Baixar aplicativo
4.34% NAGA PUSAR / Chapter 35: Arahan

Capítulo 35: Arahan

Editor: EndlessFantasy Translation

Masa berjalan dan sekelip mata, beberapa bulan telah berlalu. Banyak pokok baru telah mula tumbuh di pekan Wushan, memenuhi kawasan dengan suasana musim bunga.

Di bawah pokok pain.

Linley sedang duduk bersila dalam keadaan tafakur sawai, menghasilkan daya sihir.

Selepas memasuki tafakur sawai, Linley dapat merasai dengan jelas sejumlah besar bintik-bintik cahaya tanah dan bintik-bintik cahaya hijau. Bintik-bintik cahaya yang terlalu banyak itu berterusan melingkar masuk ke tubuh Linley, melalui anggota badan dan tulangnya, ditulenkan dan disimpan dalam pusat tenaga di dadanya.

Di dalam pusat tenaganya terdapat kabus berasap warna tanah yang bercampur dengan kabus berasap hijau.

Kabus warna tanah merupakan unsur daya sihir tanahnya manakala kabus hijau pula merupakan unsur daya sihir anginnya.

"Huh." Linley melepaskan nafas perlahan dan keluar dari tafakur sawai.

Doehring Cowart yang memakai jubah putih bulan, duduk bersila di sebelahnya, mengukir senyuman di wajahnya sambil menikmati pemandangan di sekelilingnya. Apabila melihat Linley sudah tersedar, beliau ketawa. "Linley, esok kamu akan pergi ke Institut Ernst, tetapi kamu masih lagi bekerja keras untuk latihan hari ini?"

Bibir Linley menguntum senyuman. "Atuk Doehring, saya rasa Atuk juga yang ingatkan saya seorang ahli sihir perlu bekerja keras setiap hari dan tak mempunyai masa untuk bersenang-lenang walaupun seketika. Hanya latihan berterusan dalam jangka masa panjang yang akan menghasilkan kuasa yang menakjubkan."

"Budak keletah, sekarang kamu pula mahu beri arahan kepada Atuk, ya?" Doehring Cowart ketawa sambil 'merungut'.

"Hehe," Linley ketawa kecil.

"Woosh!" Kelibat hitam datang dari jauh dengan pantas menuju ke arah mereka. Ia muncul di atas bahu Linley dalam sekelip mata. Kelibat tersebut adalah Bebe, Tikus Bebayang kecil. Bebe kecil bersandar ke Linley, membuat gaya mengunyah dengan mulutnya, sambil menunjuk ke arah arnab liar yang sudah mati berhampiran mereka.

Daripada riak wajah Bebe, Linley tahu apa yang dimahukannya.

"Kamu mahu saya memasaknya?" Linley ketawa sambil berkata.

Bebe mengangguk berulang kali.

'Linley.' Doehring Cowart di sisinya bercakap dalam fikirannya. 'Tikus Bebayang kecil ini sangat aneh. Sudah beberapa bulan berlalu, tetapi jika dilihat daripada saiznya, ia seakan-akan tak membesar. Bagi seekor bayi Tikus Bebayang, tumbesaran sewaktu kecil sepatutnya dapat dilihat dengan jelas.'

'Saya pun tak tahu.' Linley menggelengkan kepalanya.

Walaupun saiz Tikus Bebayang Bebe tidak membesar, namun kepantasannya meningkat dengan luar biasa sekali.

'Ia sangat pelik.' Doehring Cowart melihat ke arah Bebe. Pada ketika itu, Bebe tidak tahu ada roh yang sedang memerhatikannya.

"Hari sudah lewat. Saya perlu memulakan latihan kepahlawanan tak lama lagi." Linley bangun lalu mengambil bangkai arnab liar itu dan turun dari kawasan pergunungan. Doehring Cowart terbang di sebelahnya dan dengan tidak gembira berkata, "Linley, suatu hari nanti kamu akan menjadi seorang ahli sihir. Mengapa kamu masih lagi menjalani latihan kepahlawanan?"

Linley ketawa. "Atuk Doehring, saya dapati latihan pahlawan dapat meningkatkan daya tahan saya, dan apabila daya tahan saya meningkat, maka intipati spiritual saya juga akan turut sama meningkat."

"Atuk tahu. Itu sudah tentu." Doehring Cowart berkata dengan nada tidak puas hati. "Tetapi bagaimana latihan asas seperti itu, jika dibandingkan dengan tafakur sawai, dapat meningkatkan intipati spiritual?"

Linley mendiamkan diri dan tidak lagi bercakap.

Walaupun benar latihan kepahlawanan dapat meningkatkan intipati spiritual seseorang tetapi itu bukanlah sebab yang sebenar.

Alasan sebenar mengapa Linley tetap meneruskan latihan kepahlawanan ialah disebabkan ini. 'Pada masa akan datang, jika saya mempunyai peluang untuk minum darah naga segar, saya boleh menjalani latihan mengikut Buku Rahsia Latihan Darah Naga. Saya perlu meneruskan latihan fizikal saya. Badan kita ibarat sebuah bekas dan qi-tempur ibarat wain. Tubuh badan sangat penting. Jika saya membina asas saya sejak awal, perkembangan saya akan lebih cepat ketika mempelajari Buku Rahsia Latihan Darah Naga kelak.'

Sebenarnya, berdasarkan daya tarikan intipati unsur Linley, dia tidak perlu menghabiskan banyak masa dan berusaha lebih setiap hari untuk mengumpul dan menjana daya sihir.

Kebanyakan masanya dihabiskan dengan tafakur sawai, melatih intipati spiritualnya.

Tetapi menghabiskan terlalu banyak masa berlatih intipati spiritual juga amat memenatkan. Latihan kepahlawanan ialah satu bentuk rehat dan latihan alternatif.

Keesokan paginya, semua orang kebanyakan pekan Wushan berkumpul di jalan utama semata-mata untuk mengucap selamat jalan kepada Linley. Ia perkara yang membanggakan bagi penduduk pekan Wushan apabila berupaya menghasilkan ahli sihir yang akan memasuki Institut Ernst.

Setiap tahun, Institut Ernst hanya menerima 100 orang pelajar dari seluruh benua Yulan.

Pada ketika ini, Linley masih berada di dalam manor puak Baruch sementara Hillman dan yang lain-lain sudah berada di luar. Orang yang berada di dalam manor hanyalah Hogg, Linley, si kecil Wharton dan juga penjaga rumah mereka, Hiri.

"Linley, hari ini kamu akan bertolak ke Institut Ernst dan secara rasmi menjadi pelajar institut berkenaan. Apabila kamu menamatkan pengajian dari Institut Ernst, kamu akan menjadi ahli sihir yang berkuasa! Sebelum kamu berlepas, sebagai ayah kamu, Ayah mahu berpesan..." Pada hari terakhirnya, ada banyak perkara yang ingin Hogg katakan kepada Linley.

Tetapi setelah terdiam agak lama, Hogg hanya berkata dengan ringkas. "Linley, jangan kamu lupa keinginan mendalam nenek moyang puak Baruch yang telah disimpan berabad lamanya, dan ingat penghinaan ke atas puak Baruch!"

Wajah Hogg nampak sedikit pucat.

"Apabila kamu tamat pengajian, kamu akan menjadi sekurang-kurangnya ahli sihir tahap keenam. Jika kamu bekerja keras dan berlatih dengan bersungguh-sungguh, tak sukar buat kamu untuk menjadi ahli sihir tahap ketujuh. Tambahan pula, kamu ahli sihir dua unsur! Ahli sihir dua unsur tahap ketujuh ialah individu yang berkuasa di Kerajaan Fenlai. Suatu hari nanti, kamu pasti dapat mengembalikan harta pusaka puak kita. Jika kamu gagal, walaupun Ayah sudah tiada, Ayah tak akan maafkan kamu!" Hogg merenung tajam ke mata Linley.

"Walaupun Ayah sudah tiada, Ayah tetap tak akan memaafkan kamu!"

Kata-kata Hogg itu membuatkan hati Linley gementar.

Ini arahan daripada bapanya sebelum dia meninggkan pekan Wushan.

"Ayah, jangan bimbang. Selagi saya hidup, saya akan pastikan harta pusaka puak kita dikembalikan kepada kita. Saya bersumpah!" Linley berjanji sambil membalas renungan tajam bapanya, mata jelas menunjukkan tekadnya.

Mata Hogg bersinar-sinar dan dia melepuk-lepuk bahu Linley.

"Ayah percaya pada kamu!"

Dalam perjalanan keluar dari timur pekan Wushan, Linley berpaling dan melihat beratus wajah yang dikenalinya keluar untuk mengucapkan selamat jalan, bersama bapanya, Hogg dan juga adik bongsunya Wharton yang berdiri di hadapan.

"Selamat tinggal, Abang!" Si kecil Wharton melambaikan tangannya.

Melihatkan bapa dan adiknya, Linley membalas lambaian itu. Matanya bertukar merah.

"Ayah. Wharton." Hati Linley dipenuhi kerinduan.

Sejak lahir, Linley tidak pernah meninggalkan rumah terlalu lama. Kali ini, dia akan meninggalkan kampung halaman dalam tempoh masa yang sangat panjang. Ketika ini, Tikus Bebayang kecil Bebe dengan patuh duduk diam di atas bahu Linley. Ia tidak membuat sebarang bunyi, seakan-akan memahami perasaan Linley. Tidak jauh dari situ, roh Doehring Cowart juga memandang Linley untuk memberi semangat kepadanya.

"Linley, mari pergi," ajak Hillman. Hillman mengiringi Linley ke Institut Ernst, bertindak sebagai pengawal peribadinya sekiranya mereka bertemu dengan mana-mana penjahat.

Linley dengan keberatan menoleh untuk melihat keluarganya buat kali terakhir dan akhirnya memaksa dirinya berpaling dan mula berjalan menuju ke Institut Ernst.

"Selamat tinggal, keluargaku. Selamat tinggal, rumahku."

Tahun 9991 kalender Yulan, Linley, kanak-kanak berusia sembilan tahun ditemani oleh Tikus Bebayang kecil, Bebe dan juga kapten pengawal pekan Wushan, meninggalkan pekan Wushan.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C35
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login