Baixar aplicativo
45% Dia yang ku cari / Chapter 9: Hanya diam

Capítulo 9: Hanya diam

Nora menemankan Nicca pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut dan pihak polis berusaha untuk menangkap lelaki itu.

Setelah mereka siap melaporkan pada pihak polis,Nicca dan Nora balik ke rumah kerana Nicca ingin mengambil beberapa barangnya untuk dibawa ke hospital untuk menjaga Alex.

Nora menghantar Nicca ke hospital.Semasa Nicca hendak masuk ke hospital , seseorang lelaki yang sangat mencurigakan melihatnya dan berjalan menuju ke kawasan lain.Nicca berasa takut kerana tidak mengenali lelaki tersebut dan lelaki itu juga tidak menyerupai seperti lelaki yang menikam Alex semalam.Lelaki itu hanya memakai mask dan memakai topi.

Nicca masuk ke wad dan melihat Aiman dan ayahnya Pak Long berada di sana melawat Alex.

"Hi cikgu kami rindu cikgu"

Aiman pergi mendekati Nicca dan memeluknya

"Hi Aiman ,cikgu pun rindu kamu semua"

"Cikgu mau tau tak tadi ramai kawan Aiman tanya cikgu kat mana Aiman balas tak tahu pula lepas tu ramai kawan2 Aiman tak happy belajar tadi kalau cikgu tiada"

"Cikgu jaga abang kamu nanti kalau abang kamu sudah sihat baru cikgu dapat ajar kamu ya"

Nicca pujuk Aiman dengan senyuman.

Alex gembira kerana Nicca sangat mesra pada Aiman dan rakan-rakannya

"Amboi2 sekarang korang berdua happy pula ek takpe tapi lama-lama korang berdua pasti tidak akan happy lagi seperti itu "

Melisa berpeluk tubuh dan berdiri di luar pintu sambil bersandar di dinding ,Melisa menjeling mereka dan pergi berjumpa dengan Noah.

"Saya rasakan macam nak give up pula susah betul nak pisahkan mereka berdua tu makin lama makin rapat pula ish menyampah"

"Alah awak ni janganlah give up kan awak dah janji kalau plan A tak berjaya kita cuba lagi plan B"

"Berkali-kali kita dah cuba tetap gagal tau kusut kepala saya nak fikir lah plan mana yang boleh rosakkan hubungan mereka berdua tu!"

"Shhh jangan kuat sangat nanti kantoi pula"

"Yelah awak ada idea lagi ke?"

"Ada"

"Betul ke ni? ok apa dia saya harap kali ni akan berjaya"

Noah berbisik di telinga Melisa dan mereka berdua hanya senyum.

"Bijak2 awak memang bijak"

Pak Long dan Aiman balik ke rumah mereka dan Pak Long menunggang motornya.

Tadi mereka mendapat panggilan daripada Melisa tentang Alex dan Pak Long bergegas mengambil Aiman dari tadika dan pergi melawat Alex dengan menaiki teksi

****

Alex memegang tangan Nicca,mereka berdua saling berpandangan.

"Thanks"

"Sebab apa? Awak tau tak sebab saya awak jadi macam ni awak yang tolong saya then awak yang cedera"

"No that's not your wrong saya tolong awak sebab saya dah janji dengan awak kan yang saya akan jaga awak masa tu jadi saya tak nak awak cedera"

"But.."

Di wad itu hanya mereka berdua dan masih belum ada pesakit lain dipindahkan di sana.

Alex menutup bibir Nicca , dia mendekatkan mukanya ke muka Nicca dan mulutnya menghampiri mulut Nicca namun Melisa sempat datang dan mengejutkan mereka berdua,

Alex membatalkan niatnya .Melisa nampak mereka berdua tadi dan disebabkan itu dia pergi menganggu mereka berdua

"Awak macam mana sekarang ok?"

"Okay kenapa awak datang kat sini?"

"Why salah ke?kan saya bakal isteri awak tadi mak ayah awak call saya saya cakap awak sakit then mereka risau dan mereka cakap ni semua punca Nicca awak jadi macam ni, ayah awak bagi amaran pada awak jangan jumpa Nicca lagi"

Melisa berpeluk tubuh dan senyum sinis melihat Nicca sambil berbisik dalam hatinya "padam muka!"

"Kenapa pula kami tak boleh jumpa dia kan kawan"

"Sebab mak dan ayah awak tak nak apa-apa lagi berlaku pada awak faham!"

"Saya boleh jaga diri sayalah"

"Kalau awak keras kepala sangat it's okay terpulang awak call lah mak ayah awak tapi saya rasakan walau beribu-ribu pun alasan awak bagi pada mereka, mereka still tak terima pun alasan awak tu"

"I don't care saya tetap still nak kawan dengan Nicca and saya akan.."

"What awak akan apa?!"

Melisa berpeluk tubuh menantikan jawapan Alex dan telefon Alex berbunyi ,Alex mengambil telefonnya dan menjawab panggilan daripada ibunya.

"Hi mama"

"Hi Alex ok tak kat sana Alex dengan siapa sekarang?"

"Alex ok Nicca yang jaga saya"

"Mama bukan nak larang sebenarnya tapi ayah awak sekarang ni mengamuk sebab kamu jumpa Nicca, please Alex anak mama jangan jumpa Nicca lagi biarkan Melisa yang jaga Alex"

"But mama dia tu doktor trust me mama Nicca bukan orang jahat dia kawan rapat saya bagi saya peluang untuk jumpa Nicca lagi"

"Mama ok je cuma ayah kamu"

"kenapa ayah benci sangat dengan Nicca dia takde buat salah"

"Dia tak nak kamu suka kat Nicca dia nak kamu berkhawin dengan Melisa but kalau kamu nak juga kawan dengan Nicca mama cuba pujuk ayah and cakap Melisa yang jaga kamu ok mama faham persahabatan kamu berdua mama tak paksa kamu"

"Thanks mama sebab faham,mama dengan ayah jaga kesihatan kat sana ok"

Alex menamatkan perbualan bersama mamanya

"Apa mama awak cakap?"

"Takpayah sibuk"

Nicca mengundurkan dirinya pergi ke tandas dan tidak mahu melihat pergaduhan antara Alex dan Melisa.

"Kenapa awak selalu layan kasar sangat dengan saya sejak awak dah jumpa Nicca. Dulu awak janji dengan saya yang awak nak lupakan dia but now awak mungkir janji why?"

"Sebab saya sayang dia"

"Sayang? sampai awak lupakan saya?"

"Sebab saya tau awak tak ikhlas pun dengan saya"

"Alright done kalau u nak sangat dengan dia it's okay but u kena ingat

yang ayah awak tetap nak awak berkhawin dengan saya so kita lihat siapa yang menang nanti"

Melisa menjeling Alex dan meninggalkan dia

Tidak lama kemudian beberapa pesakit dipindahkan di wad tempat Alex dirawat ,pesakit tersebut bersama penjaga mereka.

Melisa tidak mempedulikan Alex dan langsung tak melawatnya.

Pada waktu malam,Alex terjaga dari tidurnya dan melihat Nicca tidur di kerusi yang bersebelahannya.

"Tak sangka kita berdua masih berjumpa sekarang,awak dah banyak berubah Nicca..awak bukan lagi perempuan tomboy..Saya happy jumpa awak lagi saya harap kita berdua akan ditakdirkan bersama"

Alex tersenyum melihat Nicca sehingga dia tertidur.

Hari demi hari hubungan Alex dan Nicca semakin rapat.Alex juga telah pun sembuh dan diminta balik ke rumah.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C9
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login