"Encik Qin, patutkah kita teruskan mesyuarat ini?" Naib Presiden bertanya dengan berhati-hati.
Tanpa sepatah kata, Qin Chu mengambil telefonnya daripada atas meja dan berpusing untuk beredar.
Yang, pembantunya melambai pada eksekutif-eksekutif dengan diam, memberi mereka isyarat untuk beredar.
Bagaimana mereka mahu meneruskan mesyuarat itu jika mood bos mereka tidak baik?
Selepas Qin Chu kembali ke pejabatnya, dia menanggalkan jaketnya dan melemparkan jaket itu ke atas sofa.
Yang sangat ketakutan sehingga dia tidak berani berkata-kata. Suasana di dalam pejabat itu menjadi sangat tegang.
"Keluarkan arahan untuk batalkan semua projek syarikat dengan Syarikat Kerja Besi Jaya. Dan, beri amaran kepada klien kita dan semua rakan kongsi yang GK tidak lagi akan menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan syarikat yang berkait dengan Syarikat Kerja Besi Jaya."
"Encik Qin, adakah kamu kata…Syarikat Kerja Besi Jaya? Saya hanya mahu pastikannya."
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai pembantu presiden, ini kali pertama dia mendengar bosnya mengeluarkan arahan maut sebegini kasar. Jadi, bagaimana mungkin dia tidak memandang serius hal ini? Tetapi, tidak begitu lama pun sebenarnya…
Jika dia tidak silap, Syarikat Kerja Besi Jaya hanyalah syarikat pembinaan tempatan bersaiz kecil atau sederhana.
Mungkin anak syarikat hartanah GK sudah bekerjasama dengan mereka?
Tetapi, bagaimana pengurus Syarikat Kerja Besi Jaya boleh menyinggung bosnya?
Adakah ini mengenai mana-mana wanita? Atau kerana dendam? Apa yang menyebabkan bosnya begitu marah?
"Saya rasa kamu sudah menghampiri pengakhiran kamu sebagai pembantu saya." Qin Chu berkata dengan dingin.
"Encik Qin, saya akan uruskan hal ini sekarang." Pembantu Yang berlari ketakutan. Dia tidak berani menunggu walau seminit pun.
Qin Chu memandang mesej yang dihantar oleh Liu Siying pada telefonnya. Sisi bibirnya menggerenyet jijik sambil berkata, "Kamu memang sengaja menjemput maut."
Wei Dong memang akan menerima balasannya.
Dia sendiri tahu yang Qin Chu sayangkan Huo Mian. Tetapi, lelaki itu tetap juga mengejar Huo Mian. Dia memang perlu diajar.
Sudah tentu, Wei Dong benar-benar menyangkakan yang perasaan Qin Chu terhadap Huo Mian sudah pun dibiarkan hilang pada masa lalu.
Lagipun, tiada seorang pun yang mendengar gosip berkaitan Qin Chu dan Huo Mian selepas Qin Chu pulang ke negara itu.
Selain Zhu Lingling, rakan sekelas mereka yang lain tidak tahu apa yang berlaku antara mereka.
-Di Syarikat Kerja Besi Jaya-
Bapa Wei Dong, Wei Changfu berasa kacau-bilau. Dia sudah membuat banyak panggilan telefon dan merayu pada ramai teman, tetapi semua percubaannya gagal menyelesaikan masalah itu.
Ini memang satu bencana. Semua klien besar mereka membatalkan projek dengan syarikat mereka kerana bimbang sekiranya hal itu akan membuat GK marah.
Sementara itu, satu-satunya anak syarikat GK yang bekerjasama dengan mereka, Syarikat Hartanah GK, juga telah mengumumkan bahawa syarikat itu tidak akan bekerja dengan mereka lagi.
Punca utama pendapatan mereka sudah hilang. Tanpa sokongan syarikat-syarikat utama ini, dia hanya boleh mendapat satu pecahan kecil daripada pendapatan asal mereka.
Bagaimana dia mahu menguruskan syarikat jika dia tidak mampu membayar gaji pekerja?
"Ayah, apa masalahnya?" Wei Dong segera meninggalkan majlis makan malam kawannya dan pulang ke syarikat itu apabila bapanya menelefon.
"Sesuatu yang buruk."
"Apa yang buruk sangat? Serius sangat kah masalahnya?" Wei Dong bertanya dengan keliru.
Wei Changfu memberitahu Wei Dong segalanya dan di hujung cerita, dia menyumpah, "Jahanam, bagaimana kita telah membuat GK marah? Mengapa mereka perlu keluarkan waran maut begini untuk syarikat kecil seperti kita? Bagaimana kita akan bertahan? Mereka yang kuat memang suka menjadikan yang lemah sebagai mangsa sejak kebelakangan ini. Kita tidak boleh membuat GK marah. Ayah sudah menelefon Ibu Pejabat GK untuk bercakap dengan eksekutif mereka, tetapi mereka tidak memberi peluang langsung kepada Ayah. Apa kita patut buat? Kita bekerja keras untuk sampai di mana kita berada hari ini. Adakah semuanya akan menjadi sia-sia sekarang?"
Wei Dong tiba-tiba teringat akan sesuatu apabila dia terdengar perkataan 'GK'.
"Ayah, biar saya cuba uruskan hal ini. Saya ada rakan sekelas di GK."
"Kamu ada jalan penyelesaian?" Kilauan harapan muncul dalam hati Wei Changfu.
"Biar saya cuba bercakap dengan dia terlebih dahulu."
Selepas berkata-kata, Wei Dong meninggalkan syarikanya dalam keadaan marah.
Kemudian, dia menghantarkan mesej pada kumpulan WeChat sekolah tingginya, "Siapa ada nombor telefon Qin Chu? Berikannya pada saya."
Dia menunggu buat seketika, tetapi tiada orang membalas…
Kerana tiada pilihan lain dan kesuntukan masa, Wei Dong segera memandu ke Ibu Pejabat GK.
"Saya mahu berjumpa dengan Qin Chu."
"Adakah kamu sudah membuat janji temu?" Penyambut tetamu itu bertanya sopan.