Baixar aplicativo
92.85% Sfera / Chapter 39: Julia & Sam

Capítulo 39: Julia & Sam

"Baguslah kalau begitu Julia. Sam pun sudah jelaskan perkara yang sebenar. Aku sudah agak dari awal-awal lagi. Ini semua salah faham sahaja." kataku kepada Julia berkenaan dengan apa yang terjadi antara dia dan Sam melalui Skype. Aku lega apabila diberitahu bahawa Sam telah menyelesaikan masalah perniagaannya dengan pihak yang berwajib.

"Baiklah Marina. Aku akan cuba buat apa yang kau cakap tadi. Aku akan cuba tenangkan diri" kata Julia.

"Ha! Macam itulah. Kau jangan risau okey? Kau jangan fikir yang bukan-bukan"

"Terima kasih Marina. Aku tidak tahulah apa yang akan terjadi kalau kau tiada. Okeylah. Maaf selalu sangat ganggu kau. Nanti bila ada masa kita borak lagi. Tetapi aku janji, aku tidak akan cakap lagi tentang ini"

"Okey. No problem!"

"Bye Marina!" Julia melambai manja.

"Fuh! Lega!" kataku sendirian selepas perbualan kami diputuskan.

"Marina. Jom kita sarapan..." lembut Michelle memanggilku. Dia keluar dari dapur sambil membawa dua mangkuk bubur kacang hijau ke meja makan.

"Wow! Sedapnya!" kataku sebaik sahaja menyuap bubur kacang hijau itu ke mulutku. Rasa durian dari bubur itu benar-benar mengancam!

"Ha... Tengoklah siapa yang masak..."

"Mana pula kau dapat durian Michelle?"

"Ehem... Kalau ada masa nanti aku bawa kau ke tempat itu" jawab Michelle. Dia memberi gambaran seolah-olah tempat itu adalah satu tempat yang penuh misteri.

"Ada-ada sahajalah kau ini Michelle"

Selepas sahaja bersarapan, aku kembali duduk di meja kerja dan memeriksa update-update terkini di Facebook. Aku juga membalas mesej-mesej yang dihantar kepadaku beberapa jam sebelum aku mula berbual dengan Julia. Jika tidak kerana berbual panjang dengannya, aku pasti sudah siap membalas mesej-mesej itu. Kebanyakkan mesej-mesej itu datangnya dari kakitangan Hey yang memberikan ucapan selamat kepadaku. Dengan penuh rasa gembira, aku membalasnya kembali dan mengucapkan terima kasih atas hadiah buku memoir Barbara Walters yang diberikan mereka kepadaku sebelum aku berlepas ke Chicago.

Ya. Aku menerima tawaran Diana Sinclair dan meneruskan perancanganku ke Chicago. Pada hari ini, genaplah seminggu aku berada di sini. Aku telah memaklumkan kepada Diana dan pengurusan Lataya tentang ketibaanku dan pada minggu hadapan aku diminta untuk melapor diri dan memulakan tugas di Lataya. Segala-galanya telah diputuskan dan ini adalah jalan yang aku pilih demi karierku. Akan tetapi, ada satu lagi perkara yang belum aku selesaikan iaitu...

"Persoalan tentang cinta" tiba-tiba Michelle bersuara.

"Ha?" aku menoleh ke arahnya. Hairan bagaimana Michelle seolah-olah boleh menduga apa yang aku fikirkan.

"Apa?" tanya Michelle dengan wajah yang penuh kehairanan.

"Kau ada tanya aku apa-apakah sebentar tadi?"

"Tiada pula. Kenapa?"

"Aku rasa kau ada cakap sesuatu tadi" kataku sambil mengerutkan keningku.

"Oh! Aku bukan cakap dengan kau. Aku cuma baca tajuk artikel dalam majalah Hey yang baru ini"

"Eh! Edisi Hey yang baru sudah keluar? Mari sini bagi aku baca"

Michelle menghulurkan majalah Hey yang dipegangnya.

"Edisi kali ini adalah tentang cinta?" perasaan pelik mula timbul sebaik sahaja majalah itu berada di tanganku. Aku mempersoal relevan mereka memilik topik itu. Dengan serta merta, wajah Daniel muncul di ingatan.

Pantas, aku membuka akaun Facebook dan menghantar mesej kepada Daniel.

-Hai! Saya sedang baca edisi Hey yang terbaru-

Aku menulis ringkas. Untuk beberapa ketika, aku menunggu di hadapan komputer namun tiada apa-apa balasan dari Daniel. Lalu,aku mengalihkan perhatianku kepada Michelle.

'Ping!' notifikasi Facebookku berbunyi.

"Siapa?" tanya Michelle.

"Daniel..." jawabku tenang. Cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan keterujaanku. Aku segera membaca mesej Daniel.

-Hai...!!!- mesej Daniel ringkas tetapi tiga tanda seru itu benar-benar mengelirukan aku.

-Hai Daniel!- aku membalas dengan hanya menggunakan satu tanda seru supaya tidak nampak terlalu teruja.

-Maafkan saya Marina. Saya ada kerja sedikit tadi. Awak sudah baca Hey yang baru?-

-Sudah...-

-Wow! Saya tidak sangka pula awak masih lagi minat dengan Hey Marina...-

-Tidak minat. Cuma membaca Hey buat saya terkenangkan sesuatu-

-Sesuatu atau seseorang?- walaupun tidak nampak riak wajahnya atau mendengar suaranya, aku tahu ianya satu soalan penuh helah yang berbaur nakal.

-????!!!- ringkas aku menjawab. Atau dalam kata lain, 'apa yang awak cuba tanyakan sebenarnya? Jangan cuba bermain-main dengan hati ini! Jangan Mulakan faham!'

-Jadi bagaimana dengan Edisi Cinta kami Marina? Menarik?-

-Sangat menarik! Tetapi kenapa pilih topik cinta untuk edisi ini? Hmm...-

-Saya rasa tidak salah bukan? Apa yang tidak kena?-

-Bukankah sekarang ini bulan November?-

-Lah.... Kenapa tidak boleh buat pada bulan November?-

-Sebab ini topik cinta Daniel-

-Marina... Topik cinta bukan seperti topik Merdeka, Aidilfitri dan Krismas. Kalau topik-topik itu ada logiknya pilih mengikut musimnya-

-Orang sambut Valentines bulan februari bukan?-

-Oh... Valentines. Hmmm. Kita cuba buat kelainan sedikit. Kita cuba raikan cinta setiap hari! Lagi pun di Malaysia ramai orang berkahwin pada hujung tahun bukan?- terang Daniel.

-Ya. Betul! Genius sekali! Jadi apa yang awak hendak buat untuk bulan Februari nanti?-

-Hmmm.. Oleh kerana banyak majalah yang akan buat topik Valentines dan cinta. Hey akan buat yang lain. Tetapi kami belum putuskan topik apa-

-Okey. Strategi yang bagus.-

-Jadi bagaimana dengan Chicago Marina?-

-It's a nice place. Tetapi tempat ini sangat asing bagi saya Daniel. Saya tidak dapat bayangkan jika saya datang bersendirian ke sini-

-Nasib Michelle ada untuk temankan awak-

-Ya. Semasa Gina beritahu yang dia tidak dapat temankan saya tempohari. Saya betul-betul gubra. Saya bernasib baik sebab Michelle lapang dan boleh temankan saya-

-Bagaimana dengan tempat tinggal? Awak sudah lapor diri di Lataya atau belum?-

-Setakat ini semuanya telah saya uruskan. Tempat tinggal pun nampaknya selesa dan kawasannya selamat. Saya akan mula kerja minggu hadapan. Saya takutlah Daniel. Gementar-

-Jangan bimbang. Sekejap sahaja pasti awak sudah boleh biasakan diri. Hey tidak lagi sama seperti dahulu awak tahu? Kami semua merindui awak di sini T_T-

-Oh betulkah? Saya tidak percayalah -

-Ya. Betul.. Awak penulis reviu terbaik yang pernah kami ada.-

-Yalah tu.-

-The Urban Fruits sedang membaca riviu-riviu awak sebagai rujukan-

-Mereka tidak beritahu saya pun tentang itu-

-Tidak akanlah mereka hendak beritahu pada awak-

-Kelakarlah. Saya hentam sahaja semua itu-

-Oh ya! Jadi bagaimana dengan Syam dan Norman? Awak sudah beri kata putus?-

Oh Daniel. Kenapa tiba-tiba cakap tentang hal ini? Kenapa?

-Masih berbelah-bahagi...-

-Awak masih berbelah bahagi? Marina. Awak seorang player yang handal!-

-Apa? Player? Daniel.... Jangan mulakan...-

-Maaf. Gurau sahaja...-

-Saya bukan player... :(-

-Saya tahu. Jangan nangis ya.. Baiklah Marina. Ada baiknya kalau awak beri kata putus. Jangan buat mereka ternanti-nanti. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang-

-Ada mana-mana perempuan yang mengandung anak awakkah?-

-Ha???!!!-

-Awak cakap macam seorang bapalah Daniel. ROTFL-

-Very funny Marina! Very funny!-

-Okeylah Daniel. Saya tidak mahu kacau awak lagi.-

-Okey! Jaga diri. Makan elok-elok.. :D-

-Terima kasih Daniel! Work hard, play hard!-

-Sama-sama! You too!-

Apa yang Daniel katakan memang betul. Aku perlu lakukan sesuatu untuk kebaikan semua pihak. Aku perlu memberi jawapan dan cuba meredakan rada panas yang aku tinggalkan sebelum bertolak ke sini.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C39
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login