Baixar aplicativo
16.47% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 14: Magic Untuk Mellisa

Capítulo 14: Magic Untuk Mellisa

Pada malam itu, Ashley terus ke katilnya setelah dia selesai menggosok gigi dan mencuci muka. Kerja rumahnya sudah lama disiapkan lepas makan malam tadi.

Ashley berbaring di atas katil sambil dia mengingati kejadian masa latihan tadi. Apabila dia teringat pasal Kenzie yang sedang latihan dengan khusyuk membuatkan jantung Ashley berdegup dengan kencang dan muka dia bertukar menjadi merah.

Ashley semakin gembira bila dia teringat masa Kenzie dan kawan-kawannya menghantar dia ke rumah.

Waah, Senior hantar saya pulang sampai ke rumah. Selama ini saya cuma perhatikan saja dia.. Tak sangka sekarang dia sudah hantar saya ke rumah... Ohmaigod, lepas ni saya nak buat apa ya? Saya sudah jadi assistant dorang dan lepas ni saya boleh jumpa dia hari-hari... Astagaa, my heart! I cannot lah kalau begini...

I'm happy, really really happy!!!

Lepas ni tak perlu lah terhendap-hendap macam pencuri kalau nak stalk dia. Cukup duduk saja di bangku dan tengok dia main!!!

Astaga, hensemnya Senior Kenzie!!!

Ashley pun meronta-ronta kerana gembira di atas katil. Dia menekupkan mukanya ke atas bantal dan berteriak sekuat hati.

Lagilah dia tambah teruja bila ingat yang Kenzie dan dia ada bertukar pandangan tadi.

Kini Ashley tidak lagi meronta-ronta tapi dia berguling-guling. Dia terus berguling lalu tiba-tiba...

BUKKK!!

"Ah! Aucchh!!"

"Elley... Apa yang jatuh tu? Elley buat apa di dalam tu!!" teriak Mak Enon dari luar. Terdengar bunyi pintu bilik Ashley diketuk beberapa kali.

Ashley terus bangun dan memegang pinggangnya. Dia berusaha menahan sakit di bahagian belakangnya kerana terjatuh di atas katil tadi.

"Elley okey saja, Momy... Elley cuma tergelincir saja. Jangan risau, Elley tidak luka apa-apa!" teriak Ashley dari dalam.

Sedangkan dalam hati, dia menyumpah serana sambil menahan sakit di belakangnya.

Damn it!! Saya tidak sedar pula yang saya akan terjatuh.. Kalau Momy tau kenapa saya boleh jatuh, nanti dia ketawa pula. Buat malu saja! Shit!

"Bah, kalau okey, baguslah.. Tapi kalau ada luka tu cepat-cepat bagi tau. Jangan simpan.. Nanti melarat lagi sakit tu!" kata Mak Enon dari luar.

"Okey, Momy!"

Terdengar bunyi tapak kaki Mak Enon berjalan meninggalkan bilik Ashley.

Ashley mengeluh lega lalu dia naik semula ke atas katil. Dia masih menggosok belakangnya yang masih terasa sakit itu.

Ashley menyambar telefon yang ada di meja lampu tepi katilnya. Ashley terus membuka Instagram dan mula masuk ke media sosial Kenzie. Dia pun mula menstalk crush dia tu...

Ashley melihat ada satu gambar baru yang telah di post oleh Kenzie. Gambar itu adalah sebuah gambar Kenzie yang sedang berada di dalam biliknya dan sedang memegang oren dan macam biasa, wajahnya masih tidak ada segaris senyuman pun.

Ashley sekali lagi meronta kerana teruja. Dia menekupkan muka dia ke dalam bantal dan berteriak lagi.

(Eee, dasar fans gila!! 🙄😂)

Ashley terus saja memberi 'Like' kepada gambar itu.

"Ohmaigod, Senior memang hensem.... Macam mana lah saya boleh jatuh cinta dengan dia!" kata Ashley pula.

Dia terus memerhati gambar itu dan seperti seorang fans, dia terus meronta-ronta kerana teruja.

Malam itu, Ashley tidak sedar jam berapa dia tertidur.

Keesokan paginya, Ashley bangun awal seperti biasa. Setelah selesai mandi, berpakaian sekolah, Ashley membawa begnya turun ke bawah. Ashley menuju ke dapur untuk sarapan.

Mak Enon sudah pun memasak untuk sarapan dan sarapan kali ini adalah nasi goreng ikan bilis campur sayur kubis serta susu coklat panas.

Ashley pun makan dengan penuh berselera. Baru dia perasan yang bapa dia tiada masa sarapan. Dia memandang ke sekeliling untuk mencari Mr. Adham.

"Bapa sudah pergi ke office... Lepas sarapan tadi, dia terus jalan. Nanti di atas meja tepi pintu tu ada duit untuk belanja Ashley hari ini!" kata Mak Enon yang sedang membersihkan meja. Dia melihat Ashley tertoleh-toleh jadi dia tau kalau Ashley sedang mencari siapa.

Ashley mengangguk tanda faham. Setelah sarapan, dia terus menuju ke pintu. Ashley menyimpan duit yang diberikan oleh bapanya ke dalam dompet. Setelah Ashley memakai kasut, Ashley segera naik ke basikalnya.

Melihat ke arah jam tangannya, masih ada 15 minit lagi sebelum Kenzie dan kawan-kawannya tiba di tempat biasa.

Ashley tersenyum kecil. Awal lagi!!

"Hati-hati bawa basikal tu, Elley.. Jangan terlalu asyik nak mengayuh sampai lupa tengok kereta!" Mak Enon menasihati Ashley sebelum gadis itu bergerak ke sekolah.

"Okey, Momy.. Elley pergi dulu! Bye!!!! Love ya!!"

Ashley pun terus keluar dari kawasan rumahnya.

Sesampainya di persimpangan, Ashley berhenti dan dia menunggu sehinggalah Mellisa datang dan seterusnya Kenzie serta kawan-kawannya.

5 minit kemudian, Mellisa pun datang. Melihat wajah Ashley yang berseri dengan senyuman, Mellisa dapat meneka yang ada sesuatu yang baik menimpa temannya itu.

"Kau ni dari jauh asyik tersengih-sengih. Hah, ceritalah apa yang buat kau senyum macam monyet ni!!" kata Mellisa, sengaja mahu mengusik Ashley.

Ashley mencebik geram kerana Mellisa memanggil senyumannya macam monyet. "Senyuman saya bukan macam monyet lah...."

Mellisa hanya ketawa... Siapa suruh, asyik tersengih-sengih...

"Saya ada berita baik untuk kau.. Kau nak tau?"

"Hah, apa tu?? Berita baik ni akan buat saya terbeliak sampai tak percaya ke?" balas Mellisa pula.

Ashley tersenyum pula. "Of course!!"

"Bah, cakaplah apa tu?? Saya mau tau sudah ni!! Lambat betul kau mau kasih tau!!!"

"Sabar bah... Tunggu dulu... Saya mau kasih tengok kau magic!!"

"Magic!?? Sejak bila kau belajar magic ni??" tanya Mellisa bingung.

Pada masa yang sama, Kenzie dan kawan-kawannya tiba di persimpangan itu. Orang pertama yang melihat Ashley ialah Bryend.

"Hei, itu Ash lah.... Tak sangka yang dia juga awal macam kita!!!" teriak Bryend teruja. Dia terus melambai ke arah Ashley. "Ashley, hai!!!!! Good morning!!"

Semua kawan Bryend menoleh ke arah Ashley bila Bryend menyebut nama Ashley. Terus saja yang lain menyapa Ashley sama seperti Bryend menyapa Ashley.

Seperti yang disangkakan, mulut Mellisa terlopong dan matanya terbuka luas. Jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan apa yang dia nampak. Baru kemarin dia melihat kehadiran Ashley tidak pernah disedari oleh Kenzie dan kawan-kawannya, tapi sekarang.... Apa yang berlaku ni?

"Mari kita ke sana!" kata Ashley pula.

Mellisa terpempan sekejap. "Pergi sana?? Hah!?? --------- Hei, Ash!! Tunggulah!!!" teriak Mellisa lalu dia mengejar Ashley yang sudah mengayuh basikalnya ke arah Kenzie dan kawan-kawannya.

"Good morning, semua!!" sapa Ashley dengan senyuman lebar. Dia melirik ke arah Kenzie dan Kenzie juga sedang memandang ke arah Ashley. Namun sekarang muka dia tidak ternampak dingin tapi lembut saja. Dia seolah-olah sedang tersenyum ke arah Ashley tapi sebenarnya dia tidak tersenyum pun.

Wajah Ashley bertukar warna untuk sekejap.

"Wah, tidak sangka yang kau juga datang awal ke sekolah... Kalau saya tau kau datang awal ke sekolah macam kami, saya mau ikut kau selalu!" kata Bryend pula.

Terus saja Jeremy menolak kepala Bryend pula. "Jangan kau mengarut lah, Bryend!! Ada-ada sajalah kau ni!!"

Mellisa yang masih dalam fasa terkejut itu hanya memandang mereka dengan wajah bingung. Dia tidak tahu hendak berkata apa kepada tujuh orang lelaki yang boleh dikatakan popular di sekolah mereka. Dia tidak percaya yang mereka akan menegur Ashley begitu saja macam dorang ni sudah lama kenal dengan Ashley.

Ashley terus teringat akan Mellisa yang masih berada di sebelahnya. "Oh, ya... Ini bestfriend saya, Mellisa.... Mellisa, saya rasa kau kenal dengan dorang kan??" tanya Ashley pula.

Mellisa mengeluh kecil lalu dia berpeluk tubuh. "Tidak.. Saya tak kenal dorang!" Memang betul pun saya tak kenal dorang... Saya cuma kenal Kenzie sajalah.. Sebab Ashley selalu cakap pasal dia.. Tapi saya tidak pernah tengok dia dengan jarak dekat macam ni.

Mellisa melirik ke arah Kenzie yang selamba memandang ke arahnya. Hermm, ternyata budak ni hensem juga kalau tengok dari dekat... Boleh tahan crush Ashley ni... Patutlah dia selalu jadi gila kalau sebut nama lelaki ni!!

"Kau tak kenal kami?? Peliknya... Semua orang kenal kami sebab satu sekolah selalu sebut-sebut nama kami!" kata Jared pula, membanggakan diri sendiri. (Cehh🙄)...

Mellisa hanya memandang mereka dengan pandangan selamba pula. Dijawabnya dengan tenang, "Tak..."

"Ermmm... Tak apalah kalau kau tak kenal... Tapi, biar saya kenalkan diri saya... Saya Herry!" kata Herry dengan senyuman lebar sambil menunjukkan jari 'peace' nya (✌🏻) pada Mellisa.

"Saya Jeremy..."

"Eden..."

"Jared..."

"Panggil saya Charles!!"

"Saya Steven.. Selamat berkenalan..."

Kini giliran Kenzie namun Kenzie masih mendiamkan diri dan memandang Mellisa dengan wajah acuh tidak acuh.

Mellisa mencemuh dalam hati. Ceh, lelaki hampeh ni!!! Saya kan bestfriend secret admire kau, senyum lah sikit!! Ini mau juga pasang muka koala dia tu!! Pikir hensem sudahlah mau buat muka begitu??

"Ermmm yang ini, Kenzie..." Steven terpaksa memperkenalkan diri Kenzie demi pihak lelaki itu memandangkan Kenzie langsung tidak mau bercakap.

"Okey, selamat berkenalan semua... Macam yang Ashley cakap tadi, saya ialah Mellisa!!" kata Mellisa lagi. "Tapi, macam mana korang boleh kenal dengan Ashley... I mean, korang tidak pernah tegur dia pun sebelum ni!!"

"Oh, Ashley mungkin belum bagi tau kau, kan?? Untuk pengetahuan kau, Ashley ni sekarang sudah jadi assistant dalam kelab basketball kami. Coach kami yang lantik dia," jawab Steven.

Sekali lagi Mellisa terlopong. Coach basketball yang garang dan tiada perasaan tu lantik Ashley jadi assistant dia?? Biar betul!!!!?

Mellis memandang ke arah Ashley dengan wajah tidak puas hati.

Ashley sekadar membalas pandangan itu dengan sengihan. Kan saya dah cakap, saya akan tunjukkan kau magic!

"Marilah kita jalan... Nanti lambat pula, kena denda nanti!!" kata Kenzie. Dia pun mendahului yang lain bergerak ke sekolah.

Yang lain pun segera mengikuti Kenzie.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C14
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login