Di dalam suasana yang kelam kabut Inspektor Razlan cube menggapai sesuatu untuk dihentakkan ke kepala zombi yang sedang menyerang dan ingin mengigitnya . Inspektor Razlan menahan zombi itu dengan membiarkan zombi itu mengigit lengannya yang diselaputi pita pelekat yang tebal dan banyak kali dililitkan ditangan nya , sementara zombi itu mengigit-gigit pita pelakat yang tebal itu , Inspektor Razlan menggapai kayu yang berdekatan dengan tempatnya berbaring itu , zombi itu menyerang Inspektor Razlan sehingga Inspektor Razlan terjatuh dan berbaring . Belum sempat tangan Inspektor Razlan menggapai kayu itu kepala zombi yang menyerang nya sudah pun bocor ditembak dari belakang , zombi itu mati ditangan Airel yang menggunakan Glock 19 yang dilengkapi silencer untuk menembak zombi itu dengan senyap supaya tidak menarik perhatian zombi yang lain . Inspektor Razlan yang terkejut dengan kehadiran Sarjan Airel menolak zombi yang mati diatas badannya ke tepi . "Lain kali jangan pentingkan diri." Tegas Airel.
Di balai polis keadaan menjadi kucar kacir apabila zombi-zombi datang menyerang . Sarjan Airel sedang bertungkus lumus menahan pintu pejabat 1 balai polis yang hampir terbuka kerana zombi-zombi itu menolak dan ingin memasuki pejabat tersebut . Bunyi² jeritan diluar pejabat tersebut seperti didalam neraka . Banduan-banduan dan anggota polis yang berada diluar pejabat tersebut sudah pun dimakan dan diserang oleh zombi . "Tolonglah aku , korang ni penakut ke ape? kalau aku sorang je yang tahan lambat laung zombi ni akan dapat masuk dan makan kite semua!!." tegas Sarjan Airel yang menahan pintu itu seorang diri manakala 3 anggota sarjan dan 2 Inspektor berada di hujung bilik itu ketakutan dan panik mereka bercadang meninggalkan Airel dengan memasuki stor di dalam bilik pejabat itu kerana mereka berfikir bahawa tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri mereka tetapi kunci stor itu masih lagi tidak dijumpai . Lengan mereka berlima sudah di lekatkan pita pelekat yang sangat tebal kerana dililit banyak kali dilengan mereka . Airel yang tidak sempat melilit pita pelekat ditangannya bergegas menahan pintu . Dan tidak lama kemudian pintu bilik pejabat itu pun tidak dapat ditahan oleh Sarjan Airel , zombi-zombi itu bergegas masuk dan menyerang mereka . Zombi-zombi itu tidak melihat Airel kerana semasa pintu itu terbuka Airel berada dibelakang pintu tersebut . 3 anggota sarjan lain sudah digigit dan dimakan oleh zombi² yang menyerang itu . 2 Inspektor itu masih cuba melawan supaya tidak digigit . Inspektor Razlan dan Kamal bertungkus lumus menahan zombi-zombi itu darpada menjangkiti mereka . Malang bagi Inspektor Kamal bersama 3 sarjan yang lain , Inspektor Kamal digigit dibahagian kaki kerana zombi yang menyerang nya lebih 1 daripada Inspektor Razlan yang hanya diserang oleh 1 zombi .
Inspektor Razlan bangun dah melihat sekeliling zombi² yang menyerang mereka tadi sudah pun ditembak oleh Sarjan Airel . "Maafkan aku Airel " rayu Inspektor Razlan sambil berlari ke arah Airel dan ingin memeluknya . Belum sempat Inspektor Razlan ingin memeluk Airel , kepala Inspektor Razlan ditembak oleh Airel . Airel ialah anggota polis muda yang berusia 22 tahun yang paling benci pengkhianat kerana pada usia 19 tahun sebelum bergelar sarjan, Airel ditugaskan untuk undercover suatu kes jenayah semasa dalam undercover Airel menaiki sebuah lori penjenayah untuk mengikuti jejak mereka . Airel berlakon seperti salah seorang daripada penjenayah . Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat persembunyian rahsia penjenayah tersebut , polis telah mengejar mereka daripada belakang . Airel yang semasa itu berada didalam badan lori membuka pintu badan lori itu untuk menyelamatkan dirinya kerana rancangan anggota polis untuk menembak tayar lori itu supaya mereka tidak dapat lari . Airel yang membuka pintu badan lori itu ingin mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya lori itu hilang kawalan . Belum sempat Airel ingin melompat keluar , kaki sebelah kiri nya ditembak oleh Sarjan Razlan yang berada di dalam kereta polis dibelakang lori itu yang sudah berhentikan kereta kerana Airel ingin lompat . Sarjan Razlan seperti sengaja menembak kaki Airel sebelum menembak tayar lori tersebut kerana Sarjan Razlan banyak menyimpan dengki terhadap Airel . Airel pun terduduk sambil mengerang kesakitan dan memegang kakinya yang berlumuran darah itu , peluru tidak menembusi kaki Airel kerana kaki Airel memakai pelindung kaki dibahagian dalam seluarnya , tetapi kaki Airel tetap cedera sidikit dibahagian kiri . Tembakkan kedua Sarjan Razlan mengenai sasaran pada tayar lori dihadapannya itu . Lalu lori terebut hilang kawalan dan berlanggar dengan kereta . Airel yang berada didalam badan lori itu turut tercedera sidikit .
"Maaf Inspektor Razlan , aku amat kecewa kejadian 3 tahun lepas yang melibatkan 2 kematian orang tua dan 1 cedera parah remaja." kata Airel kepada mayat Inspektor Razlan yang terlantar dihadapannya . Airel keluar daripada pejabat itu dengan berhati-hati dan melihat sekeliling , Airel cuba sedaya upaya untuk dirinya tidak dilihat oleh zombi-zombi yang berkeliaran di dalam balai polis tersebut . Zombi-zombi terlalu ramai di pintu keluar balai polis itu . Airel mengambil keputusan untuk tetap keluar daripada balai polis itu dengan segera . Airel membunyikan siren kebakaran utama balai polis itu yang membuatkan zombi² tadi menjadi lebih agresif kerana menerima tindak balas daripada bunyi siren yang sangat kuat , zombi² itu pergi ketempat daripada mana bunyi itu datang . Airel mendapat peluang apabila pintu keluar balai polis itu sudah tiada zombi . Setelah Airel membuka pintu , dia melihat zombi-zombi lain yang berkeliaran tetapi yang Airel hairan apabila zombi-zombi itu tidak menyerangnya . Airel perlahan-lahan menuju ke kereta dan menghidupkan enjin dan berlalu pergi dengan mudah . Airel perasan semua zombi pada setiap perjalanan nya tidak bergerak ."Apahal zombi ni tak gerak ni." soal Airel pada dirinya sambil memandu dengan perlahan . Airel tersedar kereta yang dibawanya itu ialah kereta polis yang digunakan oleh Inspektor Razlan 3 tahun lepas , Airel mula perasan apabila melihat tempat duduk belakang yang koyak dibahagian tempat penyandar .
"Dia telah mengalami hilang ingatan." kata seorang doktor di hospital kepada Airel . "Ibu bapa dia pula?" tanya Airel dengan penuh risau . "Maaf yang itu kami tidak dapat menyelamatkan." kata Doktor itu dengan penuh rase pasrah . Airel tergamam lalu terduduk . Kelihatan Sarjan Razlan datang menghampiri Airel dibangku hospital itu . "Dah ok dah kaki tu?" tanya Sarjan Razlan . Airel hanya berdiam dan berpaling kearah lain dengan muka yang sangat marah dan kecewa . "Aku dengar 2 orang tua dalam kereta yang dilanggar tu mati , betol en?" tanye Sarjan Razlan dengan rase tidak bersalah . Airel tidak mampu untuk bicara kerana emosinya sedang terganggu . " Haha Tahniah lah ye plan kau ni kan? kalau dari awal ikut plan aku takde nye jadi macam ni" kata Sarjan Razlan dalam bentuk sindiran . Airel bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar daripada hospital itu sambil mengihiraukan Sarjan Razlan .
Kelihatan Airel sedang duduk di dalam kereta yang di berhentikan di hadapan persimpangan sesuatu kawasan yang sunyi . Airel mengeluarkan telefonnya dan cuba menghubungi seseorang tetapi malangnya isyarat terganggu pada waktu itu . "Ape yang dah berlaku dekat dunia ni" soal Airel kepada dirinya sendiri . Tiba-tiba kedengaran seperti suara zombi yang datang daripada luar kereta Airel . Airel ragu-ragu untuk keluar dan melihatnya . Airel rasa hairan kerana dia tidak melihat seekor zombi pun berada diluar kereta . Dia pun beranikan diri untuk memeriksa dan keluar dari kereta itu . Airel terkejut kelihatan seseorang diatas jalan sedang berbaring sambil mengerang kesakitan dan suaranya seperti suara zombi . Airel beranikan diri untuk mendekati orang itu , 3 langkah lagi sebelum Airel dekat dengan orang itu langkah Airel terhenti . apabila melihat orang itu menggeliat dengan lasak dan semakin buas . Airel mula lari ke arah kereta dan memasuki kereta nya dengan keadaan panik . Airel menutup pintu dan melihat orang itu berevolusi menjadi zombi melalui cermin sisinya . Setelah orang itu sudah berevolusi menjadi zombi , dia bangun dan berlari menuju ke kereta Airel . Airel gelabah dan menghidupkan enjin lalu pergi daripada kawasan itu . Airel menjadi lebih panik apabila melihat minyak kereta itu sudah mahu habis . Dia pun berhentikan keretanya di suatu kawasan perumahan yang terdapat beberapa zombi berkeliaran . Suasana menjadi gelap kerana jam menunjukkan pukul 8 malam . Airel mengunci pintu keretanya dan berpindah ke tempat duduk belakang dan baring supaya zombi tidak melihatnya .