"Puan Muda, kita tak perlu beli kedai ni. Deretan kedai ni memang kepunyaan syarikat kita. Jadi, kita hanya perlu mengambilnya semula."
"Okey, lagi senang lagi bagus. Ambil balik semuanya… saya akan buka kafe yang sangat besar."
Keputusan Huo Mian mengejutkan semua orang…
Kemudian, Huo Mian memandang pelayan yang mahu menghalau mereka dan berkata, "Maaf, kamu baru dipecat…"
Pelayan itu tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Pemilik kafe itu baru sahaja tiba dan kelihatan seperti mahu meminta maaf kepada Huo Mian.
Namun, dia dihalang pengawal peribadi di luar dan mundar-mandir dalam keadaan tidak percaya…
"Saya dah beli semua kafe di sini, jadi… kad emas kamu atau apa saja keahlian kamu dah tak berguna… Oh ya, dan mulai sekarang, nama kamu dah masuk dalam senarai hitam dan jangan datang lagi."
"Kamu… kamu ingat kamu boleh buat apa saja dengan duit?" Salah seorang wanita memaki hamun dengan marah.