Baixar aplicativo
44.33% cempaka dirembulan / Chapter 47: mudah menjadi jahat sukar menjadi baik.

Capítulo 47: mudah menjadi jahat sukar menjadi baik.

al fateh mengeluarkan telefon bimbitnya, mendail satu nombor dan dengan sabar menanti panggilannya bersambung.

" selewatnya esok pastikan ia sampai.." satu nafas al fateh memberi arahannya.

ada senyuman sinis di bibirnya apabila talian dimatikan.

" rasakan ikran.. satu persatu aku akan mula hapuskan kau. kita lihat setelah 5 tahun berlalu.. apakah kau masih hebat.." bisik al fateh perlahan sambil mengepal penumbuknya. urat-urat jantan di kekura tangannya timbul.

" isteri kau yang cantik itu akan tinggalkan kau tak lama lagi.." semakin galak ketawanya. kalau sesiapa melihatnya pasti menyangka lelaki berwajah lembut ini gila.

nadia membaling segala barang-barang yang tercapai di tangannya.

" dear... please.. jangan marah... kalau you suka gelang tangan tu.. i akan cuba berunding dengan cempaka." dezrin memujuk nadia yang dari semalam lagi mengamuk tidak tentu pasal.

wanita ini tidak dapat menerima kekalahan.

" you tahu tak.. i sakit hati ni.." jerit nadia lagi.

" iyer..i tahu.. come..sini i hilangkan sakit hati you.." dezrin memujuk. dia ada waktu-waktunya tidak faham jenis persahabatan yang ada antara nadia dan cempaka. mereka berdua seolah-olah bertanding. nadia selalunya takut kalah atau kecewa di tangan cempaka. mujur cempaka itu pendek dan tidak boleh masuk dunia peragaan.

" you perasan tak malam tadi.. cempaka punya senyum.. plastik!!" cemuh nadia. gelagat cempaka bersama ikran masih terbayang lagi fi ruang matanya. gelagat ikran menyarungkan gelang di tangan cempaka seperti mencarik-carik jantungnya. kenapa cempaka harus memiliki yang terbaik? sepatutnya tempat dia adalah di sisi ikran. lelaki seperti ikran itu haruslah bersama dengan wanita sepertinya.

" i akan buat sedaya habis untuk menjatuhkan cempaka..." dan... merampas ikran..sambung nadia dalam hati.

kasihan dezrin. sepatutnya dezrin tinggalkan sahaja nadia. cari wanita lain yang lebih layak. tapi itulah cinta itu bodoh atau dezrin yang bodoh. rela membodohi dirinya.

cempaka menghalau semua pembantu yang ingin membantu di dapur. malam ini dia ingin memasak masakan istimewa untuk ikran. kata orang tua, sayangkan suami ikat perutnya dengan masakan. untungla kalau ikran akan terpikat dengannya.

" awak... fon awak dari tadi berbunyi..." suara ikran dari arah pintu masuk dapur mengganggu konsentrasinya.

cempaka yang sedang menggoreng ayam sekilas menoleh.

" abang tolong jawapkan.." suruh cempaka tanpa memperdulikan siapa si pemanggil.

" private number. " maklum ikran. kutlah panggilan penting isterinya. namun dsri tadi tidak henti berdering. risau juga.

" abang jawapkan je lah.." cempaka buat tidak kisah.

" hmm.." ikran menekan button hijau sambil berjalan keluar dari dapur.

" hello..." tiada sahutan.

" hello..." masih tiada sahutan. hanya deru nafas yang kedengaran.

ikran sangsi.

" hello.." di sana tetap diam. ikran sudah berura-ura untuk menekan tanda merah namun terlintas satu nama di kepalanya.

" al fateh?" tanya ikran. suaranya diseriuskan.

" bingo.." suara di sana akhirnya muncul.

" kau nak apa?" tanya ikran melabuh duduk di kerusi meja makan. matanya diarah ke pintu dapur. risau cempaka akan muncul bila-bila masa.

" kau tahu apa yang aku nak.." al fateh bermain teka-teki.

" cempaka tiada kaitan diantara hal aku dengan kau." ikran menekan suaranya.

al fateh ketawa kuat.

" dia dah jadi hal aku bila dia dah jadi hak kau.."

ikran senyum sinis.

" fateh.. berhenti sebelum kau menyesal." pesan ikran lantas menekan tanda merah.

tiada guna bercakap dengan orang yang tidak menggunakan akal yang waras. ikran bangkit menuju ke dapur. tubuh cempaka yang sedang memasak membelakanginya direnung.

cempaka adalah isterinya. cempaka juga sudah meluahkan rasa cinta kepadanya. dia tahu cempaka gadis baik. gadis yang baik harus mendapat layanan yang baik. jadi dia akan mencu a sebaik mungkin memberi yang terbaik untuk cempaka. melayan dan memenuhi keperluan cempaka selayaknya. isterinya itu tidak harus terlibat dalam masalahnya bersama al fateh. dia sangat senang apabila melihat cempaka di depan mata namun untuk membalas rasa cinta kepada cempaka,tiada. buat masa ini tiada cinta untuk cempaka.

" abang?" cempaka memandang ikran dengan tanda tanya di wajah.

" kenapa?" soal cempaka. bulat matanya memandang ikran.

" kenapa fateh ada nombor telefon awak?" tanya ikran serius nadanya.

cempaka mengangkat bahu.

" abang dah bagitahu dia.. jangan call awak lagi lepas ni.."

cempaka angguk. baguslah. dia pun tiada masa nak melayan. dab terang tahu yang dia ni bini orang,kenapa nak ganggu. kang cakap bodoh.. memang bodoh.

" kalau dia call.. jangan layan.." pesan ikran lagi. tidak puas hati.

" iya abang... saya tahu saya ni bini orang.. biarkanlah dia. lagipun mungkin dia dapat nombor saya daripada nadia." cempaka menjawap malas. tak habis-habis isu al fateh. apa masalahnya dengan al fateh ni?

setelah mendengar jawapan cempaka,ikran terus berlalu. kaki di bawa ke bilik kerjanya. telefon bimbitnya diambil. nombor nazim didail.

" nazim.. sediakan dua orang untuk jaga cik puan sepanjang saya tiada.." kerah ikran tanpa salam.

nazim yang sedang makan mengangguk. macam ikran dapat lihat dari telefonnya.

" saya nak semua aktiviti cik puan sepanjang saya tiada sentiasa mereka update kepada saya dan dengan siapa cik puan berjumpa." arah ikran lagi.

" baik tuan... tapi... kenapa?" nazim mestilah kena tahu,kenapa sampai begitu. takkan nanti cik puan ikut pergi tandas, diorang semua kena ikut.

" al fateh.." ikran menyebut nama musuh utamanya.

nazim sudah tahu.

" baik.. saya akan uruskan sekarang.." nazim akur. keselamatan cik puan paling utama sekarang. ikran kelihatan sangat menjaga semua tindak tanduk cempaka. siapa tak sayang isteri kut..

" saya nak yang terbaik.. "

" baik tuan.. yang terbaik.."

ikran meletak panggilannya. nafas kasar dilepas.

" tuan... tuan muda bongsu datang.." maklum butler mario di muka pintu ruang kerjanya.

" suruh dia naik sini.." arah ikran mengambil satu fail penting untuk diberi kepada ikman.

butlee mario tanpa banyak soal terus berlalu.

" wasssaaappp bro.." sapa ikman yang bersinglet hitam dan berseluar pendek corak bunga-bunga. santai habislah tu kononnya.

ikra melihat penampilan adiknya itu atas bawah . dah macam orang pergi pantai pun ada.

" duduk.. aku ada hal nak bincang dengan kau."

suruh ikran memberi isyarat agar pintu ditutup.

ikman menurut arahan abang sulungnya. dia walau kelihatan seperti suka bermain dan tidak serius,namun apabila bersama abangnya ini,dia menjadi sangat mudah menurut. rasa hormat kepada ikra sangat menebal dalam dirinya.

" tolong jaga cempaka dan pastikan dia jauh dari al fateh.." arahan pertama ikran.

ikman menseriuskan wajahnya apabila nama itu muncul di bibir abangnya.

" apa lagi jantan tak guna tu nak?tak cukup lagi dengan apa yang dia dah buat.." marah ikman mengepal penumbuknya.

" kita tak tahu.. sekarang ni.. dia mula menyasarkan cempaka..along dah suruh nazim siasat." ikran mula menerangkan satu persatu perkara yang diketahuinya kepada ikman. kedua mereka berwajaha serius. apabila isu itu melibatkan al fateh,ia akan menjadi isu utama dan penting. kerana ia berkait rapat dengan kisah hitam keluarga mereka.


Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C47
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login