Baixar aplicativo
5.7% NAGA PUSAR / Chapter 46: Kejutan Menggembirakan

Capítulo 46: Kejutan Menggembirakan

Editor: EndlessFantasy Translation

Hillman berdiri di satu sudut berhampiran pagar. Dia berjalan ke arah Linley sambil tersenyum. "Pengurusan Institut Ernst sangat ketat. Mereka benar-benar tidak membenarkan Pak Cik masuk ke dalam sebaliknya mengarahkan pengawal memanggil kamu. Pak Cik tak sangka kamu sebenarnya ada di luar."

Linley berpaling lalu berkata, "Yale, kamu semua masuk dulu, saya akan sertai kamu kemudian."

Yale, George dan Reynolds melemparkan senyuman ke arah Hillman dan masuk ke Institut Ernst.

"Mengapa Pak Cik Hillman datang ke mari? Saya fikir Pak Cik hanya ke sini untuk mengambil saya selepas semester berakhir?" soal Linley.

"Mari kita berbual di sana." Hillman menarik Linley ke satu sudut. Terdapat sebuah keriangan yang tidak dapat ditahan di wajahnya. "Linley, Pak Cik ada berita baik untuk kamu. Sangat baik."

Mata Linley bersinar.

"Berita apa?" Linley mendesaknya.

Hillman tersenyum. "Linley, ingatkah kamu tarikh lahir Wharton?"

"Sudah tentu. 3 Januari. Apakah berita itu ada kaitan dengan tarikh lahir Wharton?" soal Linley.

Hillman ketawa. "Sekarang sudah bulan Disember, jadi umur Wharton sudah hampir enam tahun. Malam semalam, bapa kamu menguji darah Wharton untuk ketumpatan darah naga di dalam tubuhnya di dewan pusaka. Dan keputusan ujian itu.." * Haha * Hillman sekali lagi menghamburkan tawanya.

Jantung Linley berdegup dengan lebih kencang.

Ujian ketumpatan darah naga dia...

Mungkinkah…

Linley bertanya, "Adakah ketumpatan darah naga dalam darah Linley mencapai keperluan?"

Hillman ketawa kuat lalu mengangguk. "Benar. Bapa kamu begitu gembira. Dalam keterujaannya, dia meminum wain dengan Pak Cik sehingga lewat malam tadi. Bapa kamu berkata bahawa dua orang anaknya merupakan kebanggannya. Seorang ahli sihir handalan dan seorang lagi adalah Pahlawan Berdarah Naga." * Haha *

"Menakjubkan."

Hati Linley dipenuhi dengan keterujaan.

Sebelum Wharton menjalani ujian ketumpatan darah naga di dalam tubuhnya, harapan puak legenda Pahlawan Berdarah Naga disandarkan di bahu Linley seorang. Semakin tinggi pencapaian puaknya suatu ketika dahulu, semakin berat beban yang ditanggung Linley.

Tetapi sekarang…

Adiknya mempunyai ketumpatan darah naga yang mencukupi. Selepas bekerja keras selama beberapa dekad, dia mampu menjadi Pahlawan Berdarah Naga yang masyhur di seluruh dunia.

"Pak Cik datang ke mari untuk menyampaikan berita menakjubkan ini kepada kamu. Bapa kamu berkata kepada Pak Cik, orang yang paling kuat di pekan Wushan cuma Pak Cik dan dirinya sendiri. Kami berdua hanya pahlawan tahap keenam! Tahap kemahiran kami tidak cukup untuk membimbing adik kamu sementelah kaedah latihan puak kamu pula memanglah ditulis tetapi tidak jelas." Wajah Hillman bertukar suram. "Jadi, bapa kamu memutuskan untuk menghantar adik kamu di Akademi O'Brien di Empayar O'Brien untuk belajar. Di bawah empayar ketenteraan perkasa itu terdapat sebuah akademi tentera yang terbaik. Adik kamu akan menerima bimbingan yang terbaik."

Linley juga turut sama bersetuju.

Seseorang yang mempunyai kekuatan kebinatangan tetapi kurang penguasaan teknik dan pengalaman tidak lebih daripada seekor beruk besar tidak berakal.

"Nanti dulu." Linley berkerut sambil memandang Hillman. "Pak Cik Hillman, yuran pengajian di Akademi O'Brien pasti sangat tinggi. Walaupun mereka tidak mengenakan bayaran terhadap pelajar dari empayar mereka, mereka pasti akan mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar yang datang dari empayar luar." Linley masih ingat yuran pengajian yang perlu dibayar oleh Reynolds sewaktu mendaftar masuk di Institut Ernst.

Hillman mengangguk. "Yuran pengajian tahunan di Akademi O'Brien kira-kira lima ribu syiling emas. Bapa kamu berniat untuk menghantar Pak Cik Hiri untuk mengiringi perjalanan Wharton dan menjaganya di sana. Yuran pengajian di sana amat tinggi. Dalam masa sepuluh tahun, jumlahnya mencecah lima puluh ribu syiling emas."

Lima puluh ribu syiling emas lebih kurang sama nilainya dengan seluruh harta benda puak Baruch jika terjual.

"Oh, ya! Pak Cik Hillman."

Hillman memandang Linley dengan penuh tanda tanya apabila dia melihat Linley mengeluarkan kad kristal ajaib dari dalam poketnya. Hillman tergamam. 'Kad kristal ajaib?" Sewaktu dia perkhidmatannya sebagai askar sebelum ini, dia pernah melihat kad kristal ajaib itu.

"Linley, bagaimana kamu boleh memiliki kad kristal ajaib ini? Ayah kamu sendiri tak milikinya." Hillman memandang Linley dengan riak terkejut.

Linley menarik Hillman dan berkata, "Saya menang kad kristal ajaib ini daripada seorang budak kaya yang kalah dalam pertarungan magik dengan saya. Mari kita ke Bank Emas Empat Empayar." Kini, pengawal yang berjaga di pintu utama Institut Ernst tidak lagi menghalang Hillman daripada masuk kerana mereka cam Linley yang keluar meninggalkan institut awal pagi tadi.

Bagi Linley, dia tidak begitu memerlukan duit lebihan tersebut. Jika dia dapat menggunakan duit itu untuk membantu keluarganya, itu sudah lebih daripada cukup.

Di dewan utama manor puak Baruch di Pekan Wushan.

Hogg sedang merenung.

Puaknya kini telah menghasilkan keturunan yang memiliki ketumpatan darah naga yang diperlukan. Oleh hal demikian, dia harus memberinya pendidikan yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa hidup mengemis, ia sangat berbaloi. Tiada keraguan!

"Kepada siapa saya patut menjual skrin ukiran batu dalam bilik tidur ini? Philip terlalu kedekut, dia pasti tidak akan memberikan harga yang tinggi." Hogg masih lagi merenung tanpa henti.

Yuran pengajian yang perlu disediakan untuk menghantar Wharton ke Akademi O'Brien sangat tinggi. Persoalan yang bermain di minda Hogg ialah bagaimana caranya dia mahu menjual harta benda puaknya dengan harga yang tinggi.

Tiba-tiba, kedengaran derapan tapak kaki.

Hogg berpaling dan berkata, "Hillman, kamu sudah pulang. Eh, apa benda yang ada di bahu kamu itu?"

Hillman melemparkan beg yang berada di bahunya ke atas lantai. Beg tersebut terhempas ke lantai dan menghasilkan bunyi yang kuat. Jelas sekali, beg itu sangat berat.

"Tuan Hogg, Linley minta saya bawakan ini kepada tuan." Hillman membuka beg tersebut dan menuang segala isinya. Satu demi satu karung kecil berwarna emas keluar dan menimbun di atas lantai. Bunyi dentingan syiling emas di dalam karung emas itu jelas kedengaran.

Karung berwarna emas itu hanya digunakan oleh Bank Emas Empat Empayar. Kebiasaannya, setiap beg mengandungi seratus syiling emas.

"Syiling emas? Banyaknya emas. Sekurang-kurangnya ada sepuluh ribu syiling emas di sini." Hogg merenung Hillman, terkejut. "Hillman, kamu kata Linley minta kamu membawanya pulang?"

Hillman berkata dengan serius, "Jumlah keseluruhannya ialah sembilan ribu sembilan ratus syiling emas. Linley minta saya bawakan ini kepada tuan. Seorang budak kaya di Institut Ernst bertarung dan kalah kepada Linley dengan taruhan sebanyak sepuluh ribu syiling emas. Linley menyimpannya ke dalam kad kristal ajaib dan kini dia mengeluarkan semua bakinya."

Hillman masih lagi ingat apa yang dikatakan Linley kepada atendan di Bank Emas Empat Empayar. "Keluarkan semuanya!"

"9900 syiling emas? Kepunyaan Linley?"

Hogg tercengang melihat timbunan karung berisi syiling emas itu.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C46
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login