Baixar aplicativo
87.87% Cinderella seorang Putera / Chapter 29: Bab 29 : Where Are You?

Capítulo 29: Bab 29 : Where Are You?

Suasana sepi menguasai ruangan balai polis, Noah dan Orange masih menanti di bangku tetamu. Menanti apa keputusan akhir daripada pegawai yang bertugas. Mereka sudah menghubungi Pn.Amily dan Pn.Thalia yang berada di rumah, masih tidak ada tanda-tanda yang Selina telah balik. Telefon bimbitnya juga masih tidak dapat dihubungi.

Dari tadi Orange mendiamkan diri tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya hanya ketika bercakap dengan pegawai polis itu sahaja suaranya kedengaran, ditambah lagi dengan keadaan yang agak sejuk (hujan lebat dan pendingin hawa yang fullblast) otaknya tidak mampu untuk berfikir. Dia cuba untuk memikirkan kemungkinan tempat Selina berada, mungkin dia pergi tengok wayang. Orange cuba menyenangkan hatinya sendiri tapi sekarangkan pertengahan minggu dengan peperiksaan akan berjalan tidak lama lagi. Mustahil Selina berjoli di luar tanpa membuat persediaan untuk peperiksaan akhir tahun, Selina bukan anak yang ignorance.

"Nah, minum nie untuk hangatkan tubuh."

Noah menghulurkan secawan milo panas kepada Orange. Entah bila dia pergi ke mesin layan diri yang terletak di luar, Orange juga tidak perasan.

"Thanks."

Ujarnya kemudian menghirup sedikit, kehangatan milo tersebut membuatkan dirinya berasa sedikit ringan.

"Awak dah makan petang?" Noah bertanya, risau melihat wajah Orange yang pucat. Mungkin kerana suasana yang sejuk dan juga risau dengan Selina tapi tidak mustahil gadis tersebut belum menjamah apa-apa sejak mereka makan tengah hari tadi.

Orange cuba untuk tersenyum kemudian menggeleng perlahan. Apabila Noah menanyakan soalan tersebut barulah dia perasan yang dia belum memakan apa-apa sejak mereka makan bersama siang tadi. Patutlah badannya terasa lemah semacam, rupanya dia kelaparan. Namun, dia sendiri tidak menyedarinya kerana terlalu memikirkan tentang Selina.

Noah menarik nafas dalam-dalam, dia mahu marah tapi dia membatalkan niatnya. Bukan masa yang sesuai untuk dia mahu membebel kepada Orange.

"Nanti kita ke KFC drive-thru. I believe auntie also belum makan kan." Orange tidak menjawab, dia tidak peduli tentang makanan saat ini. Fikirannya tertumpu kepada Selina, dia adalah yang paling semangat apabila berkaitan dengan makanan. Orang pertama yang akan duduk di meja makan dan orang terakhir yang akan berdiri dari duduknya. Mereka selalu bertelingkah apabila berkaitan dengan makanan terakhir yang ada, mereka berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya paling layak untuk mendapatkan makanan tersebut. Ridiculous. Kalau mereka di rumah saat ini, sudah pasti mereka sedang makan bersama-sama dengan lahapnya. Namun, saat ini adakah Selina sudah makan? Hatinya semakin luluh memikirkan adiknya itu.

"Miss Orange Esemeralda Philip." Pegawai polis yang mengambil laporan mereka tadi memanggilnya, Noah dan Orange pantas ke meja pegawai tersebut.

"Awak berdua boleh balik dulu, nanti kami akan maklumkan kalau ada apa-apa maklumat baru. Jika adik awak ada di rumah atau balik ke rumah atau ada apa-apa panggilan daripada sesiapa yang tidak dikenali berkaitan dengan kes ini, tolong maklumkan pihak kami dengan kadar segera." Ujar pegawai polis tersebut. "Kita masih tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya tapi kita kena fikirkan semua kemungkinan. Kamu pasti bukan yang dia tidak ke rumah kawan-kawannya." Pegawai tersebut bertanya lagi meminta kepastian.

"Ya, kami pasti tuan. Kami sudah hubungi semua kawan-kawan sekolahnya yang kami kenal, semuanya sudah balik ke rumah masing-masing."

Pegawai polis tersebut mengangguk perlahan. Dia diam sejenak.

"Kamu juga pastikan yang dia tidak mempunyai teman lelaki." Pegawai tersebut bertanya lagi, entah kali yang ke berapa. Awal-awal tadi juga dia menanyakan soalan yang sama.

"I'm so sure, sir. Dia jenis yang mempunyai ramai kawan tapi dia bukannya jenis yang suka berahsia, dia pasti akan memberitahu saya atau mama kami jika dia mempunyai teman lelaki."

Pegawai polis tadi diam lagi, matanya memandang tajam laporan yang sudah dicetak di atas mejanya. Mungkin dia masih kurang yakin untuk mengisytiharkan kehilangan Selina. Memandangkan banyak kes pada masa kini yang terjadi berkaitan dengan remaja lari dari rumah kerana mengikut boyfriend.

"Okay, saya akan arahkan pegawai polis yang bertugas meronda untuk cuba mencarinya di mana-mana. Dia masih berpakaian sekolahkan kan siang tadi." Setelah beberapa ketika berfikir akhirnya pegawai polis tersebut memberikan kata putus.

Orange mengangguk yakin. Dia pasti yang Selina tiada balik ke rumah untuk menukar pakaian dan dia juga tidak ada membawa pakaian lain ke sekolah.

"Buat setakat ini belum ada apa-apa call dari orang yang tidak dikenalikan...maksud saya berkaitan 'ransom' atau apa-apa sahaja."

Orange memandang Noah.

"Tiada tuan."

Noah seakan faham akan pandangan Orange, gadis itu tidak mahu memikirkan tentang

"Okay, miss boleh balik. Besok miss boleh datang ke balai polis lagi untuk sebarang maklumat baru."

Setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis yang bertugas, Orange dan Noah akhirnya kembali ke rumah.

Jam sudah menunjukkan jam9.00 pm, kelibat Selina masih belum kelihatan. En.Philip yang dihubungi juga mengambil keputusan untuk balik semula ke Malaysia dan sudah menempah tiket  penerbangan paling awal keesokan harinya.

Makanan yang dibeli oleh Noah dan Orange tadi juga tidak bersentuh. Walaupun dipaksa beberapa kali, Pn.Amily tidak mahu menjamah makanan tersebut. Perasaan risaunya dengan keadaan Selina membuatkan seleranya hilang sama sekali. Begitu juga dengan Orange, dia tidak dapat memaksa dirinya untuk memasukkan apa-apa makanan pada saat itu.

"Noah, temankan saya ke sekitar bandar. Kita tidak boleh berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Manalah tahu, Selina tidak mempunyai wang untuk balik dan sedang menunggu di mana-mana untuk ditemui. Lagipun telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi, manalah tahu habis cas bateri." Ujar Orange sambil memandang Noah. Televisyen yang berpasang hanya menjadi perhiasan, tidak ada siapa pun yang menontonnya. Pn.Amily dan Pn.Thalia juga sedang sibuk berbual di sudut ruang tamu. Noah dengan telefon bimbitnya dan Orange dengan lamunannya.

"Kita mahu cari di mana? Pihak poliskan sedang melakukan pencarian juga." Noah menjawab tenang, dia tahu Orange tidak tenteram dengan hanya duduk diam di rumah tapi mereka juga tahu yang tidak banyak yang mereka boleh lakukan saat itu. Dengan keadaan cuaca yang masih hujan renyai-renyai dan kegelapan malam.

"I don't know, Noah but at least we try. Keadaan seperti ini membuatkan saya sesak nafas dan semakin risau. Saya tidak tahu apa yang perlu saya fikirkan." Orange menjawab perlahan. Fikirannya benar-benar buntu saat itu.

Noah berfikir seketika, setelah berfikir masak-masak akhirnya dia bersetuju.

"Okay, tapi sekejap sahaja but first i want you to eat. Selagi awak tidak makan, saya tidak akan membawa awak keluar. Awak perlukan tenaga untuk mencari Selina. Takkan awak nak tunggu pengsan baru mahu makan?"

Mahu tidak mahu, Orange akhirnya terpaksa memaksa dirinya agar menerima makanan tersebut. Walaupun dalam hatinya dia agak geram dengan paksaan Noah tersebut tapi dia tidak mampu untuk mahu bertelingkah dengannya. Lagipun, apa yang dikatakan oleh Noah adalah betul.

Setelah menjamah sedikit ayam goreng KFC yang mereka beli tadi, Orange menyerah kalah. Mulutnya tidak mampu lagi untuk mahu menerima selebihnya.

"Careful okay both of you. If you find her anywhere jangan lupa call mama terus." Pn.Amily berpesan.

"Okay, mama...don't worry. Kami akan balik segera selepas pusing bandar beberapa kali. Mama jangan risau okay, Selina pasti dalam keadaan baik-baik sahaja."

Keadaan bandar yang semakin sepi dengan bilangan kereta di jalan raya juga semakin sedikit. Ditambah lagi dengan hujan yang tidak henti-henti turun, orang ramai lebih suka duduk bersantai bersama keluarga di dalam rumah. Hanya sesekali mereka berselisih dengan beberapa buah kereta.

Mata Orange tajam memandang kiri kanan jalan raya, terlebih lagi kawasan perhentian bas dan restoran-restoran yang masih beroperasi. Manalah tahu Selina ada di mana-mana. Dia membiarkan sahaja Noah memandu mengikut firasat sendiri kerana mereka tidak mempunyai arah tujuan yang pasti. Namun, hanya rasa kecewa sahaja yang semakin menebal di dalam dirinya. Selina where are you?

Setelah beberapa kali berpusing di sekitar bandar mereka akhirnya kembali lagi ke rumah dengan rasa kecewa.

Orange masuk ke dalam rumah dengan harapan yang Selina sedang duduk berbual dengan mamanya dan Pn.Thalia tetapi dia kecewa lagi. Keadaan masih sama seperti sebelum ini. Pn.Amily dan Pn.Thalia juga turut memandang Orange dengan muka penuh harapan tetapi turut kecewa apabila Noah masuk sendirian dan menutup pintu rumah.

"Orange, apa yang perlu kita lakukan? Mama call balai polis every 30minutes dan mereka juga memberikan berita yang sama. Masih mengecewakan." Pn.Amily mengeluh.

"She must be somewhere...macam mana kalau dia dalam kesusahan? Kalau dia diculik orang? Diseksa dan dibiarkan sendirian. Orange..." Pn.Amily mulai mengalirkan air mata, perasaan risau dan takut yang selama ini dia simpan di dalam hati kian kuat meronta meminta dilepaskan.

"Amily...sabar. Selina pasti dalam keadaan selamat." Pn.Thalia cuba menenangkan sahabat lamanya itu. Dia tidak tahu bagaimana rasanya kehilangan anak tetapi dia tahu rasanya pasti menyeksakan.

"Saya tidak boleh tahan lagi, Thalia. Biar saya pula yang keluar lepas ini mencari Selina. My poor Selina." Pn.Amily bingkas bangun dari duduknya tapi terduduk kembali. Tubuhnya longlai kerana belum makan hampir seharian, last meal-nya adalah pagi tadi ketika bersarapan dengan suaminya dan Selina, Orange seperti hari-hari biasa bertolak lebih awal bersama Noah ke sekolah.

"Mama...mama kena makan dulu. You look exhausted. Kalau mama tetap berdegil tidak mahu makan, Orange risau mama yang akan jatuh sakit." Orange yang menerpa kearah mamanya itu cuba untuk memujuknya agar menjamah sedikit makanan yang mereka beli tadi. Dia sengaja membeli pelbagai jenis makanan ketika balik dari balai polis untuk memancing seleranya atau mamanya dan Noah serta Pn.Thalia.

"Amily mari saya temankan awak makan...at least sedikit, please." Pn.Thalia lagi memujuk. Pn.Amily menggeleng lagi.

"Selagi Selina tidak balik, selagi itu saya tidak akan makan. We don't know her condition, has she eat? Cold? Safe? I can't stop thinking about her. Oh, my poor Selina!"

Tangis Pn.Amily akhirnya pecah, bukan lagi setakat air matanya yang mengalir deras. Tangisnya teresak-esak.

Orange memeluknya erat, jika tadi dia yang diserang panik kini mamanya. Kalau diikutkan hati, dia juga mahu menangis semahunya tapi mamanya memerlukan dia. Selina, i beg you to come home faster. Wherever you are, please.

Pn.Thalia mengusap belakang sahabatnya itu lembut, hanya itu yang mampu dia lakukan saat itu.

Setelah beberapa jam waktu berlalu, Pn.Amily akhirnya menyerah kalah dan terpaksa mengisi perutnya sebelum dia benar-benar jatuh pengsan dan terpaksa di hantar ke hospital. Pn.Thalia menyediakan minuman panas untuk mereka yang masih lagi setia menanti di ruang tamu. Keadaan sepi dan yang kedengaran hanyalah bunyi televisyen sahaja. Mereka berempat hanyut dalam lamunan masing-masing.

Entah, jam berapa Orange terlelap disebelah mamanya dia juga tidak sedar. Dia sedar dari tidurnya apabila telefon bimbitnya berdering. Orange yang masih mamai, mencari-cari keberadaan  telefon bimbitnya dengan panik. Adakah Selina yang menelefonnya?

"Hello, Selina?" Dia bertanya cemas dengan harapan suara Selina yang akan menjawabnya. Pn.Amily dan Pn.Thalia yang terlelap di sebelahnya juga terjaga dari tidur mereka. Memandang Orange dengan muka penuh harapan.

"Miss Orange, ini Sarjan Edward bercakap. Kami perlukan miss dan ahli keluarga ke balai polis dalam kadar segera."

Orange terdiam. Kenapa perasaannya tidak tenteram, seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Apa yang perlu dia lakukan, dia memandang mamanya dan Pn.Thalia. Tenang, Orange.Tenang...tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya dalam keadaan baik, bukan. Mereka hanya dipanggil ke balai polis. Mungkin hanya untuk menambah maklumat dan satu lagi sesi soal-siasat tentang keadaan Selina  sejak kebelakangan ini, tingkah lakunya dan lain-lain lagi. Orange cuba menenangkan hatinya, dia perlu kekal tenang untuk memastikan mamanya juga kekal tenang. All is well.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C29
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login