Setelah berdiam selama tiga saat, Huo Mian berkata dengan perlahan-lahan, "Su Yu, kalau saya mati, tolong lupakan saya."
"Apa?" Su Yu terasa seperti dipanah petir dan tidak mampu menggerakkan tubuhnya.
Jika betul apa yang didengarnya, Huo Mian meminta Su Yu untuk melupakannya sekiranya dia mati.
"Kamu tak salah dengar, tu apa yang saya cakap."
"Kenapa kamu cakap benda sedih tiba-tiba… saya ingatkan kamu nak buat permintaan yang betul, ni tak dikira. Ambil balik peluru ni dan fikir semula. Saya nak beritahu yang rumah saya ada banyak barang berharga, mutiara dari Dinasti Qin, porselin putih dan biru dari Dinasti Ming, pedang tembaga dari zaman perang, loket jed dari Dinasti Zhou Barat. Saya ada segala-galanya… semua tu lebih mahal dari ni."
Su Yu menyangkakan Huo Mian bergurau, maka dia mahu memulangkan peluru itu semula.