Baixar aplicativo
50% cempaka dirembulan / Chapter 53: kisah cinta berdarah.

Capítulo 53: kisah cinta berdarah.

ikwan memejam matanya selepas kapal terbang mula bergerak.

" wan.. cuba tengok email yang skwazof send.." suruh ikran menyerahkan ipadnya kepada ikwan.

mahu tidak mahu,ikwan membuka matanya. meneliti satu persatu email yang diterima ikran.

ikran memicit dahinya. kepalanya pusing akibat kekurangan rehat.

" tuan.. nak makan apa-apa tak?" tanya nazim perasan dengan keadaan ikran yang seperti lesu itu.

ikran menggeleng. kepalanya disandarkan pada seat dan mata dipejam. tangan membuka butang atas kemejanya. menyantaikan diri. dia ingin melelapkan matanya sekejap pun jadilah.

nazim senyum dalam hati melihat keadaan ikran. jarang big bossnya itu kelihatan lesu tidak bermaya. selalu dalam flight pun big boss tetap akan meneliti semua dokumen penting. masih menyelesaikan urusan kerjanya. jarang masanya diabaikan sebegitu sahaja. setiap saat adalah duit. namun.. hari ini dalam sejarah. big boss kelihatan penat dan sudah tidur. siap berdwngkur halus dan yang paling ketara. leher big boss,merah kebiru-biruan dibelasah lady boss. he..he.. dasyat..dasyat lady boss... sampai lesu big boss dikerjakan.

ikwan memandang nazim. pelik. ikran yang 24jam bekerja sedang tidur. tanda tanya di wajah di hantar kepada nazim.

nazim menggeleng. bibirnya dijuihkan kearah ikran. menyuruh ikwan melihat sendiri.

ikwan mengikut arah mata nazim kemudian dia tersenyum. cepatlah lepasni ku najah menimang cucu. sampai lemah lesu alongnya. ikwan ketawa besar dalam hati. sudah terbayang ada kanak-kanak memanggilnya pak ngah.

cempaka menyambung tidur selepas sarapan pagi. sejak akhir-akhir ini dia jadi kuat tidur pula. pantang masuk bilik nampak katil,matanya mulalah layu. menguap sahaja.

" mana lady boss?" tanya jefri tercongak-congak kepalanya mencari.

dayana menunjuk ruangan atas. kemudian isyarat tidur dibuat.

jefri mengangguk.

" dah mula siasat?" tanya jefri tentang perkembangan misi dayana.

dayana menggeleng. hari ini,dia tidak sempat lagi berbual-bual bersama cempaka. wanita itu kelihatan lemah tidak bermaya sewaktu di meja makan sebentar tadi. sekejap-sekejap menguap. macam tidak tidur semalaman.

" ermm.. cari sampai dapat siapa lelaki tu.. kalau boleh jangan biar dia apa-apakan lady boss.." tekan jefri sambil mengenakan jaket kulitnya. dia ingin keluar sebentar mencuci mata. kunci motonya diambil.

" jangan biar cik puan keluar tanpa pengawasan. ada apa-apa yang pelik..terus call.." pesan jefri terus keluar. selang beberapa minit kedengaran bunyi enjin ktm dukenya keluar dari perkarangan villa.

dayana memandang ruang atas seperti telus dinding. dia tidak mahu mengganggu masa cempaka. biarlah wanita itu tidur tanpa gangguan dahulu. sebentar lagi apabila wanita itu sudah sedar,barulah sedap bercerita. banyak yang ingin dayana korek.

" cik yana nak apa-apa?" tanya mira.

dayana menggeleng. alat kawalan televisyen diambil. satu persatu siaran menarik ditekan. bosan sebenarnya duduk di villa ini. tiada aktiviti mencabar untuk dilakukannya.

ikman tersenyum melihat gambar yang dihantar ikwan pada telefon bimbitnya. satu persatu perubahan big boss semakin ketara kelihatan. apakah awan mendung dalam keluarganya akan pudar? semenjak bernikah,ikran kelihatan hidup. tidak seperti dahulu. kerja..kerja dan kerja.. boleh mati kalau tidak bekerja.

ku najah mengesat air mata tuanya di pipi. sedih melihat anak sulungnya. tidak menyesal dia memaksa ikran mengambil cempaka sebagai isteri. dia melihat satu sisi nirina dalam diri cempaka yang boleh membuat ikran bernyawa kembali. satu ketika dahulu,jikalau peristiwa hitam itu tidak terjadi. pasti kini tempat cempaka itu akan diduduki nirina. anak yatim piatu yang kematian ibu dan bapanya. anak yang diambilnya diasuh dan dijaga ketika berusia 15 tahun. namun kerana kedegilan ikran,nirina pergi tiba-tiba. pergi yang tidak mungkin kembali. pergi yang membawa seribu tanda tanya.

" angah.. papa.. ateh akan balas dendam terhadap keluarga perempuan itu yang menyebabkan angah dan papa pergi dalam keadaan penuh tragis. terutama ikran yang menyebabkan angah mati penub tragis dan papa kemalangan." janji al fateh menggenggam foto keluarganya. air mata jantannya menitis.

masih terbayang wajah adiknya al hafiz yang gembira bercerita tentang wanita pujaannya, nirina. namun saat bahagia itu tamat begitu sahaja apabila tiba-tiba mereka mendapat khabar nirina akan menikah bersama ikran. masih terbayang al hafiz yang balik dalam keadaan mabuk setiap hari. menghitung hari gadisnya akan dinikahkan. kemudian yang paling menyayat hati,adiknya ditemui mati dikelar seluruh tubuh tanpa belas. ditusuk dengan botol kaca pecah. pembunuhnya masih tidak dapat dicari sehingga kini dan yang paling menyedihkan..selepas bertemu ikran, papanya memandu dalam keadaan tertekan,kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. malang sungguh nasib keluarganya. ibunya mengalami masalah mental, perusahan keluarganya hampir muflis. namun saat mendapat khabar nirina meninggal,itulah saat yang paling membahagiakannya. walau nirina

tidak mati di tangannya. kisah cinta berdarah antara nirina dan al hafiz musnah di tangan ikran. kini ikran boleh berseronok menikmati hari indahnya bersama cempaka. tidak. dia tidak akan membenarkan ikran bahagia.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C53
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login