Baixar aplicativo
3.78% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 47: Perbuatan Terkutuk

Capítulo 47: Perbuatan Terkutuk

Editor: EndlessFantasy Translation

Xiao Yu terkejut mendengar kata-kata kesat Xiao Yan. Setiap saat berlalu, dia bergelut sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada genggaman lawannya. Muka Xiao Yu bertukar merah kerana terlalu marah. Walau bagaimanapun, Xiao Yan nampak lebih kuat. Dia mula menggenggam pergelangan tangan Xiao Yu dengan ketat menyebabkan tangan Xiao Yu menjadi kebas.

Selepas berusaha seketika, Xiao Yu terpaksa menyerah diri. Dia berasa malu dan mukanya menjadi merah padam. Dadanya yang berisi turun naik lalu memarahi Xiao Yan, "Anak gampang. Lepaskan aku!"

Xiao Yan membuka mulutnya dan menahan kesakitan pada lebam yang berada di tubuhnya. Dia narik nafas dan melihat ke bawah sambil mengejek, "Lepaskan kau? Aku kena pukul untuk apa? Aku dah kata, aku akan rogol kau hari ini juga!"

Untuk ditolak ke bawah oleh seseorang yang lebih muda daripada Xiao Yu dan diugut untuk merogolnya, Xiao Yu tidak tahu bagaimana untuk membalas kerana dia percaya Xiao Yan tidak akan membuat benda sebegini.

Memintal pergelangan tangannya, Xiao Yu masih tidak dapat melepaskan diri. Dia hanya boleh mengelip matanya dan berdengus pada situasi yang dilaluinya. "Jahanam kau, kau masih belum dewasa lagi. Kau tunggu kau dewasa dululah baru cakap benda macam itu."

Xiao Yan mengerut keningnya apabila Xiao Yu mempersoalkan kejantanan Xiao Yan. Menurunkan kepalanya, dia menjawab dengan perasaan dengki, "Kau nak cuba?"

Diugut oleh pandangan tajam Xiao Yan, Xiao Yu menelan air liur dengan banyak.. Sebagai seorang yang sombong, dia tidak akan menyerah. Sebaliknya, dia menaikkan dagunya yang putih seperti salji itu dan tersenyum dingin sambil mengejek, "Kalau kau berani, aku akan kasikan kau!"

Menggerut bibir, Xiao Yan terasa hampa melihat perempuan itu. Kalau ditanya, Xiao Yan, sungguhpun Xiao Yu itu sangat menyusahkan, tidak ingin membuat benda-benda jahat seperti merogol. Tidak kira bagaimanapun, Xiao Yu masih kakak sepupu Xiao Yan.

Tetapi, dalam situasi ini, kalau Xiao Yan mengalah, bukankah dia terseksa tadi untuk apa?

Mengecilkan matanya dengan sedikit, Xiao Yan menggigit bibirnya. Tiba-tiba, dengan ganas, dia menolak Xiao Yu ke bawah dan menekan dirinya sendiri dengan ketat pada badan Xiao Yu.

Pergerakan Xiao Yan yang tiba-tiba itu mengejutkan Xiao Yu dan mulutnya terbuka. Dia masih tidak dapat lagi menangkap kejutan yang diberikan oleh Xiao Yan.

Xiao Yan tidak menghiraukan Xiao Yu yang tiba-tiba menjadi senyap itu. Dengan segera, dia mengenggam kedua-dua tangan Xiao Yu dengan tangan kirinya. Pada masa yang sama, tangan kanan Xiao Yan mula bergerak ke bawah kaki Xiao Yu yang panjang. Xiao Yan mula membelai kaki Xiao Yu seperti ular sawa. Xiao Yan sedar Xiao Yu meletakkan nilai yang amat tinggi pada kakinya. Sudah banyak hati lelaki yang ditawan oleh kaki panjang dan langsing Xiao Yu.

Berasa tangan Xiao Yan sedang menyentuh kakinya, Xiao Yu menjadi tegang sebelum memekik dengan kuat.

Xiao Yan melepaskan Xiao Yu dengan segera apabila terdengar pekikan Xiao Yu. Xiao Yan melompat ke belakang seperti seekor monyet dan berlari ke bawah gunung itu dengan pantas sekali. Dia tahu Xiao Yu akan menjadi gila selepas diberi "layanan" sebegitu.

Jeritan itu berterusan untuk seketika sebelum reda dengan perlahan. Muka Xiao Yu penuh dengan kemarahan dan matanya menjadi terang dengan jilatan api yang membara sambil memandang lelaki yang sedang menuju ke bawah gunung itu. Mengetap giginya, dia menjerit dengan tajam, "Xiao Yan, jahanam kau. Aku akan potong kau menjadi 10,000 keping!"

Orang yang dimaksudkan tidak berkata apa-apa, dan mula menghilangkan diri daripada pandangan Xiao Yu dengan senyap.

"Jahanam, jahanam, jahanam!"

Melihat Xiao Yan menghilang, muka Xiao Yu bertukar hodoh dan dia memecahkan tanah di sebelah dengan penumbuknya.

Selepas melepaskan geram untuk seketika, Xiao Yu akhirnya menjadi tenang. Dia tersipu-sipu melihat bekas tangan Xiao Yan pada kakinya dan setiap bekas memberinya satu perasaan kebas.

Xiao Yu mengetap giginya dan bangun lalu melawan perasaan lemah pada badannya. Dia teringin menangis melihat pakaiannya yang kotor. Bukan sahaja dia tidak dapat mengajar budak itu, dia juga telah diambil kesempatan oleh Xiao Yan. Keputusan daripada pertembungan ini meninggalkan satu rasa yang menyakitkan hati.

Memikir balik tindakan Xiao Yan dahulu, Xiao Yu terasa malu dan marah. Kali ini, walau bagaimanapun, dia tidak menarik pedangnya dan mengejar Xiao Yan seperti tahun yang lalu.

Dia sudah dewasa dan tidak boleh berlagak seperti dahulu, dengan memberitahu semua ahli puak yang Xiao Yan telah meraba kakinya. Xiao Yu berdiri di situ dan berfikir untuk seketika, sebelum dia menghentak kakinya dan menyumpah dalam suara yang rendah, "Anak gampang, kau baik jangan bagi aku peluang, kalau tidak… ia tidak akan berakhir dengan cantik!"

Xiao Yu mengerut hidungnya, dan membiarkan rambut hitam berkilatnya ditiup angin. Dia menepuk-nepuk habuk daripada bajunya yang kotor itu, meluruskan pakaian dan mula berjalan meninggalkan gunung tersebut.

….

Selepas berlari ke bawah gunung dengan pantas, Xiao Yan menyembunyikan diri di belakang belukar di kaki gunung dengan peluh dingin mula menitis dari kepalanya. Xiao Yan menghembus nafas lega selepas dia ternampak Xiao Yu melaluinya.

Dia menggosok hidungnya dan dengan tidak sedar, Xiao Yan menghayun tangan kanan dia melalui dadanya dan memegang tangannya yang satu lagi. Dia berbisik sambil melihat tangannya dengan mata yang berangan-angan, "Dibandingkan dengan beberapa tahun yang lepas, perasaan menyentuh dia sekarang lebih bagus…"

"Ai, di depan perempuan ini, aku tidak dapat menahan kemarahannya. Nampaknya sungutan zaman kanak-kanak aku lebih mendalam daripada jangkaan aku." Xiao Yan ketawa kelat sambil mengurut lehernya. Mengambil nafas yang mendalam, dia menolak fikiran itu ke tepi. Selepas keadaan menjadi tenteram, dia mula berjalan ke bawah dengan perlahan.

Berjalan keluar daripada tempat persembunyiannya, Xiao Yan tiba-tiba berhenti dan memaling kepalanya dengan malu memandang seorang gadis berpakaian hitam yang sedang bersandar pada sepohon pokok. Dia ketawa dengan kekok, "Xun Er, apa yang awak sedang buat di sini?"

Xun Er yang berada agak jauh daripada Xiao Yan sedang bersandar pada sepohon pokok dengan selamba. Tali pinggang berwarna ungu di pinggangnya berkibas dengan bebas dan matanya yang ayu itu memandang ke arah Xiao Yan. Satu senyuman palsu tertera pada mukanya lalu dia berkata, "Abang Xiao Yan, saya nampak Xiao Yu berjalan dengan marah tadi. Awak buat dia marah lagi ke?"

Menggaru kepalanya dengan malu, Xiao Yan berjalan ke hadapan dan berkata, "Entahlah. Siapa tahu kenapa dia macam itu…"

Melihat Xiao Yan yang sedang ketawa itu, Xun Er tidak dapat menahan diri daripada menggeleng kepalanya. "Tiap kali Abang Xiao Yan berdekatan dengan Xiao Yu, awak tidak dapat berfikir dengan jelas dan tiap-tiap kali akan melakukan benda yang mengejutkan."

Mendengar kata-kata Xun Er, Xiao Yan berasa salah tetapi dia mengangkat bahunya dengan tidak bersalah dan berkata, "Sebenarnya, saya terpaksa."

Ketawa ringan, Xun Er mengerut bibirnya. Tangannya disorokkan ke belakang dan kecantikan gadis itu terserlah.

"Esok kita pergi ke Astaka Kaedah Qi untuk mencari teknik yang baru. Abang Xiao Yan patut bersedia." Xun Er berkata sambil meninggalkan tempat itu tetapi suaranya masih kedengaran.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C47
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login