"Kenapa dia ada di sini?" Jiang Xiaowei agak terkejut.
"Mana saya tahu. Saya ingat kamu yang beritahu dia." Huo Mian masih ingat Wei Liao ada bertanya kepadanya mengenai majlis ini semalam. Wei Liao tidak kelihatan seperti berada di sini untuk meraikan majlis. Adakah dia hadir untuk merampas pengantin?
"Saya tak akan buat begitu…"
Sebaik sahaja Jiang Xiaowei menghabiskan ayatnya, Wei Liao dan Su Yu berjalan menghampiri mereka…
"Kamu nampak cantik hari ni," kata Wei Liao dengan senyuman.
"Terima kasih," kawab Jiang Xiaowei dengan sopan.
Mereka langsung tidak menunjukkan perangai kelakar atau sombong seperti biasa...
Seluruh perhatian Su Yu jatuh pada Huo Mian…
Pada mulanya dia tidak berminat untuk menghadiri majlis pertunangan Jiang Xiaowei kerana dia langsung tidak rapat dengan Du Jianan.
Namun, Wei Liao mendesaknya untuk hadir…
Tang Chuan pergi bercuti ke luar negara dengan beberapa orang kawan perempuan…