Baixar aplicativo
50% Secret Memory / Chapter 1: 1
Secret Memory Secret Memory original

Secret Memory

Autor: hynaeo

© WebNovel

Capítulo 1: 1

deringan loceng dari telefon membuatkan aku terjaga. tangan aku lantas mencapainya. mata aku menatap lama skrin telefon. lalu jari aku laju menyeret simbol hijau ke kanan.

"mak.."

tiada suara.

"mak.." aku memanggil lagi.

"Hmm.. xina, mak kau dah lama tak ada.."

terus aku tersedar dan segera turun dari katil bersaiz Queen.

"bila?!" aku segera berjalan menuju kearah almari pakaian. baru saja aku mahu membuka pintu almari terdengar keluhan dari arah pemanggil.

"6 tahun lepas.. kau tetap tak ingatkan.." segera aku menutup pintu itu kembali. aku mengeluh perlahan. kepala aku berdenyut sakit.

"xina aku nak bagitau kelas dibatalkan. kau rest la..apa-apa call.." segera dia mematikan Panggilan telefon. aku diam sejenak. nama yang tertera aku baca lagi. bukan 'mak' namun 'miksu'. aku berjalan ke arah tingkap. diselak langsir seluasnya. tingkat dibuka dan aku merenung halaman rumah yang kosong itu.

aku tinggal bersama dua lagi rakan. Miksu dan Chiko keduanya pelajar dari Jepun. aku memandang sebuah kereta hitam yang berhenti di rumah yang tidak jauh dari kediaman aku.

"erm.." seorang lelaki keluar dari kereta dan memandang sekeliling. Akhirnya.. dia memandang kearah aku. berpandangan selama beberapa minit sehingga aku tersedar sesuatu.

segera aku menutup tingkap dan memegang kepala. sakit..

auch.. aku memegang kepala aku dan menarik rambut. wajah lelaki tadi muncul dengan peristiwa yang aku tak pernah tahu.

kedengaran ketawa dan percakapan dari dua insan di ruang bilik aku. apa ni?! kenapa ni?!.

"Arghhhhhhh" aku segera keluar dari bilik dan menuju ke bawah. kelihatan Chiko hitmitsu sudah berdiri dan memandang aku.

"xina..okey?" soal dia lalu memegang bahu aku. aku menggeleng.

"kepala aku sakit.. aku nampak lelaki..tapi.." serangan dari otak buat aku terduduk. arghh..tak tahan.. aku pegang tangan Chiko dan merayu.

"aku nak mati.. tolong."

PANG!!!

aku terdiam. chiko menatap lama aku dia segera mendekati aku.

"kau okey? nak aku pukul lagi?" soal dia. segera aku menggeleng.

"aku cakap benda melampau lagi ke?" soal aku lalu berjalan bersama Chiko ke dapur untuk bersarapan. chiko mengangguk.

"kita keluar lepas ni nak.. abang aku dengan kawan dia ada urusan so dia nak jumpa aku.." aku yang baru saja duduk menatap wajah Chiko.

"abang? ahh.. okey. jumpa mana?" soal aku. Chiko memandang aku lama. "aku pun tak tahu.." kata dia. aku menjeling.

"erm..kau dah ingat apa-apa?" soal dia. aku diam berfikir.

"selain dari kematian dan kena belajar jauh..aku tak dapat lagi.." kata aku lalu tersenyum. Chiko diam saja.

"aku tak tahu apa kau rasa.. tapi kita akan usaha dan kau kena cuba dapatkan ingatan kau balik.." kata Chiko. Dia dan Miksu memang sudah tahu tentang memori aku yang dah hilang sejak dua tahun lepas. mereka yang menjaga aku sehingga sekarang.

"dan..kau kena ingat kenapa kau datang ke Negara xx ni.." kata Chiko lalu menggigit roti jejari. aku mengangguk.

pada masa itu.. kepala aku berpusing.

"tidur lena?"

suara lelaki yang aku tak pernah tahu muncul. terasa dia ada di sisi aku. segera mata aku mencari. tiada. chiko yang dari tadi memerhatikan gelagat aku kekal diam.

malah gambaran seorang lelaki suasana didalam bilik yang aku tak tahu di mana muncul didalam kepala.

"Tak?!" segera aku berlari dan keluar menuju kearah halaman rumah. Aku ke? siapa lelaki tu?. ini bukan pertama kali..tapi sejak dua tiga hari lepas.. lelaki itu dan bilik tu..

"Xina.."

satu suara kedengaran. aku pandang sekeliling. "sampai hati awak..awak curang.." aku mendengar suara itu penuh kekecewaan dan kebencian. siapa?! aku pandang sekeliling. kosong.

"kamu bukan anak ayah?!"

terduduk aku lalu memeluk lutut. aku seakan gadis gila. air mata aku keluar tiba-tiba. pipi aku menjadi panas selepas mendengar kata-kata yang muncul.

"bukan anak ayah? apa yang jadi.." kata aku sambil menatap lama pokok yang hidup dihujung pagar. sudah lama bertahan. aku bangun dan berjalan menuju kearah sana.

"persoalan.. kenapa ayah tak mengaku aku anak dia.. siapa ayah aku? kenapa lelaki dan bilik tu..dan kenapa aku berlaku curang?" aku memandang lama pokok itu. aku mengeluh.

penat jadi orang hilang ingatan.

__

"xina cantik?" soal Chiko lalu berpusing dengan baju yang baru disarungkan.

"kau pakai apa cantik.." ujar aku. dia segera masuk dan mencuba lagi. salah satu sebab aku tak suka. atau mungkin aku memang tak suka teman orang beli belah sebelum hilang ingatan.

aku berjalan keluar dari kedai. merimaskan. segerata aku memandang sepasang kekasih yang mencuba aiskrim.

sekali lagi kepala aku seperti memberi rangsangan. kuat.

"xina?!" Chiko memegang lengan aku dan membantu aku ke kerusi. aku duduk dan memandang ke lantai.

mata aku pejamkan seketika.

"xina..cuba rasa ni.."

aku buka mata. lelaki lain. aku menatap wajah Chiko lama. bukan lelaki pagi tadi tapi yang lain.. apa yang aku dah lakukan sebelum hilang ingatan. aku diam seketika.

telefon milik Chiko berdering. aku menatap Chiko. mujur dia sempat beli. dia segera bangun dan berjalan jauh sedikit mungkin berbual keran di tempat ini suasana bising. dia kembali dengan senyuman dan segera menarik lengan aku.

"Abang aku dah ada dekat bawah." kata Chiko lalu memeluk lengan aku. aku hanya tersenyum saja. umur aku dengan dia cuma beza 2 tahun.

__

sampai saja di restoran yang berada di tingkat bawah dia segera mencari dimana terletaknya abang dia. mengada.. aku hanya berdiri saja memandang lagak dia.

"aku ada adik?" soal aku pada diri sendiri. mesti gembira.

"abang?!" jeritan yang kuat aku dengar dari gadis berbaju kuning bercorak bunga itu. sudahlah pakai dress macam tak sesuai dengan jeritan dia.

"cepat.." segera dia menarik lengan aku. aduhh..budak ni.

aku melihat seorang lelaki yang segak berbaju kemeja elok berdiri. senyuman manis aku dapat lihat dari wajahnya.

"Xina.. abang aku. Haru.." kata Chiko lalu tersenyum. aku mengangguk dan berjabat tangan dengan dia.

"Xina Chi" kata aku dengan senyuman.

"pesan la..jangan malu macam adik saya." kata Haru lalu tersenyum manis. aku mengangguk. Chiko elok saja membuka menu yang tersedia.

aku hanya mengangguk saja apabila bertanya mengenai makanan. aku memandang ke arah luar tingkap. pemandangan bandaraya xx. cantik.. bangunan yang cukup tinggi dan yang berada disekitar kawasan ini semua orang yang ternama.

"Chiko abang tunggu kawan abang. dia dalam perjalanan..jadi jaga perangai." kata Haru. aku hanya mendengar saja. mereka berdua duduk di sebelah kiri aku mungkin senang untuk keluar ke tandas, manakala aku di kanan pemandangan cantik. dan di hadapan aku kosong. mungkin kawan dia akan duduk.

setiap saat aku dapat rasakan debaran dan terasa takut. aku memandang sekeliling. tiada apa-apa tapi entah kenapa aku terasa sesuatu yang aku tak jangka akan datang.

"ahh. sampai pun musang ekor sembilan." Segera aku memandang kearah Haru yang sedang berdiri. aku hanya diam dan berpaling memandang ke arah luar. debaran di dada semakin kuat. tangan aku menyentuh dada..dan segera aku memukul sedikit.

"Xina?" soal Chiko lalu menghulurkan gelas berisi air.

"thanks.." segera aku minum. aku meletakkan gelas itu ke meja. lalu menatap sepasang mata berwarna coklat yang berada dihadapan aku.

serta merta hilang debaran aku dan ketakutan. aku memberi senyuman kepada dia. Chiko dan Haru memandang ke arah lelaki yang berada di hadapan aku. Kaku.. patung yang cukup sempurna bagi aku.

"Jishu, perkenalan kawan adik aku.."

"Xina Chi"

aku menatap dia lama. Apa dia cakap tadi? dia sebut nama aku? dia kenal aku?.

"kau tau?" soal Haru. William memandang Haru lama. segera Haru tersenyum kambing dan memanggil orang untuk menghidang makanan.

namun.. pandangan dia kearah aku kekal. dia diam menatap aku namun segera mengalihkan pandangan ke arah luar. aku dapat lihat senyuman walaupun sedikit. kenapa dia senyum?.

"xina..makan." aku memandang Haru yang elok tersenyum kepada aku. Aku mengangguk dan segera makan. William juga turut makan serta berbual.

___

"abang..nak pergi bayar." kat Haru lalu beredar. Aku yang sedang memandang telefon diam saja. Chiko beredar seketika untuk menggunakan tandas. aku hanya memandang dia pergi saja. dia bukan budak. namun..

"xina..lama tak jumpa." aku mengangkat muka dan memandang lelaki yang bernama William elok menatap wajah aku dengan senyuman. aku diam. itu bukan senyuman seperti Haru yang mesra.

"Puas saya cari..negara ni juga awak pilih.." kata dia. aku diam.

apa yang dia cuba sampaikan..

"kita pernah kenal?" soal aku. cara dia bercakap seperti lagak pernah mengenali aku.

"kenal? awak tak ingat saya?" soal lelaki itu lalu memeluk tubuh dan menyandarkan tubuhnya kebelakang. wajahnya berubah serta-merta.

"tak mungkin saya pernah kenal lelaki macam encik.." kata aku dengan senyuman. tepat pada waktunya Chiko datang.

sekali lagi Wajah dia berubah dari manis menjadi seram. apa salah ke jawapan aku.

"Xina Chi.."

aku menatap lelaki itu dia segera berdiri dan berjalan aku yang sudah berada di sisi Chiko memandang kosong dia.

dia menghulurkan tangan dan aku menyambut namun sepantas kilat segera dia menarik tangan aku menyebabkan aku melekat ke dadanya. auch..

"Xina..Saya tak akan lepaskan awak..lepas ni."bisik dia. satu kucupan dihadiahkan di dahi aku. pergerakan itu dilakukan dengan pantas seperti 30saat saja tetapi ayat dia aku dapat tangkap.

dia memberi senyuman kepada Chiko dan segera beredar.

siapa dia sebenarnya? macam mana dia kenal aku?. Chiko menatap tajam aku. lama.

"kau kenal mamat tu?" soal dia. aku menggeleng. kenal? kepala aku ni sakit pun tak. macam mana dia boleh cakap aku kenal.

"habis macam mana dia boleh tahu nama kau?" soal Chiko lalu berjalan keluar. abangnya akan datang malam ke rumah jadi dia pergi tanpa ucap apa-apa.

"entah." pendek. aku tak mahu tahu hal macam mana dia kenal aku. semua perkara boleh berlaku tapi apa yang aku mahu tahu.. kata-kata dia.

"Chiko.. siapa mamat tu?" soal aku lalu berhenti seketika. penat weh..

"William Lu. anak kepada LuXi.." Chiko memandang aku lama.

"dia lelaki yang terpengaruh dan mempunyai kuasa dia tak perlu mewarisi harta ayah dia. sebab dia dah berjaya tubuhkan syarikatnya sendiri. orang cakap dia dingin dan lakukan apa yang dia cakap. aku pun tak tahu.." Chiko menatap aku lama.

"tapi aku pelik.." aku menatap Chiko.

"Dia.. dipinggirkan."


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C1
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login