Baixar aplicativo
93.75% Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 15: Terungkap (part1)

Capítulo 15: Terungkap (part1)

"Tapi, mengapa mesti aku?Kenapa kena aku jug yang kena gangguan ni,Han?Kau tahu semua?" aku mulai reda hati,lalu masuk ke dalam bilik asrama Nizam kembali.

"Sebab saka tu orang yang hantar untuk ganggu kau,Mir,"balas Borhan sambil melepas nafas dalam-dalam, mengumpul setiap bait-bait ingatannya.

"Orang?"aku gusar.Siapa pula yang sampai hati menghantarkan sesuatu yang sangat berbahaya seperti saka itu kepada aku?

" Takpe Mir.Kau dengar je dulu.Biar Borhan jelaskan satu demi satu. InshaAllah,lepas ini,amanlah kau,Mir,"tutur Nizam A'ziz tenang.Aku sekadar mengangguk lemah.

"Amir, sebenarnya kau dapat saka ni sebab orang yang hantar ni macam dia iri bah sama kau.Mungkin sebab kau pandai,sebab kau ni anak orang yang berada, terpelajar.. Ni semua sebab dengki hasutan syaitan bah,"ujar Borhan,memberikan penerangan awal kepadaku.Aku diam tidak menyampuk.

Dia meneruskan lagi, "Tapi, disebabkan iman kau kental Mir,makhluk tu hanya berupaya untuk mengasih lemah iman kau dengan menakut-nakutkan kau setiap malam.Dia tak upaya nak bawa kau,nak sesatkan kau dengan pelbagai cara seperti bawa kau jalan ka,apa ka..Dia indak mampu sebab kau orang kuat iman Mir."

"Dan sebenarnya akulah yang jaga kau setiap malam.Kawal semua 'benda-benda' tu.."katanya lagi.

"Jadi, kaulah yang selalu berjaga setiap malam ni?"aku menyatakan pengertianku.Borhan menganggukkan kepala, mengiyakan.

"Hmm.. Lagipun,kau dah dipengaruhi oleh 'Raffli' yang sebenarnya sudah tenang di alam sana," sampuk Nizam A'ziz.

"Raffi tu hantu ke selama ni?"soalku sambil memandang wajah bulat Borhan.Kulihat dia mengangguk,"Tapi dia datang untuk tujuan baik,Mir."

"Apa maksud kedatangannya Han?"tanyaku.Nizam mencelah,"Untuk halang saka tu kuasai kau secara menyeluruh."

"Maksud aku,Raffli seolah-olah melambatkan lagi saka tu untuk merasuk kau,"belum sempat aku memberi reaksi, Nizam pantas mengatur kata.

"Dia sudah tiada sebab hilang waktu perkhemahan 2 bulan lepas.Tapi,dia tidak tenang.Dia nak sampaikan juga sesuatu kepada kau,"ujar Borhan.Aku mengangguk kecil.

"Dan, apa yang dia nak sampaikan?"aku bertanya.Nizam menurut perbualan,"yang selama ni Fadi,kawan baik dia hantar saka kepada kau. "

Aku tergamam.'Fadi..?Fadi yang selama ni buat aku macam ni?!' bentak hatiku.Sungguh tidak ku sangka,Fadi yang kononnya mengaku sebagai rakan baik Anwar,adikku,juga aku sendiri ,rupa-rupanya merupakan pengkhianat terhadap persahabatan kami!

"Tapi,kenapa aku?!"aku mengetap bibir,begitu kesal terhadap pengkhianatan Fadi,kawan baikku yang hanya berpura-pura baik.

"Sebab kau,kau rampas sikap sayang Ustaz Hafizal.Sejak dua menjak ni,kau je yang selalu menjadi pelajar kegemaran Ustaz Hafizal,kan..?"Kata Nizam , membuatkan aku terlopong mulut.Gila! Hanya kerana itu dia sanggup membahayakan aku?

"Hasad dengki, Mir.Semua tu boleh berlaku sekelip mata."Kata-kata Borhan membuatkan aku sedar,aku juga adalah manusia biasa.Kemudian,aku melepaskan nafas panjang,' Terima kasih ya Allah untuk bantuan-Mu kepada hamba-Mu yang lemah ini."

........

........

......

( p/s. : Another one chapter and we'll meet the end of the story~bubyee. )


Capítulo 16: Terungkap (part2)

Ketika aku masih sibuk melayani fikiran, tiba-tiba Halimah muncul di ambang pintu.Dia tersenyum lawa sambil berkata dengan ayunya,"Saya dah selesaikan masalah kamu.Ustaz Hafizal minta kamu masuk bilik,"

"Terima kasih banyak Halimah.Saya takkan ku pertolongan awak,"ujarku,berterima kasih kepadanya.Kulihat dia tersenyum,"Sama-sama, takde masalah..Yalah,saya pergi dulu, assalamualaikum.."

Serentak,kami bertiga menjawab salamnya . Alhamdulilah,kini semua masalah aku sudah selesai.Aku hanya perlu fokus kepada peperiksaan SPM yang semakin dekat.

Tidak lama selepas kami memasuki bilik asrama,Ustaz Hafizal tersenyum.

"Alhamdulillah, Masalah kamu dah selesai.Kentalkan iman kamu ya.InshaAllah kamu takkan dapat gangguan lagi.."katanya.

Borhan menepuk bahuku.Kami sama-sama tersenyum.Kemudian, Ustaz Hafizal berlalu pergi selepas mengucapkan salam .

Ketika aku merebahkan diri di atas katil Borhan juga turut melakukan hal yang sama.Aku memandang katil atas tempat ' Raffli' yang dahulunya merupakan rakan bilik asramaku.

"Selamat malam,Han,"ucapku.Borhan membalas nya sambil tertawa kecil,"Kau jangan mau wish si Raffli pulak,.

Aku menutup mata dengan harapan semua ini akan menjadi pengajaran yang cukup berharga dalam hidupku.InshaAllah,semua ini berakhir esok hari.

::::::::::::::::::

"Terima kasih dik,"Borhan tersenyum lebar, memandang ke arah jendela.

........

THANK YOU SO MUCH !! I REALLY APPRECIATE ALL THE READERS OF MY FIRST HORROR STORY..WAIT FOR MY NEWLY HORROR STORY~. 'doorbell_.~

libieu ahh semua, byerrr!!😍😍😘😘


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

>15,000 palavras necessárias para o ranking.

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C15
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank N/A Ranking de Potência
Stone 0 Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login

tip Comentário de parágrafo

O comentário de parágrafo agora está disponível na Web! Passe o mouse sobre qualquer parágrafo e clique no ícone para adicionar seu comentário.

Além disso, você sempre pode desativá-lo/ativá-lo em Configurações.

Entendi