkul pinggang Elita.

"Tengok saya,sayang"arah Alden.Elita memandang Alden dengan senyuman paksa.

"Kenapa awak sedih je?"

Elita menggeleng.

"Ok,jom kita balik ke pejabat"kata Alden.

"k.."balas Elita.

***

"So awak single ke?"tanya Hadzwan pada Haura.

"Ya"

"Awak tak suka siapa2 ke kat dalam pejabat ni?"

"Takde"

"Kenapa?"

"Saya nak hidup single je"

"Oh,awak nak ke kalau kita jadi kawan rapat?"

"Boleh je"

"Thanks"

"Alright"balas Haura dan senyum manis.Hadzwan turut membalas senyumannnya.Chandani mengetap bibirnya.Air matanya mengalir perlahan.Dia mengesat air matanya dan meninggalkan mereka.Tak sanggup nak melihat lelaki yang dicintai secara diam sedang bersama perempuan lain.Dia menyangka bahawa Hadzwan menyukai Haura.Chandani menolak Ruben ke tepi.Ruben berasa hairan melihat Chandani yang tak pernah bersedih.

"Ada sesuatu kut?Hurm .."Ruben berjalan dengan perlahan.Terkejut melihat Haura dan Hadzwan sedang berbual.Hatinya hancur.Dia menggengam penumbuknya.Cuba mencari ketenangan.Ruben berlari menuju ke tempatnya.Niatnya hendak membancuh air kopi terbatal.Dia terpaksa menggelakkan daripada Haura agar mereka tak tahu bahawa dia sedang memerhatikan mereka berbual tadi.Haura berjalan ke mejanya.Dia melihat Ruben yang tercungap-cungap seperti baru sahaja siap mengikuti acara lumba lari.

"Kenapa?"tanya Haura.

Ruben tak sempat membalas kerana Hadzwan sedang menuju ke tempat Haura.

"Bye,next time kita keluar sama2 ok"Hadzwan menyegitkan matanya.

"Ok"balas Haura dan melambaikan tangan pada Hadzwan.Ruben menundukkan kepalanya.Menahan air matanya keluar.Soalan Haura dibiarkan tak berjawab.Haura tak kisah jika Ruben tak nak membalas pertanyaannya tadi.

Chandani masuk ke dalam tandas.Air matanya semakin mengalir membasahi pipi.

"Kenapa awak tak suka saya, Hadzwan.."kata Chandani.

Haura masuk ke dalam tandas dan membasahkan mukanya.Chandani mengesat air matanya.Tak nak Haura perasan yang dia sedang menangis.Chandani memandang Haura dengan pandangan tajam.Haura menutup paip air dan melihat Chandani.

"Kenapa?"

"Nothing"balas Chandani dan menunduk.Haura melihat mata Chandani dengan teliti.

"Awak menangis ke?"

"Tak,erh..ada benda yang masuk kat dalam mata saya.Saya dah cuci mata tapi tetap sama"balas Chandani.Berpura-pura.

"Boleh saya tengok mata awak?"

"Takpe sikit lagi nak ok dah"

"Ok,kalau ada apa-apa panggil je saya"balas Haura dan keluar.Air mata Chandani mengalir sekali lagi.

***

Gavin menarik pintu kereta.

"Thank you"kata Elita.

"You're welcome"balas Gavin.Gavin mengekori di belakangnya.

"Tunggu saya ,Elita"arah Gavin.

Elita berhenti dan menoleh ke arahnya.

"Yes?"

Gavin menghulurkan coklat padanya.

"For you"

Elita merenung coklat itu dan mengambilnya.Hampir dia terlupa bahawa dia ada menyuruh Gavin membelikan coklat untuknya.

"Thank you so much"Elita memeluk Gavin.Gavin berasa gembira saat bersama Elita.Dia membelai lembut rambut Elita.Elita melepaskan dirinya daripada pelukan Gavin.

"Saya sangka awak lupa tadi"kata Elita.Malu nak memandang Gavin.

"Saya tak akan pernah lupakan awak walaupun kita tak bersama tadi"balas Gavin.Elita ketawa kecil.Tak bersama?ayat yang tetiba menghiburkan dia.Elita memandang Gavin semula.

"Ikut saya"

"Kat mane?"

"Ikut je"

Elita dan Gavin berjalan beriringan menuju ke tepi kolam renang.Elita melabuhkan punggung di bangku.Gavin masih berdiri.

"Duduklah"kata Elita sambil menunding jari telunjuknya di sebelahnya yang masih kosong.Gavin mengangguk dan melabuhkan punggung di sisi Elita.Elita membuka coklat yang diberikan oleh Gavin tadi.Lalu,dia mematahkan coklat itu dan memberikan sebahagiannya kepada Gavin.

"Takpe"

"No!Awak mesti temankan saya makan"balas Elita.Gavin mengambil coklat itu.Mereka berdua makan bersama.

"Awak suka makan coklat ke?"tanya Gavin.

"Ya suka sangat.Sya nak hadiah birthday saya nanti adalah coklat.Saya suka kalau dapat banyak!"balas Elita sambil makan coklat kegemarannya.Gavin termenung melihat Elita.Dia ketawa melihat Elita.Elita meraba mukanya.Manalah tahu jika ada sesuatu yang tak kena di mukanya.Baru sahaja,dia nak memegang bibirnya,Gavin mengelap sisa coklat yang terdapat di bibir Elita dengan ibu jarinya.Pipi Elita merona merah.Elita lekas berdiri kerana malu.

"Thanks sebab temankan saya... bye"

Elita tak nampak lantai itu licin menyebabkan dia hampir terjatuh.Gavin sempat membantu dia.Elita merangkul leher Gavin.Mereka saling berpandangan.Jantung mereka berdua berdegup kencang.merah.Gavin memandang lama bibir Elita.Elita lekas menolak Gavin.Dia takut pihak ketiga akan muncul di antara mereka kerana hanya mereka berdua sedang berada di luar.Elita berlari masuk ke dalam rumah.Gavin tersengih.Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

***

Alden ditolak oleh anak buah Encik Wong.

"Mane duit aku?"tanya Encik Wong@ketua gangster VeO1.

"Sekarang tak ade.Aku masih kerja.Erh...nanti bila aku dah ada duit lebih, aku akan bayar hutang.Aku janji"Alden berlutut dan merayu untuk dilepaskan.

"Lu sudah banyak kali janji!janji! janji!Tapi tak ada hasil langsung.Ni sudah 3 bulan you masih tak bayar!Sekarang aku nak duit !Mana duit aku?"

"Aku jumpa perempuan kaya"

"Perempuan kaya?Cantik tak?"

"Cantik,dia adalah teman wanita aku"

"Korang berdua masih bercinta ke?"

"Ye Encik"

"Bagus"balasnya

"Tapi dia ada bodyguard"

"Bodyguard?"

"Ya ,aku benci tengok bodyguard dia.Hubungan diorang berdua sangat rapat"

"You cemburu ke?"

"Mestilah aku cemburu"

"You nak I tolong?"

"Nak,tapi kenapa?"

"Sebab you kata dia tu kaya.I boleh suruh diorang bunuh bodyguard dia.Kalau plan masih tak berjaya,kita cari idea lain"

"Baiklah"balas Alden

***

Keesokan paginya.

Telefon Elita berdering.Elita menyahut panggilan itu walaupun panggilan itu tiada dalam senarai kenalannya.

"Hello,siape ni?"

"Datang kat sini"

Elita terkejut dan keliru.

"Kat mane?Saya tak kenal awak"

"Cepat datang kat sini sebelum aku bunuh mama dan ayah kau"

Tangan Elita menggeletar.Jantungnya berdebar dengan laju.Takut.

"Tolong jangan bunuh diorang"

"Kalau kau tak nak,aku nak kau datang kat sini seorang diri!Aku tak nak siapa2 ikut kau!Aku tak nak kau lapor pada polis"

"Ok"Dia memberitahunya alamat tempat itu.Tanpa berlengah,Elita bingkas berdiri dan berlari keluar dari bilik pejabat.Dia langsung tak menceritakan pada Gavin,mama dan ayahnya.Haura berasa hairan melihat Elita.

"Awak nak pergi kat mana,Elita?"tanya Haura.Namun,Elita tak mempedulikan dia.Haura pergi mencari kelibat Gavin.Haura berlari ke arah Gavin yang baru sahaja keluar dari bilik pejabat Encik Alvis.

"Kenapa?Ada masalah ke?"tanya Gavin.

"Elita keluar ,saya tak tahu dia pergi kat mana"

"Elita?"

"Ya,cepat kita cari dia"

"Kita tanya pada Encik Alvis.Mungkin dia tahu"kata Gavin.Haura mengangguk.Mereka berdua lekas membuka pintu bilik pejabat Encik Alvis.Encik Alvis kelihatan terperanjat.

"Ada masalah ke?"

"Cik Elita keluar.Kami tak tahu dia pergi kat mane"

"Dia keluar?Keluar tanpa pengetahuan kita?"tanya Puan Jefina.

"Ya aunty"balas Gavin.

Alden mengetuk pintu dan masuk tanpa kebenaran.Dia terus menyerahkan telefonnya pada Encik Alvis.

"Kau nak anak kau selamat tak?"suara seorang lelaki di corong telefon.

"Siapa ni?"tanya Encik Alvis.Haura memandang Alden.Senyuman sinis terukir.Kenapa dia senyum?persoalan Haura yang timbul dalam fikirannya.

"Aku tak nak duit sebagai tebusan.Aku nak orang lain selamatkan anak kau,kalau tak anak kau akan mati.Aku tak nak korang laporkan pada polis faham!"katanya lagi.

"Ya faham.Tolong jangan apa-apakan anak kami"

"Hahahahaha"lelaki itu memberikan alamat tempat pada Encik Alvis.Encik Alvis menamatkan perbualan mereka.Lalu dia menghulurkan telefon itu kembali pada pemiliknya

"Abang ,mereka nak buat apa dengan anak kita?"tanya Puan Jefina yang semakin cemas.

"Diorang nak orang lain selamatkan dia"balas Encik Alvis.

"Saya rela ,uncle"kata Gavin.

"Saya pun uncle"kata Alden.Tak nak menyerah kalah.

Encik Alvis mengangguk.Tak nak bersuara kerana risau terhadap keadaan anak tunggal mereka.Gavin,Alden dan Haura keluar.

"Saya risaulah,abang.Kita tak boleh percaya sangat dengan kata-kata orang yang tak dikenali.Apa kata kita lapor je pada polis"kata Puan Jefina.Encik Alvis menggeleng.Tak yakin.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C20
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login