Sebelum Su Yu sempat berkata apa-apa lagi, Huo Mian berpusing dan keluar dari bilik itu, meninggalkan Su Yu terkedu dan keseorangan di dalam bilik itu.
Apa itu? Adakah Huo Mian baru sahaja memprovok dia?
Berani dia kata Su Yu tak matang. Dasar perempuan hina jahanam! Adakah dia sudah puas hidup?
"Ada sesiapa yang hidup di luar sana? Masuk ke dalam, mana mana daripada kamu yang tak guna!" Su Yu menjerkah.
Kemudian, seorang pengawal peribadi bergegas berlari masuk. "Tuan Muda, ada apa-apa arahan?"
"Kamu ingat tak jururawat yang baru sahaja keluar tadi?"
"Saya ingat." Pengawal peribadi itu mengangguk dengan penuh rendah diri.
"Baik. Ingat muka dia dan jangan biar dia masuk bilik saya lagi."
"Baik, Tuan."
Su Yu menekan kawasan yang dicucuk itu dengan hati yang membara. Panas barannya cukup diketahui oleh orang-orang di sekelilingnya.