*Tindak balas luar sedar Li Sun/igauan ngeri Li Sun
'Mei! Lari Mei! Lari!' jerit Li Sun dalam keadaannya masih tidak sedar.
'Ugh!'
'Arkk'
Li Sun mengerang kesakitan dalam mimpi itu. Badannya yang masih tidak sedarkan diri itu memberikan tindak balas seolah-olah dipukul semasa dia cuba melengah-lengahkan Zen Xi dari mengejar Mei.
'Mei, lari sekuat hati awak Mei!' jerit Li Sun lagi sambil memeluk kaki Zen Xi. Cuba menghalang Zen Xi dari melangkah dan mengejar Mei dengan sisa kudrat yang dia ada ketika itu. Walaupun pandangannya semakin gelap dan darah meleleh jatuh menuruni matanya, dia masih tetap memandang ke arah Mei yang sedang melarikan diri.
"Ish! Kau ni! Mati jelah!" amuk Zen Xi.
'Arkk' Zen Xi bertindak memukul kepala Li Sun sekuat hati dengan sebatang kayu sehingga Li Sun terkulai pengsan.
Melihat keadaan Li Sun begitu dia menendang Li Sun supaya melepaskan kakinya. Apabila genggaman Li Sun terlepas, dia segera mengejar Mei.
"A..wak mesti selamat Mei...ma..aff" kata Li Sun lemah sambil memandang ke arah laluan yang diikuti Mei tadi sebelum menutup mata. Keadaannya sangat parah. Nyawa-nyawa ikan.
'Mata Li Sun terbuka luas'
Nafasnya turut laju.
'Mei! Mei!'
Li Sun cuba bangun dari tempat tidur itu namun gerakannya terbatas.
Nurse yang sedang memeriksa keadaannya terkejut melihat Li Sun sudah sedar.
Li Sun menoleh ke arah kedua belah tangannya. Pedih.
'Gari'
Pandangannya mula berlegar-legar di sekelilingnya.
'Hospital?'
'Aku hidup lagi?'
'Mei? Mei selamat ke? Mana Mei? Mei?!'
Ronta Li Sun.
Matanya terarah pada nurse di sebelahnya.
"Nu..nurse..Uhuk.. Mei...Mei mana? Dia selamat kan? Nurse! Mei okay ke tidak??!" tanya Li Sun sambil tidak henti-henti meronta-ronta mahu bangun.
"Encik! Encik bawa bertenang! Encik baru sedar tak boleh macam ni. Cik Mei selamat.. Encik jangan risau okay..Calm down please.!" kata nurse itu sambil cuba menenangkan Li Sun.
Rontaannya terhenti serta merta mendengar berita itu.
'Mei selamat!' jerit hatinya gembira.
Senyuman lega terukir di bibirnya.
Beberapa orang masuk ke bilik itu apabila dipanggil nurse tadi. Doktor, pengawai polis dan nurse.
Keadaan Li Sun diperiksa.
Dia sudah melepasi tahap bahaya.
Pihak polis mengambil keterangan Li Sun mengenai kejadian itu dan memaklumkan yang Mei menarik semula dakwaan yang dikenakan terhadap dirinya.
'Mei...thanks Mei. Aku akan berubah lepas ni.' Li Sun nekad until berubah apabila mengetahui Mei menarik semula dakwaan yang dikenakan terhadap dirinya.
*Dalam kereta Aunty Ma dan mama Jason (Annchi) ada sama. Mereka dalam perjalanan ke spa selepas puas bershopping.
'Ting' pesanan masuk ke dalam telefon milik Annchi (mama kepada Li Sun dan Jason Ann).
'Pesanan dari pihak Hospital S..'
Annchi menunjukkan pesanan itu kepada Maria/ Aunty Ma.
Ketawa mereka terhenti seketika apabila mengetahui pesanan itu daripada pihak hospital yang merawat Li Sun.
Dalam masa yang sama, Jason turut mendapat pesanan itu daripada pihak polis sendiri. Kebetulan dia berada di luar. Jadi dia mengambil keputusan untuk melawat Li Sun. Sebenarnya dia banyak soalan yang hendak ditanya. Jason juga masih marahkan Li Sun kenapa Mei menjadi mangsa kes tempoh hari dan kes Mei dipukul sehinggakan Mei mengalami Amnesia.
Jason segera meninggalkan rakan-rakannya yang sedang bermain futsal dan segera masuk ke dalam kereta. Hospital S menjadi arah destinasi Jason.
Aunty Ma menyuruh Annchi segera membaca pesanan itu.
*Puan kami ada berita gembira buat puan. Anak puan, Encik Li Sun telah sedar dari koma. Pihak polis benarkan ahli keluarganya dan orang terdekat untuk melawat. -Hospital S
Mata Annchi berkaca. Dia masih kaku memandang ke arah skrin telefonnya.
"Ann.. kenapa? Li Sun okay tak? Ann..?" tanya Aunty Ma cemas. Kereta yang dipandu segera diberhentikan di bahu jalan.
"Ann! Kau okay tak? Li Sun kenapa?" Aunty Ma menggoyangkan bahu Annchi apabila pertanyaanya tidak berjawab.
Annchi menoleh memandang Aunty Ma dengan mata berkaca dan mula menangis.
Aunty Ma cemas. Dia mengusap air mata Annchi dengan tangannya.
"Li Sun... dia dah sedar. Dia dah sedar Ma. Aku nak melawat dia boleh?" kata Annchi sambil tersedu-sedu.
Aunty Ma segera bersetuju. Kereta itu segera dipandu semula memasuki jalan besar. Hospital S yang merawat Li Sun menjadi arah destinasi mereka.
Aunty Ma tidak banyak soal kerana dia amat memahami Annchi. Lagi-lagi dia sebagai seorang ibu sudah tentu dia amat merindui anaknya yang telah lama terpisah.
Tak lama kemudian mereka tiba di hospital itu. Mereka berdua segera menuju ke bilik yang menempatkan Li Sun.
Tiba sahaja di hadapan bilik itu, Annchi teragak-agak melangkah masuk.
'Macam mana reaksi Li Sun?'
'Ingatkah lagi dia pada aku?'
'Macam mana kalau dia benci dengan kehadiran aku?'
Hati Annchi berbolak-balik. Risau yang kedatangannya secara tiba-tiba itu hanya akan membuatkan Li Sun lebih bencikannya.
'Masuk... it's okay. Hm?' pujuk Aunty Ma yang masih setia di sisinya.
Annchi menoleh memandang Aunty Ma.
Berdebar.
Aunty Ma menganguk dan mengengam tangannya, memberikan semangat.
Annchi menganguk dan kemudian melangkah masuk ke bilik yang menempatkan Li Sun itu.
Aunty Ma hanya duduk menunggu di luar bilik itu.
*Di dalam bilik persendirian itu.
Li Sun menoleh memandang ke arah wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik itu.
'Ma...' bisik hatinya. Matanya mula berkaca.
Annchi berdiri kaku di situ. Serba salah untuk menghampiri Li Sun yang masih berbaring di katil pesakit.
Pandangan Li Sun memberikan seribu pertanyaan.
'Sun ah' Annchi perlahan-lahan menghampiri Li Sun.
Li Sun masih di katilnya. Memandang wanita di hadapannya yang semakin menghampiri.
Tidak percaya. Gembira.
Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga.
"Ma.." panggil Li Sun perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah Annchi. Mamanya yang telah lama dirindui. Orang yang telah lama dia tunggu kedatangannya.
"Sun ah..." panggil Annchi terketar-ketar. Dia terkedu melihat Li Sun yang tiba-tiba menangis.
'Dia ingat aku lagi.."
Air matanya mula mengalir sama.
Li Sun tidak tunggu lama. Dia segera turun dari katil itu dan memeluk erat mamanya, Annchi.
Lama mereka berdua berpelukan. Menangis. Melepaskan rindu yang telah lama dipendam.
*Di luar bilik.
Jaosn yang telah tiba beberapa minit tadi kaku memandang ke arah Li Sun dan mamanya yang masih berpelukan silih ganti.
Aunty Ma tidak mampu menghalang Jason dari melihat dan mengetahui kebenaran.
"Aunty Ma... apa, apa benda semua ni? Apa yang sedang berlaku? Apa yang saya tak tahu? Apa yang mama sorok dari saya? Aunty Ma? Please. Tolong jujur dengan saya..." tanya Jason blur. Tangannya yang masih memegang tombol pintu itu terlepas.
"Li Sun...Li Sun anak sulung mama. Mama tinggalkan dia masa mengandungkan Jason..." kata Aunty Ma perlahan.
'HAHAHAHA..' gelak Jason tiba-tiba.
Tidak percaya.
Apabila mendengar sahaja suara Jason di luar Annchi dan Li Sun segera menoleh memandang ke luar bilik.
'Jason!' mereka berdua terkejut dengan kehadiran Jason.
Annchi segera mendekati Jason dan cuba menerangkan semuanya.
"Stop it Ma! Stop! I don't want to listen anything! Lagi-lagi pasal jantan tak guna yang tak sudah menyusahkan hidup orang lain ni!" Jason mula tinggi suara apabila melihat yang mamanya Cuba untuk mempertahankan Li Sun.
Li Sun berang apabila melihat Jason tinngi suara terhadap mamanya. Dia kemudian menerpa Jason dan menumbuk pipi Jason.
"Kau! Kau tahu tak..yang kau lahir sebab apa?!" soal Li Sun sambil mencekak kolar baju Jason.
Annchi dan Aunty Ma cubab meleraikan mereka berdua tapi gagal.
Jason cuba melepaskan genggaman tangan Li Sun tapi gagal.
"Mama tinggalkan aku sebab kau! Sebab dia dirogol Zen Xi! Dia pregnantkan kau! Sebab takut...sebab Zen Xi Dan kau yang dalam kandungannya dia tinggalkan aku!" terang Li Sun dengan marah. Badannya mengeletar menahan marah.
Genggaman tangannya perlahan-lahan dilepaskan. Li Sun terduduk. Lega dapat melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Padanya Jason perlu tahu. Segala kesakitan yang dirasainya disebabkan kewujudan Jason.
Annchi terperanjat dengan setiap kata Li Sun. Tidak percaya yang Li Sun sudah mengetahui apa yang terjadi.
Jason terkedu. Matanya terbeliak terkejut dengan kata-kata Li Sun itu. Jantungnya berdegup laju. Pandangannya dialihkan kepada mamanya yang sedang memandang ke arah dengan tangisan yang semakin kuat.
'Apa.. apa yang aku dengar?'
'Mama, mama mangsa rogol?'
'Zen Xi rogol mama dulu?'
'Aku..aku baby tu? Anak Zen Xi?'
Jason bangun perlahan-lahan terhuyung-hayang beredar dari situ. Blur.
"Adik, adik dengar dulu mama cakap.."
Annchi cuba menghalang Jason dari pergi dan cuba memujuknya.
Namun segala tindakannya sia-sia.
Jason seperti hilang arah. Berjalan tanpa arah tuju. Terpukul dengan kenyataan yang baru diketahui.
Bangku di hadapannya di hampiri. Dia cuba duduk bertenang. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
'Sayang' - Mei
Reject.
Reject.
Berbunyi lagi sekali.
Jason akhirnya menjawab panggilan itu.
"Awak! Awak dekat mana? Awak? Awak bagi tau nanti saya datang hm?" pujuk Mei.
Apabila mamanya menceritakan kejadian tadi Mei terus keluar rumah mencari Jason.