Baixar aplicativo
75.47% cempaka dirembulan / Chapter 80: kebenaran.

Capítulo 80: kebenaran.

ikman meneliti semua isi yang dihantar oleh nadia terus ke alamat emailnya. isi

yang penuh dengan guna. namun sebelum dia bertindak,dia harus mendapat kebenaran abangnya. dengan tablet masih di tangan,dia mula melangkah mendapatkan ikran di pejabatnya.

ikran meneliti satu persatu fail yang bertimbun di atas mejanya sebelum menurunkan tanda tangannya. wajahnya serius.

" tuan ada wakil daripada witty group ingin bertemu tuan. mereka masih lobi utama lagi.." maklum kiara, setiausahanya melalui interkom kedengaran.

" saya taknak jumpa sesiapa pun.. melainkan ikman,ikwan dan nazim." tolak ikran. dia meneruskan menyemak fail-fail yang menimbun di atas mejanya.

" baik tuan.."

ikran senyum sinis. dia sudah menjangka akan kedatangan wakil witty group. pasti mahu berunding tentang apa yang terjadi dalam beberapa hati ini.

" tuan.. katanya beliau peguam khas witty group." kiara memaklum lagi.

" nak saya ulang ke??" marah ikran.

talian terus senyap. tergeleng-geleng ikran. dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa pun dari witty group.

kiara menarik nafas. kalau bosnya dah buat perangai pelik macam ni,baik dia selesaikan sendirilah. harapkan orang tua dalam biliknya tu. hmm tahu nak marah sahaja.

ikran memandang skrin komputernya yang memaparkan video rakaman cctv lobi utama bangunan tid. dia melihat beberapa wakil witty group sedang berbincang sesama sendiri sebelum kiara dan beberapa pengawal keselamatan.

tok..tok..tok..

bunyi ketukan di pintu biliknya tidak langsung mengganggu konsentrasinya. dia sudah maklum akan bunyi ketukan itu.

" long... ni.. ada email dari nadia ni.. mesti kau suka ni long.." tanpa salam tanpa mukadimah,ikman terus menyerang. dia ingin tahu respon abangnya.

ikran mengerut dahi,tidak faham sepatah haram apa pun kata-kata ikman.

ikman melabuh duduk di sofa lembut dalam bilik ikran.

" sinilah.. man tunjuk email dari nadia ni.." dengan selambanya ikman menggamit ikran duduk disisinya.

tergeleng ikran dengan perangai ikman. siapa bos besar sebenarnya. namun dia tetap bangkit mengambil tablet di tangan ikman. melihat email di hantar oleh nadia.

" simpan ni dulu.. kita gunakan ni sebagai senjata seterusnya." suruh ikran menyerah kembali tablet ikman.

ikman mengangguk. faham maksud abangnya itu. pasti ikran sudah ada rancangannya.

" sekarang witty dah tahu,mungkin kita berada di belakang tabir.. jadi siap sedialah dari sekarang.. " maklum ikran mengeluarkan kotak rokoknya.

ikman mengangguk.

" macam mana kak long??" tanya ikman.

" sihat.." jawap ikran sambil menghembus asap rokoknya. sekarang cempaka bersama uminya. mula berpantang. nampaknya dia pun kena berpantang sekali.

" baguslah.. rasanya umi sekarang kat rumah along lah tu..tengah sibuk jaga kak long.." teka ikman. pagi tadi ku najah sibuk mengarah itu ini kepada tukang gaji di villa utama. seawal pagi pula tu. dia yang nak berangkat pergi kerja pun sampai naik rimas dengar suara ku najah.

" umi... hmm.. " ikran hanya mengeluh membayangkan keranah ku najah yang sangat-sangat memanjakan cempaka. anak dilayan macam orang luar,menantu dimanja-manjakan. sabar je lah.

" along.. ada tak kak long tanya tentang rina dekat kau??" tanya ikman setelah memikir baik buruknya untuk berbincang hal ini dengan ikran.

ikran menggeleng. dia memang menanti soalan daripada cempaka. namun cempaka masih mengambil tindakan mendiam diri. sikapnya,dia tidak akan memulakan tanpa cempaka bertanya.

" kalau dia tanya.. ceritakan kebenaranlah long.. jangan kerana benda macam ni.. rumah tangga along musnah.." nasihat ikman. sebagai adik dia ingin melihat ikran bahagia. baginya cempaka memang calon sesuai untuk abangnya. dia seronok melihat alongnya yang sudah banyak berubah. dia suka melihat ikran yang kelihat lebih kemanusiaan seperti sekarang. janganlah kerana ego,ikran tersilap pilih jalan.

" kebenaran.. kebenaran yang kita penyebab arwah nirina bunuh diri??" soal ikran kepada ikman.

" long.. bukan long.. nirina mati sebab dia sendiri yang pilih jalan tu.. bukan kita.. kita dah cuba bantu dia.." ikman memang dari awal membantah tentang teori nirina bunuh diri kerana dipaksa berkahwin dengan ikran. nirina sendiri meninggal sebab tak dapat terima hakikat al hafiz meninggal kerananya. nirina menyalahkan dirinya penyebab kematian al hafiz dan ayahnya.

ikran senyum sinis. wajahnya suram.

" kak long takkan tanya along.. jadi kalau dia tanya kau.. ceritalah dalam versi apapun kau nak cerita.. tapi.. jangan sampai dia sedih." ikran tahu cempaka tidak akan bertanya kepadanya. jadi biarlah dia mendengar kenyataan dari mulut orang terdekatnya.

ikman mengangguk.

" al fateh??" ikman menyebut nama musuh tradisi ikran.

" sekarang ni dia belum bertindak apa-apa lagi.. kita tunggu sahajalah."

ikman mengangguk. tahu alongnya menunggu pihak lawan memulakan dahulu.

" okeylah.. takde apa-apa aku chow dulu.." ikman meminta diri.

" okey.. "


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C80
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login