Baixar aplicativo
44.44% SAHABAT : Antidot / Chapter 4: EPs 4 : Evolusi Zombi

Capítulo 4: EPs 4 : Evolusi Zombi

Arif tersedar daripada tidurnya jam pula menunjukkan pukul 10 setengah malam . Kelihatan Haikal dan Dani sedang tidur nyenyak di sisinya , mereka semua memutuskan untuk tidur dibawah di lantai ruang tamu . Arif melihat Puan Maria sedang duduk dikerusi sambil menjenguk keluar . "Makcik tidur lah pula biar saya berjaga pula." Kata Arif yang kasihan melihat Puan Maria . Puan Maria pun senyum dan berkata "Baiklah" . Puan Maria bangun daripada kerusinya dan berjalan menuju ke biliknya . Keadaan rumah itu gelap kerana elektrik sudah terputus pada petang tadi . hanya berbekalkan lilin dan lampu eletronik yang sudah di cas sebelum petang tadi sahaja yang menerangi sedikit ruangan itu . Arif menjenguk ke luar melalui langsir tingkap yang diselak sedikit . Keadaan diluar sangat sunyi dan kelihatan beberapa zombi sedang berkeliaran . Mata Arif masih mengantuk dan mengalihkan padangannya ke Haikal yang sedang tidur di sebelahnya tadi . "Besar ye dugaan kita Kal dulu time kau selalu ada dengan aku , kite bergaduh ,sekarang bila dah jadi macam ni , aku pulak yang rase sangat² bersalah" kata Arif didalam hati sambil menatap muka Haikal . Sejenak mata Arif berkaca kerana memikirkan masa silam mereka . Arif tersenyum dalam tangisan kerana bersyukur dapat berjumpa dengan Haikal walaupun keadaan dunia sudah kelam kabut .

Kelihatan disuatu kawasan dibahagian kantin sekolah Arif , Faiz dan Khai sedang bergaduh . "Kau asal kerek sangat weh!!" tengking Faiz sambil mengambil air dan menyimbah nya kepada Arif . Khai menumbuk muka Faiz apabila melihat Arif basah . Arif dengan tidak puas hatinya mengambil pinggan yang penuh dengan nasi dan membalingnya kearah Faiz . Mereka bergaduh teruk kerana sedikit salah faham yang melibatkan teman wanita Faiz . Ada mulut yang mengatakan bahawa Arif keluar dengan teman wanita Faiz sebab itu lah Faiz menyerang Arif secara tiba² . Faiz mengelap mukanya yang penuh dengan nasi dan sambal lalu mengambil batang paip yang berada disebelah singki kantin yang dilihat nya . Faiz menghayunkan batang paip itu ke Khai , namun belum sempat batang paip itu terkena badan Khai ,leher Faiz sudah di grip oleh Haikal yang baru saja sampai . "Asal kau kacau Arif?!!" tengking Haikal sambil menguatkan grip tangan nya di leher Faiz . Haikal menendang batang kayu yang masih dipegang oleh Faiz dan melepaskan grip nya dan menolak Faiz sehingga jatuh . "Lebih baik kau belah sebelum lunyai kau dekat sini !!" ugut Haikal . Faiz pun lari , keadaan kantin itu masih tidak ramai orang kerana murid lain belum turun untuk rehat . Murid-murid yang melihat kejadian tersebut melaporkan kepada guru disiplin . Faiz diberhentikan sekolah manakala Arif dan Khai digantung sekolah selama 3 hari . Haikal yang bergelar pengawas dibuang dan digantung sekolah selama 5 hari .

"Dulu kau tolong aku , sekarang aku tolong kau" kate Arif di dalam hati sambil melihat Haikal . Tidak lama kemudian , kedengaran Haikal sedang mengigau "Arif , Arif" samar² sebutan nama Arif yang disebut oleh Haikal . Arif mengesat airmatanya dan terus tersenyum . Kedengaran bunyi tembakkan yang sangat halus diluar . Arif terus mengalihkan pandangnya ke arah luar . Arif terkejut melihat seekor zombi sedang cuba untuk memanjat pagar luar rumah Puan Maria. Namun cubaan zombi itu gagal apabila kepalanya ditembak daripada belakang , zombi itu jatuh dan kelihatan sebuah kereta polis berada dibelakang zombi itu . Kelihatan pistol yang dilengkapi silencer pada tingkap kereta polis yang dibuka sedikit . Kemudian Arif bergegas membuka pintu dengan perlahan-lahan dan membuat isyarat tangan kepada orang yang berada didalam kereta polis itu untuk berlindung di dalam rumah Puan Maria . Orang itu pun menutup tingkap keretanya . Perlahan orang itu membuka pintu keretanya dan keluar . Kelihatan anggota polis , Arif membuka pintu besi yang berada di luar pintu kayu , pintu besi itu berada sebelum pintu pagar yang berada dibahagian depan sekali . Perlahan-lahan anggota polis itu berjalan melewati mayat zombi yang baru ditembak oleh nya . Arif menyuruh anggota polis itu memanjat pagar yang tak berapa tinggi itu kerana Arif tidak terlalu berani untuk membuka kunci pintu pagar itu . Anggota polis itu pun memanjat dengan senyap dan berhati-hati. Setelah itu , anggota polis itu pun berbisik "Sebentar lagi zombi itu akan bangun semula". Anggota polis itu pun berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu besi yang ada Arif sedang menunggu .Setelah anggota polis itu berada didepan Arif ,anggota polis itu merempuh badan Arif kedalam dan menutup pintu besi itu dengan cepat dan mengunci nya dengan merampas kunci itu daripada Arif terlebih dahulu . Anggota polis itu bertindak cepat mengangkat Arif semula dan membawa Arif masuk ke dalam dan menutup pintu kayu dan kunci . "Kenapa ?" tanya Arif kepada anggota polis itu dalam keadaan berbisik . Anggota polis itu hanya berdiam dan menyelak langsir yang ada ditepi pintu itu dan tunjukkan kepada Arif . Arif melihat zombi tadi sedang berusaha untuk bangun sambil memandang Arif . Arif dengan rasa seram menutup langsir itu . "Nama aku Airel " bisik Anggota polis itu . "Aku Arif" balas Arif sambil berbisik juga . "Pada waktu malam zombi² tu akan berevolusi dan bertambah kelebihan" jelas Airel dalam keadaan berbisik . "Apa kelebihan yang bertambah?" soal Arif berbisik . "Zombi-zombi itu dapat berfikir macam manusia dan penglihatan mereka lebih tajam pada waktu malam" jelas Airel . Arif hairan dan bertanya sambil berbisik " Macam mana zombi tu boleh terfikir nak panjat pagar rumah ni?" . "Yang penting jangan jenguk dah zombi tu melalui langsir sebab zombi tu masih berada diluar dan memerhati langsir ni" jawab Airel berbisik . Arif mengajak Airel duduk di sofa . Airel kelihatan terkejut apabila melihat Haikal . Arif dengan penuh hairan memandang Airel . "Bro kenape bro?" tanya Arif berbisik . "Kau kawan dengan budak ni?" soal Airel kembali dengan nada suara biasa . "Haah Asal?" jawab Arif juga dengan nada suara biasa . Haikal pun terjaga daripada tidur dan melihat Airel dan Arif yang sedang berbual di sofa depannya . Cahaya daripada lilin menampakkan wajah Airel kepada Haikal . Kepala Haikal mula berdenyut dan perlahan-lahan menyakiti Haikal . Arif yang sedar Haikal bangun , melihat Haikal memegang kepalanya sambil melihat Airel . "Eh kenapa ni?" soal Airel dengan hairan . Arif seperti dapat mengagak yang Haikal akan meronta dan menjerit kesakitan. Arif bergegas ke Haikal , duduk melutut dan mengangkat kepala Haikal ke atas ribanya perlahan-lahan sambil tangan kanan Arif menutup mulut Haikal dan tangan kiri Arif mengurut kepala Haikal . Haikal pun meronta dan pengsan . Airel yang melihat kejadian itu pun terkejut . "Kau kenal dia ke?" tanya Arif kepada Airel . "Kenape?" soal Airel semula . "Sebab dia akan jadi macam ni apabila melihat seseorang yang dia ingat sebelum dia hilang ingatan ". Jelas Arif . Airel hanya berdiam diri dan menatap wajah Haikal yang pengsan diatas riba Arif . "Kau kenal dia?" soal Arif lagi sekali . Airel tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana matanya sudah berkaca.

Airel dengan kaki terluka cuba sedaya upaya menuju ke kereta yang dirempuh oleh lori yang dinaikinya . Kelihatan pemandu kereta itu masih sedar tetapi kepalanya sudah terluka kerana terhentak pada steering keretanya . Airel cuba percepatkan langkahnya . Dijalan raya yang tidak banyak kenderaan yang lalu, agak susah untuk Airel meminta bantuan . Airel terus berjalan sehingga sampai ke kereta itu . Airel membuka pintu pemandu dan melihat terdapat 2 orang tua yang sudah tidak sedarkan diri . Airel pun cuba menguatkan kaki nya menahan segala kesakitan dan memapah pemandu kereta itu keluar dahulu ke bahagian tepi jalan . Airel melepaskan pemandu itu terbaring di tepi jalan lalu Airel terduduk "Arghhhhhh" jerit Airel sambil memegang kakinya yang berlumuran darah itu .

"Eh bunyi ape tu?" tanye Arif yang mendengar bunyi daripada bahagian bilik di atas rumah Puan Maria tersebut . Bunyi yang datang itu daripada bilik Haikal . Airel yang juga sedar terus menuju ke tangga dan melihat . Pintu bilik Haikal terbuka dan terdapat bunyi seperti ada orang di dalam bilik itu . Arif pun bangun dan menuju ketangga . Airel menahan Arif , Arif dengan hairan pun memandang muka Airel yang sedang meletakkan jari telunjuk nya dibibir tanda diam sambil melihat ke atas . Arif pun mengalihkan pandangannya keatas dan terkejut , terdapat seekor zombi yang berada di dalam bilik Haikal yang dapat dilihat kerana terdapat cahaya lilin ditangga , zombi itu masih tidak menyedari mereka dan terus berkeliaran di dalam bilik itu . Arif bergegas mengangkat Haikal masuk ke dalam bilik makciknya yang berada di dapur , kemudian Arif mengangkat Dani pula . Airel perlahan-lahan mengeluarkan glock 19 daripada tempat menyimpan pistol di bahagian belakang pinggangnya dan menghalakan ke arah zombi yang berkeliaran di bilik Haikal itu . Arif pun bersedia untuk menutup pintu bilik Puan Maria tetapi Airel masih ditangga . Airel menyimpan pistolnya dan berlari ke arah Arif yang menunggunya diluar bilik Puan Maria . Airel menolak Arif masuk dan menutup pintu bilik itu perlahan-lahan . "zombi tu hanya dapat melihat dengan sangat jelas dalam kegelapan" jelas Airel . "Wah zombi-zombi ni berevolusi dengan sangat cepat" kata Airel lagi . "berevolusi?" jelas Arif . "Zombi ni sebenarnye buta pada awalnya dan mereka hanya dapat menerima tindak balas daripada bunyi sahaja, tetapi sekarang mereka sudah boleh melihat dalam gelap." jelas Airel . "Dalam gelap je?" soal Arif ringkas . "Yup sebab aku perasan zombi tu dah pandang aku tetapi dia tak mengejar sebab ada lilin pada tangga tu" jelas Airel lagi . Perbualan mereka membuatkan Puan Maria dan Dani terjaga . "Eh kenapa aku dekat dalam ni?" soal Dani dengan nada suara tinggi seperti terkejut . Arif pun menutup mulut Dani dan menyuruh Dani diam . "Apa dah jadi ni kenapa semua dalam bilik ni?" soal Puan Maria berbisik . "Ada zombi dah dapat masuk ke dalam rumah ni so kite duduk dalam ni sementara." Jelas Airel berbisik . "Kau siape?" soal Dani dengan nada suara biasa . "Dia ni polis nama dia Airel , dah jangan banyak tanya, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berkenalan."Jelas Arif . Tiba-tiba pintu bilik itu seperti di ketuk , kedengaran suara zombi diluar bilik itu . Puan Maria , Dani ,Arif dan Airel pun terdiam dan panik sambil memerhati pintu yang telah dikunci oleh Airel .


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C4
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login