Baixar aplicativo
1.1% Penyihir Dunia Magus / Chapter 11: Cross Slash

Capítulo 11: Cross Slash

Editor: EndlessFantasy Translation

Leylin terkejut dengan kekuatan canis dirus itu selepas mengunakan pedangnya untuk menangkis cakarannya.

Lengkungan serangan pedang salib itu sangat sempurna. Mengikut laluan yang dikira oleh Cip A.I., dengan serta merta dia menusuk pedangnya ke arah canis dirus.

Serangan tusukan!

Teknik pedang salib itu ialah teknik rahsia turun temurun keluarga Farlier, dan kunci utamanya ialah mengunakan daya emparan yang sangat kuat untuk menusuk musuh.

Ketika itu, Leylin menggunakan pinggangnya untuk memberi kuasa tambahan. Pedang salib di tangannya laju menusuk ke udara menuju kepada canis dirus.

Psh!

Leylin merasakan pedang salibnya telah menusuk ke dalam tubuh binatang itu, dan ia kelihatan seperti pedang salib di tangannya melekat ke badan canis dirus itu. Impak serangan itu membuatkan Leylin menggigil dan cuba untuk menarik semula pedang salib itu.

"He!" Leylin menarik tangannya ke belakang dengan kuat. Pedang salib itu dicabut dengan ganas, menyebabkan darah segar terpancut keluar!

Canis dirus yang sedang bertempur dengannya menjerit kesakitan. Nampaknya serangan pedang Leylin sebentar tadi bukan sahaja menusuk ke peha canis dirus itu, tetapi terus mengenai titik kelemahannya. Canis dirus itu melompat ke belakang untuk berundur dan kelihatan cakarnya tidak lagi berguna.

Melihat canis dirus itu melarikan diri, mata Leylin berkelip tetapi dia tidak mengejarnya.

'Kebanyakan beban telah diselesai oleh Satria berjubah hitam. Jika aku keluar daripada perimeter pertahanan untuk mengejarnya, nampak sangat aku nak membunuh diri aku sendiri. Apa-apa pun, canis dirus yang cedera itu tidak akan mampu untuk menyerang kita lagi. Ia mungkin akan mati selepas seketika, atau…. menjadi makanan kawanannya!'

"Bagus Leylin!" George memuji dengan kuat. Ketika ini, badan George berlumuran dengan darah. Gerakan serangannya sangat yakin dan elegan. Dia kelihatan seperti dia sedang membuat persembahan, bukan untuk membunuh. Namun, kekuatan George berada di tahap yang tidak boleh dibandingkan. Malah, dia sedang melawan dua canis dirus dan masih mampu menanganinya.

'Teknik rahsia pedang yang diturunkan menerusi keluarga bangsawan bukan sesuatu yang biasa!' Leylin berfikir dengan tenang sebelum mengalihkan pandangannya kepada kawanan canis dirus di hadapannya.

Pertarungan tragis antara manusia dan canis dirus itu berlanjutan sehingga setengah jam. Matahari mula terbenam, dan dataran berumput itu menjadi gelap.

Ketika itu, mata kawanan canis dirus itu mengeluarkan cahaya berwarna biru langit. Seluruh tapak perkhemahan diselubungi perasaan yang menyeramkan apabila dikelilingi oleh kelompok mata berwarna biru langit.

"Hah… Hah" Leylin termengah-mengah. Dia kelihatan seperti bermandikan lautan darah. Mukanya penuh dengan darah, tetapi tidak mempunyai masa untuk mengelapnya.

Walaupun dengan bantuan Cip A.I. membenarkan dirinya mengunakan kaedah yang berkesan untuk membunuh atau mencederakan canis dirus itu, dia berasa letih daripada pergerakannya itu.

'Kalau begini, apatah lagi pembantu paderi yang lain. Hanya Satria berjubah hitam yang masih bertenaga, tetapi mereka pun tidak mampu bertahan lebih lama. Entah bila Magi berjubah putih akan mulakan tindakan?'

Leylin menjeling dan ternampak ruangan kosong di mana pembantu paderi perempuan di tengah-tengah tapak perkhemahan berada. Tiga orang berjubah putih sedang duduk di situ, mengeluarkan aura yang menyejukkan. Tiada seorang pun pembantu paderi yang berani berada di dalam lingkungan tiga meter daripada mereka.

Manakala untuk kawanan canis dirus yang mengelilingi bulatan pertahanan itu, mereka telah pun kehilangan lebih kurang suku daripada jumlah asal. Walau bagaimanapun, bilangan pembantu paderi yang berada di barisan hadapan pertahanan sudah banyak berkurangan; di mana kebanyakan mereka cedera dan sedang dirawat oleh perempuan di bahagian belakang.

'Kalau aku ketua canis dirus sekarang, aku dah berputus asa selepas hilang banyak nyawa! Mesti ada satu lagi serangan ganas yang akan datang!'

Pedang Leylin bergetar setelah memotong kaki seekor canis dirus. Dalam masa yang sama, dia mengambil peluang untuk mengambil beberapa buah beri. Dia memasukkan ke dalam mulut sebelum menelannya.

Ini beberapa tumbuhan yang berguna yang dikumpulnya sepanjang pengembaraan. Ia akan membantu Leylin dengan sangat pantas, mengisi kembali tenaga badannya, tetapi buah-buah itu hampir habis.

"Aowuuuuuu!" Kedengaran satu lagi lolongan daripada kawanan serigala itu, tetapi kali ini bunyinya seperti membawa maksud yang berbeza.

Kawanan canis dirus itu menjadi lebih gila apabila mendengar lolongan itu. Mereka kemudiannya maju ke hadapan tanpa memikirkan nyawa mereka.

"Bersedia, serangan terakhir akan tiba!" Leylin memegang erat pedang salib di tangannya sambil maju ke hadapan.

Bang! Leylin merasakan satu daya yang kuat menjalar menerusi tangannya, dan pedang salib itu hampir terbang daripada tangannya.

'Nampaknya canis dirus kali ini dua kali ganda lebih besar daripada tadi' Leylin merehatkan tangannya yang kebas. 'Cip A.I., imbas canis dirus di hadapan aku ni!'

[Canis Dirus. Kekuatan: 2.3 Ketangkasan: 4.1 Daya Tahan: 3.1 Penerangan: Di dalam kawanan canis dirus, terdapat beberapa canis dirus yang mempunyai badan yang lebih besar sedikit walaupun ia dari baka yang sama. Mereka ini akan dipilih menjadi pengiring kepala serigala. Mereka kebiasaannya mempunyai kekuatan yang lebih kuat daripada yang lain walaupun dari baka yang sama, sangat setia kepada ketua serigala!]

Ini satu perenggan di mana Leylin yang tak guna sebelum ini telah baca pada permukaan atlas pada satu masa dahulu, dan kini telah dibaca semula oleh Cip A.I.

'Bagus, nampaknya ketua canis dirus ini kelemahan mereka yang patut kita tumpu kali ini!' Leylin berfikir sebelum maju ke hadapan untuk bertempur dengan canis dirus yang besar itu sekali lagi.

Walaupun dia hanya seorang saintis di dunia sebelum ini, dia menyangka dia bukan lagi seorang yang panas baran. Tetapi sekarang, apabila berada dalam masyarakat primitif ini, membunuh kawanan canis dirus ini membuatkan sesuatu dalam badan Leylin bangkit dan menyebabkan darahnya mendidih..

'Dunia sekarang tidak aman seperti dunia yang sebelum ini, naluri binatang dalam diri aku ini diperlukan untuk terus hidup!' Leylin telah sedar tentang perkara itu.

"Haha! Mari! Mari!" Leylin telah pun berlatih teknik bernafas yang diturunkan keluarganya sehingga tahap yang paling mendalam sekali. Sekarang, dia hanya memerlukan naluri untuk terus hidup untuk merangsang daya hidupnya dan menjadi Satria yang sebenar!

"BUNUH!" Mata Leylin kemerahan sambil bertarung dengan ganas sekali menentang canis dirus itu.

Pada masa yang sama, dia akhirnya menerima semua kenyataan. Dengan setiap serangan, dia telah melupakan kematiannya pada dunia yang sebelum ini dan perasaan tidak senang duduk dirinya apabila memasuki dunia asing.

"Hah!" Mata Leylin bersinar semasa melawan canis dirus itu, seperti telah memahami sesuatu.

Pedang salib di tangannya memancung ke bawah, dan cahaya perak terbentuk dari perbuatannya.

Sebaik sahaja pedang itu dihayun ke tanah, badan Leylin berpusing dan kekuatannya bertambah dari otot-otot di pinggangnya. Dengan daya emparan pedang salib yang kuat itu, dia menghayun pedang saling secara melintang dengan laju!

Pedang salib itu sendiri kelihatan mengeluarkan cahaya samar-samar. Dua hayunan itu kelihatan bergabung, dan terbentuk salib yang bersinar-sinar!

Teknik pedang salib : serangan membunuh rahsia – Cross Slash!

Serangan Membunuh ini terbentuk daripada intipati beberapa teknik membunuh di dalamnya, di mana mengunakan kemahiran yang mendalam untuk meningkatkan kebolehan membunuh seseorang.

Walaupun ia tidak boleh dibanding dengan kemahiran rahsia Satria yang akan meningkatkan semua status, Satria persediaan yang mempunyai serangan membunuh ini mampu mengancam Satria sebenar dengan daya hidupnya!

Pedang salib itu membelah dengan ganas badan canis dirus itu dan terbentuk luka yang besar seperti bentuk salib. Canis dirus itu memekik-mekik sambil darah segar memancut-mancut tanpa henti.

"Sekarang!" Mata Leylin bersinar sambil maju ke hadapan.

Mara! Tetakan Lompatan!

Serangan pedang salib itu dihayun lagi, dan kepala canis dirus yang besar itu putus dan melayang!

Canis dirus yang lain terkejut, dan serangan mereka mula perlahan. Malah Satria berjubah hitam yang berada di situ juga kelihatan terkejut.

Leylin berasa puas hati sambil memijak kepala canis dirus yang besar itu, dan berteriak:

'Huuu… Aku dah meluah semua yang terbuku di hati, masa untuk berundur!'

Selepas berteriak, Leylin tidak memilih untuk maju ke hadapan untuk membunuh lagi tetapi memilih untuk kembali ke perimeter pertahanan. Ini memberi peluang kepada anggota pertahanan lain yang telah rehat secukupnya untuk mengambil tempatnya.

'Aku bukan bodoh. Serangan Membunuh itu tadi sangat memenatkan, dan aku telah melepaskan semua emosi negatif di dalam hatiku. Aku patut simpan tenaga aku untuk pertahankan diri aku sendiri.'

Leylin menerima satu botol air daripada seorang perempuan yang tangannya menggigil dan mula meneguk air dari botol itu.

Sambil meminum air itu, dia menganalisis kembali apa yang telah berlaku. 'Aku telah membunuh canis dirus yang banyak, walaupun tidak sebanyak Satria berjubah hitam. Dengan ini, tiada siapa akan paksa aku masuk balik ke medan peperangan. Sekarang, aku kena kekalkan kekuatan aku, dan dalam masa yang sama melihat tindakan individu berjubah putih!'

Berdasarkan pengiraan yang dikumpul, Cip A.I. membuat kiraan sebanyak 98% di mana Satria berjubah hitam akan membuat kesilapan. Kawanan canis dirus itu akan memecahkan perimeter, dan ini akan menyebabkan lebih banyak pembantu paderi terkorban. Oleh itu, apabila keadaan ini berlaku, tidak kira jika Magi berjubah putih itu tidak mahu mengambil bahagian, mereka tetap perlu bertindak.

"Aowuuuu!" Lolongan daripada ketua canis dirus itu tidak putus dalam kawanan canis dirus itu, menyebabkan serangan kawanan canis dirus itu semakin agresif. Serigala yang muncul kali ini nampaknya seperti pengiring canis dirus gergasi. Leher pembantu paderi yang berada di barisan hadapan sekali telah digigit, dan dia telah digulingkan ke tepi.

"Kita tidak boleh tunggu lagi! Aktifkan kemahiran rahsia kamu semua!" Angelo berjubah hitam itu menjerit.

Ketika itu, Satria berjubah hitam mengeluarkan bunyi-bunyi mengerkah dan otot-otot mereka terus berkembang. Sekali imbas, otot-otot besar mereka itu membuat mereka kelihatan seperti gergasi kecil.

"Akhirnya ia muncul! Kemahiran rahsia Satria!" Mata Leylin terbuka luas. "Cip A.I., kumpul data itu!"

[Beep! Tugas dibentuk, pengumpulan data dalam proses!]

[Kebolehan rahsia Satria (jenis kekuatan?): Selepas pengaktifan, daya tahan, kekuatan dan pertahanan meningkat, ketangkasan berkurangan! Di tengah-tengah pengumpulan data untuk haluan peredaran tenaga hidup, 43% dicatatkan. Sebarang maklumat lebihan tidak mencukupi, tidak boleh dianalisa!]

Melihat skrin di hadapan matanya, Leylin berasa sedikit menyesal, 'Aku masih tak faham bagaimana daya hidup Satria ini diaktifkan! Tetapi kalau aku ada seorang yang bertahap Satria untuk menjadi uji kaji aku, aku mungkin akan faham bagaimana…'

Manakala, Satria berjubah hitam yang telah mengaktifkan skil rahsia mereka pula, bukan sahaja kekuatan otot-otot mereka bertambah, tetapi pertahanan mereka juga meningkat. Pengiring canis dirus gergasi itu tetap perlu dielak, tetapi Satria itu mengunakan pedang besar mereka memancung kepala canis dirus yang biasa walaupun cedera akibat cakaran mereka.

Tetapi dengan peningkatan pengiring canis dirus gergasi itu, seekor canis dirus berjaya menyelit dan maju ke arah kelompok pembantu paderi.

"Ah! Selamatkan aku!"

"Ayahhh! Makkk!!" Aku tak nak mati lagi!"

Suara-suara dan jeritan-jeritan kedengaran dan tapak perkhemahan itu menjadi huru-hara.

'Akhirnya, mereka ini hanya budak-budak berumur tiga belas dan empat belas tahun!' Leylin mengeluh.

"Aowuuuu!" Seperti reaksi berantai, seekor canis dirus gergasi berjaya memecahkan pertahanan mereka, dan mendarat di kawasan yang dijaga oleh Persekutuan Furze.

"Leylin! Mari bunuh gergasi ini sama-sama!" Leher George yang berbalutkan kapas. Tidak tahu perempuan muda keluarga bangsawan mana yang membalutnya. Bukan sahaja dibalut dengan tebal, tetapi diakhiri dengan ikatan berbentuk reben, menyebabkan Leylin ketawa besar melihatnya.

"Tak perlu! Bagi saya busur silang itu!"

"Ini?" George mengambil busur silang di belakangnya, dan memberinya kepada Leylin. "Saya takut ia tak berguna! Serigala kacukan ini mempunyai kulit dan daging yang tebal. Kalau awak tak serang titik kelemahan mereka… Oh Tuhan! Celaka!"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C11
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login