Shi Feng terperanjat apabila Tuan Jack menghalangnya.
"Saudara, awak boleh bagi saya tengok pedang ini ke?"Tuan Jack memandang Shi Feng dengan mata diisi penuh dengan keiinginan yang membara. Nadanya tidak lagi selamba, tetapi sedikit berbisik.
"Ini…" Shi Feng buntu apabila ditanya Tuan Jack begitu.
Akan tetapi, Shi Feng melihat logiknya setelah memikir seketika.
Nilai tinggi sesebuah Senjata Sakti, tidak dapat disangkal, jangankan sebuah Pedang Tersohor yang dibikin oleh tukang besi pakar. Pedang Tersohor merupakan impian hidup setiap Tukang Besi Pakar. Pasti mereka mahu mempunyainya setelah melihat contoh.
Melihat Shi Feng teragak-agak, Tuan Jack cepat-cepat berkata, "Bertenang. Saya cuma nak tengok, ia pasti takkan sia-sia. Kalau awak ada apa-apa permintaan, sila beritahu."
Apabila Shi Feng mendengar ayat ini, dia menjadi sangat teruja.
Ini merupakan Tukang Besi Pakar!
Dengan hanya menjalin besi, dia boleh membikin peralatan Besi-Misteri, Perak-Rahsia pun boleh. Permintaannya hanya untuk melihat pedang Shi Feng.
Shi Feng setuju tanpa was-was. Dia memberi Bilah Neraka ke Tuan Jack.
NPC tidak boleh mencuri barang daripada pemain, jadi dia tidak risau Tuan Jack melarikan diri bersama Bilah Neraka. Dia membenarkan Tuan Jack melihatnya sampai puas hati. Nanti, Shi Feng akan minta sebilah Pedang Sebelah-Tangan Perak-Rahsia. Dengannya, dia pasti dapat menunjukkan kekuatan sebenar seorang Pemain Pedang.
Tuan Jack memegang Bilah Neraka yang berbentuk seperti penggodek api, sambil memuji kehalusan dan terpesona dengan kekuatan bilah tersebut. Setelah menelitinya selama sepuluh minit, Tuan Jack memulangkan Bilah Neraka kepada Shi Feng dengan berat hati.
"Saudara, pedang ni bagus dan kekuatannya tak terkata. Tetapi, sumpahan pada pedang ini sangat jahat. Semakin banyak awak lepaskan kuasa pedang ini, semakin kuat sumpahannya. BIla sampai puncaknya, pemegangnya akan terperangkap dalam jurang Neraka yang tiada penghujung. Terlalu susah untuk awak mengawalnya dengan kekuatan awak, dan awak akan tertelan sumpahannya."
Shi Feng sudah tahu akan maklumat ini. Jika tidak, dia pasti tidak akan berfikir begitu panjang sebelum memasangnya.
"Tuan Jack, ada cara ke untuk melemahkan sumpahan itu?" Shi Feng tanya.
Memang dia tahu, tetapi dia tidak berupaya melaksanakannya sekarang.
"Saudara, awak kena tahu pedang ini ditempa oleh tukang besi pakar Olysses. Hanya terdapat satu dalam segala Kawasan Tuhan, dan hanya salah satu daripada tiga puluh lima Pedang Tersohor mampu melawannya. Macam-macam makhluk menakutkan telah dibunuh supaya Pedang-Pedang Tersohor dapat memiliki kuasa yang tidak dapat ditandingi. Mustahil untuk menyekat pedang-pedang ini tanpa kuasa yang sangat besar." Nada Tuan Jack penuh dengan kehormatan, tetapi dia tiba-tiba senyum dan berkata, "Tapi, bukannya bermaksud tiada cara untuk melemahkan sumpahan tersebut."
"Boleh saya tanya apa caranya?" tanya Shi Feng dengan pantas.
"Kalau awak nak sekat kuasa yang besar, awak pun harus memiliki tahap kuasa yang serupa. Kuasa yang termeterai dalam pedang ini merupakan sumpahan. Kalau awak nak lemahkannya, awak kena ada nasib yang cukup baik." Tuan Jack meneruskan penerangannya dengan sayu, "Dalam benua Kawasan Tuhan, beberapa ketul batu telah menyerap nasib Kawasan Tuhan. Batu-batu ini digelar Batu Bernasib. Selagi awak memiliki Batu Bernasib, awak boleh menangkis sumpahan itu. Walaupun batu-batu ini boleh dijumpai merata-rata di seluruh benua, hanya segelintir boleh memilikinya. Saya pun tak pernah lihat. Nak cari pula terlalu susah. Kalau awak boleh mendapatkan sebahagian batu ini, saya boleh tolong awak melemahkan sumpahan pada pedang awak."
Melihat air muka Shi Feng yang kendur, Tuan Jack menggeleng kepala dengan kasihan, dan berkata, "Saudara, Batu Bernasib sangat jarang terjumpa. Jangan berat hati. Memang biasa kalau tak dapat jumpa. Hanya mereka yang diberkati Tuhan boleh memiliki Batu Bernasib, dan mereka tidak boleh dibandingkan dengan orang biasa macam kita."
"Tuan Jack, batu inikah?" Shi Feng menahan senyumannya sambil mengeluarkan Kristal Bintang berwarna hijau tua.
"Ya, inilah Batu Bernasib…" Tuan Jack mengangguk setelah melihat Kristal Bintang berwarna hijau tua tersebut. Akan tetapi, dia tergamam sedetik kemudian. Dia memandang Shi Feng seperti baru ternampak raksasa.
Shi Feng mengangkat bahu, padanya ini hal biasa sahaja.
Shi Feng agak lembap sebelumnya kerana dapat tahu Tuan Jack dapat menggunakan Batu Bernasib tersebut untuk menyekat sumpahan Bilah Neraka. Ya, memang terdapat beberapa Tukang Besi di Kerajaan Bintang-Bulan. Akan tetapi, bilangan yang mampu menggunakan Batu Bernasib untuk menyekat sumpahan Senjata Sakti boleh dikira pada jari sebelah tangan. Shi Feng tidak menyangka Tuan Jack merupakan salah satu daripada mereka.
"Tuan Jack, awak boleh lemahkan sumpahannya sekarang?" Shi Feng tanya dengan semangat membara.
Sedetik berlalu, dan Tuan Jack akhirnya kembali ke keadaan aman yang asal. Sambil berpura-pura acuh tak acuh, dia berkata, "Ok, tiada masalah. Setengah jam boleh siap."
Di sisinya, Si Hitam memegang perutnya menahan ketawa. Tetapi, air muka Tuan Jack yang bingung terlalu menggelikan hatinya; dia terpaksa lari ke dalam hutan untuk melepaskan ketawanya yang terbahak-bahak.
Setengah jam kemudian Shi Feng menerima Bilah Neraka. Dia ternampak beberapa penukaran pada butir-butir pengenalan Bilah Neraka.
Bilah Neraka dibikin peribadi oleh Tukang Besi Pakar Olysses, dengan menggunakan taring-taring Raja Naga Hitam sebagai bahan. Ia merupakan tingkat ke-31 daripada tiga puluh enam pedang tersohor. Akan tetapi, pedang ini telah disumpah oleh Raja Naga Hitam. Selain mampu memberi pemegangnya kekuatan yang lumayan, Pukul Balik akan timbul sekali-kala. Walaupun begitu, setelah dimodelkan semula oleh Jack dengan menggunakan sebutir Kristal Bintang, kekuatan Pukulan Balik telah dikurangkan dengan banyak. Jika pemegang gagal menyekat Pukulan Balik, pemegangnya bakal menerima sumpahan Raja Naga Hitam, dan segala atribut akan diturunkan sebanyak 50% secara berkekalan.
Hati Shi Feng terus lega setelah membaca perenggan tersebut. Sekurang-kurangnya, Pukulan Balik tidak akan menjadi terlalu kuat dalam jangka masa yang singkat.
Shi Feng menyimpan Bilah Neraka. Tiba-tiba, dia perasan terdapat banyak mesej yang telah dihantar kepadanya oleh Salji Sepi. Semuanya bertanya mengapa Shi Feng mengambil masa yang lama untuk tiba, dan berapa lama lagi untuk mereka memasuki Hutan Maut.
"Si Hitam, jom masuk Penjara." Shi Feng menghantar mesej balasan yang memberitahu dia akan datang dengan segera.
Disebabkan masalah Bilah Neraka, Shi Feng telah lupa terus akan masa yang ditetapkan. Dia telah membiarkan Salji Sepi tunggu lebih setengah jam. Akan tetapi, Shi Feng akan ganti rugi mana yang patut apabila tiba di Hutan Maut nanti.
"Ok. Saya cuma risau tak dapat cuba mantera-mantera baru." kata Si Hitam dengan ceria.
Apabila Shi Feng dan Si Hitam tiba di Kawasan Penjara Hutan Maut, seluruh Hutan Maut penuh dengan orang. Pemain-pemain Tahap 2 merata-rata, dan ramai pemain yang mengumpul orang untuk memasuki penjara.
"Kumpulan terbuka untuk Hutan Maut, pemusnah ganas dialu-alukan, 4 menunggu 2."
"Kumpulan efektif untuk Hutan Maut, kami cuma kekurangan seorang perawat yang kuat; dijamin boleh lepas."
Shi Feng menggeleng kepala melihat keadaan sekeliling. Dia menghampiri Salji Sepi yang melambai-lambai. Dalam hayat lampau Shi Feng, pemain-pemain telah sangkut di Hutan Maut untuk masa yang lama. Penjara tersebut biasanya hanya boleh dilepasi apabila pemain telah mencapai Tahap 5.
"Abang Pakar, awak sudah sampai. Rakan-rakan saya sudah tak sabar menunggu. Mari, cepat." Salji Sepi gelisah apabila melihat Shi Feng berjalan santai ke arahnya.
Kemudian, Salji Sepi membawa Shi Feng dan Si Hitam kawasan perhimpunan kumpulannya.
"Sunyi, ini ke pakar yang kau kata tadi? Ingat dia ada tiga kepala dan enam tangan, rupanya macam ni je?" Paderi lelaki, Malam Musim Panas Tak Terkata ternampak Shi Feng memakai peralatan Orang Baru. Terdapat juga penggodek api pada pinggangnya; nampaknya seperti senjata sampah yang telah dia kutip. Apabila Malam Musim Panas Tak Terkata melihatnya begitu, dia tidak terdaya menahan penghinaannya.
"Abang Tak Terkata, macam mana awak boleh kata begitu tentang Abang 'Pakar'? Dia merupakan Pemeriksa Beta yang terhormat, mesti ada 'sesuatu yang istimewa.' Kalau tak, mana mungkin dia berani mengambil semua peralatan Pemain Pedang dan Cursemancer?" Pahlawan Pelindung. Lawan Sampai Habis, berdiri di sisinya dan senyum sinis.
Mereka berdua memang tidak puas hati dengan Shi Feng. Sebabnya, Shi Feng ingin mengambil semua Perisai Plat dan Peralatan Ahli Sihir dengan segera selepas menyertai kumpulan mereka. Sia-sialah segala usaha mereka. Kalau bukan bos mereka yang mahu melihat Shi Feng, mereka pasti sudah lama mengajak pemain lain untuk memasuki Penjara. Kini, apabila melihat Shi Feng memakai peralatan yang begitu murah, mereka boleh mengkritik dan menghalaunya.
Salji Sepi mahu membalas kerana Shi Feng merupakan ajakan peribadinya. Akan tetapi, peralatan Shi Feng tidak memberi peluang untuknya membalas. Dia hanya terdiam seribu bahasa.
"Baiklah, berkumpul. Ramai sudah pun masuk ke dalam Hutan Maut. Kalau kita tak masuk, kita takkan dapat peluang mendapatkan Pembunuhan Pertama." Sebagai pemimpin kumpulan tersebut, Renjer lelaki kacak, Melambai Gemalai mencelah.
Si Hitam mahu bersuara, tetapi Si Feng menghalangnya. Shi Feng tidak terasa daripada penghinaan kedua orang tersebut. Tidak kira apa yang dikatakan, dia dan Si Hitam telah membuat mereka menunggu lebih setengah jam, jadi biarlah sahaja mereka bertutur panjang.
Sebaik sahaja selesai berkumpul, Pahlawan Pelindung berkata dengan berang, "Sial, amatur ni baru Tahap 1! Mesti dia nak curi peralatan kita!"
"Bos, Hutan Maut merupakan Penjara Tahap 2. Kalau kita biarkan seorang amaturTahap 1 masuk Penjara, tak kena sapu ke?" Malam Musim Panas Tak Terkata menjeling Renjer, Melambai Gemalai, sambil menunjukkan air muka yang masam.
Salji Sepi terkejut seperti mereka apabila ternampak tahap Shi Feng.
Ramai pemain sudah pun naik ke Tahap 2. Macam mana Pemeriksa Beta belum sampai Tahap 2?
Bos Melambai Gemalai memandang ke arah Shi Feng. Sebelum ini, dia masih menaruh harapan untuk Shi Feng, tetapi kini semuanya telah hilang. Dia tiba-tiba berkata dengan nada dingin, "Sebelum ni pernah mati ke?"
"Tak." Shi Feng menggeleng kepalanya, dan berkata dengan jujur: "Nak masuk Hutan Maut, Tahap 1 sudah cukup."
"Kalau begitu, awak boleh balik sekarang. Kami tak perlukan 'Pakar' macam awak. Harap-harap awak faham." Melambai Gemalai berkata dengan dingin, dahinya mengerut.
"Bos, mesti ada salah faham. Apa kata kita cuba dulu?" ujar Salji Sepi.
"Cuba dulu?" Musim Panas Tak Terkata tergelak dengan dingin, "Habis siapa yang nak bertanggungjawab bila kita sudah mati nanti? Kita masih kehilangan pengalaman kalau mati dalam Penjara. Ya, memang rendah, tapi 10% juga. Amatur ni boleh ganti rugi ke?"
"Tak Terkata, jangan susahkan Sunyi." Melambai Gemalai berkata berulang, "Sunyi, aku tahu kau nak melindungi Pemain Pedang ni, tapi aku kena pikul tanggungjawab untuk kumpulan kita. Aku hanya akan ambil veteran untuk masuk Penjara. Aku takkan buang masa dengan orang baru. Kau ada dua pilihan: ikut kami, atau tinggalkan kami untuk pergi bersama mereka."
"Saya akan keluar." Shi Feng tidak mahu memalukan Salji Sepi. Dia segera meninggalkan kumpulan tersebut, dan mula beredar. "Si Hitam, kita cari kumpulan lain untuk masuk Penjara lah."
"Baiklah." Si Hitam senyum sambil ber-'hehe', dan meninggalkan kumpulan tersebut tanpa teragak-agak.
"Humph, humph. Identiti sebenar 'pakar' ni telah kantoi. Sekurang-kurangnya dia sedar dia kena berambus lepas dia tahu dia tak boleh curi barang orang dah." Pahlawan Pelindung senyum dan mengejek, "Sunyi, kau betul-betul lurus. Amatur macam ni mesti dapat tipu kau je. Kau kena belajar baik-baik dengan Bos Melambai Gemalai kelak."
Air muka Salji Sepi terus berang setelah mendengar kata-kata tersebut. Akan tetapi, dia cukup yakin; Shi Feng memang seorang pakar.
"Bos Melambai Gemalai, minta maaf." Salji Sepi meninggalkan kumpulan tersebut. Dia bersedia menyertai Shi Feng untuk mengetahui sama ada jangkaannya betul atau tidak.
"Kau!" Melambai Gemalai terus tergamam. Dia tidak pernah menyangka Salji Sepi boleh begitu tegas. Cukup bodoh. Dia pasti sudah lama menghalau Salji Sepi jika tekniknya tidak begitu bagus.
Malam Musim Panas Tak Terkata menjeling Salji Sepi, sambil berkata dengan senyuman sinis, "Sunyi, kau jangan menyesal. Nanti kita lepas Hutan Maut kita akan dapatkan peralatan cantik. Kau akan menyesal selama sepuluh, dua puluh tahun kalau kau tak nak ikut Bos Melambai Gemalai."
Setelah dijelaskan sebegitu oleh Musim Panas Tanpa Kata, Salji Sunyi tidak membalas hujah. Dia hanya menundukkan kepala dan beredar, mengejar Shi Feng.
Lambaian Gemalai menyepetkan matanya. Apabila dia menggambarkan Shi Feng dilengkapi peralatan sampah, dia gagal memahami bagaimana Shi Feng telah meyakinkan Salji Sunyi untuk mengikutinya. Hutan Maut pun dia sudah menyerah kalah.
"Bos, abaikan je Salji Sunyi bodoh tu. Paling teruk pun kita cari orang lagi. Mesti ramai pemain Tahap 2 sekarang," kata Lawan Sampai Mati dengan hina sambil memandang Salji Sunyi.
Lambaian Gemalai mengangguk. Pemergian Salji Sunyi tidak merugikan kumpulan mereka sama sekali. Untuk masuk ke dalam Hutan Maut, lebih-lebih lagi mengosongkan Penjara tersebut, tiada sesiapa akan membawa seorang Pemain Tahap 1.
Di hadapan pintu masuk Hutan Maut, Shi Feng dan Si Hitam meneruskan jeritan untuk mengerahkan anggota baru.
"Kumpulan terbuka untuk Hutan Maut, tiada syarat tetap, boleh selagi anda merupakan pemain veteran. 2 menunggu 4." jerit Shi Feng.
Jeritannya sampai ke telinga ramai pemain Tahap 2, yang bergegas ke mereka. Hal ini disebabkan syarat-syarat Shi Feng yang amat rendah. Ramai kumpulan kecil memilih orang berdasarkan kualiti peralatan; Peralatan Biasa diperlukan untuk lepas. Tetapi berapa ramai yang memiliki Peralatan Biasa sebanyak itu pada awal permainan?
"Ambil saya, ambil saya! Saya Paderi Tahap 2."
"Ambil saya! Saya Pahlawan Pelindung Tahap 2. Saya juga ada Perisai Tangan Plat Biasa Tahap 1."
Sejurus kemudian, Shi Feng telah mengajak 4 orang.
Mereka semua gembira pada awalnya. Daripada lebih sepuluh orang, mereka yang terpilih. Akan tetapi, apabila melihat tahap ketua kumpulan, Shi Feng, mereka meninggalkan kumpulan satu persatu dengan marah.
"Celaka, amatur rupanya, jangan mimpi nak hidup lama dalam Hutan Maut kalau baru Tahap 1. Nak masuk, masuk sendiri. Saya tak nak ikut."
"Patutlah tak ada syarat. Nak kami angkut korang? Jangan harap."
4 orang tadi sangat berang, dan mereka meninggikan suara; setiap pemain di Hutan Maut boleh dengar.
"Hehe, pemain Tahap 1 beria-ia nak masuk Hutan Maut. Dia cuma nak ikut supaya boleh dapat pengalaman dan peralatan. Nasib baik aku tak ikut."
"Macam-macam burung dalam hutan besar. Siapa si bodoh yang nak masuk Penjara dengan amatur Tahap 1? Minta padah kalau macam itu.
Satu demi satu, pemain-pemain Tahap 2 mengetawakan Shi Feng kerana terlebih menaikkan nama sendiri dan menyangka Shi Feng bodoh.
"Berambuslah kalau kau tak nak ikut. Bukan kami merayu pun." Si Hitam menjadi marah selepas mendengar ejekan mereka. Teknik-teknik Shi Feng telah lama meyakinkannya, tetapi mereka semua menggelar Shi Feng seorang amatur. Bolehkah seorang amatur membunuh seorang Elit Luar Biasa Tahap 2 semasa berada di Tahap 2? Bolehkah seorang amatur membunuh seorang Ketua Tahap 5 semasa berada di Tahap 0? Mereka ini hanyalah bodoh sombong.
"Sial, aku dapat ilmu baru hari ni. Kumpulan amatur Tahap 1 pun boleh jadi hebat. Aku nak tengok macam mana kamu semua boleh kumpul kumpulan penuh." kata Paderi tadi sambil tersenyum dingin.
Pada ketika itu, Salji Sunyi melari datang. Apabila melihat Shi Feng, dia berkata dengan laju, "Abang Pakar, ajaklah saya. Saya nak masuk Hutan Maut dengan awak berdua. Saya ada 2 buah Peralatan Perisai Plat Biasa, Perlindungan 24.
"Baiklah." Shi Feng terus menghantar jemputan.
Si Hitam tidak pernah termimpi Salji Sunyi akan meninggalkan kumpulan asalnya untuk menyertai mereka. Dia tiba-tiba mula suka pada Salji Sunyi. Si Hitam menepuk kedua belah bahu Salji Sunyi, sambil ketawa terbahak-bahak, "Bagus mata awak. Jangan risau; awak tak akan menyesal kalau ikut Abang Feng."
"Mana ada, mana ada." Salji Sunyi masih menyimpan sedikit kerisauan dalam hatinya. Tempat berlatih Shi Feng telah tunjukkan telah menaikkannya ke Tahap 2 dengan cepat. Walau bagaimanapun, Shi Feng pun belum sampai Tahap 2, dan dia masih memakai peralatan yang sangat buruk. Salji Sunyi betul-betul tidak faham bagaimana keadaan boleh jadi begini.
Pemain-pemain yang menyaksikan mereka dari sisi semua menjadi buntu. Ada rupanya orang yang sanggup masuk Penjara dengan amatur Tahap 1. Bagus pula peralatannya. Perisai Plat dan But yang Salji Sunyi pakai pasti Peralatan Biasa dan bukan Sampah.
Walaupun Salji Sunyi telah menyertai kumpulan, tiada seorang pun yang mengikut jejaknya setelah sepuluh minit Shi Feng cuba merekrut. Dengan hanya 3 orang, mustahil untuk mengharungi Penjara tersebut.
Pada ketika ini, Lambaian Gemalai membawa sekumpulan orang.
"Hehe, Abang 'Pakar' masih tak dapat kumpulan? Kami dah ajak 3 lagi ahli kuat. Semua ada dua atau tiga Peralatan Biasa Tahap 1." Paderi tadi, Malam Musim Panas Tanpa Kesudahan kata kepada Shi Feng dengan nada mengejek.
Lambaian Gemalai hanya menjeling Shi Feng, kemudian menjeling Salji Sunyi, lalu berkata, "Awak tak akan ada masa depan kalau asyik ikut dia. Sebelum kami masuk Penjara, awak fikir masak-masak. Aku jamin mesti awak tak rugi punya."
Kemudian, Lambaian Gemalai mengalihkan pandangan ke arah Si Hitam. Sebelum ini segala perhatiannya terlekat pada Shi Feng, tanpa menghiraukan Si Hitam. Sekarang setelah memerhatikan Si Hitam, nampaknya bajunya kelihatan baru dan cantik. Tongkat Kayu Hitam pun ada. Peralatannya mesti bagus, lebih-lebih lagi Tahap 2, mesti tekniknya mantap juga.
"Kau pun boleh tahan juga. Kau tak nak masuk kumpulan kami? Jangan lupa kami ni Kumpulan Elit. Pemain biasa mana tahu. Kalau kau ikut, naik tahap, berlatih, masuk Penjara semua jadi senang." Lambaian Gemalai memandang Si Hitam dengan senyuman.
"Berambuslah. Kumpulan macam awak punya pun nak bodek ke?" Si Hitam marah sambil menunjukkan Tongkat Kayu Hitamnya kepada Lambaian Gemalai. Pada masa yang sama, dia menunjukkan kesan dari Peralatan Gangsa, lalu berkata "Ia hanyalah dua hingga tiga buah Peralatan Biasa. Saya ada tiga Peralatan Gangsa dan dua Peralatan Biasa."
Lambaian Gemalai terkejut. Tak sangka Si Hitam begitu kuat. Dia sebenarnya pemilik tiga buah Peralatan Gangsa. Pada peringkat awal ini, pemilik dua hingga tiga Peralatan Biasa sudah dipandang sebagai pakar; setiap Kesatuan pasti bersaing untuk mendapatkan keahlian orang tersebut. Si Hitam yang kini di hadapan mereka rupa-rupanya memiliki tiga buah Peralatan Gangsa.
Kumpulan Lambaian Gemalai juga terperanjat. Apabila mereka ternampak kesan dari Peralatan Gangsa, mata mereka terpukau seketika.
Patutlah Shi Feng begitu berani. Mestilah tidak takut kalau telah menawan hati seorang pakar.
Sementara itu, Salji Sunyi yang berdiri sebelah Si Hitam terlopong. Dia memandang Si Hitam dengan air muka tidak percaya. Salji Sunyi pada asalnya hanya menganggap Shi Feng sebagai seorang pakar yang jarang terjumpa. Rupanya Si Hitam yang betul-betul pakar.
"Saudaraku, kalau awak bersama seorang amatur sebegini dan masuk ke dalam Penjara, mesti awak dibebankan. Jangankan nak melepasi Penjara, awak mungkin mati sekali. Ikutlah kami. Awak boleh pilih dari semua peralatan sihir dari Penjara." Walaupun Lambaian Gemalai berang kerana 'ditampar' begitu, jika dia berjaya menarik Si Hitam, peluang melepasi Penjara akan menjadi lebih tinggi.
"Saya setuju. Masuk kumpulan amatur macam awak semua mesti membebankan saya." kata Si Hitam sambil ketawa.
"Kau…" muka Lambaian Gemalai kemerahan, lalu dia berkata dengan marah, "Kalau begitu, kita tengok siapa lepas dari Hutan Maut dulu."
Lambaian Gemalai perlahan-lahan berpusing dan beredar. Dia tidak percaya kumpulan yang mempunyai seorang amatur mampu melepasi Hutan Maut.
"Humph, ingat dia pemusnah hebat senang-senang boleh lepas Hutan Maut ke?" Musim Panas Tidak Kesudahan bergetus dengan iri hati.
"Betul. Kita semua pemain veteran. Kita pasti lebih mampu melepasi Penjara dari mereka," Pahlawan Pelindung mengerutkan bibirnya.
Setelah kumpulan Lambaian Gemalai beredar, bilangan orang yang berminat menyertai kumpulan Shi Feng tiba-tiba meningkat.
Peralatan Si Hitam telah menarik mereka.
Pada peringkat ini, Peralatan Gangsa pastinya merupakan bukti kepakaran seseorang. Walaupun ketuanya amatur, seorang pakar dengan tiga buah Peralatan Gangsa dilihat memiliki kekuatan dua orang. Kelebihan menyertai seorang pakar sebegitu pasti lebih besar daripada kumpulan biasa.
Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak lagi mengajak secara rawak; kini dia memperkenalkan syarat tetap. Empat orang yang meninggalkan kumpulan Shi Feng tadi menyesal teruk. Bagaimana mereka boleh bertindak terburu-buru sebegitu? Sekarang Shi Feng tak akan beri peluang walaupun mereka berminat.
Sementara Shi Feng giat merekrut ahli-ahli…
Di bahagian Barat Daya pintu masuk Penjara Hutan Maut, sebuah kekacauan tiba-tiba muncul. Ramai pemain telah bergegas ke mari, satu persatu, kesemua mereka berair muka bersemangat.
"Tak mungkin. Datang ke tempat macam ni?" Mata Si Hitam memandang tepat ke hadapan.
Shi Feng juga terkejut. Di tempat kecil macam Bandar Daun Merah pun boleh terjumpa tokoh sebegini. Memang tidak dapat dibayangkan. Mungkinkah Bandar Daun Merah merupakan tempat di mana adanya harimau tidur dan naga bersembunyi; tetapi Shi Feng belum pernah menjumpai mereka?
Você também pode gostar
Comentário de parágrafo
O comentário de parágrafo agora está disponível na Web! Passe o mouse sobre qualquer parágrafo e clique no ícone para adicionar seu comentário.
Além disso, você sempre pode desativá-lo/ativá-lo em Configurações.
Entendi