Baixar aplicativo
5.84% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 50: Kekuatan Makhluk Suruhan

Capítulo 50: Kekuatan Makhluk Suruhan

Editor: EndlessFantasy Translation

NPC untuk penghantaran cabaran adalah Pencuri Elf yang bersembunyi dalam kegelapan di laluan masuk dungeon. Dia agak sukar untuk dikenal pasti walaupun sesiapa berdiri di sebelahnya! Satu-persatu pasukan menghantar cabaran mereka dan NPC itu akhirnya memberi respons.

"Hero-hero Persatuan! Saksikanlah! Perhatikan Ahli Sihir yang memilih kegelapan! Lihat apa yang mereka lakukan pada tempat ini! Kota Pari-pari Salji dulunya satu kota yang menakjubkan dan indah, tetapi Ahli Sihir Jahat telah memusnahkannya! Dia kini duduk di atas takhta di tengah-tengah Sayap Utama! Kamu mesti selamatkan kota ini! Kamu mesti tewaskannya!"

"Namun, awas, pengembara. Kamu mesti menewaskan empat makhluk suruhannya dan melepasi Sayap Depan dan Sayap Tengah sebelum menewaskan Marzerway itu sendiri! Ingat pesanku! Empat makhluk suruhannya ini dicipta Marzerway sendiri menggunakan Ilmu Sihir Hitam dan intipati pelbagai unsur semula jadi! Unsur ini tidak boleh dianggap remeh!"

'Ding! Anda telah menerima cabaran daripada Renjer Xue Wei: Musnahkan Cakar. Adakah anda menerimanya?'

Zhang Yang menerima cabaran itu.

[Musnahkan Cakar] (Kesukaran Cabaran: A)

Penerangan cabaran: Demi Persatuan! Pengembara yang berani, takluklah Sayap Depan dan Sayap Tengah bagi menempa laluan ke Sayap Utama! Bunuh Marzerway dan selamatkan Kota Pari-pari Salji!

Kemajuan:

Roh Air Wattland 0/1 Roh Tanah Oz 0/1 Roh Api Farr 0/1 Roh Angin Ains 0/1

Ganjaran Cabaran: Kemasukan ke Sayap Utama, Syarat kemasukan Sarang Marzerway.

Zhang Yang menetapkan tahap kesukaran pada Mod Paling Sukar dan memberi arahan kepada pasukannya, "Ayuh!"

Mereka mengikutinya dan berdiri di depan pintu istana. Tempat tersebut kelihatan sangat suram dan kelam memandangkan halamannya telah musnah dan keadaan yang lain-lain sama ada terlalu lama ataupun telah musnah. Dua roh air sedang berkawal di satu kawasan yang tidak jauh dari mereka. Jasad mereka yang lut sinar dan bersifat cecair dipenuhi sejenis cecair dan mereka mempunyai sebuah perisai di sebelah kiri dan sebilah lembing di sebelah kanan mereka. 

"Yang Kecil, kenapa kita tak mula dengan Mod Normal?"

"Si Gemuk, Mod Normal hanya akan gugurkan peralatan Keluli Hitam Tahap 10 dan Mod Sukar pula peralatan Keluli Hitam Tahap 20. Itu hampir sama dengan peralatan Tembaga Hijau Tahap 10 yang kebanyakan kita guna sekarang. Jadi, tak guna kalau kita mula dengan Mod Sukar pun!"

"Kalau macam tu, kita mulakan!" Drizzler mengeluarkan lembingnya dan mula bersedia untuk bertarung.

"Sekejap! Aku nak terangkan dulu sebelum kau buat kita semua tewas!"

Jauh di lubuk hatinya, Zhang Yang betul-betul risau melihat budak manja yang kebudak-budakan ini terus menyerang tanpa berfikir panjang. 

"Membunuh roh ni jelas dan mudah. Masalah utamanya timbul selepas raksasa ni mati nanti di mana satu serangan susulan akan dikenakan pada pemain terdekat. Kalau ada dua pemain yang dekat dengan satu sama lain dan terkena serangan ni, satu letupan sebesar 30 meter akan tercetus dan menyebabkan 2,500 mata kerosakan pada setiap pemain yang berada di sekeliling kawasan letupan itu!" Zhang Yang kemudian menunjuk ke arah Drizzler.

"Sebab tu bila HP raksasa ni hampir habis nanti, lari sejauh mana yang kau boleh! Pemburu juga kena pastikan haiwan peliharaan mereka lari!"

"Ya, ya. Aku faham. Kau ni belum tua sangat lagi, tapi dah berleter macam seorang datuk!" Drizzler nampak seperti dia sudah penat mendengar leteren.

"Baik, kita mulakan!" Zhang Yang tidak mempedulikannya dan memberi signal untuk memulakan serangan dengan tangannya. Dia menggunakan <Serangan> pada salah satu roh unsur dan menandakannya dengan tanda bintang.

"Serang raksasa yang bertanda dulu!"

[Roh Air Dirasuk] (Elit)

Tahap: 20

HP: 10,000

Drizzler yang bersemangat membara itu mengeluarkan laungan pertarungan dan menggunakan <Serangan> untuk mara ke depan. Dia menyebabkan kerosakan besar dengan lembingnya. Ratusan Tembakan dan Han Gemuk turut bersungguh-sungguh menarik busur mereka untuk menyerang.

90%, 80%...

peralatan pasukan itu yang cukup hebat dapat menyebabkan jumlah kerosakan yang banyak. Raksasa bertanda bintang itu berjaya ditewaskan dengan pantas. 

"Budak manja! Cepat berundur!" Zhang Yang melaung sekuat hatinya apabila dia sedar raksasa itu hampir jatuh. Drizzler pula tidak menyedari laungannya dan terus menyerang.

'Ding! Roh Api Dirasuk telah menjampi <Tanda Malapetaka> dengan kematiannya!'

'Ding! Pemain Zhan Yu telah terkena <Tanda Malapetaka>!'

'Ding! Pemain Drizzler telah terkena <Tanda Malapetaka>!

Tubuh Zhang Yang dan Drizzler mula menyala dengan satu cahaya gelap dan kemudian…

'-2500!'

'-2500!'

'-2500!'

'-2500!'

'-2500!'

Semua ahli pasukan itu terbunuh.

"Budak manja! Apa yang aku cakap sebelum kita mula tadi?!"

Di titik kebangkitan semula, satu dewi sedang bersendanung satu lagu dalam bahasa yang tidak mereka ketahui dan memberikan aura samawi yang suci. Zhang Yang pula mengeluarkan satu aura yang merbahaya dan berang sambil merenung Drizzler.

"Aku tak faham apa yang kau cakap tadi!" Drizzler cuba menerangkan kesilapannya sambil mengenakan raut wajah seorang yang tidak bersalah.

"Ha?!" Zhang Yang mengecilkan matanya dan menunjukkan niat membunuh yang semakin kuat.

"Baik, baik! Aku bersemangat sangat tadi. Aku terlupa pasal tu!" Dia mengangkat bahunya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Zhang Yang mengeluh dengan kuat.

"Tolong… beri perhatian lepas ni boleh?" Dia tidak boleh terus marah dengan gadis secomel itu.

Shuh!

Lima lagi roh tiba-tiba muncul di titik kebangkitan semula dan daripada tanda nama mereka, mereka semua daripada Pendominasi. Lelaki Beradab yang Rendah Diri agak terperanjat melihat mereka juga di situ. 

Satu pesanan dalam saluran tempatan muncul, "Ha! Kau semua pun tewas!"

Pemain yang mati tidak dibenarkan 'Bercakap' dan tiada sesiapa boleh mendengar apa yang pemain itu katakan. Pemain hanya boleh menggunakan teks dan perkataan dalam perbualan dalam pasukan dan persatuan serta saluran tempatan.

Belum sempat Zhang Yang memberi jawapan, lima lagi roh muncul. Mereka pasukan lain daripada persatuan Pendominasi. Tidak lama selepas itu, roh dua pasukan daripada persatuan Tinggi Langit turut muncul.

"Haha! Semua terbunuh dalam pertarungan dengan makhluk suruhan pertama!" Han Gemuk menaip pesanan melalui saluran tempatan.

Pawang Langit melihat sekeliling untuk memastikan siapa yang berada di situ dan menyedari sesuatu, "Tak semua."

"Amarah Membara!"

'Betul ke mereka hanya pilih Mod Sukar?' Berkerut-kerut kening Lelaki Beradab yang Rendah Diri memikirkan kemungkinan ini. Makhluk suruhan dalam Mod Sukar pasti sehebat makhluk suruhan dalam Mod Paling Sukar yang boleh membunuh semua dengan hanya satu letupan. 

"Teruskan! Jangan berhenti sekarang!" Zhang Yang memberi arahan dan membangkitkan semula jasadnya.

Mereka memasuki semula dungeon itu setelah mereka mengambil makanan ringan untuk memulihkan nilai nyawa mereka dan menyedari yang bilangan Roh Air yang berkawal di situ tidak berkurangan. Selepas salah satu Roh Air itu tewas tadi, satu lagi Roh Air muncul menggantikan Roh Air yang mati. 

"Ingat apa aku cakap tadi, budak tak guna! Kalau kau buat kami mati lagi, sedialah untuk kena pukul!" ujar Zhang Yang sambil dia mengetap giginya.

"Hmph!" Drizzler berpaling daripada Zhang Yang sambil memuncungkan bibirnya.

"Aku mulakan!" Zhang Yang menggunakan <Serangan> untuk masuk ke kawasan raksasa itu dan selepas beberapa serangan, raksasa itu akhirnya tewas. Walaupun Drizzler nakal dan suka bergurau, dia tidak akan lari daripada pertarungan.

"Teruskan!" Pasukan itu terus bertarung dan menewaskan beberapa gelombang makhluk suruhan sehingga mereka tiba di satu pondok kecil yang diduduki tiga roh berunsur air. 

"Kenapa pula kita nak masuk situ? Jalannya di arah yang lain!" Drizzler menunjukkan jalan di bahagian kiri mereka.

Zhang Yang tertawa. "Ada peti harta karun dalam tu, budak!"

Mata Drizzler dan Si Salji serta-merta bersinar-sinar. "Peti harta karun?!"

Zhang Yang mula menggunakan <Serangan> ke arah salah satu roh itu yang kemudian diikuti dengan serangan normal dan <Sambaran Mendatar>. Setelah dia memperolehi kemahiran baru <Serangan Petir>, kebolehannya dalam menarik aggro mana-mana raksasa meningkat. Zhang Yang cepat-cepat mengaktifkan semua kemahirannya dan menarik semua aggro kepada dirinya.

Semua raksasa di situ dapat ditewaskan dengan mudah dengan kuasa serangan pasukan tersebut. Drizzler dan Si Salji sepantas kilat berdiri di tepi peti harta karun itu dan mengusap peti berwarna keemasan itu seperti bayi yang baru lahir.

"Ah… perasaan ni! Memang mengujakan!"

"Hmm… ini memang betul-betul menyeronokkan!"

Kedua-dua gadis kedekut itu begitu asyik dengan dunia mereka sendiri.

"Sudah! Sudah! Lepaskan peti tu dan bukalah! Jangan lupa ya, kita nak dapatkan pencapaian 'Penyelesaian Pertama'!"

Zhang Yang tidak dapat mengawal kemarahannya lagi dalam berdepan dengan kedua-dua gadis mata duitan dengan wajah buruk mereka setiap kali mereka terjumpa peti harta karun. Selepas beberapa kali dia mengingatkan mereka, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan gunting-kertas-batu bagi menentukan siapa yang akan membuka peti itu. 

Si Salji yang menang permainan itu menghulurkan tangannya dan membuka peti.

[Jaket Kulit Ketat] (Tembaga Hijau, Perisai Kulit)

Pertahanan: +4

Vitality: +24

Kekuatan: +4

Ketangkasan: +12

Keperluan Tahap: 20

"Berilah pada Ratusan Tembakan. Aku dah ada peralatan Tembaga Hijau. Boleh kau naikkan tahap peralatan kau!" Han Gemuk dengan rendah diri menolak untuk membaling dadu dan menawarkan alat itu kepada Ratusan Tembakan. Dia sebelum ini pernah melalui hanya dua serangan dalam Mod Paling Sukar di Makam Bangar dan peralatannya masih belum dapat menyamai peralatan Han Gemuk. Ratusan Tembakan menerimanya tanpa teragak-agak kerana dia tahu kata-kata tiada makna jika tidak disusuli dengan tindakan.

Si Salji menyentuh peti itu sekali lagi dan alatan kedua kemudian muncul.

[Resepi Pembuatan Senjata: Batu Asah Tahap 2] (Resepi Pembuatan Senjata)

Kegunaan: Mengajar anda pembuatan Batu Asah Tahap 2.

Keperluan: Pembuatan Senjata Amatur.

"Tangan bertuah!" Zhang Yang tersenyum. Resepi ini salah satu cara untuk meningkatkan tahap Pembuatan Senjata daripada Tahap Amatur ke Lanjut. Resepi ini bukan sesuatu yang unik, malah ia agak mudah didapati. 

Zhang Yang membaling dadu dan menerima 35 mata.

Drizzler pula menerima 87 mata dalam balingan dadu.

"Haha! Ini aku punya!" Drizzler tersenyum lebar. Dia berpaling dan memandang Zhang Yang, "Pakcik licik, kalau kau janji tak akan bagi layanan buruk pada aku lagi, aku akan bagi resepi ni pada kau!"

"Ahh! Siapa yang nak benda tu!" Zhang Yang menggeleng kepala dan menolak tawarannya. Dia tahu kadar pengguguran resepi itu sangat tinggi dan ia boleh didapati dengan sangat mudah dan dijual pada harga yang sangat murah di rumah lelong! Kenapa dia perlu terima tawaran Drizzler?

"Hmph!" Drizzler mendabik dadanya dan menepuk resepi itu untuk mempelajarinya.

"Kita teruskan!"

Zhang Yang memberi arahan yang dituruti pasukannya. Mereka akhirnya tiba di jalan masuk satu istana apabila mereka bergerak lebih jauh ke dalam dungeon itu. Dua roh berunsur air yang kelihatan lebih besar berbanding roh yang mereka tewaskan sebelum ini sedang berkawal di situ. Roh ini juga mempunyai jasad yang lut sinar, tetapi mempunyai pedang yang tebal dan kasar.

[Pelindung Roh Air] (Elit)

Tahap: 20

HP: 10,000

"Dua raksasa ni mempunyai kuasa serangan yang tinggi dan boleh memenyelesaikan aggro mereka dengan cepat. Bila itu terjadi, mereka akan menggunakan <Serangan> terhadap pemain jarak jauh dan menggunakan satu kemahiran yang sama seperti <Belahan Tornado>. Ini satu kemahiran yang lebih hebat dan berterusan lebih lama daripada <Belahan Tornado>. Kekalkan jarak dengan yang lain-lain bila kita mula bertarung nanti. Jangan berdiri dekat sangat dengan pemain lain atau kau akan mati bila mereka menggunakan kemahiran yang sama seperti <Belahan Tornado> tu." Mereka semua khusyuk mendengar sambil memberi perhatian kepada Zhang Yang.

"Aku mulakan!"

Zhang Yang menggunakan <Serangan> untuk memegun salah satu roh unsur itu dan mula menyerang roh yang lagi satu.

'-352!'

Apabila salah satu roh itu dipegunkan, roh yang lagi satu terus menghunus pedangnya ke arah Zhang Yang.

'<Hadangan>!'

'-91!' <Hadangan> menunjukkan kerosakan.

'-197!' <Hentaman Perisai>.

'-675!'

'-701!' <Sambaran Mendatar>.

Raksasa yang dipegunkan tadi pulih semula dan turut menyerang Zhang Yang.

'-91!'

'-91!' <Serangan Petir>.

'Ding! Pelindung Roh Air menggunakan <Serangan>!'

Salah satu raksasa itu mensasarkan <Serangan> ke arah Ratusan Tembakan dan memegunkannya. Ia kemudian memusingkan pedangnya dan berpusing dalam bulatan.

'Ding! Pelindung Roh Air menggunakan <Tarian Pedang>, menyebabkan 300 kerosakan kepada sasaran berdekatan. Berterusan selama 5 saat!'

Zhang Yang cepat-cepat memberi arahan kepada pasukannya, "Semua! Jauhi raksasa tu!" Namun, raksasa yang satu lagi malangnya turut menggunakan <Serangan> dan mensasarkan Ratusan Tembakan.

Ding! Pelindung Roh Air menggunakan <Tarian Pedang>, menyebabkan 300 kerosakan kepada sasaran berdekatan. Berterusan selama 5 saat!'

Ratusan Tembakan menerima banyak kerosakan apabila kedua-dua raksasa itu sama-sama menggunakan kemahiran AoE mereka yang hebat.

'-285!' dan '-285!' berterusan muncul di atas kepalanya. Dia tidak sempat mengelak dan Si Salji tidak dapat menyembuhkannya dengan cepat.

'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'

Zhang Yang tidak berani sambung menyerang. Setelah kemahiran itu diaktifkan, ia akan menyebabkan kerosakan di kawasan sekeliling selama lima saat. <Hadangan> hanya boleh menghadang satu serangan dan hadangan terhadap serangan yang lain bergantung kepada pertahanannya sendiri. Jika dia mempunyai 1,720 HP sekalipun, dia tidak dapat bertahan dengan serangan serentak kedua-dua raksasa itu!

Tempoh serangan kemahiran itu berakhir dan raksasa itu kembali ke kedudukan asal mereka untuk terus menyerang Zhang Yang.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C50
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login