"Kau boleh berbincang dengan Ketua Persatuan kau jika tidak boleh membuat keputusan pada masa ini. Tetapi aku hanya boleh berikan kau masa satu hari untuk memikirkannya," kata Taring Darah. Dia tidak percaya terdapat pilihan lain untuk bekerjasama. Dia percaya yang Sayap Sifar tidak mampu untuk menyerahkan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat. "Seratus ribu Emas bukanlah jumlah yang kecil. Aku tidak percaya yang Sayap Sifar boleh mengumpulkan jumlah tersebut dalam masa yang sungguh singkat. Kau boleh membayar dahulu 40,000 Emas dan baki 60,000 Emas selepas lima hari."
Ketika ini Raven memang pokai. Mereka telah gunakan hampir kesemua duit mereka untuk membina peka dan mengupah pengawal NPC yang diperlukan.
Tetapi pengawal NPC ini masih tidak mampu untuk berdiri menentang semua raksasa tersebut.