Baixar aplicativo
57.14% Sfera / Chapter 24: Jus Gembira

Capítulo 24: Jus Gembira

Pada keesokan harinya, sebaik sahaja pulang dari sungai, ke semuanya tertidur kerana kepenatan kecuali aku. Aku cuba sedaya-upaya untuk melelapkan mata tetapi gagal. Lalu, aku bangun dan turun ke tingkat dua menuju ke ruangan tempat Syam bermain piano pada hari sebelumnya. Perlahan-lahan aku melangkah dan menjengah masuk ke bilik itu. Namun, bilik itu kosong. Yang ada hanyalah piano dan gitar berwarna coklat yang aku mainkan di hadapan Syam pada hari pertama aku sampai di situ. Aku mengambil gitar itu dan duduk berdekatan dengan piano yang diletakkan menghadap tingkap. Aku mula memetik gitar. Sekali lagi, aku memainkan lagu 'Don't Let Me Be The Last to Know' seperti hari sebelumnya. Cuma pada ketika itu, aku berasa lebih yakin dan setiap petikan aku mainkan dengan penuh bersemangat. Mungkin kerana aku bersendirian dan tiada orang yang memandangku pada ketika itu.

"Ehem!" suara seorang lelaki berdehem kedengaran sebaik sahaja aku habis bermain. Aku segera menoleh. Ketika itu, aku lihat Syam sedang berdiri di pintu bilik sambil bertepuk tangan.

"Hebat Marina!"

"Syam. Bila masa pula awak berdiri di situ?"

"Sejak awak masuk bilik ini tadi. Saya sengaja biarkan awak. Hendak lihat apa yang awak buat"

"Ish. Malunya saya Syam"

"Kenapa awak hendak malu? Awak main dengan baik tadi. Suara pun boleh tahan"

"Oh ya?" tanyaku inginkan kepastian.

"Ya. Betul" kata Syam. Dia cuba meyakinkanku bahawa dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya.

"Marina. Mana kawan-kawan awak yang lain?"

"Semuanya tidur. Penat sangat mandi sungai"

"Hai... mandi sungai pun boleh penat?" kata Syam. Kemudian dia tertawa kecil.

"Itulah yang saya pelik..."

"Kebetulan awak ada di sini, saya hendak kongsikan satu benda dengan awak..."

"Apa dia Syam?"

"Jom ikut saya ke dapur!"

"Ke dapur lagi? Apa pula yang awak hendak masak kali ini?"

"Adalah... Jom!"

"Okey!" aku bersetuju dan tanpa bersoal lagi, aku mengikuti Syam ke dapur.

Setiba sahaja di dapur, dia membawa keluar beberapa jenis buah-buahan seperti betik, pisang, nenas, kundur dan rambutan yang sudah siap dibuang bijinya dari peti sejuk.

"Apa yang awak hendak buat dengan semua ini Syam?"

Syam tidak menjawab soalanku. Dia hanya tersenyum penuh rahsia. Aku memerhatikan sahaja segala gerak-gerinya.

Dia mengupas ke semua kulit buah-buahan itu satu persatu. Aku ingin membantu tetapi dia tidak mengizikan aku menyentuh langsung apa-apa pun yang terdapat di atas meja pada ketika itu. Katanya, dia ingin aku merasai sentuhan azimatnya di dapur.

Seperti mana yang diminta, aku hanya memerhatikan sahaja apa yang hendak dilakukan oleh Syam. Selepas habis mengupas kulit buah-buahan itu, ke semua isinya dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan dikisar halus. Kemudian, dia mencampurkan kola dan soda ke dalam kisaran buah-buahan itu tadi. Akhirnya, campuran itu dimasukkan ke dalam sebuah jag bersaiz besar.

"Cubalah rasa" kata Syam. dia menuangkannya ke dalam gelas.

"Sedapkah Syam? Tidak ada apa-apa kesan pada saya nanti?" aku ragu-ragu. Secara jujurnya, aku teragak-agak untuk meminumnya. Bimbang juga kalau tiba-tiba sahaja aku mabuk atau pun sakit perut.

"Tidak... saya sudah cuba banyak kali... tidak mabuk pun. Kalau minum awak akan terus 'gembira'"

'Gembira? Apa yang dia maksudkan? Serius, dia buat aku semakin takut untuk mencuba' kataku di dalam hati.

"Baiklah saya cuba" aku mengambil sudu dan menghirupnya perlahan-lahan.

"Bagaimana rasanya Marina?"

"Manis... pahit-pahit sedikit.. eh.. bukan.. masam-masam manis..mmm... sedap lah Syam... Hmm. Sedap!"

"Sedap bukan. Inilah namanya Jus Gembira?"

"Ya. Tambah lagi sikit Syam"

"Ha! Sekarang sudah ketagih! Tadi takut-takut" kata Syam. Dia geli hati melihat gelagatku.

Sungguh aku tidak menyangka yang rasanya begitu sedap sekali. Menurut Syam, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jus itu tidak boleh dicampur sesuka hati. Ada sukatan-sukatan yang perlu diikuti untuk mendapatkan rasa yang diinginkan.

"Marina. Jom ikut saya pergi ambil rambutan!"

"Di mana?"

"Itu..." Syam menunjuk ke arah kebun yang dapat dilihat dari tingkap dapur.

"Eh. Jauh juga kebun itu. Kita berdua sahaja yang pergi? Tidak mahu ajak yang lain?"

"Ya. Kita berdua sahajalah. Mahu ajak siapa lagi? Yang lain semuanya tidur. Tidak akanlah kita hendak kejut mereka pula"

"Mula-mula dia puji kau main gitar. Kemudian dia hidang kau dengan jus buah yang boleh buat kau 'gembira'. Selepas itu, dia ajak pula kau pergi ke kebun rambutan. Selepas ini apa pula?! Mungkin dia ada agenda tersembunyi di sebalik perlawaannya. Kau mesti berjaga-jaga! Kau perlu bersedia dengan semburan lada hitam! Mungkin dia ini musang berbulu ayam!" Ally tiba-tiba muncul di dalam fikiranku memberi amaran.

"Jangan risau. Ada dua tiga orang di kebun itu" kata Syam yang mungkin dapat melihat kerisauanku ketika itu.

Aku akhirnya bersetuju. Tetapi sebelum itu, aku ke bilik untuk mengambil telefon bimbit dan kad pengenalan. Aku juga meninggalkan nota untuk Miss R yang sedang nyenyak tidur.

Aku berjalan bersama-sama dengan Syam menuju ke kebun rambutan Pak Cik Lan yang besar dan luas. Kami melewati beberapa pokok yang ditanam dengan jarak lima belas kaki setiap satu.

Berbekalkan plastik bag di tangan, aku dan Syam mula memetik buah-buah rambutan yang mampu kami capai.

"Syam. Kalau tiba musim buah, apa yang Pak Cik Lan buat dengan buah-buah rambutan ini?" aku bertanya.

"Dia jual di pasar"

"Oh. Jadi dia sendiri yang petik dan jualnya di pasar?"

"Kadang-kadang bila sempat dia akan petik sendiri. Tetapi selalunya, ada tiga orang yang akan tolong Pak Cik Lan jaga dan bersihkan kebun ini"

"Siapa mereka itu Syam?"

"Orang kampung ini juga. Perempuan dalam tiga puluh tahun umurnya. Dia selalu datang dengan dua orang anaknya. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan"

"Ibu tunggalkah?"

"Bukan ibu tunggal. Dia datang tolong untuk isi masa lapang. Sambil itu bolehlah tambah duit poket. Selalunya bila tiba sahaja musim buah, mereka akan datang ke sini untuk ambil buah-buah rambutan yang masak. Kemudian bawa ke pasar untuk dijual" terang Syam.

"Oh begitu" kataku tanda faham. Aku melihat beg plastik di tanganku yang sudah penuh dengan buah rambutan berwarna kuning.

"Saya rasa sudah cukup buah rambutan ini untuk kita makan Syam"

"Betul juga" kata Syam sambil melihat beg plastik di tangannya yang penuh berisi buah rambutan berwarna merah. "Jomlah kita duduk makan!"

"Kita makan di sana Syam?" aku menunjuk ke arah sebuah pondok kecil yang terdapat di tengah-tengah kebun itu.

"Kita duduk di bawah pokok sana sahajalah Marina"

"Pokok yang dekat dengan pondok itu?" tanyaku inginkan kepastian.

"Ya" kata Syam mengangguk.

Tanpa banyak soal, aku mengikuti Syam ke tempat yang dicadangkannya. Sambil menikmati rambutan dan berbual-bual dengan Syam, aku memerhatikan keadaan sekeliling kebun rambutan itu. Suasana kebun itu nampak begitu ceria sekali dengan pokok-pokok rambutan yang mengeluarkan buah-buah berwarna kuning dan merah. Rumputnya yang hijau dan sinaran matahari yang memancar mencantikkan lagi suasana di kebun itu. Ketika itu, aku mula terfikir untuk mencadangkan kepada Daniel supaya menjadikan kebun itu tempat pengambaran isu Malaysian Icon yang akan datang sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur nanti. Aku yakin, Daniel pasti akan bersetuju dengan cadanganku itu. Aku membayangkan untuk meletakkan seorang budak perempuan comel dan beberapa ekor ayam untuk sesi fotografi itu nanti.

"Ayam? Kenapa bukan monyet?" soal Syam apabila aku memberitahunya tentang ideaku itu.

"Kenapa pula monyet?"

"Yalah. Saya rasa ayam tidak sesuai untuk kebun rambutan ini"

"Jadi binatang apa yang awak rasakan sesuai Syam?"

"Saya rasa monyet atau pun kancil lebih sesuai" Syam menyatakan pendapatnya.

"Kancil? Hmmm... Itu idea yang bernas. Mungkin juga kami perlu masukkan Sang Kancil ke dalam senarai Malaysian Icons kami nanti.."

"Hey perlu dahulukan Sang Kancil sebelum Sheikh Muzaffar atau Rafidah Aziz dalam senarai itu nanti okey..." kata Syam sambil ketawa.

"Awak ini macam tahu-tahu sahaja yang Hey akan masukkan mereka berdua dalam senarai?!"

"Saya sudah boleh agak semua inilah Marina" kata Syam sambil memberi senyuman yang penuh makna.

"Awak tahu Syam, saya lihat awak ini kreatif orangnya"

"Saya?"

"Ya"

"Kenapa awak kata begitu?"

"Sebab..." aku berfikir menyusun kata-kata.

"Sebab saya cipta resepi Jus Gembira?" Syam cuba meneka.

"Itu salah satu sebabnya" kataku sambil tertawa.

"Lagi?"

"Kemudian, awak... Um... Ah! Malaslah. Nanti awak perasan lebih pula"

"Eh. Mana ada. Saya bukan orang yang macam itulah Marina...."

"Syam. Boleh saya tanya awak sesuatu?"

"Boleh. Tanya sahajalah"

"Kenapa awak buat keputusan untuk jadi seorang guru?"

"Kenapa? Hmm..." Syam berfikir seketika. "Sebab saya sukakannya. Ianya sesuatu yang kena dengan jiwa saya"

"Lain daripada apa yang awak belajar dahulu bukan?"

"Ya. Itu memang betul. Tetapi awak pun sama juga. Kenapa kerja dengan majalah sekarang? Bukankah awak dahulunya belajar bidang yang berbeza daripada apa yang awak buat sekarang?"

"Entahlah. Mungkin rezeki saya agaknya"

"Tetapi awak selesa dengan apa yang awak buat sekarang?"

"Ya" jawabku sambil mengangguk perlahan.

"Mungkin ianya serasi. Dua perkara yang berlainan tetapi serasi dengan nature awak" kata Syam.

"Maksud awak?"

"Maksud saya. Kita selalunya memilih untuk melakukan sesuatu kerana ada sesuatu yang ingin kita capai dan apa yang ingin kita capai bergantung kepada apa yang kita inginkan. Tetapi pernah tidak awak terfikir, apa sebenarnya yang menggerakkan kita untuk menginginkan sesuatu? Misalnya, kalau seseorang itu suka mengajar, are they doing it just for the sake of educating? Atau ada sesuatu yang membuatkan dia ingin melakukannya. Sesuatu yang ingin dia penuhi. To me it has got to do with our nature..."

"Macam awak dan Tia contohnya?"

"Ya. Mungkin juga" jawab Syam sambil tertawa. "Mungkin ada sesuatu yang membuatkan saya begitu menyukai kerjaya saya sehingga ke hari ini. Mungkin kerana ianya kena dengan jiwa saya"

"Sebenarnya Syam saya..." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tiba-tiba sahaja, kedengaran bunyi guruh berdentum. Kami berdua mendongak ke atas. Melihat awan gelap yang sedang menyeliputi langit. Perlahan-lahan, matahari yang terik memancar hilang dari pandangan.

"Syam. Saya rasa hendak hujan sekejap lagilah..."

"Betullah Marina. Jomlah kita balik!"

Baru sahaja kami habis berkemas dan bergerak bangkit dari duduk yang lama, deraian hujan mula turun membasahi bumi. Diselang-seli dengan guruh dan petir yang mula sabung menyabung.

"Nasib baik saya bawa payung. Kalau tidak.." kataku kepada Syam. Namun, baru sahaja aku membuka payung yang aku bawa itu, angin yang bertiup menghancurkan harapan kami untuk berlindung di bawahnya.

"Syam. Macam mana sekarang?"

"Tidak mengapa. Guna sahaja jaket saya ini. Jom!"

Syam menanggalkan jaketnya dan menyuruh aku berlindung bersama-samanya di bawah jaket yang diangkat bagi melindungi kepala kami.

"Eh. Ke mana kita mahu pergi?" tanyaku hairan apabila Syam mengubah haluan.

"Tidak sempat rasanya kita hendak balik ke rumah. Lagi pun dalam perjalanan ke sana, banyak pokok-pokok. Takut pula apa-apa terjadi nanti"

"Jadi kita mahu ke mana?"

"Kita ke pondok sana..." Syam menunjuk kepada pondok kecil yang terdapat kurang dua ratus meter dari tempat kami berdiri.

Kami berdua pantas berlari menuju ke pondok kecil itu. Dengan berbekalkan jaket hitam Syam, kami berjaya mengelak hujan dari mengenai kepala kami. Cuma badan kami sahaja yang kebasahan.

"Tidak sangka pula hujan. Tadi semasa kita keluar, nampak panas sahaja" kata Syam.

"Ya. Nasib baik ada pondok ini." Kataku kepada Syam. Kami duduk dalam jarak lima kaki. Wajah Ally dan Gina muncul sekali lagi.

"Syam memang sudah tahu yang hari akan hujan. Aku yakin, dia sudah melihat ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum mengajak kau keluar ke kebun!" bayangan Ally cuba menakutkanku.

"Maafkan aku kerana tidak menghalang kau dari pergi ke Kuala Pilah Marina" bayangan Gina pula keluar sambil mengeluarkan air mata.

"Habis basah baju saya. Sudahlah nipis" kata Syam sambil menanggalkan bajunya. Lalu menyangkutnya pada tali yang dijadikan ampaian di situ. Syam memandang aku dan kemudian tersenyum. Bayangan Ally dan Gina yang muncul di fikiranku terus hilang. Alangkah bagusnya kalau aku boleh tarik keluar bayangan itu keluar dan menemani aku pada ketika itu.

'Okey. Apa yang perlu aku buat sekarang?' aku bertanya sendirian. Aku akui, situasi itu membuatkan aku kurang selesa. Apa yang mampu aku lakukan adalah membalas kembali senyuman yang Syam lemparkan kepadaku. Di dalam fikiranku, aku terfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Di saat itu juga, aku mula teringatkan filem klasik Semerah Padi yang mana Aduka dan Dara terperangkap di dalam hujan. Mereka berehat di sebuah pondok kecil dan akhirnya..... 'Hentikan semua ini Marina! Keluar dari bayangan ini!' Aku pantas mengingatkan diriku untuk bertenang dan cuba untuk tidak terlalu membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang negatif.

"Jangan bimbang Marina. Bila hujan reda nanti, kita terus balik ya?" kata Syam.

"Okey" jawabku tenang. Aku mengalihkan perhatianku ke arah hujan yang turun. Jika sebelum itu kami berbual-bual mesra tentang itu dan ini, situasi itu terus mengunci lidah kami dari berkata apa-apa.

Hampir satu jam kami terperangkap di pondok itu dan sebaik sahaja kami pulang ke rumah, kami disogok dengan beribu pertanyaan. Kami menerangkan hal yang sebenarnya kepada mereka. Namun, seperti biasa, Miss B, Miss R dan Miss D mula berspekulasi.

"Mustahil tidak ada apa-apa yang berlaku antara kau dan dia!" kata Miss R.

"Tidak..."

"Jangan sembunyikan dari kami Marina. Ceritalah hal yang sebenar" Gesa Miss B.

"Aku cerita hal yang sebenar. Percayalah" kataku bersungguh-sungguh untuk meyakinkan mereka. Namun, aku diusik sehinggalah kami pulang semula ke Kuala Lumpur.

"Hai Marina! Apa khabar?" suara Syam kedengaran melalui corong telefon bimbit. Itu adalah kali pertama dia menghubungiku sejak aku kembali ke ibu kota.

"Sihat-sihat sahaja"

"Awak pula?"

"Saya pun sihat juga. Awak ada di mana?"

"Di pejabat"

"Oh. Maaflah kalau saya mengganggu"

"Tidaklah Syam. Awak tidak mengganggu pun"

"Oh ya Marina! The Urban Fruits masih usik awak lagi pasal hal tempohari?"

"Maksud awak tentang hal di kebun rambutan itu?" tanyaku sambil tertawa.

"Ya Marina"

"Masih lagi Syam... Tidak habis-habis lagi mereka usik saya"

"Kesian awak Marina"

"Mereka sampai ugut hendak beritahu Daniel awak tahu?"

"Ha?! Jadi apa Daniel cakap?"

"Mereka ugut main-main sahajalah Syam. Mereka tidak beritahu Daniel pun"

"Oh! Saya ingatkan betul-betul tadi. Nanti bila-bila kita jumpa ya Marina?!"

"Er... Ok Syam!" kataku teragak-agak. Di dalam fikiranku, terbayang wajah Gina dan Ally. Aku akan ke Dr Love malam itu untuk bercakap lanjut tentang semua yang berlaku!


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C24
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login