Keesokan harinya, Rin bersemangat untuk bekerja. Dia bangun tepat jam 5 seperti biasa. Sedang dia berjalan ke arah kafe dia terserempak dengan Tsumiki di luar.
"Eh, awal hari ni senpai?"
"Saya kan senpai awak, kenalah tunjuk contoh yang baik. Lagipun awak selalu bangun awal so tak rugi datang awal hehe." kata Tsumiki.
"Dah jadi rutin saya bangun awal." kata Rin sambil membuka pintu depan kafe.
Mereka pun mengemas kafe dan membuat persediaan untuk masa perniagaan. Mereka siap lebih awal dari dijangkakan.
"Memandangkan kafe ni buka jam 7, sekarang baru jam 6:30. Apa nak buat eh?" kata Rin.
"Rin, kamu dah sarapan?" tanya Tsumiki.
"Belum."
"Ok, saya nak ke dapur."
"Senpai nak buat apa?"
"Sedia sarapan." jawab Tsumiki selamba. "Kagamine-sensei selalu sarapan di sini."
"Ye kan, cakap pasal neesan. Saya tak nampak dia hari ni." ujar Rin.
Tsumiki memasakkan Rin sarapan. Sudah tentulah no pork kerana kafe tersebut serve no pork dan ada tanda halal di kaunternya. Rin berasa hairan bagaimana kedai tesebut mendapat tanda halal. Adakah pekerjanya muslim? Mereka duduk di tempat kegemaran Rin.
"Nah Rin, sarapan kamu. Itadakimasu."
Sedang mereka makan, tiba-tiba mereka bertentang mata. Tsumiki terus mengalihkan pandangannya.
"Rin, aaaa." kata Tsumiki cuba untuk menyuap Rin.
"Aaa." Rin melayan sahaja karenah senpainya itu.
"Wah-wah sweetnye." kata salah seorang pekerja kafe tersebut. Mereka tidak perasan yang 2 orang pekerja tersebut asyik memerhatikan gelagat mereka dari tadi.
"Eh, Akiba-senpai, Josh-kun. Tak perasan pula korang dah sampai." kata Tsumiki.
"Saya Direnji Akiba. Tukang masak di sini. Sumimasen kelmarin agak sibuk jadi tak sempat memperkenalkan diri. Oh, lupa pula.. kamu ni muslim kan. Saya pun muslim juga. Saya dengar dari Kagamine-sama." kata Akiba panjang lebar.
"Saya Josh. Panggil je Josh. It's very nice to meet you. Saya penjaga kaunter di sini."
"Kamu nampak seiras dengan.." belum sempat Akiba menghabiskan ayat Josh menyikunya.
"Don't ever talk about him again, it will make Tsumiki-chan sad." bisik Josh.
"Um, takde apalah. Hehe. Saya nak sambung kerja." kata Akiba sebelum beredar dari situ.
"Enjoy your meal." kata Josh sebelum pergi menyambung kerjanya.
Setelah menghabiskan sarapan, Rin dipanggil oleh Akiba-senpai.
"Rin, kamu temankan Tsumiki jadi pelayan ok." kata Akiba-senpai.
"Tapi, ni baru hari kedua saya di sini. Saya tak pasti lagi kalau saya boleh handle pelanggan."
"Jangan risaulah hari ni selalunya tak ramai pelanggan. Lagipun hari ni half day je. Jadi boleh?"
"Yosh!" kata Rin semangat.
Tepat jam 7, mereka membuka kafe tersebut. Tepat jangkaan Akiba, tidak ramai yang datang pada hari itu. Mereka didatangi oleh 3 orang pelajar.
"Eh, Kazuo, Minori, Akira. Apa kamu buat di sini?" kata Rin.
"Hehe, kami datang ni nak lihat muka comel awak bekerja di sini haha." usik Kazuo.
"Eh, Rin-kun kerja kat sini? Kawaii." kata Minori.
"Rin-kun?" kata Akira. "Sejak bila kamu berdua rapat eh." sambungnya sebelum memberi jelingan tajam ke arah Rin. "Gurau jelah hehe. Baguslah korang makin rapat."
Rin menghela nafas lega.
"Pesanan?" kata Rin sebelum mengeluarkan nota dan pen dari poketnya.
"Saya nak kopi latte." kata Kazuo.
"Saya cappuchino." kata Akira.
"Saya espresso." kata Minori.
Setelah mengambil pesanan Rin terus ke dapur untuk memberikan pesanan kepada Tsumiki.
"Eh, mereka ada kat sini?" kata Tsumiki.
"Ye, senpai taknak jumpa ke?" kata Rin.
"Ok, kejap lagi." Katanya sambil menyiapkan pesanan yang diberi.
Tidak lama kemudian Tsumiki datang membawa pesanan mereka.
"Pesanan sampai."
"Eh, senpai kerja kat sini ke?" kata Kazuo.
"Awak tak tau?" kata Minori.
Kazuo dan Akira mengelengkan kepala.
"Oh, jadi Rin kerja sini sebab dialah ye." kata Kazuo.
Mereka bertiga kemudian mengalihkan pandangan ke arah Rin.
"Eh, taklah korang ni." kata Rin.
"Ye, saya yang bawa dia kerja kat sini." kata Tsumiki dan kemudian memeluk lengan Rin.
"Eh, senpai." kata Rin. Mukanya merah padam.
Kazuo yang berdarah hidungnya terjatuh dari kerusi kerana terkejut melihat gelagat kawan baik dengan senpainya yang begitu mesra. Minori-chan nampak agak cemburu. Nasib baiklah tiada pelanggan lain masa kejadian tu berlaku.
"Kami minta diri dulu. Jumpa lagi Rin, Senpai." kata Akira.
Mereka berlalu pergi dari situ. Tetapi sebenarnya mereka ingin mengetahui sejauh mana hubungan Rin dengan Tsumiki. Jadi mereka bertiga menunggu sehingga Rin dan Tsumiki habis bekerja.
"Oh, itu mereka." Kata Kazuo.
Rin mengenakan jaket manakala Tsumiki pula mengenakan pakaian blouse. Mereka berdua menuju ke arah pusat membeli belah di Bandar. Kazuo, Minori dan Akira mengekori rapat dari belakang.
"Rin, apa kata kita pergi ke sana." ajak Tsumiki sambil menunjukkan ke arah kedai baju.
"Hmm, boleh juga." kata Rin. Tsumiki terus memimpin tangan Rin dan membawanya ke kedai tersebut.
Minori agak kecewa apabila melihat kemesraan senpai dengan orang yang disukainya.
"Sabar. Kita belum tahu sejauh mana hubungan mereka." kata Akira cuba menenangkan hati Minori.
"Tapi, mereka nampak lovey-dovey kat sana." kata Kazuo.
"Tengok tu Rin nampak macam tak gembira pun." kata Akira-san. Tetapi sebenarnya muka Rin merah kerana malu. Rin dan Tsumiki mencuba pelbagai baju kat sana tetapi tiada satu pun yang menarik minat mereka. Mereka pergi ke kedai yang seterusnya iaitu kedai aiskrim.
"Rin, kamu nampak kawaii memakai apa jenis baju sekalipun." puji Tsumiki.
"Ye ke? Arigato." kata Rin. "Bagi saya perisa coklat." pesannya.
"Saya perisa vanilla."
Dia sengaja membeli perisa yang berlainan dari Rin. Mereka duduk bersebelahan bangku yang disediakan di dalam pusat membeli belah tersebut.
"Rin, boleh saya rasa ais krim awak." kata Tsumiki. Rin pun menghulurkan ais krimnya.
"Arigato." kata Tsumiki dan mengalihkan pandangannya ke lantai untuk menyembunyikan mukanya yang kemereh-merahan.
"Ahh," kata Kazuo jatuh pengsan.
"Ish Kazuo ni. Pengsan pulak dah." kata Akira.
"Yelah, dia tu tak pernah ada girlfriend." kata Minori. "Nampaknya dah terbukti lah mereka tu bercouple." Sambungnya. Riak muka Minori jelas menunjukkan perasaan kecewa.
"Minori, jangan mengalah. Awak masih ada peluang. Fight!" kata Akira sambil memegang bahu Minori.
Sebelum pulang, Rin dan Tsumiki bermain permainan video di arked. Mereka juga sempat mengambil gambar di photo booth di arked tersebut.
Semasa dalam perjalanan pulang mereka berdua lalu di kawasan yang memberikan kenangan pahit bagi Tsumiki. Di situlah kejadian yang menyayat hati berlaku kepada Sakagami. Tsumiki memeluk erat lengan Rin.
"Please don't ever leave me again." kata Tsumiki separuh berbisik.
Kazuo, Minori dan Akira masih mengekori mereka.
"Oh, bila ingat balik, kata Kagamine-sensei di sinilah ia berlaku" kata Akira.
"Apa yang dah jadi kat sini?" tanya Minori.
"Seseorang yang sangat istimewa bagi senpai kena langgar semasa cuba selamatkan budak kat sini." jelas Akira. "Kagamine-sensei kata mukanya seiras Rin." sambungnya.
"Ok, dah lewat ni. Saya minta diri dulu. Jumpa korang di sekolah esok." kata Kazuo. "Also, Minori-chan. Ganbatte!"
"Saya pun minta diri dulu." kata Akira.
Di hadapan rumah Tsumiki.
"Rin, masuklah." Tsumiki menjemput Rin masuk ke rumahnya.
"Saya rasa saya tak patut masuk." kata Rin malu-malu.
"Awak bencikan saya ke?" kata Tsumiki. Riak mukanya bertukar sedih.
"Taklah, saya cuma..." belum sempat menghabiskan ayat dia telah ditarik masuk ke dalam.
"Jangan risau parents saya takda kat rumah, tengah outstation." kata Tsumiki. "Jemputlah duduk. Saya buatkan awak teh."
Rin dan mengambil tempat duduk di sofa.
"Besar juga rumah ni ye. Tsumiki-senpai anak orang kaya ke?" bisik hati Rin.
Tsumiki menghulurkan secawan teh.
"Arigato."
Mereka berbual panjang lebar tanpa menyedari masa telah berlalu dengan pantas. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Rin meminta diri untuk pulang.
Belum sempat Rin keluar dari pintu tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan angin dekat luar agak kencang. Tsumiki pun membuka tv untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
"Ribut sedang melanda kawasan *** dan kawasan sekitarnya. Semua penduduk di kawasan tersebut dinasihatkan untuk berada di dalam rumah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku." kata pemberita.
"Nampaknya tak dapatlah awak balik malam ni." kata Tsumiki.
Pintu depan rumah Tsumiki tiba-tiba terbuka. Seseorang berlari masuk ke dalam rumah dan terjatuh. Rupanya dia ialah Minori-chan.
"Rin tolong tutup pintu. Saya nak pergi ambil tuala kat bilik."
Tsumiki kembali dengan tuala dan baju tukar untuk Minori. Rin membantu Tsumiki mengangkat Minori ke bilik tetamu. Minori tersedar.
"Minori, apa awak buat kat luar masa ribut begini." tanya Tsumiki.
"Saya cuma lalu kat sini hehe." katanya cuba menyembunyikan perkara sebenar. "Eh, Rin. Kamu pun ada kat sini?" sambungnya berpura-pura tak tahu.
"Awak berehatlah." kata Rin sebelum meninggalkan bilik tersebut dan terus duduk di ruang tamu.
"Ah, Rin. Saya nak masuk tidur dulu. Nah selimut dan bantal."
"Arigato."
"Oyasumi Rin."
Sebelum tidur, Rin menelefon Cik Kagamine untuk memaklumkan yang dia sedang berada di rumah Tsumiki.