damien berdiri tegak bersama kedua dua tangannya diletakkan di kocek seluarnya sambil menghayati suara merdu crystiana yang sedang mengalunkan lagu sepenuh hatinya.
" suara dia merdu ." desis damien perlahan namun masih tetap didengari oleh sekretarinya . lalu dia meminta fail yang berisi maklumat peribadi crystiana.
" data peribadi tentang keluarga dia dan asal usul dia tak berjaya dijumpa tuan . walaupun sudah dicari berkali kali . "ucap sekretarinya iaitu xander yang sudah berumur 30 an.
" dia jadi jadi artis global yang sangat terkenal hanya dalam masa 5 tahun . semua akan tahu yang dia ada orang dekat belakang . jadi tak pelik kalau kau tak dapat cari pasal dia . " balas damien dengan menyelak kertas yang dipenuhi dengan kejayaannya selama 5 tahun menjadi artis sambil menikmati suara crystiana yang lunak itu. kemudian dia menutup fail itu dan memandang tepat wajah crystiana untuk fokus kerana perasaannya menjadi tenang apabila dia mendengar nyanyiannya.
" I'm going under and this time I fear there's no one to save me
This all or nothing really got a way of driving me crazy
I need somebody to heal
Somebody to know
Somebody to have
Somebody to hold
It's easy to say
But it's never the same
I guess I kinda liked the way you numbed all the pain
Now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved " crystiana mengakhiri nyanyiannya bersama satu senyuman di bibirnya .
" thank you for having me . i love you all . goodbye . have a nice day everyone ." ucap crystiana sebelum meninggalkan pentas bersama gitar di tangannya.
" lets go" ujar damien apabila melihat crystiana sudah menghabiskan persembahannya lalu memberi fail yang dipegangnya kepada xander .
" kak belle . ada orang dekat luar nak jumpa." ucap nina kepada crystiana yang baru sahaja menukar pakaiannya .
" nak jumpa ? siapa ?" soal crystiana kerana dia yakin bahawa dia tidak mempunyai janji temu dengan sesiapa pada hari itu.
" taktau . tapi dia bawa tag vvip. " balas nina .
"okay . suruh dia tunggu sekejap . " ucap crystiana . dia adalah satu satunya artis yang berani menyuruh pihak ternama seperti vip untuk menunggunya di ruang menunggu . nina yang mendengarnya langsung melopongkan mulutnya.
" kalau jenna dah siap kerja dia . suruh dia pergi sekali . " ucap crystiana lagi lalu merapikan kembali makeupnya .
damien segera bangun dari tempat duduknya dan merapikan bajunya sebelum bersalaman bersama crystiana .
" finally kita berjumpa juga cik belle white . nama saya damien alexandrio . panggil sahaja saya damien " ucap damien ketika berjabat tangan dengannya. kemudian crystiana menganggukkan kepalanya .
" saya belle white ." balas crystiana pendek bersama sikap yang selalu dia lakukan sewaktu di dalam urusan kerja.
" saya sangat gembira akhirnya kita dapat berjumpa .cik belle betul betul live up to your name . saya tak pernah lagi jumpa penyanyi yang sangat bagus macam cik belle " puji damien dengan ikhlas kepadanya namun crystiana hanya tersenyum kecil apabila mendengarnya .
"terima kasih . saya sangat senang hati bila encik menikmati persembahan saya . boleh saya tahu urusan apa yang bawa encik damien di sini ? adakah kita pernah berjumpa sebelum ni?" ucap crystiana terus terang . damien hanya tersenyum apabila melihat sikap crystiana yang tidak mengambil kisah tentang pujian dan langsung menembak pelbagai soalannya. kemudian damien tertawa kecil sebelum menjawab soalannya.
"tidak . kita belum pernah berjumpa lagi . tetapi saya sangat kenal dan rapat dengan manager cik belle . jenna . saya buat keputusan untuk batalkan semua temu janji saya hari ini untuk berjumpa dengan cik belle ...."
" jenna ? em . boleh saya tahu kalau cik damien berminat untuk jalankan projek dengan saya ?" potong crystiana
" er tidak . saya datang hari ini untuk meminta jasa baik cik belle untuk memutuskan kontrak bersama cik jenna . saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ganti rugi tersebut ." ucap damien berterus terang akan niatnya untuk bertemu crystiana.
" maafkan saya untuk bercakap seperti ni. encik damien tak pernah berjumpa dengan saya tetapi rapat dengan manager saya . dan datang pada hari ini tanpa membuat temu janji dengan manager saya yang sememangnya rapat dengan encik . jadi saya buat kesimpulan bahawa encik damien membuat keputusan yang agak kurang menyenangkan dengan masuk campur urusan peribadi kawan ' rapat ' encik damien dari belakangnya. " balas crystiana dengan ayat yang formal tetapi mempunyai maksud yang kasar. dia juga sudah mulai merasakan bahawa lelaki yang berada di hadapannya membawa aura yang membuatkan dia tidak selesa.
" lihat kepada keputusan encik yang dengan berbesar hati mengosongkan jadual yang sangat padat untuk berjumpa dengan saya hari ini . saya akan lupakan dan tidak dengar dengan pertemuan kita hari ini ."sambungnya lagi . wajah xander dan bodyguard damien langsung berubah terkejut akan bentuk bicaranya yang seperti itu . damien yang tidak terkejut dengan sikap peribadi crystiana kepadanya hanya tertawa besar .
" seperti yang dijangkakan . Hahahha . sikap dan peribadi cik belle memang sama dengan cik jenna . tetapi . saya datang hari ini bukan untuk mendengar penolakan dari cik belle . saya sangat berharap hasrat saya berjaya ditunaikan . sebagai ganti . saya akan beri pampasan yang sesuai dengan hasrat saya . jangan risau . saya seorang ahli perniagaan . setiap urusan pasti akan ada suasana win - win"
" oh ye ? tapi bagi saya tidak . saya mempunyai pemikiran yang berbeza . 'there is no a win win situation if i dont get what i want' sebelum jenna jadi menjadi manager dia merupakan kawan baik saya . jadi sila berubah fikiran jika encik damien tetap mahu katakan jenna kawan 'rapat' sebab . di dalam pengetahuan saya . jenna tidak pernah ada kawan 'rapat' selain dari staf . tahap kesabaran saya hanya sampai disini ."ucap crystiana dengan wajah yang dingin . dia merenung wajah damien dengan lama untuk memeriksa jika damien membohonginya namun damien malah menunjukkan reaksi biasa dan serius dengan ucapannya.
" baiklah . saya merupakan tunang jenna . kami bertunang untuk masa yang lama . dalam masa 7 tahun dan sudah sampai masanya untuk kami masuk ke alam perkahwinan dan saya tak berhasrat untuk melihat dia bekerja . " ujar damien
" adakah encik damien ... orang yang selama ini ganggu ketenangan jenna ? memaksa dia untuk pindah randah dari setiap tempat ? dan orang yang sama . yang elak dia untuk bercakap jujur dengan saya ?"
" hmm . rasanya 100 % betul . dan secara jujur . saya akan buat pelbagai cara untuk jenna berhenti dari kerja ni . sebagai ganti saya akan jadi backup cik belle . saya akan tunaikan semua permintaan cik belle " ucap damien sebelum crystiana ketawa terbahak bahak mendengarnya . kemudian dia memandang xander dan bodyguardnya
" awak semua dengar apa yang dia cakap? hahahaahaha . encik damien . saya rasa encik damien perlu kerah lagi banyak masa untuk tahu fasal saya . jadi backup saya ? kenapa tawarkan benda macam tu ? saya tak perlukannya. apa yang encik damien fikirkan sepanjang karier saya ? ofcourse setiap artis pasti akan ada backup di belakangnya . termasuk saya . tapi . saya berbeza dari yang lain . saya tak akan benarkan diri saya diperbudakkan dengan tawaran yang macam ni . saya hanya akan tawarkan tawaran yang menarik minat saya . hm contohnya .. dimana tawaran tu hanya akan berguna kepada saya sahaja . "
" jadi dengan itu . sila lupakan niat encik damien . saya mempunyai banyak backup dan tak pernah kurang . tawaran tu boleh disimpan dan beri kepada artis yang baru nak up . alright?" ucap crystiana yang membuatkan xander berapi rapi kerana menganggap crystiana tidak menghormati xander .
"cik belle . sila jaga kata kata cik belle ." potong xander namun diberhentikan oleh damien.
" saya harap cik belle boleh tukar fikiran selagi ada masa . xander akan bagi nombor untuk urusan kita . harap cik belle tidak mengecewakan saya . kerana saya tak dapat janjikan apa apa disebabkan kesabaran saya pun ada batasnya"
" terima kasih dengan sikap encik damien yang agak gentleman ini tetapi sorry but not sorry. saya tak akan duduk diam dengan ugutan encik damien ." ucap crystiana dengan sebelah kening yang terangkat sebelum perbualan mereka di ganggu oleh bunyi pintu di rempuh kasar .
"oh . ini pun dia orangnya . tajuk besar meeting kita . jenna . kenalkan ini dia . encik damien alexandrio . boleh luangkan masa untuk terangkan kepada saya jenna ?" bilang crystiana dingin kepada jenna yang baru sahaja berlari dengan sangat pantas setelah mendengar damien ingin menjumpai crystiana . dia dia tidak ingin merugikan setiap saatnya dan pertama kalinya dia langsung berlari dengan sangat pantas dan merempuh masuk bilik itu namun nampaknya dia masih sahaja tetap terlambat sehingga ke akhirnya . seluruh badannya dibasahi oleh peluh dingin dengan layanan yang diberikan crystiana . senyuman yang diberikannya membuatkan bulu roma belakang tengkuknya berdiri tegak .
" saya harap cik belle boleh fikirkannya selama beberapa hari . sila fikir dengan baik baik . saya akan tarik diri dahulu memandangkan keadaan akan jadi agak tidak berapa baik" ucap damien bersama senyuman jahat . lalu dia berjalan menuju ke pintu berselihi tubuh dengan jenna yang berdiri tegak di belakang crystiana
" tunggu . "
like seriously . i dont know why my chapter keep messing up . literally its freaking annoying to me . im updating with the corect chapter but when i saw it on another day . its a wrong chapter .im gonna try fix the chapter. but then its my fault again that i didnt check and correcting it faster . now im pretty busy with my schedule and i didnt know when i can write . but dont worry . i will still write . hope this shit didnt repeat again . its ruining my day .