Baixar aplicativo
50% Tunang Paling Sweet / Chapter 11: Bab 10

Capítulo 11: Bab 10

"okay itu sahaja untuk harini, terima kasih sebab beri kerjasama pada kami bertiga sepanjang ceramah ini berlansung. Sebelum kita bersurai tolong serahkan kertas kertas yang kami edarkan tadi" kata Hariz dan mula mengangkat kotak kosong yang saiz agak besar.

Sebelum ceramah tamat, Setiap pelajar diberikan kertas memo setiap sorang. Masing masing boleh menulis apa apa sahaja surat untuk penceramah mereka mengikut nama antara 3 orang itu.

"kalau surat untuk saya,letak dalam kotak saya. Kalau untuk Abang Harraz atau Abang Ashraf boleh letak di dalam kotak mereka yer" kata Hariz lagi bersama senyuman lebar.

Berbeza benor dengan 2 orang tu. Keras macam patung . Takda perasaan. Agak agak kalau letak singa di depan mata pon tak jejas kot

Iliya melipat memonya selepas menulis sesuatu,hehe nak bagi siapa lagi. Harraz la !

"nah hehe" kata Najihah tersipu sipu sambil meletakkan surat miliknya ke dalam kotak milik Hariz ketika Hariz jalan melepasi tempat mereka

"nama apa?" soal Hariz bersama senyuman lebar, kening diangkat berkali kali. Nampak sangat miangnya tu. Ashraf dari jauh pula menggeleng kepala melihat perilaku Hariz yang sememangnya kaki perempuan.

"Najiha,hehe nanti baca tau surat tu" kata Najihah lagi sambil memintal mintal hujung tali beg sekolahnya.

"gedik"getus hati Afif perlahan bila melihat drama murahan di hadapannya itu.

"weh kau bagi surat apa ?" soal Aqis

"adalaa sibuk kau" kata iliya dan menyorokkan kertas memo miliknya ke dalam tudung sekolahnya.

"weh weh tu tunang kau" kata Aqis berbisik pada aku. Dengan nadanya yang agak teruja membuatkan iliya rasa nak hempuk dia dengan bantal.

Dengan perlahan lahan iliya menoleh memandang kearah Harraz yang turut memandang aku.

"ada surat?" soal Harraz mendatar seperti selalu.

Berdecit iliya sambil meletakkan surat nya ke dalam kotak milik Harraz.

Sempat dia menoleh ke hadapan di mana tempat Aqim dan Kamila duduk. Rasa nak cungkil biji mata bila menyaksikan diorang selfi. Werwerk geli.

Apabila semua dah selesai,terus Alia melemparkan pennya ke atas meja dan begitu juga dengan Izham.

"finally!! Aku lapar!" kata Alia keriangan

"lapar lapar je tahu, belajar tak tahu pula" kata Izham perlahan sambil mengemaskan barangnya

"nak gadoh ke?"

Iliya p.o.v

"iliya iliya" rasa nak mencarut je aku . Time free macamni memang galak perempuan gedik gedik cuit aku la nak jadi wartawan tak berbayar.

Agak agaknya kalau diorang tak tahu aku kenal dengan Harraz memang diorang pun tak sudi nak tegur aku.

Nampak gayanya aku tak boleh mengaku yang aku ni tunang Harraz sebab nanti hidup aku tak aman! Aku kena bagi tahu Harraz. Lelaki tu tak boleh dijangka !

"mende?" aku menjungkitkan kening bila memutarkan tubuh memandang pelajar kelas aku iaitu Damira.

Dia pula dah tersengeh sengeh pandang aku ,eh aku hempuk kang dengan kasut aku ni baru koma setahun.

"kau ada apa apa ke ngan Harraz tu?" soalnya dengan muka penuh bersinar kerana terpantul pantulan api dari neraka di wajahnya.

"ada,kawan" jawab aku malas.

"betul eh? Ke..kau tunang dia?" soalnya lagi. Aku pula dah menyenggol lengan Aqis di sebelah aku.

"aku kata kawan tu kawanla"jawab aku geram. Geram bila ada nak busy body hal aku. Ingat aku tak tahu yang ramai suka mengumpat aku dalam diam. Dasar dengki. Tahula diorang muka macam pelapik jamban cis.

"tapi tak nampak macam kawan duh" sampuk awek cendol sebelah Damira,si Azlieya.

Aku buat muka derp habes

"dah kalau tak nampak macam kawan asal tanya!?"

"jadi betulla tunang?"

"KAWANLA LAHNOTT!" jerit Aqis tiba tiba. Terperanjat kami bertiga yang sedang berbincang isu "tunang ke kawan" aku

"weh senyapla gila!"

"KORANG MEMANG BUSYBODY EH,KAU NAK KIKIS BERITA LEPASTU SEBAR DEKAT GROUP WHATSAPP INGAT AKU TAK TAHU HAA!?" mulut dia ni kan memang tak cover weh.

Sekarang satu ruangan ceramah pandang ketempat kami

"weh--"tangan aku yang cuba menutup mulut Aqis ditepis oleh Aqis dengan kuat sampai aku sekali melayang jatuh tergolek bawah kerusi. SIOT AR MALU SIAL.

minah ni bukan tolak aku je weh! Dia pergi tolak badan aku sekali gus bapak menjiwai watak kau Aqis. Jaga kau ,aku selaku heroin paling menawan aku nak author potong gaji kau!

"eh bila ma-masa!?"jawab Damira dengan penuh gagap. Nampak sangat buat salah cis!

"bising apa tu kat belakang!"jerit Ashraf tiba tiba sebab bunyi aku bergolek bawah kerusi tu membuatkan satu ruangan ni bergegar gamaknya

This is Ashraf

" AKU DAH LAMA PERATI KAU!" jerit Aqis dan tiba tiba bangun. Aku pula tak boleh buat apa apa sebab siku aku sakit sangat sangat sebab terkena bucu meja.

Afif,Najihah,Izham dan Alia lagila tak boleh buat apa apa sebab sebab diorang sebelah aku. Lepastu dengan aku tergolek tengah jalan memang tak la diorng nak hentikan Aqis yang dah jadi singa kegeringan!

"kau nak mengamok pehal! Aku tak sebar hal kau pun!" jerit Azliya yang turut bangun berdiri berhadapan dengan Aqis yang sudah bercekak pinggang.

"TU KAWAN AKU ! AKU BUKANNYA FAKE MACAM KAU!" jerkah Aqis dan membuatkan satu ruangan ni bising dan mula bangun untuk menonton perbalahan mereka.

"WEI SOMEONE TOLONG BELIKAN AKU POPCORN!"Jerit Hariz tiba tiba. Terus Harraz pergi tampor kepala dia sampai dia hampir tersadung ke depan.

Aku pula terasa pedih di siku,terbuntang luas mata aku bila baju sekolah aku yang warna putih dan dipenuhi dengan kesan darah di bahagian siku.

"wei wei siku kau berdarah!" kata Najihah resah bila siku aku dah meleleh darahnya. Sekarang Najihah pula nak pitam ganti tempat aku bergolek tadi sebab dia ni mabuk darah.

Afif terus menarik Najihah supaya menjauhi aku. Bukan apa,kalau Najihah pengsan kat sini memang tambah lagi masaalah nampaknya.

Terus Alia pula yang membantu aku bangun,dia menarik aku menjauhi Aqis dan Azliya yang sudah berperang dengan cara menarik tudung.

Bapak arh, kalau kat luar sekolah aku rasa dah lama Aqis ni buang tudung sebab dia freehair dan cabut kain dia sebab dia memang selalu pakai seluar panjang dalam kain dia. Dia kata rimas kalau pakai skirt dalam.

Terus Ashraf dan Harraz bergegas naik ke atas ke tempat kami kecuali Hariz.

Oh,Hariz pergi beli popcorn.

Taraguna betul.

Terus aku berjalan dengan berhati hati melepasi mereka berdua yang dah nak cetus peperangan. Sorry Aqis,siku dan kaki aku sakit

"takpe"kata aku bila Alia nak tolong aku jalan.

Dan tiba tiba entah macam mana ,Azliya pergi tolak Aqis sampai terlanggar aku

Dan menyebabkan aku hilang keseimbangan sewaktu berjalan melepasi mereka.

Tanpa diduga tubuh aku disambut oleh seseorang. Takdela sampai berpelukan ke apa,cuma pegang bahu aku dari tergolek dekat tangga

"berhenti sebelum aku report dekat pengetua!" kata Ashraf dengan suara yang cukup lantang . Rilek la kitorang kat depan je ni

"ma-maaf" kata aku bila aku sedar bahawa tunang aku yang sambut aku tadi. Aku menjauhi dia tapi disebabkan aku hampir terjatuh buat kali kedua tadi,kaki aku terseliuh pula rasanya.

Terus Harraz memaut tangannya di lengan dan bahu aku bila aku cuba berdiri menjauhinya

"stay kalau tak aku dukung" katanya perlahan.

Aku pula dah buat muka derp.

Bukan ke tadi ber awak saya

Asal tiber kau aku ni.

Nak tumbuk ke penampar?

"TAK,KORANG NI MEMANG TAK FAHAM BAHASA KE APA!?" kata Ashraf bagai nak histeria. Hilang habis muka acah beku dia tadi. Digantikan dengan muka stress.

"KAU DIAM!" jerkah Aqis balik lalu menjegilkan mata kearah Ashraf di sebelahnya.

Terus dia yang tadi duduk di atas Azliya ,bangun dan memandang Ashraf.

"TAKDE ADAB EH!?"terus Ashraf terikut meninggikan suaranya. Aqis yang rendah dari dia tu dipandang tajam.

"MEMANG TAKDE LAGI LAGI DENGAN KAU!" bahu kiri Ashraf ditunjal kasar dengan jari telunjuk kanannya. Terdorong ke belakang Ashraf dibuatnya

"ikut aku!" kata Ashraf dan selamba menarik lengan Aqis supaya mengikut langkahnya.

"kau ingat eh,kau sibuk hal kawan aku lagi. Nahas!" sempat Aqis memberi amaran sebelum dia bergelut dengan Ashraf ketika Ashraf mengheretnya keluar dari ruangan ceramah.

"kau ok?" soal Harraz tiba tiba. Menyentak lamunan aku. Terus aku mendongak memandang si dia.

"okey"Aku angguk perlahan tapi siku aku angkat juga .

"siku macamni kata okey?" soalnya dan terus memegang lengan aku dan siku aku diteliti.

"erm semua orang pandang sini" sampuk Izham tiba tiba . Baru aku perasan yang semua pelajar sekolah aku tengah pandang dekat aku dan Harraz pula.

Tertayang aksi sweet pula kat sini.

"Hariz,jaga semua pelajar ni. Aku nak balik dulu" kata Harraz dingin sebelum merampas beg galas aku dari pegangan Alia. Sempat aku terpandang kearah Aqim.

Dia tengah memeluk tubuh dan merenung kami tajam. Ehehe aku suka!

"WHAT!? AKU!? SORANG!?"kata Hariz tak percaya ,dia mengangkat jari telunjuk dan disua ke mukanya sendiri.

"takla. Hantu." kata Harraz selamba dan menarik bahu aku supaya mengikuti langkahnya. Manakala aku hanya menuruti sambil menunduk malu.

Paling aku benci adalah,

AKU MALAS NAK SENTAL KESAN DARAH NI GILA !

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Apabila aku dan Harraz sudah menghampiri kereta,terus aku tolak perlahan tangan dia dari memegang bahu aku.

Perbuatan aku terus membuatkan Harraz berhenti melangkah dan menunduk memandang aku yang rendah darinya

"kenapa?"soalnya dan memandang aku dengan pandangan redup itu.

"boleh jalan sendiri"jawab aku segan.

"mehla saya bawa sendiri" pinta aku dan menarik beg galas aku dari pegangan Harraz. Tapi dia pantas mengelak dengan mengangkat beg aku tinggi tinggi.

"Aip! Gentleman tak akan buat macam tu!" katanya dan jalan meninggalkan aku di belakang

"Harraz!" jerit aku balik.

"hurm?"

"kita nak balik dah ke?" soal aku. Aku bukan nak menggedik ke apa..cuma aku laparla! Masa kat kantin tadi fight dengan perampas sampai tak sempat makan aku!

Harraz pula dah buat muka yang sukar aku tafsir.

"asal? Kau nak pergi mana pulak?" soalnya mendatar.

Aku berdecit kuat

"tadi awak saya, sekarang aku kau. Mana satu ni!" luah aku kegeraman lalu menolak belakang badan dia bila dia seakan menghiraukan aku.

Harraz pula dah berdecit seperti aku tadi,dia mengerutkan dahi dan mengerling aku

"ada masaalah ke!?" katanya dan mengeluarkan kunci kereta miliknya. Terus bonet keretanya dibuka dan diketakkan beg galas aku. Aku rasa nak carut pun ada.

Beg aku kecik je kot,tak perlu sampai nak letak kat belakang tu.

"mestilah! " kata aku pula dan menjelingnya. Terus aku masuk ke dalam kereta tetapi di bahagian belakang bukan di sebelah pemandu.

"iliya, don't you dare"katanya tegas bila aku berkeras nak duduk belakang

"ada masaalah ke!?" aku ulang balik ayat dia tadi dengan memek muka seperti ini

Harraz terus menahan pintu keretanya bila aku dah nak tutup . Dia mengeluh dan membuka pintu kereta bahagian belakang disebelah aku supaya lebih luas.

Aku memeluk tubuh dan memandang ke arah lain.

"haih,iliya duduk depan" katanya perlahan. Nampak gaya macam nak berlembut dengan aku. Tapi aku tak akan termakan!

Aku diamkan diri. Pandang bertentangan darinya.

"iliya pleasela " kata dia lagi. Dalam hati aku tersengeh suka. Hiks dia pujuk aku!

"iliya,please jangan buat saya macam ni" pujuknya lagi. Kali ni aku memandang dia. Dia sudah biasakan dirinya dengan 'saya'

"apa tak dengar?" usik aku

"tolong duduk depan Iliya Humaira.. Saya bukan driver awak. Awak jangan degil boleh?" katanya dan menarik lengan aku supaya keluar dari tempat duduk belakang.

Aku agak terpaku.

"KAU MEMANG NAK MATI EH!?"

Terkejut aku dengan suara yang muncul tu

Tbc❤


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C11
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login