Walaupun Marvin hanya nampak belakang sahaja tetapi orang pertama yang muncul dalam minda Marvin ialah Hathaway.
Dia tidak dapat menahan diri untuk berjalan laju ke situ.
Gadis itu perasan dia dan sengetkan kepala serta melihat dia dengan pelik.
Dalam sekelip mata Marvin rasa hampir tercekik.
Rupanya sama seperti Hathaway.
Ini rupanya ketika remaja. Matanya yang cantik itu menafsir Marvin dengan penuh curiga.
"Macam mana…" Mulut Marvin rasa seperti kering.
Bukankah Hathaway telah dibawa oleh Phoenix Gelap? Macam mana dia boleh muncul di sini?
Bagi sebab yang tidak diketahui, dia bersikap penuh berwaspada terhadap Marvin. "Siapa kau?"
"Aku tidak kenal kau."
Marvin terkaku. Adakah dia tersilap?
Mustahil! Rupa dan aura itu memang tiada perbezaan dengan sebelum ini!
Marvin rasa agak keliru.
Pada masa itu pihak satu lagi mula bergerak melepasi Marvin dan melihat dia dengan penuh rasa curiga.